Bab 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Usai meletakkan pinggang di atas meja makan, Hailey mengambil tempat duduk berhadapan dengan Aiden. Dengan perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas kerusi dengan anak mata yang cuba mencuri pandang ke arah Aiden. Namun Aiden berjaya menangkap pandangannya ketika itu yang membuatkan Hailey tertunduk ke bawah.

"Kau nak makan ke atau kau nak jadikan wajah aku ni santapan kau?" soal Aiden tiba-tiba. Wajah kemerahan Hailey dipandangnya berserta satu senyuman sinis.

"Nak makan...saya nak makan," balas Hailey  laju. Gila. Beraninya kau Hailey nak cuba-cuba curi pandang ke arah sir kau ni. Argh!aku tak kisah. Ini kan peluang paling berharga dalam hidup aku. Jadi tak perlu aku sia-siakannya.

Dan sekali lagi Hailey mengangkat wajahnya dan terus menerus memandang segenap inci wajah kacak Aiden. Kalau aku tak makan pun sarapan ni, aku tak kisah sebab dah kenyang pun tengok wajah kacak sir ni. Bisik dalam hati Hailey. Dia sudah tersenyum geli hati diam diam.

"Siapa lambat makan. Dia yang kena cuci semua pinggang tak kiralah sudu ke apa ke yang penting dapur ni bersih dan kemas," dan sesudah itu Aiden laju sahaja menghabiskan sarapannya yang mengalahkan orang kebuluran pun ada juga. Dah dia memang lapar di awal pagi ni nak buat macam mana lagi.

Apakah?

Hailey sudah kebingungan tatkala Aiden telah pun menghabiskan sarapannya. Kalau ya pun nak buat game siapa lambat dia yang bla...bla...bla...ni bagitahulah awal awal kan tak adanya aku terstuck macam orang tak tahu apa-apa.

"Sir ni mana ada adil, mana boleh-"

"Dah kau punya salah dulu. Kau yang tak adil sebenarnya," potong Aiden laju. Dia berdiri dari tempat duduk lalu melambaikan tangannya ke arah Hailey dan membuat isyarat seperti 'jangan lupa bersihkan dapur aku tau' dengan senyuman mengejak yang paling menyakitkan hati.

"Hahaha..."

Hilaian tawa Aiden itu makin membuatkan Hailey merasai satu penyesalan menjengah di dalam dirinya. Ahh!lantaklah salah aku juga pergi renung muka dia tadi. Hm, lagipun ni pertama kali dan kali terakhir aku dapat masuk dalam rumah sir aku ni, apa kata aku tolong bersihkan semua sekali.

"Hailey Handerson I will leave you now!kalau kau lambat sampai di kem latihan aku akan beri punishment," laung Aiden dari luar rumahnya. Memandangkan Hailey bawa kereta jadi dia tak perlu tumpangkan gadis itu dan sekali gus baik hati nak tunggu  Hailey berjam-jam hanya kerana menyuruhnya membersihkan ruang dapur.

Namun sayang seribu kali sayang laungan seorang instructor angkawasan itu hanya kedengaran seperti angin di hawa telinga Hailey. Dia yang berani mati masuk ke dalam bilik kerja Aiden bukan bilik sempat mengambil beberapa gambar. Selfie, selfie dan selfie lagi.

Ruang bilik kerja itu amat bersih dan jujur dia katakan mahu sahaja dia tidur di dalam bilik kerja Aiden sekarang. Dah agak dah aku ni memang dah tergila-gila kat dia sekarang. Memang. Aku dah luahkan semuanya di dalam hati aku dulu dan tidak ada seorang pun yang tahu.

Hailey bergegas keluar dari bilik kerja sebaik sahaja mendengar derapan tapak kasut dari bawah tangga. Oh no!oh no!
Aku nak pergi sorok mana. Tak kanlah nak masuk balik itu namanya cari nahas.

Aiden menghentikan langkahnya apabila ternampak Hailey yang sedang mengambil gambar dan melakukan pelbagai gaya yang macam nak buat Aiden muntah pun ada juga. Oh patutlah tak jawab laungan aku tadi rupanya sibuk nak berselfie bagai.

Hailey mengarahkan telefonnya ke arah Aiden dan pantas sahaja mengambil gambar lelaki itu. Bagus dapat click lima kali juga.
Lakonan aku memang menjadi tak akan gagal punya.

"HAILEY HANDERSON!I swear to God if you keep my picture in your phone you will know the consequences!" amaran diberikan kepada Hailey. Nada suaranya kedengaran sedikit tinggi dan Hailey yakin yang Aiden benar-benar bengang dengan dia sekarang.

"I will keep it sir. Saya janji saya tak akan tunjukkan orang lain," ujar Hailey siap angkat tangannya ke udara lagi. Senyuman nakal Hailey itu membuatkan Aiden sudah memahami segalanya. Hailey Handerson seorang yang degil dan nakal. Berani pula tu. Patutlah nak jadi astronout sesuai sangat dengan perangai dia yang kadang aku sendiri pun tak faham. Seriously.

"Kau..." Aiden mengarahkan jari telunjuknya ke arah Hailey. Menyesal pula suruh dia datang. Kalau dia tahu dari awal yang Hailey ni sebenarnya nakal macam budak tak akan sesekali dia suruh gadis ini jejakkan langkah di kediamannya.

"Delete gambar tu sekarang!kalau tak aku akan buat kau menyesal sekarang ni juga. Memandangkan kau ada dalam rumah aku sekarang aku boleh buat apa saja," ujar Aiden yang lebih kepada ingin menakutkan gadis yang berdiri di depannya.

"No!aku susah payah ambil gambar sir tadi. Tak mungkin sir nak suruh aku delete. Mana boleh!" halang Hailey lalu menyilangkan tangannya di dada.

Aiden yang semakin geram terus melangkah  setapak demi setapak ke hadapan. Hailey hanya membiarkan Aiden berbuat demikian. Aku nak takut apa?sebab aku tahu Aiden boleh dipercayai dan dia tak akan buat perkara yang tidak senonoh. He is a mature man. Oh I think.

"Aku akan jerit biar satu kawasan perumahan ni dengar," uja Hailey apabila menyedari yang Aiden seperti tidak ingin menghentikan langkahnya. Ke dia ni?

Dan barulah Aiden berhenti tepat beberapa jarak dari tempat Hailey berdiri. Aku yang ugut dia tadi sekarang ni aku pula yang diugut. Bertuahnya perempuan ni.

"Eh kau fikir aku desperate sangat ke nak buat apa-apa dekat kau. Dan kau bernasib baik sebab aku ni instructor kau. Sekarang keluar," arah Aiden.

"Buat apa?"

Aiden menepuk perlahan dahinya. Ah seriuslah perempuan ni bengap ke apa!aku suruh keluar boleh pula dia kata buat apa?

"Nak jumpa PARENTS kau sebab aku nak jadikan kau isteri aku hari ini," balas Aiden acuh tak acuh lalu meninggalkan Hailey yang masih tercegat kebingungan. Tak berapa lama, Hailey yang baru tersedar terus mengejar langkah Aiden sehingga di luar rumah.

"Opocot kau!mana kereta aku?tak mungkin ultraman pergi angkat bawa ke Jepun nak diupgrade lagi. Dahlah aku memang beli kereta kesayangan aku tu dari Jepun," kata Hailey sambil mencari-cari keretanya di sekeliling rumah Aiden.

Aiden tergelak sekejap. Tak waras dah perempuan ni.

"Aku dah suruh someone bawa kereta kau sebab aku nak kau ikut aku. Aku tahu kau ni degil. Masuk sekarang. Kita dah lambat tau disebabkan kau-"

Iphone milik Aiden berdering pada masa yang sama. Dia memandang nama si pemanggil. Kolonel Dr.Thomas is calling. Butang speaker ditekan membiarkan suara kolonel Dr.Thomas itu kedengaran kuat dan jelas. Bagus jugakan Hailey pun dengar sekali.

"Aiden. Ini dah jam 8 pagi kenapa belum ada  di kem latihan? lagi satu Hailey kat mana?" tanya kolonel Dr.Thomas di corong telefon.

Hailey sudah mengigit bibir bawahnya. Aku yang salah. Aku mengaku aku salah dan aku tak akan nafikan. Ketika itu Aiden memandangnya dengan pandangan tajam.
Aku dah rosakkan reputasi seorang angkasawan yang paling dihormati.

"Maaf tuan. Sebenarnya tadi Hailey terluka sewaktu dalam perjalanan pergi ke kem latihan-"

"Kenapa?macam mana boleh terluka?" tanya kolonel Dr.Thomas seperti risau.

Hailey buat gaya seperti terjatuh supaya Aiden ada idea macam mana nak menipu.
Aiden yang melihat aksi Hailey terus mendapat idea.

"Dia terjatuh. Kaki dia terseliuh dan aku tolong balutkan tadi. Tapi tak apa tuan dia dah okey sikit sekarang ni," kata Aiden.

"Kalau macam tu. Bagi dia rehat sebentar lagi. Kalau dia betul-betul dah okey kamu bawa dia ke kem latihan,"

"Baik tuan,"

Sejurus itu panggilan ditamatkan. Aiden menyimpan telefonnya di dalam poket dan memandang ke arah Hailey. "Sekarang ni siapa yang nak tanggung dosa?kau ke aku?" ujar Aiden tak semena-mena. Hailey tertunduk ke bawah. Aku tahu aku salah. Maaflah. Bisiknya di dalam hati.

"Masuk sekarang. Kau sendiri yang balut kaki kau sebagai bukti. Balut kemas-kemas,"

"Alright sir," Hailey tersenyum gembira lalu masuk ke dalam kereta Aiden.

"Aku tak suruh kau duduk depan," baru sahaja Hailey ingin membuka pintu di sebelah pemandu niatnya terus terhenti apabila Aiden berkata demikian.

"Isy,"








Hye Lovelies❤️
Maaf kalau author ni dah lama tak update BTMA. Hari tu sibuk sangat nak prepare for persediaan SPM yes beberapa bulan tu author benar2 sibuk dan tak boleh hadap wattpad lama2. And after done jawab paper author ambil masa nak restkan diri dulu dan hari ini baru dapat update balik.

Kalau ada yang menunggu author minta maaf tau❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro