14 | Naga Berubah Rupa

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari ke-15... menyaksikan istana yang mereka diami, hampir musnah... rebah menyembah bumi.

Sang Naga Kuno... untuk pertama kalinya sejak 1 tahun 15 hari mereka tinggal di situ... membuat serangan.

Benar... para pelajar amat menggeruni binatang yang satu itu... walaupun ia tidak pernah sekalipun menyerang. Melihat fizikalnya sahaja sudah mampu menggeletar dan melemahkan lutut kaki.

Ramai yang tercedera dek serangan naga itu. Rose... menjadi korban serangannya. Tiada seurat rambutpun dari Rose yang tertinggal. Semuanya... telah menjadi santapan sang naga tak guna!

Diana dan Sofia saling berpelukan. Mereka duduk dan menyelimut tubuh mereka menggunakan selimut yang sama. Unggun api dibina di dalam ruangan istana yang masih elok.

Malam itu, cerahnya sinaran rembulan tidak ditatap sesiapa. Kesemua pelajar; lelaki dan perempuan kini mendiami ruangan yang sama... termasuklah Cikgu Zack.

Cikgu Zack yang tercedera sedang dirawat oleh Lutfi. Tulang kaki dan tangannya berkemungkinan telah patah. Entah mengapa, dari awal, naga itu seolah-olah hanya ingin menyerang Cikgu Zack sahaja. Apa kerana saiz badannya yang lebih besar dan terlihat lebih dewasa?

Tiba-tiba... terdengar hilaian tawa yang nyaring!

Terkejut para manusia. Meremang bulu roma semuanya.

Sesusuk tubuh, terapung di udara, buruk, hodoh... terpempang di pandangan mata.

Jeritan pelajar mula kedengaran di sini sana. Laju kesemua mereka berkumpul berdekatan Cikgu Zack. Tubuh mereka mula terasa menggigil, ketakutan.

Hilaian makhluk itu makin menjadi-jadi.

"Zahari... masih ingat aku?" Ia bertanya.

Para pelajar saling bertukar pandang. Zahari?

Susuk tubuh makhluk itu makin terbang mendekat. Para pelajar makin berhimpit sesama mereka. Ya Allah! Apa yang tengah berlaku ni?

"Kau mengandungkan aku... kau bawa aku tinggal berseorangan di rumah usang Gunung Lagenda... kau kunci aku di sana tanpa jalan keluar... kau biarkan aku mati mereput bersama anak kau sendiri, Zahari!" Nyaring suara itu melaung.

"Ri... Ris... Rissa?" soal Cikgu Zack, gagap.

Mata para pelajar terarah pada cikgu mereka. Cikgu... Zack?

"Jadi... aku tolong kau tunaikan salah satu janjimu... untuk sehidup semati... bersama aku... di sini. Seronok kan... Zahari?"

"Aku ingatkan, hanya sebentar... aku mahu luangkan waktu bersamamu di sini. Tapi... lepas apa yang kau dah lakukan pada Aulia... lalu kau salahkan sang gorilla pada pandangan kasar matamu... kawan-kawanku yang di sini menjadi marah atas perbuatan terkutukmu! Kaulah binatang paling durjana di sini, Zahari!"

Aulia? Cikgu Aulia? Apa yang Cikgu Zack dah buat pada Cikgu Aulia?

"Sebab itulah, kawan-kawanku menyerang kamu semua! Dan aku pula... berusaha untuk kurung kau Zahari... bersamaku di sini, selamanya..." Tawa hilaiannya makin kuat kedengaran.

"Sebab kau Zahari! Sebab kau! Ini semua sebab kau!" Ia bertukar menjadi bengis secara tiba-tiba. "Aku tak kan maafkan kau!" Ia mulai terbang ingin menyerang Cikgu Zack.

"Allahu Akbar!" laung Firas. Si naga akhirnya berubah dan tunjukkan rupa sebenarnya! Si langsuir! "Allahu Akbar! Allahu Akbar!" laung Firas lagi.

Melihatkan lembaga itu terhenti dari terus terbang mendekat... para pelajar memberanikan diri, turut menyambut laungan Firas.

Makhluk itu terlihat mengilai kuat, kesakitan.

Tidak lama kemudian, muncul bebola api kecil dari arah para pelajar. Ianya terbang menuju ke arah si langsuir. Setiap kali laungan 'Allahu Akbar' bergema... setiap kali itu jugalah bebola api terbang menyerang si lembaga.

"Lutfi! Azan!" Firas menyuruh.

Entah bagaimana... azan yang dilaung Lutfi bergema kuat memenuhi segenap ruangan tersebut. Sepanjang azan dilaungkan, panah berapi pula muncul... memanah bertalu-talu ke arah makhluk itu.

Tubuhnya terlihat sudah cedera parah. Ia menjerit, meronta-ronta. Ia meraung nama 'Zahari' berkali-kali tanpa henti.

Tidak mampu melawan, makhluk itu mula terbang... cuba melarikan dirinya.

Firas pantas menekan ibu jari kakinya ke bawah. Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas dibaca tanpa putus. Badan makhluk itu kini seakan terikat. Ia tak lagi mampu bergerak.

Tidak lama kemudian, bebola dan panahan berapi akhirnya membakar keseluruhan tubuh lembaga itu. Debu mulai terhasil dan diterbangkan angin yang berlalu.

Sekeping butang berwarna biru kehijauan, terapung lalu terbang menghampiri Firas.

Kesemua mereka melepas nafas lega. Alhamdulillah...

Firas bangun dari tidur. Hari sudahpun siang. Di sana-sini, terlihat rakan-rakannya tidur bergelimpangan. Terlepas sudah waktu Subuh... astaghfirullah hal'aazhim. Tiada sesiapa yang terjaga nampak gayanya.

Firas bangun dari baring. Besi lama yang ada berdekatan diambil dan diketuk. Rakan-rakannya yang lain, mulai bangun. Semuanya terkejut kerana hari sudahpun cerah.

Benarlah... bilik loteng tingkat 3 sudah musnah. Bilik itu dikatakan sumber suara azan. Jadi kini, tiada lagi suara azan bergema penanda buat mereka.

Tetapi, yang mengejutkan mereka semua ialah... tugu yang sebenarnya berada di dalam loteng tingkat 3... berada di tengah-tengah bilik yang mereka semua diami sekarang.

Para pelajar saling berpandangan.

Sofia, Rizk, Bella dan Firas... mula melangkah menghampiri si tugu. Kawan-kawan mereka yang lain, turut mendekat.

Sofia mengeluarkan butang singa merahnya.

Rizk mengeluarkan butang hitam si gorilla.

Bella mengeluarkan butang emas sang garuda.

Firas mengeluarkan butang biru kehijauan... err... miliknya?

Keempat-empat mereka tersenyum.

"Bismillahhirrahmanirrahim..."

Butang dimasukkan bersama-sama ke dalam bulatan ukiran tugu. Silau cahaya membutakan mata.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro