BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SET penggambaran untuk majalah, iklan produk terkini IMTIYAZ BEAUTY & HEALTH telah siap sedia untuk di shoot.

Malangnya model dan duta produk itu sendiri lewat hadir ke lokasi membuatkan pengasas merangkap pengarah produk itu sendiri naik berang.

"Semua dah standby ke?" soal Amsyar dengan suara yang sengaja dikuatkan bagaikan menjerkah krew-krew produksi pula.

        Yalah, dia sendiri pengarah dan pemilik produk itulah katakan. Banyak cekadaknya. Kalah Dato' Aliff Syukri cerewetnya. Nasib baik tidak bersifat lemah lembut seperti lelaki itu.

"Sudah, Encik Amsyar!" jawab mereka serentak.

Amsyar menilik jam pada pergelangan tangannya. Sudah menunjukkan ke angka 11:00 pagi. Batang hidung model produknya masih tidak kelihatan. Lelaki itu merengus sendiri.

"Sophie!" jerit Amsyar kuat menyeru nama pengurus peribadinya itu.

"Yes, bro Amsyar! What's up?" sahut Sophie yang tengah sibuk menyusun set hiasan di atas meja dengan lagak tomboynya itu.

"Mana model kau ni? Janji pukul berapa? Sekarang dah pukul berapa?" Bertubi-tubi dia mengajukan soalan pada Sophie. Marah benar lagaknya.

"Dia on the way. Sabar eh? Kejap lagi dia sampai," jawab Sophie dengan selamba tanpa ada riak gerun terhadap keseriusan wajah Amsyar saat itu.

"Sabar? Dia bos ke aku yang bos? Sebagai seorang model yang profesional, dia wajib menepati waktu yang telah ditetapkan oleh pengarah. Bukan datang ke lokasi ikut suka hati dia. Tak ikut time langsung! Now, dah lebih dari 10 minit. So, how?" Berjela dia membebel membuatkan Sophie mengorek telinga laju-laju yang terasa bagai hendak bernanah mendengarnya.

Matanya dibalikkan ke atas. Tanda menyampah. Bukan sahaja dia, malah semua krew-krew dalam set juga mempamerkan riak yang sama. Mereka sudah masak dengan sikap Amsyar.

Gadis itu mendekati Amsyar yang sudah masam mencuka. Bahu lelaki itu ditepuk-tepuknya.

"Rileks, bro..." Hanya itu yang mampu dia katakan membuatkan lelaki itu bertambah panas hati.

"Sophie, model cabuk mana yang kau cekau ni? Apasal dia tak jaga attitude waktu kerja?" Sesedap rasa dia sahaja menggelarkan model cabuk terhadap duta baru produk barunya itu.

Tersentak Sophie mendengarnya. Lantas dia bercekak pinggang mengadap lelaki itu. Matanya dikecilkan.

Amsyar hanya membalas dengan jelingan sinis sahaja kerana dia tahu pasti gadis itu tak puas hati mulut puakanya itu. Sedar diri pula bahawa dia bermulut puaka ya?

"Ha? Kau cakap apa? Tak jaga attitude waktu kerja? Setahu aku, dia tak masuk kerja pun lagi. Harini baru dia start kerjasama dengan kita. Sekarang, kat tempat kerja ni pun, dia tak sampai lagi. Macam mana kau boleh cakap yang dia tak jaga attitude waktu kerja? Bercakap pakai akal okey! Sorry, bro. Wa betul-betul tak faham lu. Lebih baik kau duduk mengopi dulu, tenangkan fikiran, daripada kau membebel tak tentu hala, buat tambah dosa je," tazkirah Sophie pagi itu, geram dengan bebelan lelaki itu tidak henti. Lewat 10 minit bagaikan 10 jam gaya dia membebel.

Amsyar tidak membalas. Hanya merengus di situ.

"Dan for your information, dia memang datang lewat sikit. Sebab pagi ni dia ada meeting. Awal-awal lagi dia dah informkan pada aku yang dia tak boleh jadi model produk ni sebab dia busy akhir-akhir ni. Tapi, aku yang desak dia merayu dia untuk jadi model produk kau tu. Faham?" Sambung gadis itu lagi.

"Dah tu, apahal kau cari dia jugak kalau dah tahu dia busy pagi ni?" bentak Amsyar dengan matanya dicerlungkan ke arah Sophie. Bengang kerana melambatkan masanya.

Sophie membalas cerlungan itu. Sedikit pun tidak gentar. Krew-krew yang lain malas melayan perbalahan mereka. Mereka hanya duduk mengopi sementara menunggu model produk itu datang ke situ.

"Hey, dah tu... kau jugak yang suruh aku cari model yang paling meletop dan terbaik? Inilah dia model yang paling meletop setakat ni. Yang ni memang tiptop! Kerja dia memang memuaskan. Majalah atau produk mana yang ada muka dia, gerenti laris! Percayalah cakap aku." Sophie cuba yakinkan lelaki itu. Dan mula terbayangkan wajah cantik si model jelita Humaira Irdina.

"Yelah tu. Cari model lain! Tak nak aku dengan model cabuk kau tu!" arah Amsyar seraya menjuihkan bibir setelah menyangkal kenyataan yang diberikan oleh Sophie.

Sophie kemam bibir, geram dengan respons lelaki itu.

"Kau jugak yang cakap, pastikan majalah dan produk baru kau ni terlaris di pasaran. Nak produk tu laris, modelnya pun perlulah yang mantop dan tiptop di pasaran! Jadi inilah dia orangnya. Eh, sebelum aku book dia, dah beratus company nak book dia tau. Semua dia tolak sebab dia busy. Tapi, disebabkan aku yang terhegeh-hegeh merayu dekat dia supaya terima tawaran untuk jadi model produk kita siap pakej belanja dia makan bagai, barulah dia terima. Jadi, kau jangan nak banyak songeh! Kalau tidak lepasni, kau cari model sendiri! Ataupun, kau sendiri ajelah yang jadi model. Banyak pulak cekadak mamat ni! Hey, aku debik sekali baru tahu!" marah Sophie melepaskan geramnya pada Amsyar. Siap acah hendak menumbuk muka Amsyar lagi.

Terperanjat Amsyar dengan tindakan spontan gadis tomboy itu.

"Re... relakslah. Janganlah marah-marah. Aku cuma tak suka dia datang ke set lambat. Itu je. Dalam kerja, kena serius dan komited," balas Amsyar mula mengendurkan suaranya. Bibirnya dimuncungkan.

"Ha, boleh pun cakap elok-elok. Hari-hari kerja nak melenting je. Sabar boleh tak?" omel Sophie turut mengendurkan suaranya.

Amsyar masih memuncung sedepa. Lalu dia bingkas bangun dari duduknya di kerusi pengarah.

"Uh! Aku balik dululah. Kau tolong handle semua. Aku ada hal. Chao!" ujar lelaki itu dingin dan terus menghayun langkah pergi dari situ meninggalkan Sophie terkulat-kulat sendiri.

"Oit! Kena tegur sikit, nak sentap. Yang dia marah-marah orang, ingat orang tak sentap ke?" bebel gadis itu dengan gaya Mak Limah marahkan anaknya sahaja.

Jurukamera si Apak, mendekati Sophie apabila mendapati pengarah mereka sudah angkat kaki pergi dari situ.

"Apahal tu?" soal Apak.

"Biasalah. Sikit-sikit nak naik angin. Sikit-sikit nak sentap," beritahu Sophie, siapa dengan buat muka menyampah lagi di situ.

"Ha? Habis tu? Màcam mana shoot harini?" tanya Apak lagi.

"Dia suruh aku yang handle. So, màcam biasalah. Aku jugaklah yang kena buat kerja dia untuk produk dia. Haisy!" Sophie mengeluh berat di situ. Pening dengan sikap Amsyar.

"Emm, nasib la dapat bos màcam tu. Sabar ajelah..." Lisa selaku juruhias mencelah.

"Nasib baiklah dia suka belanja kita. Bawak pergi holiday bagai walaupun, panas baran. Tapi bab duit dia tak kedekut..." sampuk Joe selaku krew 1.

"Urmm... macam tu la. Kena banyak sabar dengan dia tu!" sahut Sophie.

Dalam mereka membebel sesama sendiri, ada seseorang memberi salam .

"Assalamualaikum, semua!" ucap seorang gadis cantik telah menyentakkan semua yang ada di situ. Terutama krew-krew lelakilah.

https://www.youtube.com/watch?v=bVDbdXOmikQ

Mereka menjawab salam perlahan kerana kecantikan gadis itu lebih menarik perhatian mereka. Terpaku terpukau terkaku semua ada. Sudah gaya filem hindi pula melihat si gadis datang menghampiri mereka dengan selendang sutera yang bergerbangan itu. Seakan ada angin bayu meniup lembut menyapa tubuh gadis itu. 'Perghh!' Ayat itu yang berlegar di hati masing-masing.

Sophie yang melihatnya, mengorak senyuman nipis.

"Eh, Cik Maira dah sampai..." sambut Sophie yang tadinya duduk di atas kerusi pengarah, kini bangkit mendekati gadis itu. Cuba beramah mesra.

"Maaf anda semua kerana saya terlambat. Saya sibuk pada pagi ini. Saya membuat anda semua menunggu saya begitu lama ... Maaf ..." pohon gadis itu dengan menyusun jari sepuluh di hadapan semua krew-krew termasuk Sophie, pengurus peribadi kepada pengasas dan pengarah produk itu.

Ucapan mohon maaf itu membuatkan mereka menganggukkan kepala serentak tanda mereka sedia memaafkan gadis itu. Gadis itu tersenyum manis. Wajahnya yang iras Syatilla Melvin itu menjadi pujaan mereka kini.

Sophie tergeleng kepala melihat respons mereka.

"Oit! Dah! Dah! Herhhh! Sampai meleleh air liur tengok perempuan. Gatal! Aku cili mata sekoq sekoq kang!" sergah Sophie menyentakkan lamunan krew-krew lelaki di situ.

Tergelak Humaira melihat situasi itu. Dan mereka terus menyiapkan gadis itu secantik yang mungkin untuk terus shoot hari itu.

Selamat membaca novel baru saya. Harap anda suka. Mungkin bab ni agak bosan sebab bab pertama. Dan pendek. Tunggu bab seterusnya apa akan jadi nanti.

annecayunk
SpecialAward2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro