Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hailey banyak membuangkan masa berjalan di sekitar kawasan latihan angkasawan. Cuti rehat agak membosankan jadi dia memutuskan untuk mengenali lebih dalam mengenai tempat-tempat latihan pelatih angkasawan. Kolam renang menjadi tempat yang dituju oleh Hailey.

Elena iaitu anak kandung kolonel Edward juga berada di kawasan kolam renang di mana Hailey berada tika ini. Beberapa kakitangan NASA yang turut berada di kawasan itu sudah mula berbisik melihat Elena yang memakai kasut tumit tinggi berjalan di tepi kolam renang yang bukan sahaja licin malah berbahaya bagi mereka yang tidak menggunakan pakaian yang sesuai untuk ke sana.

"Anak kolonel Edward ni tak guna otaklah.
Dah tahu kawasan kolam renang ni licin boleh pula dia guna kasut tumit tinggi,"

"Elena tu kan model. Mungkin dah terbiasa guna kasut tumit tinggi di mana saja dia berada,"

Elena menghentikan langkahnya apabila ternampak Aiden. Senyuman manis terus terbit di bibir merahnya yang dicalitkan dengan gincu. Argh!he is so hot!

Kasut tumit tinggi pula dihentak-hentaknya di atas lantai. Hailey yang berdiri di sebelah Elena sudah berasa pelik dengan gadis di sebelahnya. Dah kenapa pula perempuan ni?

Hailey mengalihkan pandangan ke arah yang dipandang oleh Elena. Dia melihat Aiden yang sedang berbual dengan beberapa kakitangan NASA. Oh patutlah!

Elena mula memintal-mintal hujung rambutnya sebaik sahaja Aiden memandang tepat ke arahnya. Tangannya terus dilambaikan ke arah Aiden. Namun, Aiden hanya beriak biasa. Malah lambaian itu hanya dibiarkan angin sahaja membalas.

"Miss..." panggil Hailey sebaik sahaja Elena terpijak kasutnya. Melampau sangat perempuan ni sampai kasut aku pun dia tak sedar yang dia terpijak. Banyak cantik kasut tumit tinggi kau mendarat di atas kasut aku ya.

Elena hanya menghiraukan sahaja panggilan Hailey. Sebaliknya makin dihentak-hentak pula kasut tumit tingginya itu tanpa rasa bersalah asalkan matanya puas memandang Aiden di hujung sana.

"Miss!" panggil Hailey dengan nada yang tinggi sedikit. Pekak ke apa perempuan ni?ingat tak sakit ke dari tadi engkau pijak kasut aku. Kaki aku ni jadi mangsa tau tak.

"Apa ni! terjerit-jerit bagai! kalau you nak jadi beruk pergi dekat hutan! bukan dekat sini!" marah Elena. Hailey dijelingnya sekilas.

"Masalahnya sekarang ni you tengah pijak kasut I!" balas Hailey dengan rasa yang tidak puas hati. Eh hello!aku pun boleh ber 'I-You'
bukan dia je.

"Itu masalah kau. Not mine! you tahu macam mana nak lap kasut kan? so just pergi bersihkan je lah," Elena buat muka selambanya. Kasut Hailey yang sudah kotor dipandangnya sekilas dan sempat dia ketawa mengejek.

"Apa? you ingat kasut tumit tinggi you tu bersih sangat ke? Kasut I kotor ni pun disebabkan you atau you yang sebenarnya tak pandai bersihkan kasut?" balas Hailey dengan senyuman sinis di bibirnya. Dia pun ada tahap kesabarannya yang tersendiri juga tau, kalau sampai dah melampau tu memang membalaslah dia.

"Baguslah...kalau I pijak kasut you tadi. Lepas ni tolong bersihkan kasut tumit tinggi I sekali ye," Elena mengibas tangannya di hadapan Hailey. Sengaja ingin membuat hati Hailey terasa panas ketika itu.

"Boleh. Nah ambil ni!" lantas kasut tumit tinggi Elena dipijak oleh Hailey dengan kuat. Kan dah kena siapa suruh berani nak cabar aku.

"Ouch!! Sakit lah!" bahu Hailey lantas ditolak kuat oleh Elena menyebabkan Hailey  kehilangqn imbangan lalu terjatuh ke dalam kolam renang begitu sahaja.

BUSH!!

"Hailey!"

Aiden lantas berlari ke arah kolam renang. Tanpa membuang masa dia terus masuk ke dalam kolam renang kerana ingin menyelamatkan Hailey. Kolam renang itu bukanlah kolam renang biasa seperti yang dilihat setiap hari dan sudah tentu Aiden berasa risau saat ini. Risau kerana Hailey merupakan pelatih yang akan dia latih. Jadi apa-apa yang berlaku pada gadis itu dia yang akan dipertanggungjawabkan.

Elena menekup mulutnya. Oh my God!apa yang I dah buat ni?better I pergi dari sini.

Hailey tercunggap-cunggap kerana sukar bernafas akibat hampir lemas di dalam kolam renang. Mujur sahaja ada yang sudi membantunya kalau tak mungkin dah lama nyawa dia terbang. Tahu tak kedalaman kolam renang tu mengalahkan kolam renang biasa?

Aiden mengambil tuala yang telah pun disediakan di tempat khas lalu diberikan kepada Hailey.

"Terima kasih," ucap Hailey perlahan. Tuala diambil lalu dilapnya rambutnya yang sudah basah begitu juga seluruh badannya.

"Kau dah tahu kan kolam renang ni hanya tempat untuk angkasawan berlatih. Macam mana kalau kau lemas tadi? Siapa yang susah? Aku ni dahlah instructor kau kalau ada apa-apa yang terjadi dekat kau tadi aku yang kena bertanggungjawab tahu tak? nasib baik je aku nampak," bebel Aiden dengan wajah yang begitu serius.

Hailey tergaman seketika. "Niat saya tadi saja nak tengok kawasan latihan bukan nak mandi dalam kolam renang ni. Tapi perempuan tu yang tiba-tiba tolak saya itu sebabnya saya hilang imbangan dan jatuh dalam kolam renang. Saya minta maaf sebab menyusahkan sir hari ni," kepala ditundukkan sedikit. Takut dia melihat wajah bak seperti harimau yang sedang mencari mangsa itu.

"Selepas ni kalau nak jalan-jalan di sekitar kawasan latihan tolong beritahu aku. Jangan ikut suka hati je jalan sana sini. Aku tak nak susahkan diri kau dan kau jangan susahkan diri aku. Ingat tu!" bebel Aiden panjang.

"O...okey. Saya janji tak buat dah lepas ni," rasa bersalah dihuni di dalam hati. Hailey hanya diam menunduk, sedar akan kesilapannya.

Aiden malah tidak membalas apa-apa sebaliknya dia terus berlalu meninggalkan Hailey. Terimbas kembali di layar fikirannya di mana kali pertama dia bertemu dengan Charlene adalah sama seperti kejadian yang berlaku hari ini.

Ketika itu Charlene hampir sahaja lemas di dalam kolam renang dan mujur sahaja Aiden sempat menyelamatkan gadis itu. Dan bermula dari pertemuan itu telah menjadikan hubungan mereka semakin lama semakin rapat sehinggalah perasaan cinta bermekar di dalam hati masing- masing. Namun kini hanyalah tinggal sebuah kenangan selepas satu kejadian yang telah meragut nyawa tunangnya itu.

Tanpa Aiden sedari air matanya mengalir perlahan-lahan membasahi pipinya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya dia pada tunangnya yang telah 3 tahun meninggalkan dunia sama seperti meninggalkan dirinya diselubungi rasa bersalah. Kalau aku boleh putarkan masa, aku tak akan buat kesilapan itu buat selama-lamanya.





Vote dan komen sangat dialu-alukan hehe❤💋

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro