Bab 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Matahari yang kian membahang panas membuatkan peluh merintik di dahi Hailey. Dia disuruh untuk mengikut latihan survival memandangkan instructor Aiden tidak berada di kawasan latihan jadi jadualnya terpaksa ditunda hari ini.

Angkasawan NASA generasi baharu telah menghabiskan fasa proses latihan di luar bandar Maine, Amerika Syarikat. Latihan tersebut dikendalikan oleh pakar survival dari angkatan bersenjata A.S. Pada hari ini, calon angkasawan menjalani latihan kemalangan pesawat terbang, pertolongan cemas dan memahami alat bekalan kecemasan yang mereka ada di angkasa lepas.

Dari jauh Alexander Maynard iaitu pakar survival dari angkatan bersenjata A.S bangga melihat kesungguhan Hailey melakukan latihan survival. Tambahan pula rekod gadis itu amat memuaskan berbanding rekod pelatih angkasawan yang lain.

Senyuman perlahan-lahan terbit di bibir Alexander. Pretty enough, desis dalam hati Alexander. Perempuan secantik Hailey sebenarnya tak sesuai dengan pekerjaan yang agak memberatkan seperti angkasawan. Tapi tak semuanya perempuan nak jadi queen kan?

Max, yang juga merupakan seorang pelatih angkasawan sedari tadi ralit mencuri pandang ke arah Hailey dengan hati yang panas. Setiap kali latihan mesti gadis itu sahaja yang siap lebih awal darinya. Baginya dia tak boleh kalah dengan seorang perempuan kerana buat malu lelaki sahaja. Dia perlu memikirkan satu rancangan bagaimana dia hendak menjatuhkan Hailey dalam masa yang terdekat.

Hailey mengemaskan semua peralatan pertolongan cemas yang digunakan hari ini. Dia yang baru sahaja melangkah keluar dari kem dikejutkan dengan satu letupan dari dalam kem membuatkan Hailey terdorong ke hadapan dengan kuat.

Dia jatuh tersungkur di atas tanah dan terhempap begitu kuat. Kepalanya mula terasa pening disebabkan bunyi letupan yang begitu dekat dan mujur sahaja bom tersebut bukan bom yang selalu digunakan untuk bertempur kalau tak memang arwahlah jadinya.

Alexander membuka langkah seribu sebaik sahaja melihat keadaan tersebut. "Hailey...do you hear me?" bahu Hailey digoncangnya perlahan cuba untuk menyedarkan gadis itu.

Hailey menggangguk perlahan. Asap yang mula berkepul-kepul keluar dari kem membuatkan dia terbatuk-batuk. Alexander lantas membantu Hailey berdiri dan membawa gadis itu ke kawasan yang selamat.

"Hailey...kau okey tak ni? Alex macam mana bom boleh ada dalam kem kecemasan tu?kau tak buat recheck ke haa! Kau kena bertanggungjawab jika ada apa-apa terjadi dekat Hailey!" suara Lucy agak keras ketika itu. Matanya sempat memandang sekitar kawasan latihan melihat jika ada orang yang cuba melakukan sesuatu yang buruk kerana perkara ini bukan pertama kali berlaku namun sudah berulang kali.

"No Lucy. Its my fault. Dont blame on him.
Aku yang cuai," Hailey terpaksa menyalahkan dirinya sendiri walhal dalam hatinya dia sendiri pun tidak tahu di mana datangnya punca letupan itu. Tetapi dia tahu jika dia tidak berbuat demikian pasti Alexander yang dipersalahkan.

Alexander memandang Hailey dengan riak terkejut. Lucy pula hanya mengganggukkan kepalanya tetapi dalam hati dia tahu yang Hailey sebenarnya tidak mahu menyalahkan Alexander.

"Hailey you need to take a rest here for awhile. Alex tolong jaga Hailey sementara tu aku nak panggil doktor," ujar Lucy penuh rasa risau.

Terpampang mesej dari Tristan di skrin telefon Aiden berita mengenai Hailey. Tanpa berfikir panjang, dia lantas menuju ke kereta dan Elena yang masih sibuk bershopping ditinggalkan begitu sahaja.

Kereta dipandu dengan kelajuan yang maksimum kerana ingin cepat sampai di pusat latihan survival. Pada masa yang sama hatinya dihuni perasaan bersalah kerana terlupa memberitahu Hailey yang dia ada temu janji dengan Elena.

Sampai sahaja dia di pusat latihan survival matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang berbaring di atas katil khas kecemasan.

"Hailey Im really sorry," ucap Alexander perlahan.

"Its okey sir." balas Hailey seraya tersenyum. Kepalanya yang sudah dibalut dipegangnya perlahan. Malang sungguh nasib aku hari ni tapi tak apa lama-lama biasa lah ni. Don't give up Hailey. Bisik dalam hatinya.

Aiden hanya memandang Hailey dari jauh. Kalau aku tak terima temu janji dari kolonel Edward sudah tentu dia tak tanggung semua ini sekarang.

Hatinya berkata ingin meminta maaf gadis itu secara berdepan namun egonya yang tinggi mengalahkan gunung Everest menguasai Aiden ketika itu. Lelaki seperti dia memang sukar untuk mengatakan kata maaf dan hanya berperilaku seolah-olah dia dingin setiap hari. Dikatakan limited pun tapi tak juga.

Aiden pun segera berpatah balik  memandangkan dia sedar ada Tristan di situ kerana hatinya yakin Tristan boleh menjaga Hailey dan kalau diikutkan yang sebetulnya kawan baiknya itu yang sebenarnya layak menjadi instuctor Hailey kerana dia tidak mahu menjadi 'penganggu'.

"Hailey kalau kau nak minta tolong apa-apa dekat saya lepas ni just tell me okey? I'll be there to help you," ujar Alexander.
Tristan di sebelahnya hanya mampu berdiam diri. Langsung tidak tahu apa yang dia hendak katakan. Cukup memandang wajah Hailey sudah membuatnya gembira.

"Boys. Both of you. Boleh tak bagi ruang sekejap?" Lucy yang baru sampai dipandang oleh mereka bertiga. Alexander dan Tristan mengangguk seraya berlalu pergi.

"Hailey. Ni dari Aiden. Dia past dekat aku suruh bagi kau," satu bungkusan plastik diberikan kepada Hailey.

"For what? Apa tu?" dalam hati sememangnya dia sudah terlalu dan terlebih tertanya-tanya apakah yang lelaki itu berikan kepadanya.

"Let me check it first. Can I?" Hailey mengangguk sebagai balasan.

Lucy pun terus membuka ikatan plastik itu dan ternyata terdapat plaster dan ubat di dalam plastik itu lantas dia menyorokkan senyuman penuh makna dalam diam. Apakah Aiden ni dah mula nak caring kawan aku ni?

"Awlolo sweet betul instructor kau ya. Nah kau tengok sendirilah," ujar Lucy dan meletakkan bungkusan plastik itu di atas riba Hailey.

Bungkusan plastik bertukar tangan. Hailey terus menyimpulkan satu senyuman apabila mendapati isi plastik itu adalah ubat dan plaster. "Aku tengok tadi macam ada note kecil di dalam tu. Cuba check lagi," ujar Lucy lagi.

Hailey mengambil nota kecil dari plastik itu lalu dibacanya dalam hati.

Lain kali jangan cuai sangat. Kau dah menyusahkan aku dan kau kena bayar semua. Maksud aku bukan ubat yang aku bagi ni tapi tenaga aku yang kau dah bazirkan membuatkan aku bersusah payah pergi beli medicine untuk kau.

Meet me this night¡~ Instructor Aiden

Ingat dia bagi ikhlas rupanya....grrrrr....geramlah! tapi tak apa aku ada peluang dapat jumpa sir aku lagi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro