BAB 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

RESTORAN GARDEN SERI MANJUNG

TERKESIMA Humaira di meja makan mewah itu. Anak matanya melingas ke sekeliling. Kemudian, bibir dikemam. Tidak terluah apa yang sedang bermain di fikiran gadis itu tika ini.

Amsyar yang perasan akan kesenyapan dan kekakuan gadis itu, mula menegur.

"Kenapa Cikgu Maira? Cikgu tak selesa ke dengan tempat ni? Atau nak yang lebih exclusive? Saya boleh bawak cikgu ke tempat lain." Amsyar sudah bingkas berdiri. Berkira mahu membawa gadis itu ke tempat lain yang lebih gah.

Lantas Humaira menggelengkan kepalanya, cuba menidakkan sangkaan Amsyar itu dan segera menahan lelaki itu dari pergi.

"No! No! No need. I'm okay. Cuma, tempat ni... terlalu exclusive. So, saya rasa macam tak sesuai dengan saya pulak." Humaira cuba membetulkan prasangka lelaki itu.

Amsyar kembali melabuhkan duduknya. Bertaut keningnya memikirkan kata-kata gadis itu yang kedengaran begitu merendah diri.

"Kenapa pulak? Bukan ke awak yang inginkan tempat mewah macam ni, Cikgu Humaira? Kalau nak yang jauh lebih mewah ala-ala diraja makan tu, saya mintak maaflah cikgu. Saya tak mampu untuk penuhi kehendak awak, Cikgu Maira. Sebab saya bukan dari golongan diraja." Amsyar berubah riak sugul dan tertunduk menekur ke meja.

Sekali lagi lelaki itu salah faham maksud Humaira. Dengan segera Humaira cuba menjelaskan kesalahfahaman lelaki itu.

"Ya Allah awak... bukan itu maksud saya. Maksud saya, saya ni orang biasa je. Tempat macam ni terlalu mewah bagi saya. Saya cuma rasa orang biasa macam saya ni tak layak jejak kaki ke tempat mewah macam ni. Ya, memang tadi saya cakap nak makan kat tempat exclusive. Tapi itu hanya gurauan. Tak pernah terlintas di fikiran saya untuk meminta awak bawak saya ke sini."

     "Tak pernah termimpi pun untuk makan di tempat mewah macam ni. Saya selalu makan di tempat biasa je. Berpadanan dengan cikgu sekolah istimewa macam saya ni. Tempat ni, mahal. Saya tahu tu. Sepatutnya, awak bawak saya ke tempat biasa je. Bukan mewah macam ni. Saya rasa macam saya dah menyusahkan awak pulak, Encik Amsyar." Humaira berjeda seketika.

       "Saya hanya sekadar menguji kesungguhan awak je untuk ajak saya keluar dinner ni. Itu je. Tak ada niat nak jadi materialistik ke apa ke, tak ada. Sumpah tak ada. Itu bukan diri saya. Maafkan saya jika awak tempah tempat mewah ni hanya gara-gara untuk penuhi permintaan saya tadi..." Panjang lebar Humaira menjelaskan soal hatinya juga maksud kata-katanya tadi kerana sungguh dia tidak mahu lelaki itu tersalah tafsir tentang niatnya yang sebenar.

Terlohong mulut Amsyar mendengarnya. Tidak lama begitu, bibirnya kembali mengukir senyum.

"It's okay, Cikgu Humaira. Tak perlulah rasa bersalah macam tu. Saya tak pernah anggap awak ni materialistik, Cikgu Maira. Memang ini yang patut lelaki sediakan untuk seorang wanita. Anggaplah ini hadiah dari saya buat awak, Cikgu Humaira. Sebab sudi menjadi model produk saya sekaligus mempromosikan produk saya. Lagipun, kalau awak tak bagi syarat tadi, saya memang nak bawak awak ke tempat macam ni sebagai tanda penghargaan dari saya dan juga syarikat kami untuk cikgu. And you know something? Kerana awak jadi model kami, produk saya terlajak laris. Sampai tak menang tangan," balas Amsyar dalam nada ceria kerana tidak mahu gadis itu rasa bersalah.

"Tapi betul, saya tak ada niat lain. Hanya bergurau tadi. Saya ..." Tidak sempat Humaira menghabiskan ayatnya, Amsyar memotong.

"Syhhh... dah, dah stop. Tak perlu kita bahas tentang hal ni lagi. Lupakan. Apa kata kita tumpukan pada makan malam kita ni," cadang lelaki itu cuba menceriakan kembali suasana.

Terdiam Humaira di situ. Makanan yang dipesan telah sampai dan dihidang atas meja.

Amsyar yang melihat gadis itu masih mendiamkan diri, bersuara lagi.

"Awak tahu tak, sekarang ni... jumlah tempahan produk saya dari customer kami, bertambah ramai. Meningkat dia tu, luar biasa. Itu menunjukkan kehebatan awak dalam mempromosikan produk saya, Cikgu Maira."

       Mendengarkan kata-kata Amsyar membuatkan gadis itu kembali mengorak senyum nipis. Terserlah keayuannya di situ.

"Alhamdulillah barakallah. Itu semua berkat usaha awak sendiri. Saya cuma menjalankan tugas sebagai seorang model. That's all. Saya doakan semoga bisnes awak terus maju jaya," doa Humaira bersama senyuman terhias dibibirnya.

"Aamiin... semoga Allah berkati doa awak, cikgu," balas Amsyar seraya mengaminkan doa Humaira.

Tersengih kedua-dua mereka di situ.

"Haisy, apa la waktu makan macam ni nak buat mood sedih pulak. Now, kita just happy je. Enjoy your meal, Cikgu Maira..." pelawa Amsyar dengan cerianya. Dia mahu mereka melupakan perbualan tadi.

Humaira mengangguk setuju dan mula menjamu selera bersama setelah membaca doa makan bersama.

Melihatkan senyuman itu membuatkan hati Amsyar berdegup kencang mengikut rentak irama cinta.

https://www.youtube.com/watch?v=KE2wKKUJZK0


Selesai makan malam, Amsyar mengajak gadis itu berjalan di dalam kawasan bandar. Setiap gerak-geri dan tingkah gadis itu menjadi perhatiannya dalam diam. Tawanya, senyumnya, tutur bicaranya, segalanya menjadi santapannya. Mula membayangkan seperti di dalam sebuah filem hindi yang dipetik dari filem Dil Hai Tumhaara bertajuk Aisa Lag Raha Hai.

       Sudah diagak, itu sahajalah modal dia. Berangan tak sudah. Itulah diri Amsyar Imtiyaz. Mudah jatuh cinta. Tetapi, untuk melupakan, amat sukar baginya. Benarkah?

***

TEPAT jam 12:00 tengah malam, Humaira baru pulang ke rumah .

Penat lesu mula terasa setelah puas berbual dengan Amsyar di bandar tadi. Humaira terus naik ke bilik. Niat di hati ingin terus naik tidur setelah cuci badan dan muka. Masuk sahaja ke kamar beradunya, tas tangan diletak ke atas meja.

Tubuhnya yang keletihan direbahkan ke atas katil. Cuba merehatkan diri seketika sebelum berlalu ke bilik air. Rakan-rakan serumahnya mungkin sudah ketiduran diulit mimpi indah. Itu yang difikirkan Humaira tika itu.

Baru sahaja matanya hampir terlelap, pintu kamarnya diketuk dari luar. Keadaan itu automatik menyentakkan gadis itu.

Humaira kembali mencelikkan kelopak matanya. Pintu itu masih diketuk dari luar.

Dengan malas Humaira bangkit dari pembaringannya.

Kakinya menjejak lantai dan bingkas menuju ke arah pintu. Tombol pintu dipulas. Dedaunan pintu dikuak.

Terpacul sesosok bermuka putih bak tepung gomak.

"Oh mak! Hantu!" Terkejut Humaira di situ hingga terjerit dia di situ kerana disangkanya hantu.

Dengan pantas mulutnya ditekup dan ditarik bawa masuk ke dalam kamar.

"Oit, banyaklah kau hantu. Akulah!" sergah seseorang seraya menggoncangkan kedua bahu Humaira, bertujuan untuk menyedarkannya.

Dengar sahaja suara yang amat dikenalinya itu, terjegil biji mata Humaira. Suaranya juga sudah lenyap. Terkedu. Lantas tangan yang masih melekap pada mulutnya itu, ditepis.

"La... kau ke? Ish! Terkejut aku! Yang kau pakai bedak macam tepung gomak ni dah kenapa? Macam langsuir dah aku tengok," marah Humaira, sambil menggosok dadanya bagi mengurangkan debaran dek kerana terkejut yang masih tersisa.

"Eh bedak sejuk ni elok untuk kulit. Kau apa tahu? Huh!" balas Ziana, dengan selamba dia berbaring di atas katil Humaira.

Humaira memuncungkan bibirnya sedepa. Lalu mendekati rakannya itu.

Dia melabuhkan duduk di birai katil. Wajah Ziana ditatapnya penuh dengan tanda tanya.

Dengan mata yang masih menahan kantuk, dia melayankan juga rakannya itu.

"Hmm, ni apahal kau ketuk pintu bilik aku malam-malam buta ni? Esok-esok tak boleh ketuk ke? Aku mengantuk la, Ziana..." soal Humaira dalam nada serak basah lemak tepu semua ada. Itu tanda mengantuk tahap gaban.

Ziana bangun duduk. Wajahnya berubah serius plus ketat merenung Humaira di sebelahnya.

"Oit, kau pergi mana tadi? Dengan mamat mana kau keluar?"

"Oh... mamat tu? Dia pengasas produk yang ambil aku jadi model dia tu. Kami bincang pasal kerja. Makan-makan. That's all," beritahu Humaira, jujur.

Ziana melepaskan sebuah keluhan berat.

Humaira menepuk bahu Ziana. Dia tahu gadis itu risaukannya.

"Alah, kau janganlah risaukan aku. Takkanlah aku nak buat benda tak elok dengan Encik Amsyar tu. Aku ni masih ada pegangan agama tahu. Aku tahu la jaga batas-batas pergaulan tu. Dahlah, kau pergi tidur. Jangan risaukan aku. Yang penting aku dah selamat sampai di rumah pun. Ziana... aku ngantuk ni... pergilah tidur. Jangan fikir bukan-bukan. Okey?" sambung Humaira lagi dalam nada merengek manja. Dia memang rapat dengan Ziana sudah bagaikan adik beradik.

Ziana kembali mengendurkan wajah tegangnya tadi kerana lemah dengan rengekan manja sahabat baiknya itu.

"Aku yang risau ni tak apa. Tu, Rafiqi... dia tunggu kau tahu tak? Dia risaukan kau. Sebab dia call mesej kau , tak berjawab. Kau ni dah kenapa buat dia macam tu? Kasihan dia tahu tak? Dia tunggu kau kat sini 2 jam. Kau tak bagitahu dia ke kau pergi mana? Keluar dengan siapa? Ada kau bagitahu dia tak?" bebel Ziana, walau tidak nada keras seperti awalnya tadi.

Namun mampu membuatkan Humaira berubah riak ke angka 360 darjah.

"Wei, dia datang sini ke?" soal Humaira inginkan kepastian.

"Yalah. Dia cari kau tadi. Dia tunggu kau 2 jam. 2 jam! Kau tahu tak?" Sengaja ditekankan ayat '2 jam' itu untuk menunjukkan betapa lama lelaki itu menunggu gadis itu di hadapan rumah mereka.

"Ya Allah! Aku lupa. Telefon aku habis bateri. Lupa nak bawak powerbank. Patutlah telefon aku senyap je harini. Wei Ziana, mati aku. Mati! Macam mana ni? Tentu Rafiqi merajuk dengan aku ni..." Humaira gelisah resah. Dahinya ditepuk berkali-kali. Sesal dengan tindakannya kerana membiarkan lelaki itu menunggunya begitu lama.

"Ha baru nak gelabah? Eh, Rafiqi tu tunang kau tau. Boleh tak, sesekali kau jaga hati dia? Dia sayang gila dekat kau. Separuh mati cintakan kau. Sampai sanggup datang sini menunggu kau begitu lama. Macam ni aje kau balas cinta dia? Macam ni je cara kau layan dia setelah apa yang dia dah buat untuk kau selama ni? Hargailah dia beb, sementara dia masih ada dengan kau ni. Jangan nanti, bila dia dah tak ada kau baru nak nyesal..." nasihat Ziana berjela cuba menyedarkan Humaira.

Humaira tersentak mendengar ayat akhir Ziana.

"Kau jangan cakap macam tu. Jangan takutkan aku... aku sayang sangat dekat dia. Aku jadi model ni pun sebab nak cari duit lebih untuk bantu dia jugak. Aku nak cepat-cepat kahwin dengan dia. Ya Allah, apa aku buat ni? Kasihan Rafiqi... tapi, aku betul-betul tak sengaja..." Termangu Humaira susah hati memikirkan Rafiqi, tunangannya itu.

Selendang yang melilit di kepalanya dibuka. Terurai rambutnya yang panjang di paras pinggang itu. Fikirannya kusut. Telefonnya di cas. Kemudian mencuba untuk menghubungi lelaki itu, malangnya telefonnya tiba-tiba hang pula.

"Arghh! Tolonglah telefon. Jangan buat aku macam ni. Aku nak call dia. Nak pujuk dia. Please..." rayu Humaira bersungguh pada telefonnya.

Tetap sama. Tiada respons. Humaira membentak geram. Tubuhnya melorot di sisi katil. Kepalanya tersandar pada sisi katil. Mati akal.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro