Bab 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hailey tiba di padang kawah Arizona seawal pukul 7 pagi. Aiden sudah pun berada di tempat tersebut kerana dia perlu menyediakan peralatan yang digunakan untuk latihan sebentar lagi.

"Good morning," sapa Hailey dengan senyuman manis yang sentiasa terukir di bibirnya setiap kali bertemu dengan Aiden.
Apa yang terjadi kelmarin biarlah dia anggap semua itu hanyalah mimpi.

"Morning. Kau boleh bersiap dalam masa 10 minit selepas itu kita akan mulakan latihan. Ingat!aku tak suka orang yang banyak buang masa so just follow my rules," kata Aiden bernada serius. Wajah Hailey langsung tidak dipandangnya ketika itu.

Hailey mengangguk laju. Dia segera meregangkan badannya dan jantungnya sudah mula berdegup kencang kerana dia berasa nervous dengan latihan yang akan dia jalani sebentar lagi.

Mesti lebih mencabar dari latihan kelmarin.

Setelah sepuluh minit sudah berlalu Hailey mengambil posisi berhadapan dengan Aiden.

"Sebelum latihan bermula aku nak bercerita sedikit mengenai padang kawah Arizona ini.
Sekitar 50,000 tahun yang lalu, sebuah meteorit menghentam ke lokasi ini. Hasilnya adalah satu lubang raksasa dibawah tanah dengan kedalaman 173.7 meter dan 1.25 kilometer lebar yang dikenali sebagai 'Meteor Crater'. Lekukan tersebut sangat berguna untuk NASA kerana NASA mengambil keputusan untuk membiasakan diri kepada para angkasawan terhadap bentuk bulan. So now are you ready?" ujar Aiden.

"Yes, Im ready!" balas Hailey dengan penuh yakinnya.

"Latihan bermula dengan pemetaan dan pengukuran di dalam dan di sekitar kawah ini. Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 9:30 pagi kau mesti dah dapat ukuran yang tepat di dalam dan sekitar kawah. Kalau kau terlambat 5 minit sampai di sini maknanya aku akan tolak markah kau serta merta. Ingat!tahap kelajuan juga akan sentiasa direkod,"

"Baiklah. Saya akan buat yang terbaik,"

"Start now!" Aiden pun merekod masa sebaik sahaja Hailey mula mengukur di dalam dan sekitar kawah itu.

Matahari yang tidak begitu panas terik memudahkan Hailey untuk menjalankan latihannya.

Langkah pertama yang dia lakukan adalah melakukan proses pengukuran di sekitar kawah sebelum mengukur kedalaman kawah tersebut.

Aiden pula sentiasa memerhati gerak geri Hailey kerana keselamatan gadis itu perlu dijaga manalah tahu tiba-tiba terjatuh di dalam kawah. Minta dijauhkan saja!

Setelah selesai menghantar laporan mengenai misi yang bakal dijalankan bulan depan kepada pengarah program Tristan pun menuju ke arah Aiden.

Senyumannya terukir sebaik sahaja melihat Hailey yang sedang menjalankan latihan pemetaan.

"Cantiklah dia...kau rasa?" Tristan berkata perlahan. Aiden yang berdiri di sebelah Tristan menggelengkan kepala.

"Apa?tak cantik ke?" kata Tristan dengan pelik.

"Bukan tu aku maksudkan. Yang aku maksudkan sekarang adalah kau. Kalau kau suka dia then tak payah lah tunggu lama-lama. Sebelum tu aku nak tanya Hailey dah berapa lama jadi pelatih angkasawan?"

"Dia dah hampir setahun jadi pelatih angkasawan. Selama itu jugalah aku langsung tidak pernah bercakap dengan dia.
Yelah kau pun bukan tak tahukan yang aku ni pemalu. Aku dah cuba berulang kali nak berhadapan dengan dia tapi masih juga tak boleh," Tristan mengeluh perlahan dengan kelemahan yang ada pada dirinya.

Aiden menepuk perlahan bahu Tristan. "Senang cerita...aku akan bantu kau untuk dapatkan dia. Tapi aku nak tahu kau memang serius ke?"

"Bro. Ini pertama kali aku jatuh cinta dan Hailey sememangnya perempuan bertuah. Aku tak tahu kenapa tapi aku suka dengan perwatakan dia yang lain daripada perempuan lain. Aku serius dan bukan sekadar mengatakan hal ini begitu saja," kata Tristan.

"If you say so then aku akan bantu kau lepas ni. Tapi sikap kebudak-budakkan kau tu kena kurangkan. Jangan jadi childish sangat sebab kalau dah kahwin nanti kau boleh bermanja selama mana yang kau nak pun tak ada masalah," ujar Aiden yang sememangnya sudah masak dengan perangai childish kawan baiknya itu.

Tristan tersengih seperti kerang busuk.

"Kau pula bila nak kahwin?"

Soalan dari Tristan itu membuatkan Aiden terdiam sejenak. Kisah lalu terus bermain kembali di layar fikirannya.

"Bro aku tahu kau belum move on lagi tapi perkara itu sudah pun berlaku tiga tahun yang lalu. Kau dah janji dengan aku yang kau akan bangkit semula and now you must prove it to me," belakang badan Aiden ditepuk perlahan.

Charlene Weiber iaitu tunang Aiden yang juga merupakan angkasawan telah terkorban semasa menjalankan misi di angkasa lepas tiga tahun yang lalu.
Disebabkan itu Aiden berjanji tidak mahu ada perempuan lain yang menggantikan tempat tunangnya kerana nama Charlene sentiasa berada di dalam hatinya.

"Aku dah cuba berulang kali untuk move on tapi aku sentiasa rasa bersalah. Bagi aku semua kecelakaan yang berlaku pada masa itu adalah silap aku-" ayat Aiden terhenti sebaik sahaja Tristan memintas.

"Bro!its not your fault. Kapal angkasa yang Charlene naik masa tu ada kerosakkan lagipun Charlene sendiri yang minta kau untuk tinggalkan dia. Kau tak salah Aiden sebab kami dengar semua perbualan tu di Pusat kawalan penerbangan ISS," kata Tristan.

Aiden tidak membalas apa-apa. Kalau Tristan bukan kawan baiknya sudah lama dia menengking Tristan kerana setiap kali ada orang yang cuba mengingatkan dia tentang kejadian 3 tahun yang lalu dia akan naik angin.

      Hailey menggunakan tali yang sudah tersedia di kawah itu untuk naik semula ke atas. Lega hatinya apabila sudah selesai mengambil ukuran di sekitar dan dalam kawah.

Tepat pukul 9:30 pagi Hailey tiba di hadapan Aiden. Dia memandang sekilas jam tangannya dan satu hembusan lega dilepaskan. Thanks God!tepat pada masanya.

Aiden dan Tristan serentak memandang ke arah Hailey. Tristan mengukir senyuman kepada Hailey manakala Aiden pula macam biasalah hanya wajah serius sahaja yang dipamerkan.

"Tepat 9:30 pagi. Ukuran di mana?aku nak tengok," ujar Aiden.

Hailey memberikan buku catatannya kepada Aiden berserta satu senyuman yang terukir di bibirnya.

Aiden tidak berkata apa-apa sebaliknya dia terus berlalu meninggalkan kawasan padang kawah Arizona. Hailey hanya mampu menghantar pandang ke arah Aiden yang sudah pun berlalu pergi.

Kini tinggal Tristan dan Hailey yang berada di padang kawah Arizona. Aiden sengaja meninggalkan mereka kerana dia mahu Tristan membiasakan diri berhadapan dengan Hailey.

"Urm...saya...nak ucapkan tahniah sebab...sebab berjaya dapat ukuran yang tepat di sekitar dan dalam kawah," tersekat-sekat Tristan mengungkapkan ayatnya itu.

"Betul ke?" dengan hati yang gembira Hailey bersorak keriangan tanpa memikirkan keadaan di sekelilingnya. Ini bermakna dia telah lulus menjalankan latihan pengukuran dan pemetaan di dalam dan sekitar kawah.

Tristan mengganggukkan kepalanya. Dia nervous sebenarnya ketika ini tambahan pula kedudukan dia dan Hailey hanya berdepan sahaja. Kau tunggu aku lepas ni Aiden! sengaja pula nak kenakan aku.





Vote.Comment.Thank you!💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro