BAB 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HUMAIRA termangu sendiri. Mencari cara untuk memujuk lelaki itu semula.

Ziana yang tak sampai hati melihat keadaan Humaira yang kusut itu mendekatinya. Bahu Humaira dipaut erat.

"Termenung saja pun tak guna. Baik kau call dia pakai telefon aku ni. Minta maaf dekat dia. Sejukkan hati dia tu dengan kata-kata manis kau tu. If dia marah, kau diam je sebab memang salah kau kan... pujuklah dia. Ajak dia keluar ke apa ke. Okey?" nasihat Ziana lagi, cuba menenangkan gadis itu. Kini dia menggunakan intonasi nada suara yang lembut.

Telefon pintar miliknya diserahkan pada Humaira.

Dengan perlahan Humaira menerimanya. Wajah sahabatnya itu ditatap seketika.

"Thanks, Ziana sebab bagi kata-kata nasihat dan semangat dekat aku... Kaulah sahabat aku dunia akhirat. Aku sayang kau!" ucap Humaira tulus dari hatinya. Lantas tubuh itu dipeluknya erat.

Ziana tersenyum nipis. Dengan perlahan dia membalas pelukan rakannya itu.

"Aku kan kawan kau. Kalau bukan aku yang nasihatkan kau, ambil berat pasal kau, siapa lagi? Dah la, kau pergi hubungi Rafiqi. Pujuk dia cepat. Slow talk dengan dia. Aku balik bilik ke bilik dulu. Kalau ada apa-apa, panggil je aku kat bilik. Aku sedia bantu kau, Maira..." pesan Ziana setelah menenangkan gadis itu.

Mereka meleraikan pelukan. Humaira mengangguk perlahan. Mendengar nasihat rakannya itu.

Kemudian, Ziana meminta diri untuk memberi ruang kepada Humaira memujuk Rafiqi yang mungkin tengah merajuk.

Humaira yang melihat Ziana menghilang dari sebalik dedaunan pintu, segera menghubungi nombor Rafiqi. Malangnya, telefon pintar milik Rafiqi dimatikan. Keadaan itu membuatkan Humaira gelisah.

'Ya Allah, Rafiqi. Janganlah off phone please... maafkan Maira, sayang. Aku boleh pulak keluar dengan lelaki lain hingga mengabaikan tunang sendiri. Tunang jenis apa aku ni? Ya Allah. Ampunkan aku. Aku dah lukai hati Rafiqi. Tapi aku tak ada niat untuk lukai hati dia. Sumpah tak. Maafkan Maira, Rafiqi...' rintih hati kecil Humaira meluahkan rasa kesalnya.

Sejak itu Humaira mencari Rafiqi di pejabat, di rumah sewanya juga tiada. Ke mana lelaki itu menghilang? Mengapa terlalu kecewa hanya gara-gara itu? Humaira hendak mengajar pun tidak tenang dek kerana hati lebih ke arah Rafiqi.

***

RAFIQI termangu sendiri mengadap langit malam. Fikirannya menerawang jauh ke arah hari yang di mana dia mahu menemui Humaira.

Gadis itu tiada. Dia menunggu selama 2 jam. Tetapi gadis itu tidak muncul. Dia membuat keputusan untuk mencari Humaira di bandar.

Namun, tanpa diduga dia terlihat Humaira sedang berbual dengan seorang lelaki. Yang menambahkan bara di hatinya, lelaki itu asyik merenung tunangnya tidak berkalih. Melihat dari gayanya seperti lelaki itu sudah jatuh hati pada Humaira. Rafiqi mengeluh sendiri.

"Cis, macam tak ada orang lain kau nak pikat. Tunang orang jugak yang kau nak? Tapi... nak salahkan dia pun tak boleh. Entah-entah dia tak tahu yang Maira tu tunang aku. Ah, walau macam mana sekalipun, Maira tak patut keluar dengan lelaki itu. Dia patut sedar status dia tu adalah tunangan orang iaitu aku. Kenapa dia keluar dengan lelaki lain? Habis aku ni, apa? Tunggul kayu? Yang boleh kau bodohkan? Uh!" rengus Rafiqi sendiri melepaskan riak cemburunya di situ.

Ya, dia tersangat cemburu bila tunangnya bersama lelaki lain waima atas urusan kerja. Mungkin kerana sifat sayang yang ditanamkan sejak kecil untuk gadis itu menjadikan dia seorang yang memiliki sifat cemburu.

"Maira... kau tahu kan aku sayangkan kau. Kenapa kau buat aku macam ni? Siapa dia? Kenapa mesti kau keluar dengan dia tanpa pengetahuan aku? Setidaknya, kau beritahu aku dengan siapa kau nak jumpa. Bukan keluar senyap-senyap macam tu," sambung Rafiqi lagi.

"Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku belasah mamat tu. Tapi, aku ni masih waras. Aku takkan menyerang sesuka hati. Tak apa, Maira. Jika ini yang kau nak, aku akan ikut rentak kau. Mesti kau tengah resah sekarang ni sebab mencari jejak aku yang langsung tak dapat dikesan. Hmm, kau takkan jumpa aku dan takkan tahu di mana aku." Rafiqi berbaring di atas pangkin dengan berlapikkan lengannya.

Di mana agaknya Rafiqi berada?

***

AMSYAR melamun sendiri di dalam bilik pejabatnya. Tersenyum sendiri membayangkan disaat dia berdua dengan Humaira.

https://www.youtube.com/watch?v=Fxey_cVB3B0

Tersengih Amsyar sendirian di buai hanyutan asmara cintanya dan...

Tok tok tok tok!

Bunyi ketukan pintu bertalu-talu itu memeranjatkan Amsyar dari lamunannya hingga membuatkan dia jatuh terconget ke belakang dari kerusi kerjanya. Hanya nampak kedua kakinya terangkat naik ke atas di bawah meja.

Kedengaran tawa berdekah-dekah membuatkan Amsyar berang.

Lalu, dia bangkit dari jatuhnya tadi dengan tangannya berpaut pada meja. Kepalanya terjengul di sebalik meja itu.

Wajah Sophie yang terhidang di ruang matanya sedang menghabiskan sisa tawanya. Siap menekan-nekan perut sendiri lagi akibat rasa senak dek kerana tertawa berlebihan.

Amsyar berdecit marah bila dirinya ditertawakan sebegitu rupa.

"Hoi, kau ingat ni Maharaja Lawak Mega ke yang gelak tak ingat dunia?" tegur lelaki itu dalam nada keras. Marahlah tu.

"Kahkahkah... boleh jadi jugak. Kau ni kan... boleh jadi King Of Lawak la. Kahkahkah! Wei, teruk kau tertonggeng tadi. Sampai kaki naik atas. Sakit ke, bang? Hehehek!"

"Kurang asam kau membahan aku. Kau tunggulah nanti, kalau kau jatuh aku takkan tolong. Tapi, lebih teruk dari kau tu aku gelak. Sampai guling-guling. Baru kau tahu rasa sakit hati ditertawakan tu macam mana!" bidas Amsyar melepaskan geramnya. Sudahlah dia terasa sakit belakang kepalanya dek kerana terhantuk pada lantai berkarpet itu. Ini kalau staf nampak dia jatuh tertonggeng tadi, mahu malu setahun.
Semua gara-gara khayalan cinta Humaira Irdina.

"Haisy, okey sorry... hehehe... ini mesti tengah berangan lagu hindu kau tu. Sampai aku ketuk pintu pun tak sedar. Sekali aku ketuk kuat-kuat, hah dah tertonggeng terus. Hahaha..." tebak Sophie kerana sudah masak dengan tingkah sepupunya merangkap bosnya itu sejak kecil. Kaki berangan.

Macam manalah lelaki itu boleh jadi bos dan berjaya dalam bisnes? Jadi, tidak hairanlah. Dia anak tan sri. Nak apa sahaja boleh dapat. Tan Sri sendiri pun ada hotel dan bisnes sendiri. Tentu sahaja dia banyak melabur untuk bantu mengembangkan bisnes anak tunggalnya ini. Untunglah .

Tapi, Sophie percaya dengan bakat dan kebolehan Amsyar sejak kecil. Pandai berniaga. Sama seperti Dato'Aliff Shukri. Ketika mereka sama-sama belajar di Eropah dulu pun, ambil course business and management. Mereka bukan berdua. Tapi bertiga dengan Darwisy Ryan. Sepupu mereka juga. Yang rapat sejak kecil. Dia itu kacak. Ala-ala kacukan hindi mat saleh gitu. Sekarang Darwisy bekerja papanya yang turut ada bisnes sendiri. Pendek kata keluarga mereka ini keluarga bisnes.

"Kau memang. Asal aku diam je kau fikir aku berangan lagu hindu. Bukan hindu la. Hindi. Sebut betul-betul!"

"Ah sama ajelah hindu ke hindi. Adik beradik jugak tu," balas Sophie acuh tak acuh.

"Tak sedap. Hindi baru sedap. Hindu tu aku bayangkan macam lagu tamil. Kau ingat aku layan lagu tamil? Ish, tolonglah..." Amsyar tetap menegakkan sebutannya iaitu hindi. Begitulah mereka, hal kecil boleh jadi perbalahan. Bukan benar-benar berbalah. Tetapi sekadar gaduh manja antara sepupu. Bila rapat begitulah jadinya.

"Eh lagu tamil pun sedap apa. Cuba dengar lagu dari filem I. Semua lagu dia best-best tau. Pelakon dia pun cantik baq hang. Tak percaya? Dengar sendiri nanti. Aku gerenti kau akan jadi peminat tegar lagu Tamil pulak lpeasni, heheheh!" saran Sophie semakin galak. Seronok mengusik lelaki itu. Dia sengaja mahu memperangatkan lelaki itu.

https://www.youtube.com/watch?v=yKDWXC4o5nA

https://www.youtube.com/watch?v=vcRi8HlwMFs

https://www.youtube.com/watch?v=i1rYKmNS8uQ


Sophie menayangkan lagu-lagu dari filem tamil tajuk I pada Amsyar untuk membuktikan bahawa lagu tamil juga terbaik bukan sahaja hindi.

Amsyar hanya menjuihkan bibir.

"Dahlah, malas aku layan kau. Buat kerja lagi baiklah." Akhirnya Amsyar yang mengalah. Biasalah. Dia lelaki. Yang selalu dikalahkan oleh seorang tomboy iaitu Sophie.

"Alah alah... merajuk la tu. Eceh eceh..." Sophie lagi ligat mengusik Amsyar.

"Eh kau ingat aku baby yang kau nak eceh eceh alah alahkan aku? Banyaklah kau punya cekadak. Dah pergi! Pergi! Buat kerja kau. Sibuk je menempel kat sini. Ganggu konsentrasi akulah dia ni!" bebel Amsyar kalah Mak Temah setelah mengusir sepupunya itu.

Sophie mengherotkan bibirnya. Lalu dia mendekati Amsyar yang sudah kembali duduk di kerusinya. Menyambung kerjanya yang terbelangkalai.

"Eh kau jangan nak usir aku eh. Aku ni P.A. kau. Memang 24 jam kena menempel dengan kau. Eh dia ni... aku sekeh jugak kang! Hah, lagi satu! Kau tu ingat aku tak tahu yang kau dah tangkap cintan dengan Cik Maira kita tu, kan? Itu yang boleh berangan lagu Tamil nadoo bagai dia tu!" Sophie cuba meneka apa yang sedang berlaku terhadap Amsyar saat ini membuatkan Amsyar terkedu.

"Bukan lagu tamil, hindilah. Aku tak layan tamil! Yang tamil nadoo tu engkau. Bukan aku!" Sempat lagi dia menafikan tang lagu tamil tu . Amsyar Amsyar...

"Ah, apa-apa ajelah. Janji berangan. Kau jatuh cinta dengan dia ke? Kau jangan... jangan bermain dengan api. Ingat pesan aku. Kau tu tak pernah bercinta. Jadi hati-hati. Jangan jadi macam aku. Faham?" Sophie memberi amaran keras terhadap Amsyar. Kerana tidak mahu lelaki itu terjebak dengan duri cinta yang amat menyakitkan jika tidak kena dengan caranya.

Amsyar terdiam di situ. Mula terfikir semula kata-kata Sophie tadi. Dia sedar gadis itu ada kisah silamnya . Hanya dia, dan Darwisy yang tahu kisahnya punca Sophie jadi tomboy.

Shreehh!

"Aik, dah kenapa semua serius je ni?" Darwisy Ryan yang tiba-tiba muncul, menyapa kedua-duanya dengan riak wajah hairan dipamerkan di situ.

Sapaannya menyentakkan kedua-dua mereka.

Lantas mereka berpaling mengadap Darwisy Ryan.

***

HUMAIRA yang baru balik dari mengajar bersama Ziana merehatkan tubuh mereka di atas sofa mengadap televisyen, melepaskan lelah di situ.

Rakan-rakan yang lain bekerja di tempat lain. Jadi mereka pulang agak lewat sedikit.

Namun tidak lama begitu, fikiran Humaira kembali tertala ke arah kehilangan jejak Rafiqi.

"Ziana... kau tahu tak di mana Rafiqi? Aku puas cari dia. Di rumah sewa, pejabat, tempat dia selalu pergi pun tak ada. Dia ke mana sebenarnya? Kenapa dia lari dari aku macam ni? Kau kena tolong aku, Ziana. Aku dah buntu. Aku sayang dia tapi aku tak tahu nak cari dia di mana lagi. Aku tak nak kehilangan dia," luah Humaira apa yang dirasainya tika itu.

"Entahlah, aku pun pening fikir masalah kau ni. Macam-macam cara kau dah lakukan untuk hubungi. Tapi, tetap tak berhasil. Yang Rafiqi pun satu, merajuk apa lama sangat. Kalau ada masalah bawaklah bincang. Ini bawak diri pulak. Hilang entah ke mana. Buat orang risau je!" bebel Ziana di situ mengenangkan Rafiqi yang disangkanya merajuk tiada berpenghujung itu.

"Entahlah. Kali ni merajuk dia lain macam. Aku tak sedap hatilah," bicara Humaira, kerisauan.

"Dia memang tak on phone langsung ke?" tanya Sophie.

"Tak. Dia off sejak malam tu sampai sekarang. Dah tiga hari dia menghilang. Hmm... dia sepatutnya bagi peluang pada aku untuk jelaskan perkara sebenar. Bukan sembunyikan diri macam ni. Rafiqi... ke mana awak? Saya rindukan awak..." Humaira mencebik sedih merindukan tunangnya. Ya, tunangnya yang iras Syafiq Kyle itu menjadi idamannya sejak kecil.

Tak diduga lelaki itu juga menyimpan perasaan yang sama terhadapnya. Akhirnya bersatu menjadi tunangan. Tapi kini... begini pula jadinya. Tanpa sedar ada air jernih mengalir mengenai pipinya. Air jernih itu menjadi sebentuk mutiara bergantungan di dagunya. Menanti masa untuk jatuh ke bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=xG7vTl_Gw-g

Ziana turut merasai sebak tatkala melihat air mata gadis itu.

"Kau janganlah sedih-sedih. Aku yakin, dia tak ke mana-mana. Dia hanya pergi tenangkan fikiran aje. Dan aku tahu, dia akan cari kau nanti. Dia sayangkan kau. Tak mungkin dia akan tinggalkan kau macam tu je," pujuk Ziana.

"Kalau dia tak datang balik pada aku macam mana?"

"Syhh! Jangan fikir macam tu. Kau ingat, dengan mengalirkan air mata tu kau akan dapat kembalikan dia? Daripada kau bersedih dekat sini, baik kau fikir cara lain untuk dapatkan Rafiqi semula. Ya, kau kena kuat untuk dapatkan semula cinta kau!" marah Ziana hanya sekadar untuk membakar semangat gadis itu. Bukan berniat untuk membuat gadis itu terluka.

"Habis tu, kau nak aku buat apa lagi? Hik hik hik..." Kepala Humaira sudah terlentok manja ke bahu Ziana.

Humaira lembut orangnya. Mudah terlentok dan tersentuh. Berbeza dengan Ziana yang hatinya agak keras dan tegas orangnya. Selama mereka berteman, dia menjaga Humaira dengan baik. Humaira juga menjaganya dengan baik. Mereka saling menjaga antara satu sama lain.

Ziana mengelus lembut rambut sahabatnya itu. Sudah gaya kakak memujuk adiknya sahaja. Walau mereka sama umur. Tahun ini, sudah mencecah ke angka 26 tahun. Namun ia tidak menghalang untuk mereka menerapkan nilai berkasih sayang antara sahabat.

"Kau dah pergi cari dia di kampung?" soal Ziana setelah lama memikirkan jalan penyelesaiannya.

Terbangun terus Humaira dari terlentok di bahu Ziana. Kelopak matanya dibuka luas.

"Kampung?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro