Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Hailey lantas memusingkan badannya ke belakang apabila melihat Aiden Luke yang begitu santai duduk di atas sofa empuk yang tersedia di dalam office kolonel Dr Thomas.

Rambutnya yang sedikit kusut diperbetulkan. Baju tshirt NASA yang digunanya juga dibetulkan sebelum menghadap semula ke depan.

Hadoi!apasal lah sir Thomas tak bagitahu aku yang Aiden ada kat dalam office ni. Nasib baik aku sempat kemaskan diri kalau tak memang memalukan. Dahlah aku tengah berhadapan dengan situasi yang paling mendebarkan. Mama please help your daughter!

Kolonel Dr Thomas Scott memandang Aiden dan Hailey silih berganti sebelum dia mengukir senyuman.

Mata Aiden hanya tertumpu pada Hailey manakala gadis itu pula sudah tidak keruan dipandang lama oleh lelaki itu. Rasa macam mahu menjerit pun ada ketika ini.

"Hailey mulai esok Aiden akan menjadi instructor kamu. Disebabkan rekod kamu setakat ini adalah yang terbaik berbanding pelatih angkasawan yang lain jadi saya mahu Aiden bantu kamu untuk melepasi ujian NASA kelas 1 supaya lebih cepat kamu lulus dalam ujian ini. Saya percaya akan kebolehan dalam diri kamu Hailey dan saya yakin Aiden dapat membantu kamu. Tolong bagi kerjasama antara satu sama lain kerana itu yang paling penting. Bolehkan?" ujar kolonel Dr Thomas dengan nada yang serius.

Perlahan-lahan mata Hailey mencuri pandang ke arah Aiden. Lelaki itu kelihatan seperti tidak mempunyai perasaan dan sebaliknya hanya duduk diam sahaja.

"Boleh tuan," balas Hailey penuh yakin. Di dalam hatinya bukan kemain gembira lagi saat ini.

"Macam mana dengan kamu Aiden?" tanya kolonel Dr Thomas.

Aiden hanya mengangguk walhal dia sebenarnya tidak bersetuju pun dengan apa yang baru sahaja dikatakan oleh kolonel Dr Thomas kerana perkara yang paling dia bencikan adalah menjadi instructor kepada pelatih angkasawan perempuan.

Hailey menghembuskan nafas lega.
Bertambah gembiralah dia sekarang ini.

Kolonel Dr Thomas tersenyum senang mendengar jawapan kedua-dua mereka. Apa yang telah dirancangnya akan menjadi mudah kerana kedua-dua pihak telah memberikan kerjasama.

"Terima kasih. Rasanya tak ada apa-apa lagi yang saya nak beritahu. Kamu berdua boleh pulang," ujar Thomas seraya tersenyum.

Aiden terus berdiri dari tempat duduk dan melangkah ke arah pintu. Hailey yang baru sahaja ingin keluar dilanggar begitu sahaja oleh Aiden.

Mak aii sakitnya!

"Lain kali kalau nak jalan tu jangan slow sangat. Kalau nak jadi siput dipersilakan," kata Aiden berserta satu senyuman sinis.
Wajah Hailey dipandang sekilas. Not bad.

"Maaflah. Sa..saya tak-" terus terhenti ayat Hailey sebaik sahaja dipotong oleh Aiden.

"Aku paling tak suka bila orang gagap depan aku. Kalau nak cakap muka aku ni hensem cakap je lah," ujar Aiden dengan penuh selamba.

Hailey terdiam. Tidak sanggup dia nak bercakap dengan lelaki itu dan dia hanya mampu menyabarkan dirinya saat ini. Tidak

"Diamlah pula. Nasib baiklah kau ni jenis perempuan yang tak suka menjawab.
Sebelum aku terlupa aku nak esok kau ada di tempat latihan tepat pukul 7 pagi. Kalau lambat 30 saat bersedialah dengan denda dari aku. Ingat tu!" pesan Aiden dan sengaja tersenyum manis kearah Hailey.

Dia pun terus berlalu meninggalkan Hailey yang masih tercegat seperti patung di hadapan pintu.


***

     
Hailey melepaskan geramnya dengan sepuas hati. Manakan tidak lelaki yang dianggapnya baik selama ini hanyalah sebuah mimpi yang dirasakan tidak akan menjadi kenyataan.


"Hailey. Aku tengok kau ni macam ada masalah. Kau okey tak?" tanya Lucy yang baru sahaja masuk ke dalam ruang rehat.

"Lucy. Aku nak tanya something. Aiden Luke tu jenis lelaki yang macam mana?aku bukan apa cuma nak tahu je," kata Hailey dan berharap agar Lucy tidak syak apa-apa.

"Aiden ni dia seorang yang bertanggungjawab dan dia akan mengambil berat pada orang yang penting dalam hidupnya. Dia ni nampak je macam dingin di luar tapi kalau kenal lebih rapat dia sebenarnya seorang yang peramah. Satu benda yang kau mesti kena tahu bila nampak dia serius kau jangan buat something yang boleh buat dia naik angin. Kalau kau terlepas apa-apa ayat yang buat dia sensetif maknanya kau berada di zon merah,"

"Macam mana pula sikap dia kalau berhadapan dengan perempuan?" tanya Hailey lagi.

"Yang itu aku tak berapa pasti. Tapi yang aku tahu dia tak suka perempuan yang jenis suka menjawab apatah lagi kalau mulut yang jenis membebel 24 jam memang sah dia tolak awal-awal," balas Lucy.

Terpaksalah kena bertahan dengan perangai dia lepas ni. Alamak!macam manalah keadaan aku esok. Tak boleh ni aku kena tidur awal supaya dapat buat persediaan nak berhadapan dengan dia.

"Rasanya itu je yang aku nak tahu. Thanks Lucy. Aku nak tidur awal kalau kau keluar jangan lupa off lampu. Bye and good night," Hailey terus berlari menuju ke arah biliknya.

Aik!awal sangat dia tidur. Selalunya kalau jam menunjukkan pukul 12:00 barulah dia tidur tapi malam ni agak pelik sedikit. Bisik dalam hati Lucy penuh hairan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro