Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hailey macam mana kau boleh terjatuh dalam kolam renang tadi? mahu jatuh jantung aku dengar staf NASA beritahu aku yang kau hampir saja lemas dalam kolam renang latihan angkasawan tu," ujar Lucy sebaik sahaja sampai di bilik Hailey.

Sempat dia memperhatikan keadaan kawannya itu sama ada Hailey betul-betul berada dalam keadaan yang baik.

"Entahlah aku sendiri pun tak tahu siapa perempuan yang tolak bahu aku masa tu. Tapi aku dengar dia anak kolonel Edward. Lucy kenal tak?" tanya Hailey masih mengingat wajah gadis yang berani mati nak tolak dirinya masuk dalam kolam renang itu.

Mujur sahaja hero aku datang selamatkan aku waktu tu. Eleh perasan lebih je kau ni Hailey. Entah-entah perempuan tu bakal isteri Aiden baru kau tahu. Bisik dalam hati Hailey.

"Nama dia Elena Weiber. Dia tolak kau? like seriously!Apa yang dah berlaku sampai ada sesi tolak menolak ni?" hairan Lucy dibuatnya.

Elena Weiber rupanya nama perempuan tu. Nanti aku stalk kau dekat social media dan spam komen dekat post kau banyak-banyak!

"Bayangkan dia pijak kasut aku dan masa tu dia guna kasut tumit tinggi. Sakit dia tu hanya Tuhan je yang tahu dan boleh pula dia buat-buat tak dengar masa aku panggil dia. Lepas tu cakap aku terjerit jerit bagai. Bila aku marah balik yelah nak backup diri sendiri tapi itulah lain pula yang jadi. Dia tolak bahu aku selamba badak dia je," ujar Hailey dengan perasaan yang masih tidak berpuas hati.

"Elena tu okey tapi kadang-kadang perangai dia tu boleh buat orang naik geram. Gaya dia jauh berbeza dengan kembarnya. Hailey janganlah ambil hati sangat dengan Elena tu ya,"

"Elena ada kembar? siapa?" tanya Hailey.

"Charlene Weiber. Tapi dah meninggal 3 tahun yang lepas. Dahlah aku tak nak bercakap banyak tentang dia nanti buat sebak di dada je bila nak bercerita tentang wanita inspirasi seperti Charlene yang banyak buat aku bangun bila terjatuh berulang kali. Kalau Hailey nak tahu lebih lanjut tentang dia Hailey tengoklah dekat rekod ahli angkasawan,"

Aku nak tahu punca kematian dia tapi rasa bersalah pula kalau tanya soalan ni. Lebih baik aku selidik sendiri bila ada masa terluang nanti.

"Tak apa Lucy. Aku pun faham juga perasaan tu. Kalau kau tak nak cerita dekat aku lebih dalam tentang Charlene aku tak paksa pun,"

Lucy tersenyum nipis. Charlene memang baik orangnya. Peramah, sopan-santun dan dermawan. Tak salahlah kalau Aiden terjatuh hati dekat gadis itu suatu ketika dahulu namun sayang takdir telah pun menentukan hubungan mereka berakhir dengan kesedihan yang tak tertanggung.
Semoga dia ditempatkan dengan orang-orang yang beriman di sana.

Pintu bilik yang diketuk oleh seseorang dari luar membuatkan Lucy dan Hailey tersentak. Segera Hailey pergi membuka pintu. Matanya langsung kaget melihat gerangan itu.

"Err...sir. Setahu saya hari ni tak ada latihan," Hailey menuturkan ayatnya dengan sedikit gagap. Apa kau tak gementar bila instructor kau yang hensem lagi buat orang cair berdiri tepat di hadapan kau dengan pandangan yang menggoda. Eceh!

Wajah tampan Aiden Luke ditatapnya dengan senyuman manis walaupun dia tahu senyumannya itu tidak akan pernah dibalas. Susahlah nak tengok dia senyum ni! bagilah aku tengok senyuman kau walau sekali je itupun dah buat dunia aku berputar 360 darjah.

Aiden mengalihkan pandangannya ke arah Lucy dan Lucy seakan-akan tahu makna pandangan luke itu. Ala cakap je lah nak minta ruang untuk berbual dengan Hailey.

"Hailey aku pergi dulu ya. Esok jumpa lagi," bahu Hailey ditepuk perlahan oleh Lucy.
Hailey menggangguk sebagai balasan dan menghantar pandang ke arah Lucy sehingga wanita itu hilang dari pandangannya.

"Esok aku nak kau bersiap sedia sekitar pukul 7 pagi. Aku nak bawa kau pergi ke kem latihan angkasawan pertama terbesar  dunia dibina. Arahan ini diberikan oleh kolonel dr Thomas jadi aku patuhi sahaja,"

"What! betul ke? sir tak bergurau kan?" tanya Hailey dan kelihatan reaksi wajahnya amat teruja saat ini. Siapa yang tak gembira bila impian selama ini akhirnya tercapai jua? Thanks God!

Aiden memandang Hailey dengan pandangan yang sukar ditafsir. "Aku tak ada masa nak bergurau. Lagi-lagi nak bergurau dengan kau memang payahlah. Ada baiknya kalau aku layan minah yang jual bunga di kedai tu," ujar Aiden dengan penuh dingin.

Hailey tergelak mendengar kata-kata Aiden yang sedikit pun tak membuatkan dia terasa malah ayat itu begitu lawak baginya.

"Yelah kan kalau saya nak bergurau pun bukannya penting sangat. Betullah apa yang sir kata tadi tu lebih baik sir pergi layan minah yang jual bunga di kedai daripada nak bergurau dengan saya. Buang masa je kan?" Hailey tersenyum kecil.

"Dah tahu kenapa nak tanya lagi? Apa yang kau kata tu semuanya betul jadi aku nak sangat lepas ni jangan lagi buang masa aku. Dan esok seperti biasa aku nak kau prepare awal-awal," sejurus berkata Aiden pun berlalu meninggalkan Hailey yang masih tercegat di pintu.

Don't be sad Hailey. Kalau kau suka instructor Aiden yang tampan lagi sasa itu kau kena usaha lebih walaupun sifat dingin dia tu buat penghalang bagi kau mendekatinya namun itu bukan bermakna kau dah putus asa. You still can make him fall for you one day!

Hailey hanya menghantar pandang ke arah Aiden yang sudah menghilang jauh dari pandangannya dengan senyuman seperti biasa. Semoga hari esok menjadi hari yang lebih baik berbanding hari-hari sebelumnya.

Good night sir.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro