12. STATIK

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Gala makan malam dihotel terkemuka bertaraf lima bintang. Bukan sebarangan orang boleh hadir. Mesti mendapat jemputan khusus. Tetamu pula datang dari latar belakang orang kenamaan - dari anak sultan negeri petrodollar, figura konglomerat yang tersenarai dalam senarai Forbes 500 hingga menteri muda selebriti yang menjadi igauan anak gadis sunti. Artis? Mereka yang punyai kelas dan taraf tertentu sahaja yang layak hadir. Bukan dari kalangan picisan yang gila publisiti atau sarat dengan skandal yang memualkan.

Aku?

Aku mungkin bukan anak menteri atau anak sultan, tapi aku kaya dengan budi bahasa dan berhemah tinggi.

Kalangan hadirin saling berbual antara satu sama lain dimeja makan, diiringi muzik klasikal yang dimainkan secara langsung oleh kumpulan orkestra yang dibawa khas dari dewan filharmonik. Skrin besar dihadapan dewan pula tidak henti-henti memaparkan imej grafik digital yang berubah mengikut alunan muzik orkestra.

Aku terus melayan muzik yang sedang dimainkan bilamana tiba-tiba, seluruh dewan bergema dengan deringan telefon bimbit para hadirin. Aku memandang kekiri dan kekanan. Perasaan aneh terpacul diwajah mereka. Telefon bimbit mereka semua berdering serentak dan ia datang dari satu nombor panggilan yang sama.
Semua hadirin saling berbisik antara satu sama lain. Ada yang mengangkat panggilan tersebut dan menjawabnya tetapi tiada sahutan.

Tiba-tiba beberapa orang hadirin rebah dengan telefon ditangan mereka. Keadaan mulai panik. Kemudian ada lagi hadirin yang jatuh rebah secara tiba-tiba tanpa sebab. Aku mulai kaget. Aku pernah membaca lagenda urban mengenai gangguan statik ini. Ia berkaitan panggilan telefon yang datang dari satu nombor pemanggil yang menelefon sekumpulan orang serentak pada satu masa dan bila diangkat ia akan menghasilkan bunyi statik yang membingitkan. Bunyi statik itu mampu membunuh kerana ia menerobos masuk kedalam sel neural otak dan menyebabkan ia seolah terkena renjatan elektrik.

Seorang demi seorang jatuh rebah ke lantai didalam dewan tersebut. Ahli orkestra yang tidak ada kena mengena itu juga terjelopok ke lantai. Sekarang hanya tinggal aku didalam dewan tersebut yang tadi riuh, tetapi sekarang sunyi seperti kuburan. Kenapa aku tidak apa-apa. Sebab aku tidak bawa keluar telefon? Tapi pemain orkestra itu sama juga seperti aku namun tetap rebah tidak bernyawa. Aku lantas berlari menuju kearah pintu utama dewan, mahu selamatkan diri tetapi pintu tersebut terkunci rapat. Tiada jalan untuk aku keluar.

Bunyi statik dari telefon kalangan hadirin yang tidak terpadam semakin kuat dan membingitkan telinga. Aku menjadi tidak keruan. Terasa seolah dibakar didalam ketuhar gelombang mikro kerana suasana menjadi terlalu panas walhal aku tahu dewan ini punyai sistem penghawa dingin berpusat. Mustahil panas sebegini.

Sedang aku cuba untuk membuka pintu utama dewan, aku merasakan ada kelibat yang sedang memerhatikan perilaku aku. Aku menoleh perlahan-lahan, dan kelibat itu muncul di skrin besar, serba hitam dan tidak jelas wajahnya kerana gangguan statik. Sesekali ia muncul dan menghilang dan muncul kembali dengan bunyi gangguan statik elektromagnet yang terlalu nyaring. Kelibat statik itu memalingkan wajahnya kearah aku lalu menghulurkan tangannya yang tembus keluar dari skrin besar itu.

Musibat apa yang sedang melanda keatas diri aku. Aku sendiri tidak tahu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro