13 | Garuda Berdua

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Fia, aku tengok... kau makin rapat dengan Firas. Kau... suka dia ke?" Rizk menyoal. Cuma dia dan Sofia yang berada di loteng tingkat 3 sekarang... sedang menanti yang lain-lain habis makan.

Makanan harian di sini, selalunya makan ikan bakar atau ikan rebus. Kalau ada rezeki lebih, dapatlah juga merasa daging rusa atau kijang. Ulam-ulaman wajib ada setiap hari.

Pelajar di sini sudah membuat jadual bulanan. Mereka bergilir secara berkumpulan untuk membuat rondaan dan pemeriksaan terhadap pergerakan haiwan gergasi, ada yang mencari makanan, dan ada pula yang bertugas untuk memasak makanan.

Bagi pelajar lelaki pula, mereka mempunyai giliran mingguan untuk menjadi imam. Jika minggu lepas ialah giliran Lutfi, minggu ini ialah giliran Firas untuk mengimamkan solat berjemaah.

Jangan disoal mengapa, namun, pelajar perempuan hanya didatangi haid di antara satu masa solat sahaja di sini. Jika datang bulan pada waktu Zohor, in shaa Allah, waktu Asar nanti sudah habis alirannya. Aneh, bukan?

"Apasal kau tanya macam tu?" soal Sofia semula kepada Rizk, pelik.

"Kau dah start panggil dia 'Abang Iyaz'. Aku selalu dengar dia panggil kau 'Yaya Sayang'. Korang... declare couple ke?" soal Rizk tanpa tapis.

"Rizk! Gila ke? Couple? Memang tak lah! Mati aku kalau umi abi tahu aku couple!" dalih Sofia.

"Mana tahu... umi abi kau kan... tak ada dekat sini..."

"Rizk... please... stop." Wajah Sofia tak beriak.

"Aku... aku suka kau."

Sofia lipat maut pandang wajah Rizk. Dahinya berkerut. Dia... "Kau... cakap apa?" soal Sofia.

"Aku cakap... aku suka kau." Rizk tersenyum sebaris, tawar. "Fia... aku tak pasti kau sebenarnya pura-pura tak tahu, atau kau memang betul tak tahu. Aku rasa, jelas gila terang lagi bersuluh... aku suka kau."

"Tapi... aku bagitahu kau ni... bukan sebab aku nak kau terima aku as someone special. Aku cuma tak nak aku sendiri yang rasa menyesal nanti... sebab tak terus terang dengan kau. Aku tak nak... kalau in the end of the day, kau betul pilih Firas, sebab dia... obviously panggil kau Yaya Sayang... tapi aku pula, terus pendam perasaan aku... macam pengecut."

"So... aku betul-betul cuma nak bagitahu kau, aku suka kau. Itu je. At least aku tahu yang aku dah cuba jujur, dengan diri aku sendiri."

"Fia... kau jangan campak aku jauh-jauh pula lepas ni... cuma sebab aku suka kau je. Kalau betul kau buat gitu, dah pula satu hal aku menyesal, sebab jujur hari ni. Okey?" Rizk cuba bertenang.

Tipulah kalau aku cakap, aku tak kecewa kalau dia tak ada perasaan yang sama. Cuma aku tak nak, aku menyesal sebab berahsia, sebab tak berani bagitahu dia perasaan sebenar aku. Itu je...

Tiba-tiba, terdengar bunyi kuat... seperti bunyi runtuhan. Terdengar juga kicauan nyaring burung garuda.

Laju Sofia dan Rizk ke jendela loteng. Garuda Gergasi serang istana! Beberapa orang pelajar terlihat sudah berdarah tercedera.

Hari ke-12, sekali lagi, haiwan gergasi membuat serangan ganas! Mereka sudah berani masuk ke perimeter kawasan istana!

"Keadaan dah makin bahaya sekarang. Sesiapa dari kamu... ada sebarang cadangan... cara untuk tumpaskan Garuda Gergasi ni?" soal Cikgu Zack, risau.

Semua pelajar berkumpul di bilik perbincangan. Alhamdulillah, walaupun sudah dua kali mereka diserang... namun tiada nyawa yang terkorban.

"Ini semua sebab korang! Sebelum korang sampai, tak ada pun serangan... selain dari hari ke-15! Sekarang... kami terpaksa hidup dalam ketakutan, setiap hari!"

"Betul! Aku cadangkan, kita bagi je diorang ni dekat binatang tu! Mungkin boleh tenangkan diorang semula!"

"Korang diam!" Firas menjerkah. "Sebab diorang datanglah, kita berjaya hapuskan dua jenis binatang tu! Kalau nak harapkan kau yang boleh bercakap semata... apa pun tak jadi! Daripada kau tunjukkan kebodohan kau, lagi baik kau diam!"

Terdiam seisi bilik. Terkedu Cikgu Zack. Tak pernahnya Firas marah macam ni. Selalunya, dia cakap sinis, bagi orang terasa je.

"Binatang tu mesti akan datang lagi. Kita kena buat persediaan." Bella bersuara.

"Diorang datang! Diorang datang!" jerit Rose.

"Semua sedia!" Bella melaung kuat. Mereka semua sekarang berada di luar kawasan istana.

Pelbagai alatan telah disediakan oleh para pelajar. Semua cermin dan lampu suluh yang masih berfungsi, telah dikumpulkan. Begitu juga dengan segala besi lama yang berjaya dikutip mereka di sekeliling istana.

Apabila garuda mulai memasuki kawasan istana, para pelajar mulai mengeluarkan cermin kaca dan lampu suluh masing-masing. Pancaran dan biasan cahaya cuba diarahkan ke dalam mata garuda.

"Sasarkan dekat garuda kecil! Bukan garuda besar!" laung Bella lagi.

Dulu... waktu Sofia hapuskan singa kedua iaitu singa jantan, automatik singa betina yang dibawa masuk ke dalam kurungan juga turut terhapus.

Jadi... keadaannya mungkin sama dengan garuda ini. Bunuh si jantan... dan yang betinanya akan turut sama terhapus.

Berdasarkan apa yang aku pernah belajar dulu, sexual dimorphism untuk raptors iaitu burung pemangsa... badan burung jantan adalah lebih kecil dari si betina.

Harap-harap, betullah teori aku kali ni. Bella berasa risau. Rancangan kali ini, dikendalikan olehnya. Sungguh, dia tak sanggup melihat ada yang terkorban jika teorinya salah.

Garuda berterbangan di udara. Mereka tak mampu menyerang ke bawah kerana biasan cahaya yang membutakan mata.

Namun, tak lama kemudian, ia sudah mulai berani terbang turun.

"Ketuk besi! Sekarang!" Bella melaung lagi.

Separuh dari pelajar meletakkan kaca dan lampu suluh ke bawah, lalu mula mengetuk besi lama. Bunyi berdenting kuat kedengaran.

Garuda berbunyi nyaring. Mereka kembali terbang ke atas. Namun, tiada tanda-tanda mereka akan kembali ke wilayah mereka semula.

Bella makin risau. Apa je lagi kelemahan raptors? Biasan cahaya, bunyi bising. Itu jee yang aku tahu! Lagi... lagi...

"Korang... semua kumpul satu tempat. Jangan berhenti ketuk besi!" Bella melaung lagi. Para pelajar mulai berkerumun di tempat yang sama.

Garuda terlihat mula menjadikan kerumunan mereka sebagai sasaran. Kedua-dua ekor garuda mulai terbang turun.

"Semua sergah, gunakan nama Allah! Dia je yang boleh tolong kita sekarang. Gunakan rentak yang sama! Bagi bunyi kuat, dan padat! Allah!"

"Allah! Allah! Allah! Allah! Allah!" Semua pelajar berusaha menyergah sekuat mungkin secara seirama. Jiwa mereka cuba dikentalkan.

Di saat kedua-dua garuda terbang dari arah yang berbeza... dan hampir sahaja cengkaman kuku mereka ingin mencengkam para pelajar... badan kedua-dua Garuda Gergasi tersebut terpelanting semula ke belakang. Bagaikan ada sebuah perisai yang menjaga para pelajar.

Garuda cuba menyerang lagi. Namun masih hal yang sama berlaku. Suara para pelajar makin gegak gempita menggegar hutan belantara. "Allah!"

Kali ke-3 sang garuda menyerang dan sewaktu tubuh mereka terpantul melayang ke belakang semula, badan mereka akhirnya mulai bertukar menjadi abu. Abu yang lantas dibawa pergi oleh angin yang berlalu. Hanya sebuah butang keemasan yang terapung di udara terlihat sekarang.

Perlahan-lahan, butang itu datang menghampiri Bella. Airmata Bella tanpa sedar mengalir dari tubir mata. Tapak tangannya dibuka, dan butang mendarat di atas tapak tangannya.

Sofia lantas memeluk Bella yang berada di sebelahnya, erat. Airmatanya juga turut mengalir bersama. Tak lama kemudian, para pelajar perempuan semua mulai memeluk Sofia dan Bella.

Para pelajar lelaki saling berpelukan sesama mereka.

Sekali lagi.

Alhamdulillah... masih diberi Allah peluang untuk bernafas dan membetulkan kesilapan di masa silam.

Kesilapan... sebagai seorang manusia... yang terkadang dibutakan oleh hawa nafsu yang menggila...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro