Bab 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Malam dilengkung sepi namun sesekali suasana tetap disenandungkan oleh desiran daun-daun pokok kerana disapa bayu angin.

Sweater dirapatkan pada tubuh.
Kedinginan malam itu membuatkan Hailey kesejukkan namun terpaksa jua ditahannya. Entahlah aku sendiri pun tak tahu kenapa Aiden suruh aku tunggu dekat tepi pantai ni. Malam-malam pula ni nasib baik je lampu dekat kawasan ni terang-benderang kalau tak memang aku cabut lari awal-awal.

"Aku lambat. Jalan sesak tadi,"

Hailey memejamkan matanya sekejap kemudian dibuka semula. Nafas ditarik dan dihembuskan perlahan-lahan. Wajah Aiden dipandang oleh Hailey sekilas.

"Sir buat saya hampir terkejut tau. Dahlah tempat ni sunyi yang ada pun bunyi cengkerik je saya dengar. Nasib je tak kena heart attack," ayat terakhir disebut Hailey secara perlahan.

Aiden menyilangkan tangannya ke dada.
Wajah Hailey ditatap seketika. Terimbas kembali kata-kata Charlene dulu ketika dia bersama dengan tunangnya itu berada di pantai tempat dia dan Hailey berdiri sekarang.

"You make me shocked. Dahlah tempat ni sunyi yang ada pun bunyi cengkerik je saya dengar. Nasib je tak kena heart attack," ujar Charlene sambil mengusap dadanya perlahan namun senyuman di bibir gadis itu masih kelihatan.

Apa yang dikatakan Hailey tadi sama dengan apa yang Charlene katakan hari itu menyebabkan Aiden mula terbayangkan wajah Hailey yang dianggapnya seperti wajah tunangnya ketika itu.

"Sir!" panggil Hailey.

Aiden tersentak dari lamunannya. Lantas dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Wajah dinginnya sudah mula kelihatan.

"Aku suruh kau datang sini bersebab. So listen carefully!aku nak kau datang di rumah aku tepat pukul 5 pagi. Sediakan breakfast aku, seterika baju aku dan kemas living room rumah aku sebagai ganti tenaga aku yang sudah bersusah payah belikan ubat untuk kau. Kau nak tahu aku tak hamak pun nak beli kau ubat tapi kolonel yang suruh jadi aku terima arahan saja memandangkan aku ni instructor kau. Got it?"

Membulat mata Hailey mendengar. What!dia ni nak jadi kaki buli ke apa ni?gila!dia suruh aku pergi rumah dia jam 5 pagi.
What the fish!

"Seriously!but why?kenapa sir nak salahkan saya pula. Saya tak suruh pun sir pergi beli ubat," balas Hailey. Alamak!aku lupa pula yang dia ni tak suka perempuan yang jenis suka menjawab.

Aiden menapak satu langkah ke hadapan dengan pandangan bak seperti mata helang. Hailey pula sudah mengundur setapak ke belakang.

"So-sorry," ujar Hailey takut-takut.

"Kau setuju ke tak setuju ke kau tetap kena ikut arahan aku. Kalau aku dengar kau menjawab sekali lagi boleh je itupun kalau kau nak aku buat sesuatu dekat kau?" senyuman sinis diberikan kepada Hailey.
Namun bagi Hailey senyuman itu bukanlah senyuman sinis namun lebih kepada senyuman yang penuh menyeramkan.

"O-okey saya setuju,"

Mengalah dan terpaksa mengalah lagi!

Aiden sudah tersenyum penuh kemenangan. Hailey yang hanya separas dadanya itu dipandang dengan gaya mengejek. Tangan kanannya sengaja dibuat seperti mengukur ketinggian mereka.
Kemudian kepala Hailey ditepuk-tepuk perlahan.

"Thats its!Ingat!kalau kau tak sampai tepat pada masa tu aku akan..!"

"Okey!okey!okey!" cantas Hailey dengan laju. Menyesal pula terminat dan tersuka dekat mamat mangkuk ni. Eii!tapi hati berkata masih suka walaupun dia sering kali menyakitkan hati aku. Kalau dah cinta memang kena banyak bersabar lah jawabnya.

Aiden tidak berkata apa-apa lagi kerana yakin gadis itu sudah mengerti apa yang ingin dia sampaikan tadi. Dia pun segera berlalu meninggalkan Hailey.

"Good night," sempat Hailey berkata tetapi dengan nada yang perlahan sebelum mereka berpisah ke haluan masing-masing. Sama ada dia dengar ke tak dengar ke aku tak kisah pun. But, God please help me now, let him heard what I said just now.

Aiden cepat-cepat memusingkan badannya ke belakang. Kemudian dia mengikut langkah Hailey dari belakang tanpa gadis itu sedari. Mana mungkin dia mahu biarkan perempuan berjalan seorang diri waktu malam jadi dia memutuskan untuk menjaga keselamatan Hailey dalam diam nanti kantoi pula.

Sampai sahaja Hailey di rumah yang disediakan untuk para pelatih angkasawan menginap Aiden menunggu gadis itu masuk dalam keadaan yang selamat barulah dia beredar secara senyap-senyap.

Hailey terus membaringkan tubuhnya di atas katil. Senyumannya terukir tatkala teringat kembali wajah Aiden di tepi pantai sebentar tadi.

Macam mana aku nak buat kau tersenyum?selalunya muka dingin je yang kau bagi. Takpelah aku yakin aku akan berjaya dengan rancangan aku nanti.

Nada dering telefon Hailey berbunyi menandakan ada orang yang menghubunginya. Dia melihat nama ibunya yang tertera di skrin telefon lantas dijawabnya panggilan itu.

"Honey how are you there?mumy menganggu masa Hailey sekarang ke?" kedengaran suara yang amat Hailey rindui di corong telefon.

"No mumy. Hailey tengah baring sekarang ni. Im okey mum no need to worry. I miss mumy so much..."

Kedengaran keluhan lega puan Elizabeth. "I miss you too my daughter. Macam mana dengan latihan di sana?mesti Hailey kerja keras setiap hari kan?Im really sorry honey,"

"Mum you dont have to say sorry. Thats not your fault because I really want to be astronout when I was a kid and mum always be there for me until I pass the interview last year. Without your support I'm not here today. Thank you so much for everything mumy,"

Puan Elizabeth tersenyum."I will do anything for my daughter. Hailey, mumy harap suatu hari nanti Hailey dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai supaya lebih banyak yang minat meneroka ruang angkasa lepas. Walau apapun yang terjadi mumy akan sentiasa berada di samping Hailey. Mumy tak sabar sangat Hailey dapat title angkasawan yang sah tidak lama lagi. You have to win my daughter. Prove to other people that you deserve so much for this job. Promise me that you can do it," ujar puan Elizabeth dengan bersungguh-sungguh.

"I promise that I can do it. I would do it for you and I'll do anything for you mum. Thank you so much for everything. I love you to the moon and back mumy,"

"I love you to the moon and back too my daughter,"

Hailey mengukir senyum. Walaupun kehidupannya tidak seperti orang lain namun dia masih gembira kerana ibunya selalu ada untuknya. Dialah hero dan heroin Hailey buat selama-lamanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro