👑 - 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Deringan telefon bimbit yang berbunyi sedari tadi langsung tak diendahkan Arabella. Siapa lagi kalau bukan Marcello yang menelefonnya. Sejujurnya dia sudah muak dengan perangai lelaki itu.

Gangguan demi gangguan membuatkan Arabella rimas dan lemas untuk menghadap kerenah lelaki tersebut. Pertemuan dia dan Marcello baginya adalah satu kesilapan.

Pada awalnya Arabella terpaksa bersemuka dengan lelaki itu disebabkan ianya adalah permintaan ibu bapanya yang meminta dia untuk menghormati Marcello sebagai rakan bisnes bapanya.

Setelah itu, tanpa sebarang amaran bapanya telah membuat keputusan untuk menyatukan dia dan Marcello. Arabella tetap berkeras menolak aturan yang dibuat tanpa persetujuan darinya.

Pun begitu, bapanya langsung tidak mengendahkan permintaan Arabella yang tidak mahu disatukan dengan lelaki itu. Masakan tidak bila dia langsung tak mempunyai sebarang perasaan terhadap Marcello.

Berlainan pula dengan Marcello yang sudah menyukai Arabella sejak dari pertemuan pertama mereka yang membawa kepada lelaki itu membuat keputusan untuk menjadikan Arabella hak miliknya.

Hubungan antara Arabella dengan bapanya semakin renggang sejak dari itu. Malah lamaran daripada Marcello yang berterusan menyukarkan lagi keadaan mereka sekeluarga.

Bapa Arabella yang terdesak saat syarikat milik mereka hampir muflis membuat satu perjanjian dengan Marcello sebagai cagaran.

Marcello akan membantu memulihkan kembali syarikat tersebut dan sebagai syaratnya Arabella harus mengahwini lelaki itu— dan ianya punca keluarga Arabella semakin retak.

Bukan Arabella tidak memahami situasi yang dilalui sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka, namun keputusan bapanya secara melulu tidak dapat dia terima.

Lagipula, sedari dulu lagi bapa Arabella selalu mementingkan syarikatnya sehingga mengabaikan keluarga sendiri. Lihat saja dengan apa yang berlaku, jelas bapanya langsung tak menghiraukan perasaan dia dan ibunya yang menjadi mangsa.

Jika diikutkan, tidak perlu untuk bapanya membuat perjanjian dengan Marcello. Dia yakin mereka boleh berusaha dengan cara lain, tetapi tetap saja bapanya menerima bantuan lelaki itu.

Keadaan yang memaksa membuatkan Arabella terpaksa melayan Marcello demi memikirkan antara hubungan keluarganya dan juga dengan apa yang dimahukan bapanya.

Boleh saja dia memberontak dan menolak, namun pujukan daripada ibunya yang merayu supaya dia bertahan dan terus bersabar dalam situasi tika itu membuatkan Arabella terima walau terpaksa.

Sejak dari itu, bermula episod Marcello yang mengejar cintanya. Memandangkan syarikat mereka semakin pulih seperti sediakala dan hubungan antara dia dan bapanya semakin membaik—

Bayaran yang harus Arabella lunaskan atas keputusan bapanya bila dia harus bersemuka dengan Marcello yang dimana cinta bertepuk sebelah tangan lelaki itu bertukar menjadi sebuah obsesi.

Dan seperti yang harus dia hadapi hari demi hari sehingga ke saat ini adalah disebabkan perjanjian yang dibuat bapanya. Kehidupan Arabella yang sebelumnya normal, berubah sekelip mata.

"Are you ignoring me, Bella?"

Lamunan Arabella terhenti bila mendengar suara yang amat dia kenali. Muncul susuk tubuh Marcello yang sudahpun berada di dalam kedai bunganya.

Itu yang dia maksudkan tentang Marcello yang membuatkan dia muak untuk menghadap lelaki itu.

Seperti sekarang, situasi yang sama berulang-ulang semenjak dari pertemuannya dengan Marcello.

Bila panggilan telefon dari lelaki itu tak dihiraukan, Marcello sanggup datang dari jauh untuk berjumpa dengannya secara berdepan hanya disebabkan dia tidak menjawap panggilan lelaki itu.

Arabella hanya berdiam diri dengan pertanyaan Marcello. Mahu saja dia membalas bahawa Marcello bukan siapa-siapa yang penting dalam hidupnya untuk dia bertolak-ansur.

Memandangkan ibu bapanya telah tiada, itu bermakna perjanjian yang dibuat bapanya sebelum ini sudah tidak berguna lagi. Tapi sia-sia saja untuk dia jelaskan kerana Marcello seorang yang keras kepala.

"Answer me, Bella. You know I'm not a patient person." ujar Marcello keras menandakan dia sedang menahan rasa marahnya.

"So what? That's your problem. Stop bothering me, Marcello! Let me remind you again. I don't need you and your love." balasnya juga tegas dan keras saat kesabarannya juga semakin tipis.

Marcello yang mendengar ungkapan tersebut mengetap rahangnya sambil mencerlung tajam ke arah Arabella. Perlahan kakinya menapak mendekati perempuan tersebut.

Manakala Arabella yang sedang berdiri di meja kerjanya membalas renungan tajam lelaki itu tanpa gentar. Sesekali kemarahannya juga tak dapat dibendung saat berdepan dengan lelaki itu.

"Really? I think you've mistaken, whether you like it or not, you're mine from the beginning, Bella." senyuman sinis penuh muslihat terukir di bibir.

Jari Marcello bermain dengan hujung rambut perempuan itu yang jelas sedang merenungnya penuh kebencian. Tapi dia tak peduli, Arabella adalah miliknya.

Arabella tertawa kecil, juga sinis berbunyi. Tangan Marcello yang mula menyentuh tepi wajahnya ditepis kasar, sungguh tidak masuk akal bicara lelaki itu.

"Oh well, just like you mistake your obsession with love. Am I right? You should stop with this nonsense, Marcello. I'm so sick of it." suaranya berbisik, dingin dan penuh mendalam dengan gigi yang terketap rapat.

Setelah itu Arabella melangkah kaki untuk ke bilik stor dimana dia harus menyiapkan tugasannya yang tergendala seketika tadi disebabkan lelaki itu.

Marcello yang terdiam seribu bahasa dan kaku berdiri di tempatnya ditinggalkan begitu saja tanpa perasaan bersalah.

Tanpa Arabella tahu, diamnya Marcello bakal membawa petanda buruk  padanya.


Rintik hujan yang turun membasahi bumi membataskan pergerakan bagi sesetengah mereka yang tidak menaiki kenderaan atau yang selalu berjalan kaki menguruskan urusan masing-masing.

Di bawah pondok kecil yang berada diluar pagar sekolah tersebut kelihatan beberapa orang pelajar yang sedang menunggu ibu bapa atau penjaga yang bakal menjemput mereka pulang.

Kyle yang juga termasuk dalam kumpulan kanak-kanak disitu, tetap mengingati pesan Arabella supaya tidak merayau kemana-mana jika perempuan itu terlambat untuk mengambilnya.

Dia tidak pasti mengapa hari itu Arabella terlewat, pun begitu dia faham dengan kesibukan menguruskan kedai bunga yang dijalankan oleh Arabella.

Setelah lama menunggu, kanak-kanak lain yang tadi bersamanya semakin berkurang bila seorang demi seorang daripada mereka telahpun pulang. Kini tinggal Kyle seorang diri.

"Oi kid."

Kyle mendongak ke atas apabila dirinya disapa seseorang. Di hadapannya muncul susuk tubuh seorang lelaki bertubuh tegap yang sedikit membongkok memandangnya dengan raut wajah serius dan penuh tanda-tanya.

Berpakaian formal, berwajah serius dan kemunculan yang secara tiba-tiba di hadapan Kyle membuatkan dia peka dengan keadaan sekeliling di mana tiada siapa di kawasan tersebut melainkan dia yang masih kecil dan juga seorang lelaki yang tak dikenalinya.

"You are so rude, mister. My name is Kyle, not oi." polos saja kata yang diungkapkan seraya merenung wajah lelaki itu dengan perasaan hairan.

"This little— Ah, forget that. Where's your mom?" soal Dante serius, sedikit sebanyak tersentap dengan kata-kata si kecil itu.

Dante yang kebetulan menunggu seseorang di kawasan tersebut terdetik perasaan ingin tahu saat melihat si kecil itu berseorangan tanpa ada yang menemani.

Walaupun perkara itu tidak termasuk dalam kamus hidupnya yang terlibat dalam organisasi jenayah, tak bermakna dia tidak punya sebarang perasaan risau tatkala melihat si kecil yang tidak mengetahui realiti dunia yang sebenar berseorang disitu.

Kyle pula sepi tanpa sebarang balasan dengan pertanyaan Dante. Mata bulatnya hanya terkebil-kebil memerhati lelaki yang menegurnya itu.

"Oi— I mean, hey there Mr.Kyle?" kening diangkat sebelah pada si kecil yang kaku tak bersuara itu.

"Mama told me not to talk to strangers. So, please don't talk to me, mister." jawab Kyle perlahan sambil melarikan anak matanya ke arah lain.

Buat sesaat, Dante merasakan dirinya tidak berguna. Masakan tidak bila ini adalah kali pertama dia menyapa kanak-kanak seperti Kyle.

Walaupun dia tidak tahu bagaimana untuk berinteraksi, sekurangnya dia mencuba. Tapi tak dia sangka, si kecil itu walaupun kelihatan naif dan polos namun Kyle yang petah berkata buat dia berasa kagum...

Dan menyakitkan hati, terasa egonya tercalar dek si kecil yang bijak berkata-kata.

"Alright. You know what? I give up. You're gonna make me cry with your answer. Here, take this." Dante menghela nafas sambil menghulurkan payung miliknya pada si kecil itu.

Payung yang dipegangnya sedari tadi diberikan pada Kyle, mana tahu jika si kecil itu memerlukan payung tersebut. Hujan yang tadinya lebat juga semakin reda.

Kyle menunduk sedikit kepalanya tanda terima kasih pada lelaki itu. Payung yang diberi padanya dipegang kemas.

Dia hanya memerhati belakang tubuh lelaki tersebut yang melangkah masuk ke dalam kereta sebelum kereta itu memecut laju meninggalkan kawasan tersebut.

Sesaat, terbit senyuman nipis dibibir  berserta bisikan terima kasih yang keluar dari mulutnya.

Pada masa yang sama, kereta milik Arabella tiba di hadapan Kyle. Perempuan itu tergesa-gesa keluar daripada kereta sambil berlari kecil mendapatkan Kyle.

"Mama minta maaf ya, mama lewat hari ni." tubuh kecil Kyle dipeluk erat seakan tak mahu dilepaskan.

Kelewatannya yang disebabkan Marcello membuat Arabella merasa bersalah kerana membiarkan Kyle menunggu lama, malah si kecil pula hanya bersendirian.

Untuk masa yang akan datang, dia tidak akan membiarkan perkara yang sama berulang untuk kali kedua. Dari mula, keselamatan Kyle menjadi keutamaannya.

Apa yang pasti, dia harus lebih peka dengan situasi yang tidak pasti bagaimana ianya bakal dibentangkan. Tambah lagi bila Marcello sudah mengetahui tentang kehadiran Kyle.

"Kyle ambil dekat mana payung ni?" tanya Arabella hairan, mata merenung si kecil.

"Hm... Mr.rude yang bagi." jawab Kyle lurus sambil tersengih-sengih saat melihat payung ditangannya.

"Eh, Mr. rude? Tak apalah, lain kali jangan ambil apa-apa kalau orang yang Kyle tak kenal bagi, okay?" lagi bingung Arabella dibuatnya, pun begitu dia tak menekankan hal itu memandangkan Kyle baik-baik saja.

Setelah itu, mereka berdua melangkah ke arah kereta dan Arabella memandu pulang seperti biasa yang ditemani Kyle yang sedang bercerita tentang aktiviti di sekolahnya.


Suasana bilik yang hanya diterangi dengan cahaya lampu berwarna merah itu memberi impak yang tidak menyenangkan.

Turut terdapat sebuah katil kecil yang berada di penjuru bilik. Dinding batu bilik itu pula dipenuhi dengan beratus kepingan gambar —

Milik Arabella.

Dari gambar perempuan itu sewaktu kecil sehingga Arabella meningkat dewasa tertampal pada sekeliling dinding bilik rahsia milik Marcello.


Dia menjadikan bilik tersebut khas sebagai lambang cintanya pada perempuan itu. Walau seribu kali Arabella menolak, itu langsung tak terkesan padanya.

Marcello berdiri di tengah-tengah bilik tersebut sambil tersenyum lebar saat memerhati tempat kegemarannya dipenuhi dengan wajah Arabella. Hatinya girang.

Cintanya pada Arabella berputik saat pertama kali mereka bersua muka. Senyuman dan juga personaliti perempuan tersebut membuat dia tertarik.

Tak dapat dia gambarkan perasaan sayang dan ingin memiliki Arabella dengan ungkapa kata kerana melihat bayangan perempuan itu saja sudah cukup untuk membuat dirinya tak keruan.

Terasa mahu dia belai penuh kasih susuk tubuh yang memenuhi bayangan matanya. Mahu dia kunci Arabella di sisinya tanpa ada mata-mata lain yang melihat keanggunan perempuan itu.

Arabella adalah hak miliknya.

Sesaat, senyuman Marcello mati serta-merta apabila teringatkan ayat yang diucapkan Arabella padanya. Raut wajahnya juga berubah bengis.

Apa yang dikatakan Arabella tidak benar sama sekali. Perempuan itu tidak berhak untuk mengatakan bahawa cintanya adalah sebuah obsesi.

Apa yang Arabella tahu tentang perasaannya?

Mungkin sudah tiba masanya untuk dia membuat Arabella menjadi miliknya secara paksa. Ya, itu perkara yang terbaik untuk dia dan kekasih hatinya. Mereka harus bersatu.

Jika dibiarkan, sikap Arabella padanya makin lama semakin membakar hatinya. Sepatutnya dari dulu lagi dia harus berbuat sedemikian, mungkin tika itu Arabella tak akan melayannya dengan dingin lagi.

"I can't wait to make you mine, Bella. Your place is to be by my side. Just you... and me." bisiknya perlahan seraya tertawa kecil, ketawa yang terselit satu kejahatan.

"Master?"

Momen bahagia Marcello terhenti saat suara yang menegur menarik perhatiannya. Hampir terlupa bahawa bukan dia saja yang berada di dalam bilik tersebut.

Dia yang berdiri perlahan duduk bercangkung sambil menarik seutas tali halus yang berada di atas lantai tersebut. Mata bersinar teruja melihat pemandangan di hadapannya.

"Shh. It's okay, I won't forget you, Bella." pujuk Marcello lembut sambil mengusap rambut panjang figura tersebut.

Terpampang di hadapan matanya seorang perempuan yang menjadi pengganti kepada Arabella. Dari hujung rambut sehingga hujung kaki— ianya persis seperti Arabella.

Marcello menghabiskan puluhan ribu pada perempuan pengganti Arabella tersebut dari segi fizikal, cara percakapan dan tingkah-lakunya juga diatur oleh dia sendiri.

"No,no. Don't cry like that. You know I love you, right, Bella?" tali yang dipegangnya ditarik lembut sekaligus memaksa tubuh perempuan itu merangkak ke arahnya.

Ya, demi memastikan 'Arabella' dijaga seperti yang dia bayangkan— Marcello memakaikan kolar getah berwarna merah pada leher perempuan tersebut yang turut disambungkan dengan seutas tali yang dipegangnya.

Layanan pada perempuan di hadapannya sama seperti binatang dibuatnya, pun begitu ia adalah salah satu kesukaan Marcello. Dia harus melatih 'Arabella' supaya mendengar arahannya.

"Now, let's begin. Shall we?"

Sisa airmata yang membasahi pipi perempuan yang menjadi mangsa kegilaannya dikesat lembut. Tak dia hiraukan ketakutan atau penyeksaan terhadap perempuan tersebut.

Dengan itu, Marcello kembali bangun berdiri dan dengan perlahan zip seluarnya dibuka.


[#] DONE.
LET'S GET INTO THE BEGINNING OF THE STORY.

QUESTION;

- Cat or Rabbit?










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro