Bab 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Setelah yakin penampilannya kemas pada pagi itu Elena pun keluar dari biliknya dengan senyuman lebar terukir di bibirnya.

"Betul ke daddy suruh Aiden temankan Elena jalan-jalan di bandar hari ni?" Elena meminta kepastian dari ayahnya manalah tahu dia tersilap dengar ke apa buat malu je nanti.

"Yes, daddy dah tanya Aiden pun. Elena kena jaga perangai bila bersama dengan Aiden. Jangan manja sangat. Ingat tu," pesan kolonel Edward kepada anaknya. Walaupun sikap Elena jauh berbeza dengan sikap Charlene namun dia percaya Elena pasti dapat berubah suatu hari nanti.

"Dont worry daddy, Elena tahu macam mana nak control perangai Elena nanti. By the way thanks daddy!" ujar Elena dengan gembiranya.

"Elena kamu tunggu je dekat rumah kejap lagi Aiden datang jemput kamu. Dia ada call tadi,"

"Yeke daddy? Oh my God. Aiden tak pernah berubah lagi kan daddy?waktu kakak masih ada dia selalu datang jemput kakak,"
teringat kembali masa lalu yang begitu banyak membuatkan hatinya terguris melihat kemesraan Aiden dengan Charlene, iaitu kembarnya tetapi sekarang biar dia pula yang menggantikan tempat kembarnya itu.

Charlene lahir lima minit awal dari Elena dan sebab itulah dia memanggil kembarnya itu kakak. Wajah mereka pula kadang-kadang sukar untuk dikecam orang lain mana satu Charlene dan mana satu Elena yang membezakan mereka adalah perangai yang begitu ketara.

Kolonel Edward hanya tersenyum nipis.
Begitu sedih hati tuanya mengenangkan anak kesayangannya itu yang telah pun pergi meninggalkan dunia begitu awal.
Kalau bukan kerana kapal angkasa yang dinaiki Charlene ketika itu mengalami kerosakkan tak adalah dia menanggung kesedihan sehingga sekarang.

Beberapa minit kemudian kelihatan sebuah kereta BMW memasuki perkarangan rumah kolonel Edward.

"Aiden dah sampai tu. Bye daddy!" Elena lantas menyarung kasut tumit tingginya dan segera berlalu ke dalam kereta Aiden.

"Hye good morning. You dah breakfast ke?" tanya Elena. Wajah Aiden ditatapnya dengan penuh minat.

"Belum." balas Aiden dengan ringkas. Muka dinginnya tidak kelihatan apabila bersama dengan Elena kerana setiap kali bersama dengan gadis itu perasaan rindunya terubat kerana wajah Elena mirip dengan tunangnya. Dah nama pun kembar!

"I pun belum breakfast lagi. How about kalau kita pergi cafe? breakfast kat sana sama-sama. You want?" Elena menjongketkan keningnya.

Aiden mengangguk sebagai balasan. Elena pula sudah tersenyum suka. Wajah Aiden yang sedang fokus memandang ke hadapan itu ditatap lama. I tahu you belum move on lagi tapi I janji I akan sentiasa ada untuk you selama-lamanya. I yakin I boleh jadi yang terbaik untuk you. Bisik dalam hati Elena dengan penuh bersungguh-sungguh.

***  


Hailey sudah tertunggu-tunggu kedatangan Aiden di pusat latihan angkasawan. Dia memandang jam tangannya yang sudah pun menunjukkan pukul 7:40 pagi.

Kata bersiap pukul 7:00 pagi tapi sampai sekarang batang hidung pun aku tak nampak lagi. Dia pergi mana sampai buat aku tertunggu selama 40 minit? Tak apa ini kan perkara biasa bagi aku. Hailey tersenyum penuh sabar.

Dia membuka telefonnya ingin melihat jika Aiden ada menghantarnya mesej namun satu mesej pun tiada. Kedengaran keluhan kecil tercetus di bibir gadis itu.

Hailey memutuskan untuk berjumpa kolonel Dr Thomas di office kerana sejujurnya dia sudah dilanda kebosanan menunggu Aiden dari tadi.

Sampai sahaja Hailey di office, pintu terus diketuknya. Beberapa saat kemudian kedengaran suara kolonel Dr Thomas menyuruh masuk ke dalam.

"Selamat pagi tuan. Maaf mengganggu.
Setahu saya tuan menyuruh instructor Aiden untuk bawa saya ke kem latihan angkasawan hari ini. Boleh saya tahu instructor Aiden di mana? Sebab saya dah tunggu dia hampir sejam," ujar Hailey.

Kolonel Dr Thomas menepuk dahinya perlahan. "Saya hampir terlupa beritahu Hailey tentang ni. Sebenarnya macam ni kolonel Edward minta saya untuk bagi Aiden luangkan masa bersama dengan anaknya, Elena hari ini. Jadi saya benarkan dan saya terlupa pula beritahu Hailey tentang ni. Maaf sekali lagi,"

Hailey yang mendengar apa yang baru disampaikan kolonel Dr Thomas tadi terus diselubungi perasaan sakit hati. Sungguh sakit walaupun perkara kecil sahaja!

Punyalah dia teruja sampai tak dapat tidur semalaman bila dapat tahu dia akan pergi di kem latihan angkasawan pertama terbesar di dunia tetapi malang harapan dia itu hanya terkubur dalam mimpi sahaja.

"Jadi saya terpaksa cancel. Sebenarnya ini adalah satu-satunya peluang Hailey untuk ke sana tetapi memandangkan instructor Aiden ada hal saya terpaksa cancelkan," ujar kolonel Dr Thomas lagi.

"Tak boleh ke kalau tukar instructor sementara? Saya betul-betul nak pergi sana tuan. Saya dah lama tanam impian untuk ke sana," rayu Hailey dengan bersungguh-sungguh.

"Maaf Hailey kalau tukar instructor buat sementara pun memang tak boleh.
Peraturan tetap peraturan. Jadi Hailey kena berusaha lebih keras lagi selepas ini kalau Hailey nak ke sana,"

"Baiklah tuan. Terima kasih," balas Hailey dengan perasaan yang amat sedih. Dia diselubungi bermacam-macam perasaan ketika ini namun tetap sahaja dia bersabar.

Hailey pun berlalu keluar dari office kolonel Dr Thomas. Tubir matanya mula terasa panas dan perlahan-lahan air matanya mengalir keluar. Tak apa Aiden aku maafkan kau walaupun kau dah buat impian aku tak menjadi kenyataan yang sepatutnya tercapai hari ini. Mesti gembirakan sekarang dengan Elena? Yelah aku ni siapalah dalam hidup dia. Pelatih pun mungkin tak dianggap.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro