BAB 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEGALA tugasan telah diselesaikan. Sophie mula membawa majalah yang telah siap dicetak dan produk yang sudah sampai dari kilang. Produk itu dibawa ke ruangan bilik mesyuarat untuk dibentangkan semula kepada pembantu pengarah mereka kerana Amsyar hari itu menghadiri seminar di luar kawasan.

Saat itu semua telah bersetuju dengan design terbaru majalah dan produk IMTIYAZ BEAUTY & HEALTH.

Mereka juga telah mendapat persetujuan dari pembantu pengarah untuk melancarkan produk itu setelah Amsyar pulang dari seminar.

Kini, hari kepulangan Amsyar telah tiba. Dia yang baru mendapat majalah produknya itu, terkejut. Lalu terus bergegas mencari Sophie di ruangan pengurus peribadi merangkap setiausaha dia juga.

Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, Amsyar terus menerjah masuk menemui Sophie membuatkan gadis tomboy itu terperanjat apabila namanya dipekik kuat.

"Sophie!" pekik Amsyar tergesa-gesa mendapatkan Sophie yang tadinya tengah membuat kerja, terkejut. Gadis itu memanggung kepala.

"Oit, terkejut aku! Kau apahal main terjah masuk je? Tak reti bagi salam dulu ke, bro?" bentak Sophie, bengang dengan sikap lelaki itu yang kaki terjah membuatkan orang terkejut dengan tindakannya itu.

Amsyar yang menyedari khilafnya suka main terjah menyeringai tersengih seumpama kerang busuk di situ.

"Sorry... assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Cik Sophie..." Barulah Amsyar memberi salam penuh. Siap pakej menayang sebaris gigi putih lagi.

"Waalaikumussalam. Hmm, duduklah. Berdiri tercegat buat apa lagi? Syarikat kau ni belum nak roboh lagi," balas gadis itu, turut mempamerkan sengihan dan sebaris gigi putihnya.

Tanpa sepatah kata, Amsyar melabuhkan duduknya di hadapan meja kerja Sophie. Anak matanya tidak lepas dari merenung muka depan majalah itu.

"Apahal yang kau tergesa-gesa datang jumpa aku ni?" tanya Sophie terus ke topik utama.

Amsyar meletakkan majalah dalam pegangannya itu ke atas meja.

"Ni... majalah ni!"

Bertaut kening Sophie melihatnya.

"Ha? Kenapa pulak dengan majalah ni? Bukan ke haritu kau dah setuju untuk terbitkan terus saja majalah ni? And now, apa lagi masalahnya pak cik banyak songeh?"

"Ya, memang aku setuju. Tapi bukan tu masalahnya. Aku cuma terperanjat dengan muka depan majalah ni dan model dalam ni," jelas Amsyar maksudnya dengan riak teruja dipamerkan.

"Kenapa pulak dengan model tu? Kau ni macam-macamlah. Pening aku!" bebel Sophie dengan kepalanya digelengkan.

Amsyar mengangkat tangan cuba tenangkan Sophie.

"Eh, bukan tu maksud aku. I mean, model tu. Betul macam yang kau cakap. Model tu memang tiptop. Lepas ni tiptoplah produk aku. Thank you so much, my Sophie!" Tanpa dijangka, Amsyar bingkas bangun mendekati Sophie dan menarik tangan gadis itu, berjabat salam.

Terjatuh rahang Sophie dibuatnya. Terkejut dengan reaksi lelaki itu kali ini. Sungguh berbeza dengan yang sebelum. Banyak cekadaknya.

"Kau... kau biar betul? Kau... kau suka... suka model ni?" Tergagap-gagap Sophie menyoalnya, inginkan kepastian. Takut dia tersalah dengar.

"Yes. Kali ni aku memang suka model pilihan kau. Iras Syatilla Melvin tu. Fuh! Kenapalah aku tak tunggu haritu. Ruginya aku... kalau tak, mesti dah kenalan dah," kata Amsyar dalam nada ceria yang bukan dibuat-buat.

Saat itu dia mula terbayangkan wajah Humaira Irdina datang menemuinya seperti di dalam sebuah filem hindi.

https://www.youtube.com/watch?v=WlWlGlvN4L4


Sophie yang menyedari lelaki itu tengah berangan lagu hindustan dia itu, terus mengetuk meja kuat.

Pang!

"Oh, mak kau ladki badi anjani hai!" Keadaan itu spontan membuatkan Amsyar terkeluar latah. Terjegil biji mata Amsyar dek kerana terlatah di hadapan muka Sophie.

"Aku dah agak. Mamat hindustan ni, memang tengah berangan lagu hindu! Haisy!" Sophie tergeleng kepala melayan angan-angan si Amsyar.

Amsyar termalu sendiri bila tersedar dari lamunan dan latahnya tadi.

"Sorry..." Hanya itu yang mampu terluah dari bibirnya. Cuba mengawal perasaan malunya.

"Tu la, lain kali jangan nak cakap bukan-bukan. Sekali pandang tengok... dah berangan nyanyi lagu hindu lagi. Sekarang model cabuk yang kau cakap tu la yang kau berangankan!" sindir Sophie siap pakej tersenyum sinis lagi.

"Ya, aku akui kau memang hebat. Aku yang silap sebab tak jaga mulut. Tapi, Phie... kau boleh tolong aku tak?" Amsyar mula akui kelancangan mulutnya di dalam melontarkan suara bila barannya datang.

"Tolong apa?" soal Sophie, acuh tak acuh.

"Tolong bagi aku nombor dia?"

"Ha, pasal tu sorry... aku tak boleh tolong. Sebab Cik Maira tak izinkan aku share nombor dia dekat sesiapa pun. Termasuk kau!" tegas Sophie dan kembali mengadap laptop. Menyambung kerjanya yang terbengkalai.

"Ala... kau jangan nak berkira dengan aku. Tolonglah sepupu kau ni. Kau jangan bagitahu dia yang kau bagi nombor dia dekat aku. Nanti pandai-pandai la aku nak ayat dia macam mana," pujuk Amsyar.

"Ish, kau ni memanglah!" Berdecit Sophie di situ, geram dengan desakan Amsyar.

"Please..." rayu Amsyar dengan buat muka kasihan di situ. Mahu meraih simpati Sophie.

Sophie melepaskan sebuah keluhan kasar.

"Okey, aku hanya boleh tolong bagi alamat sekolah aje. Nombor telefon, tak boleh. Aku tak nak Cik Maira hilang kepercayaan pada aku lagi. Boleh ke?" Akhirnya Sophie setuju untuk memberi alamat sekolah sahaja. Bukan nombor telefon model itu sendiri.

Lama Amsyar termangu di situ. Pelik.

"Kejap, yang pasal nombor telefon tu aku faham. Tapi yang alamat sekolah tu, aku tak faham. Apahal kau nak bagi alamat sekolah pulak dekat aku? Kau jangan nak main-mainkan aku, Phie..." Persoalan yang diajukan lelaki itu membuatkan Sophie tersengih sinis.

"Ha, itu yang kau tak tahu pasal Cik Maira. Huh! Kau ingat dia tu kerja modelling semata-mata aje ke? Model tu kerja sambilan dia je. Sebenarnya, dia seorang guru yang mengajar pelajar-pelajar bisu dan pekak dekat Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Manjung Perak. Kau ingat tak, aku pernah cakap yang Cik Maira lambat datang ke set sebab ada meeting?" soal Sophie setelah menerangkan siapa sebenarnya Humaira Irdina terhadap Amsyar membuatkan lelaki itu terlohong mulutnya.

"Maksud kau... dia ada meeting dengan guru-guru sekolah?" tebak Amsyar.

Sophie hanya menjawab dengan anggukkan sahaja. Tanda mengiakan tekaan sepupunya itu.

Amsyar terdiam sejenak sebelum kembali bersuara.

"Wah, aku tak tahu pulak model secantik ini cikgu sekolah. Pergh, makin banyak aku tahu pasal dia makin aku rasa yang dia wanita terhebat pernah aku jumpa. Tak apalah. Kau bagi alamat tu, aku nak pergi cari dia," pinta Amsyar, serius.

"Kejap, kenapa kau beria-ia nak jumpa dia? Untuk apa?" tanya Sophie.

"Alahai, as a manager product mestilah aku nak kenal dengan model produk aku. Tanda penghargaan aku untuk dia sebab dah promosikan produk aku dengan terbaik! Cepatlah, Phie... kau ni, banyak pulak cekadaknya. Bagi je alamat sekolah model tu. Aku nak jumpa dia," desak Amsyar.

"Kau jangan Am... ha... aku tak nak kau bermain dengan api. Parah akibatnya nanti. Aku takut kau yang merana," ujar Sophie, cuba mengingatkan Amsyar. Dia tidak mahu sepupunya itu terluka di kemudian hari.

Kata-kata peringatan dari Sophie telah mencetuskan tawa dari Amsyar.

"Hahaha... relaks la, Phie. Aku tak ada niat nak mengorat dia pun. Aku just nak jumpa dia. Nak kenal orangnya dan nak berterima kasih. Itu aje. Kau ni... takut sangat. Cepatlah bagi alamat tu."

Sophie terpaksa akur dengan desakan sepupunya itu.

"Huhu! Okey. Tapi, ingat... jangan bagitahu dia yang aku bagi alamat sekolah dia tu dekat kau. Aku tak nak dia anggap aku pembelot!" pesan Sophie, tegas.

"Pembelot? Hahaha! Macam buat jenayah pulak. Okey okey. Tak payah risau. Rahsia ditutup!" Amsyar membuat gaya zip di mulut dengan menggunakan jarinya.

Sophie hanya mengangkat kedua-dua belah bahu dan terus menyambung kerjanya setelah memberi kad yang tertera alamat sekolah yang dihuni oleh Humaira Irdina.

Amsyar terus berlalu setelah mendapatkan alamat itu dengan cerianya.

***

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BAYU, MANJUNG PERAK.

AMSYAR meluru masuk ke sekolah itu penuh dengan gaya Versatilenya dan menemui pengetua sekolah itu.

Tujuannya hanya satu, iaitu bertemu dengan gadis idamannya sejak terlihat wajah gadis itu pada muka depan majalah produknya itu tadi pagi. Angaukah? Gila betul.

Setelah menemui pengetua dan menyampaikan hasratnya yang sebenar, pengetua terus membawanya menuju ke kelas yang dimana guru kelas itu adalah Humaira Irdina.

"Ha, inilah kelas Cikgu Humaira. Tunggu sekejap ya. Saya panggil dia sekejap," kata guru besar perempuan itu, Puan Hasnah.

"Baik, cikgu," balas Amsyar bersama senyuman.

Dilihatnya gadis yang ingin ditemuinya itu, sedang mengajar menggunakan bahasa isyarat. Guru besar yang memanggilnya itupun menggunakan bahasa isyarat. Amsyar tergaru-garu kepala. Resah.

"Dia ni bisu jugak ke? Pekak ke? Ah, sudah. Tu dia guna bahasa isyarat je. Macam mana aku nak cakap dengan dia ni? Aku bahasa isyarat sepatah haram pun aku tak tahu. Tapi kan... macam mana Sophie berkomunikasi dengan dia? Kenapa Sophie tak bagitahu aku yang dia ni golongan istimewa? Aduhai. Parah aku. Masak! Masak! Tapi, dia ni serius cantik..." Dalam membebel resah sendiri, sempat lagi memuji kecantikan rupa paras gadis itu.

Disaat dia resah memikirkan bagaimana cara untuk menggunakan bahasa isyarat dengan gadis itu, guru besar datang menemuinya bersama gadis itu.

"Encik, ni Cikgu Humaira yang encik nak jumpa tadi," beritahu guru besar itu pada Amsyar membuatkan lelaki itu tersenyum lagi.

"Oh..." Amsyar mengangkat tangan pada Humaira tanda salam perkenalan. Konon bahasa isyaratlah tu.

"Kalau boleh, jangan lama sangat. Sebab ni waktu kerja. Dan waktu Cikgu Maira tengah mengajar. Encik faham maksud saya, kan?" sambung guru besar itu lagi, seraya mempamerkan senyuman buat lelaki itu.

"Ya, saya faham, pengetua. Terima kasih," tutur Amsyar, berbudi bahasa.

"Kalau begitu, saya minta diri dulu." Pengetua meminta diri.

Amsyar hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian, guru besar itu berlalu pergi.

Tinggallah Amsyar berdua dengan Humaira.

Amsyar yang tersenyum pada Humaira mencuba untuk membuat isyarat orang bisu. Kononnya mahu berucap 'hai' dengan melambai tangan pada gadis itu.

Humaira mengangguk faham dan membalasnya kembali bersama senyuman pelik.

Kemudian, dia membuat isyarat ingin mengajak gadis itu keluar makan dengannya dengan tangan terpusing-pusing entah apa-apa gaya. Tergelak Humaira di situ melihat aksi lucu lelaki itu.

Tergaru kepala Amsyar apabila gadis itu mentertawakannya.

"Aku salah isyarat ke? Kenapa dia ketawakan aku? Eh, orang bisu boleh ketawa ke?" Tertanya-tanya Amsyar sendirian dalam nada separuh berbisik membuatkan Humaira berpeluk tubuh mengadapnya.

"Siapa awak ni? Kenapa nak jumpa saya? Tiba-tiba nak ajak saya keluar makan. Kita pernah kenal ke?" soal gadis itu, memeranjatkan Amsyar.

Mana taknya, dia menyangka gadis itu bisu tadi. Ternyata, tidak.

"Oh, awak boleh bercakap?" tanya Amsyar dalam nada mengawal malu.

"Habis tu, awak ingat saya bisu?" Tersengih gadis itu di situ.

Amsyar termalu sendiri. Belakang lehernya digosok. Namun, senyuman itu telah menusuk jantungnya. Satu irama hindi kembali menggamit ingatannya, membayangkan bibit cinta mengelilingi mereka berdua. Amsyar sudah berangan lagi. Parah.

https://www.youtube.com/watch?v=m9YhBDFxC5o

(Ver ori)

https://www.youtube.com/watch?v=FtT5PLd7IP0

(New ver)

annecayunk
RohanahDandai
Fahizah_Reena
reen2212
zuraidakhairi
hudakhasha
Zac220778

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro