Bab 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kolonel Dr.Thomas memandang satu per satu pelatih angkasawan yang sedang mempelajari sistem yang dipanggil SAFER untuk perjalanannya ke Stesen Angkasa Antarabangsa semasa Ekspedisi 38/39. Setiap dari mereka diarahkan untuk menggunakan realiti maya bagi melaksanakan latihan.

Sepanjang latihan Aiden hanya berdiri di sebelah Hailey untuk mengajar dan memberitahunya serba sedikit tujuan latihan SAFER dijalankan bagi angkasawan yang baru dilatih.

"Apa yang penting ialah sebagai seorang angkasawan kita dapat mempelajari persekitaran baru secara visual dan kinestetik. Selepas ini kau akan lalui beberapa simulasi yang akan berlaku dalam
sistem CAVE yang dipanggil Cave Automatic Virtual Environment. Alat ini akan paparkan isyarat visual di dinding video. Dalam masa yang sama kau akan dapat belajar mengenai susun atur ISS dan peralatannya menggunakan alat dengar VR,"

Aiden berhenti bercakap seketika. Dia yang tersedar alat realiti maya yang dipakai Hailey itu tersenget lantas sahaja membetulkan. Hailey tersenyum kecil dan menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda terima kasih.

"Jadi seperti latihan sebelumnya kau harus lebih peka. Kalau kau nak markah yang jauh lebih baik kau kena usaha keras. Untuk dapatkan title astronout memang tak semudah yang disangka tapi kena fikir berlipat ganda kali. Mana datangnya kejayaan kalau tak disebabkan usaha," ujar Aiden. Hailey menganggukkan kepalanya.
Kata-kata instructornya hari ini dijadikan ubat kemenangan untuk dia berjaya. Chaiyo Hailey!

Dari jauh kolonel Dr.Thomas memandang Hailey. Ketangkasan dan kecekapan yang ada pada Hailey ketika itu membuatkan dia sedikit kagum. Dan saat ini dia tercabar dengan kata-kata bekas isterinya yang pernah dilontarkan kepadanya suatu ketika dahulu. Namun ini belum cukup memuaskan lagi. Ada banyak lagi latihan mencabar yang akan menanti dia. Masa itu aku akan lihat sejauh mana dia akan bertahan.

Aiden segera membuka realiti maya yang dipakai oleh Hailey sebaik sahaja jam  menunjukkan masa latihan telah pun berakhir. Hailey menggosok perlahan matanya sebaik sahaja cahaya memancar ke arah kornea matanya.

Aiden berdiri di hadapan Hailey untuk menghalang sinaran cahaya matahari terkena ke mata gadis itu. "Sekejap lagi okeylah tu. Dah tak payah gosok mata tu nanti tambah sakit pula," ujarnya perlahan.

Hailey tersenyum-senyum memandang ke arah Aiden. Dia care ke tu?

"Why?"

"Sir...thank you!" ucap Hailey tiba-tiba.

"For what?I dont do anything. Demam ke apa lepas guna realiti maya tu," Aiden memandang Hailey dengan pandangan seakan-akan tidak percaya.

"Bukan demam sir tapi saya nak ucap thank you sebab sir caring sangat tadi," ujar Hailey perlahan. Takut pula ada yang curi-curi dengar nanti mana aku nak sorok muka yang tak berapa nak lawa ni.

Sekali lagi Aiden menggelengkan kepalanya.
"Tak payah nak overthinking sangat. Aku ni instructor kau. Apa-apa yang berlaku pada kau aku yang kena jaga termasuklah keselamatan kau semasa latihan dijalankan.
Kalau aku tak caring, tak pasal-pasal aku pula yang jatuh saham. I hope you will understand what Im saying to you right now. Jangan bengapkan otak tu lagi,"

Hailey membuat mimik muka kesedihan.
Overthinking is too difficult for me to control. Kalau namanya pun dah suka mestilah semua yang dia buat akan buat kita tergila-gilakan dia.

Aku sedar something. Waktu aku ada dekat rumah dia tadi aku tu suka menjawab macam aku ni tak tahu apa-apa tentang Aiden. Tapi dia tak bersikap kasar malahan aku lagi suka sakat dia ketika itu. Bukankah dia tak suka gadis yang suka menjawab and membebel 24 jam?

"Er...sir saya nak tanya sesuatu boleh tak?" ujar Hailey.

"Kalau kau nak tanya soalan mengenai latihan hari ini aku akan jawab. Tapi kalau kau tanya aku soalan luar aku tak akan sesekali jawab," balas Aiden seraya menyilangkan tangannya di dada. Tristan yang sedang merenung ke arah dia dan Hailey dari jauh dipandangnya dan memberikan isyarat supaya menuju ke tempatnya.

"Baiklah. Saya nak tanya kalau sir ada dekat
Stesen Angkasa Antarabangsa sekarang ni dan ketika itu saya juga ada kat sana. Sir masih ambil berat ke tentang saya?" tanya Hailey perlahan. Sungguh perlahan namun masih dapat ditangkap oleh Aiden.

"Failed question. Tak ada kena mengena dengan latihan hari ni. Hailey kau bukannya tak tahukan yang kau akan officially diiktiraf sebagai angkasawan yang sah pada hari itu. Aku nak ambil berat tentang kau untuk apa lagi?sekarang ni pun aku ambil berat sebab markah kau je. Itu je," balas Aiden secara jujur.

"Understand sir," kata Hailey seraya berpura-pura tersenyum padahal sakit hatinya mendengar jawapan dari Aiden ketika itu.

"Oh ya, Tristan temankan dia sebentar. Kejap lagi latihan akan dimulakan sekitar pukul dua petang. Thanks bro," Aiden menepuk bahu Tristan perlahan dan segera meninggalkan Hailey dan Tristan.

"Okey tak latihan tadi?" soalan pertama yang diajukan oleh Tristan kepada Hailey.
Sebotol air dihulurkan kepada gadis itu.
Hailey mencapai botol air tersebut lalu meneguknya perlahan.

"Thanks. Okey je. Tapi sedikit mendebarkan," balas Hailey ringkas. Matanya masih mencari-cari keberadaan Aiden namun lelaki itu betul-betul sudah hilang dari pandangannya.

"Sebenarnya latihan ni taklah begitu mencabar tapi bagi pemula dia ada susah sedikit. Tapi saya yakin Hailey pasti dapat pass latihan ni. Tak rasa panas ke dekat sini?nak ambil angin kat luar?saya boleh je temankan," nasib baiklah dua hari lalu dia ada buat research kat google cara nak hilangkan nervous ketika berdepan dengan seseorang. Ternyata pencariannya itu membuahkan hasil juga.

"Boleh juga. Sebelum tu saya lupa nak tanya. Nama?" tanya Hailey.

"Tristan Hendrix. Panggil Tristan je," senyuman diberikan kepada Hailey. Akhirnya gadis itu mengenal namanya. Itu adalah plan Z eh tidak plan A. Tapi plan A dia ni belum selesai sepenuhnya.

Hailey berdiri dari tempat duduknya. Waktu rehat masih berbaki 20 minit apa salahnya aku ambil angin kat luar kem latihan ni. Lagipun Tristan ni kawan baik Aiden aku bolehlah tanya serba sedikit tentang masa lalu Aiden.

"Dah berapa lama kau dan Aiden berkawan?sebab saya lihat korang berdua ni macam adik beradik kandung pun ada juga,"

"Saya dan dia dah berkawan lebih 10 tahun. Waktu kami berada di highschool sampailah sekarang. Tapi memang tak sangkalah saya dan dia ada cita-cita yang sama. Itu yang sampai sekarang kami masih rapat. Setahu saya Hailey dan Lucy pun rapat jugakan?" tanya Tristan.

Hailey mengangguk."Waktu hari pertama saya masuk kat sini Lucy lah satu-satunya yang selalu ada bila saya perlukan pertolongan. Saya dah anggap dia macam kakak saya," balas Hailey seraya tersenyum.

Tristan ikut senyum. Suka benar dia melihat wajah manis milik gadis itu. Tidak sah lah kalau dia mengaku dia sudah jatuh hati pada gadis itu pada pandangan pertama.
Tetapi untuk mendapatkan hati gadis itu kena bersabar kerana Aiden sudah bilang kepadanya bahawa dia kena cuba beranikan diri untuk mendekati gadis itu.

Itu tips pertama dari Aiden dan yang kedua pula dia perlu terlihat seperti seorang lelaki yang gentleman tetapi bukan hanya berpura-pura kerana wanita tidak inginkan kebohongan dari seorang pria sejati. Dan yang terakhirnya, dia harus banyakkan bersabar kerana cinta tak seharusnya dipaksa untuk dimiliki. Jika Hailey benar-benar ingin menerimanya dengan seadanya maka dia juga harus berjanji pada diri sendiri untuk tidak melepaskan dan menyia-yiakan cinta gadis itu.

"Tristan...Tristan..." panggil Hailey sambil melambaikan tangannya di hadapan wajah lelaki itu.

Tristan yang tersedar cepat-cepat membuang lamunannya itu. "Ya saya?sorry tadi saya teringatkan sesuatu itu yang termenung jauh," ujar Tristan.

"Tak apa. Saya dah kena masuk kem latihan sekarang. Waktu rehat dah habis so saya minta diri dulu," kata Hailey.

"Oh ya. Kalau begitu saya hantar Hailey pergi kat sana. Terima kasih sebab sudi berbual dengan saya. Kalau ada masa lagi, boleh tak kita berbual lagi?" ujar Tristan yang amat berharap ketika itu.

"Saya okey je," balas Hailey ringkas membuatkan Tristan tersenyum lega. Dia mengalihkan pandangan kearah Aiden yang melihat mereka berdua dari jauh. Thumbs up diberikan kepada kawannya itu tanda dia telah berjaya dengan step pertama itu.








#Hola2 my dear readers sekalian
Title buku ni saya dah tukar balik. *FROM BELONG TO MR.ASTRONOUT TO ANGKASA CINTA 🐝

SOWEYY TAU😗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro