13. SEGALA SANG SERIGALA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Segala tuntas mengejar seterunya yang sedang cuba melarikan diri dari dikejar. Anak pokok dan ranting kayu berkeriuk patah dilanggar serigala jadian itu yang terus tangkas memburu si gadis yang berselubung dengan kelubung serba merah. Segala marah dengan gadis itu kerana cuba menceroboh masuk Dika, dunia sakti inderaloka yang menjadi dimensi wangsa gergasi dan wangsa naga.

"Kau tak boleh lari dari aku budak!" Segala terus mengejar sehingga anak gadis itu berhenti. Dihadapannya tebing terjal yang mencuram dan dalam. Dia menemukan jalan buntu. Nak tak nak dia harus berhadapan dengan Segala, Sang Serigala yang menjadi penguasa rimba sakti Dika.

"Baiklah, aku akan berhadapan dengan engkau wahai sang serigala." Gadis itu menoleh kearah Segala sambil menggenggam tangkal harimau ditangannya.

"Kau hanya gadis yang lemah. Kau takkan dapat berseteru dengan aku, Segala Sang Serigala.

"Mungkin sebagai seorang gadis, aku tak bisa menyamai kekuatan kau. Tapi cuba kau berseteru dengan harimau jadian aku. Kau akan tewas dan rimba ini akan jadi milik aku."

Segala tersentak. Dia tidak tersalah dengar. Gadis itu menyebut harimau jadian. Sekian lama rimba Dika ini didatangi harimau jadian, apatah lagi jadi-jadian yang mendamping anak gadis sunti.
Perlahan-lahan rupa bentuk si gadis yang kecil molek, berambut ikal mayang dan berwajah ayu itu berubah menjadi sang belang.

"Ayuh Segala Sang Serigala. Beradulah kekuatan dengan aku Lanang Sang Harimau. Jadian sakti raja rimba dari Tanah Karo. Kita lihat siapa yang menang dan siapa yang kan tewas."

Lalu beradulah dua makhluk jadian itu saling bercakaran dan berbalas jurus lawan hingga bergegak gempita seluruh isi rimba loka. Margasatwa rimba kecil mahupun besar semua lari menjauhkan diri takut nanti menjadi mangsa perseteruan antara kedua mereka makhluk sakti. Ngauman keduanya menggegarkan isi alam bagai guntur dilangit. Segala pantas mengelak jurus Lanang, dan keduanya saling berbalas, sepakan tumbukan dan tepisan beradu kekuatan dengan kemahiran tempur. Lanang akhirnya menguasai pergelutan lalu cakarannya melukakan Segala.

"Menyerah wahai Segala dan tunduk kepadaku Lanang Sang Harimau."

"Sampai mati sekalipun aku takkan tunduk." Seraya Segala menyerbu menerkam Lanang lalu bergelut keduanya membalas cakaran dan gigitan. Dari siang membawa ke senja kedua makhluk jadian itu bertempur dan akhirnya mereka penat. Habis semua jurus dan habis tenaga sakti, keduanya sudah lelah lalu kembali menjadi manusia.

"Mahu beradu lagi wahai budak?" Segala mengacah Lanang. Luka-luka muka dan tubuh mereka berdua dek pergelutan. Masing-masing pendek nafas tetapi mata tetap tajam memerhati gerak-geri antara satu sama lain.

"Pulang saja ke Tanah Karo tempat asalmu. Rimba Dika bukan tempat untukmu wahai jadian harimau. Tapi jika kau masih berdegil, aku ada usul yang bisa buatkan kau jadi penghuni rimba inderaloka ini." Segala terus berkata-kata.

"Aku takkan pulang." Lanang membalas.

"Maka begitu kahwini aku Lanang. Jadi suri peneman aku di rimba ini sebagai permaisuri."

Lanang tergamam dengan usul tersebut. Lanang tertunduk malu. Dia menjeling sesekali kearah Segala yang masih teguh berdiri bertentangan dengannya. Wajahnya tampan, berambut lurus warna perak dan tubuhnya juga sasa.Merah mukanya bila memikirkan dia menjadi suri hati seterunya. Lanang menggigit bibir.

"Aku terima lamaran mu Segala Sang Serigala. Aku sudi menjadi suri hatimu."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro