Bab 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kolonel Edward dan isterinya berpandangan antara satu sama lain. Mereka risau akan anak mereka yang sedari tadi lagi hanya mendiamkan diri.

Kalau ditanya hanya dibalas 'okey' sahaja. Apa yang tak kena dengan anak mereka sebenarnya ini?

"Elena you are not okey. Mumy tahu mesti ada sesuatu yang buat Elena macam ni. Please tell me honey," ujar puan Linda dengan penuh risau.

"Siapa lagi kalau bukan Aiden tu. Tadi masa shopping dia boleh pula tinggalkan Elena macam tu je. Elena dah cuba beberapa kali kawal perangai Elena demi Aiden tapi dia?apa dia buat?nothing!layan Elena pun macam patung tak bernyawa!entah-entah dia tu dah ada teman wanita," bentak Elena dengan geram.

Kolonel Edward mengeluh.

"Honey, walau apapun yang terjadi Aiden tak boleh bersama dengan perempuan lain.
Walaupun Charlene dah tak ada dia masih tetap tunangannya. Dia tak boleh putuskan hubungan itu dan mumy nak Elena gantikan tempat Charlene," puan Linda cuba menenangkan hati anaknya. Dia hanya inginkan yang terbaik untuk Elena, satu-satu anaknya yang masih ada selepas pemergian Charlene.

Kolonel Edward hanya mengikut apa yang disampaikan oleh isterinya tadi. Sebenarnya dia tidak mahu memaksakan Aiden untuk menyukai Elena kerana belum tentu Aiden mempunyai perasaan pada Elena walaupun Elena adalah adik kembar kepada Charlene. Kerana itulah apa yang dimaksudkan cinta tidak boleh dipaksa.

Elena menjulingkan anak matanya ke atas. Cara layanan dia dekat aku pun macam sampah je aku rasa. Tak hamak rasanya aku nak ganti tempat kakak kembar aku. Ingat aku ni manusia tak ada hati ke?

"Tapi kalau Aiden still layan Elena macam tu Elena akan cari lelaki lain. Elena nak someone yang boleh jaga Elena 24 hours!
just look at Aiden mumy. Dia angkasawan dan sudah tentu tidak boleh bersama dengan Elena setiap hari. Kalau dulu memanglah Elena tergila-gilakan dekat Aiden tapi sekarang perasaan tu semakin lama semakin pudar dan jangan sampai hilang,"

"Elena please behave yourself," tutur kolonel Edward perlahan. Inilah antara satu perangai yang paling orang tidak suka dekat Elena. Suka benar bertindak terburu-buru sedangkan belum pasti lagi apa hasilnya.

"Dahlah. Elena malas nak bercakap tentang ni. Baik tidur!" langkah terus dituju ke dalam bilik.

***

Hailey mundar-mandir di depan pintu rumah Aiden. Aku nak tunggu sampai bila lagi ni?tapi aku takut. Nak ketuk pintu rumah dia ni pun aku tak berani.

Relax Hailey. Tak ada apa-apa pun yang akan terjadi. Dia hanya nak kau sediakan breakfast dia, seterika baju dia dan kemas living room rumah dia. Isy semua DIAlah!okey baiklah. Aku akan ketuk pintu rumah dia sekarang. Think positive! Bisik dalam hati Hailey.

Mata ditutup perlahan tetapi belum sempat dia mengetuk pintu tiba-tiba sahaja pintu itu dikuak dari dalam.

"Nak tunggu matahari terbit baru nak ketuk pintu ke?" suara Aiden memecah kesunyiaan.

Hailey yang baru sahaja membuka matanya terpana seketika sebelum...

"Arghhhh!!sana!sana!" kali ini mata ditutup menggunakan kedua belah tangan. Aiden yang tidak berpakaian dan hanya tuala sahaja melilit di pinggangnya sungguh mendebarkan jiwa. Kepala otak mendebarkan jiwa!mata aku tercemar tau tak!

Rambut lelaki itu kelihatan basah dan sudah tentu dia baru sahaja selesai mandi. Kalau ye pun pakailah baju dulu ini tak.

"Dah free tengok sixpack aku buat apa nak tutup mata lagi. Lagi satu kau nak aku angkat kau masuk kat dalam rumah ke apa?" Aiden tersenyum sinis. Pintu pula sengaja dibukanya dengan luas.

"Fine!saya masuk sekarang," Hailey menunduk memandang ke bawah dan perlahan-lahan masuk ke dalam rumah Aiden tanpa melihat lelaki itu.

Dia ni seramlah!ini semua salah kolonel Dr Thomas. Kalau dia tak suruh pergi beli ubat ini semua mesti tak akan terjadi.

"Seterika baju aku dulu. Aku nak guna lepas ni itu yang aku tak pakai baju lagi. Kalau kau lambat maksudnya aku pun lambat tak pakai baju. So start now kalau kau tak nak tergoda tengok badan aku," Aiden yang berdiri di belakang Hailey terus sahaja mencampakkan bajunya ke arah gadis itu dengan selambanya.

Hailey menahan sabar. Gila punya lelaki mangkuk!menyesal aku tersuka dekat dia!
Pakaian Aiden diambil lalu mula menseterika baju lelaki itu namun mulutnya terkumat-kamit bercakap sesuatu atau lebih kepada mengumpat Aiden.

Beberapa minit berlalu setelah yakin baju Aiden siap di seterikanya dia pun mengambil hanger.

"Sir dah siap!"

Aiden membelek-belek bajunya yang diseterika oleh Hailey memastikan tiada satu pun yang masih kusut. Hm nice.

"Tunggu kejap di sini. Jangan cuba nak lari dari aku pula,"

"Yelah...yelah...saya tak lari pergi mana-mana pun,"

"Sementara tu bersihkan dulu ruang tamu. Pastikan dah siap bila aku turun nanti," ujar Aiden sebelum berlalu menuju ke dalam biliknya.

Hailey melihat sekeliling rumah Aiden. Kedengaran keluhan berat tercetus di bibir gadis itu sebelum mula melakukan pembersihan di ruang tamu rumah Aiden.

Ke kiri. Ke kanan. Ke sana dan ke sini. Apa yang didapati Hailey ruang tamu rumah Aiden bersih seperti ruang tamu itu sering kali dibersihkan. Buang tenaga aku je pergi kehulur kehilir.

Beberapa minit kemudian namanya dipanggil oleh Aiden. Lelaki itu sudah siap berpakaian lengkap dan rambutnya juga disikat rapi.

Hailey menyembunyikan senyuman. Tak pernah tak kacaklah dia.

"Yes sir," kali ni suaranya dilembutkan. Bau perfume yang dipakai oleh Aiden menusuk ke rongga hidungnya. You make me melt sir!

"And the last one tolong buat breakfast aku. No correction. For us." wajah Hailey ditatap Aiden seketika. Tak pernah tak cantik betullah kata Tristan tempoh hari.

"But sir I dont know your favourite food. Saya tak ada idea nak buat sarapan apa?err...sorry," Hailey menundukkan kepalanya ke bawah.

I'm really awkward right now. Sampai idea pun hilang entah ke mana. Walaupun kedudukan Aiden jauh sedikit namun sudah membuatkan aku nervous gila.

"If you say so. Then lets make it together," kata-kata Aiden itu membuatkan lamunan Hailey tersentak seketika.

Aku bermimpi ke?tak kau tak bermimpi Hailey. Ini reality. Apa yang tak kena dengan dia ni tetiba pula nak buat sarapan
sama-sama bukan dia nak aku yang buat sarapan ke?

"But...sir-"

"What?ada yang salah ke?" tanya Aiden dengan nada serius.

Hailey terus menggelengkan kepalanya laju apabila pandangan Aiden bertukar serius.










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro