16 | Lawatan Ke Hospital

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-❊ Moga kita ditemukan dengan orang yang baik-baik dan moga kita menjadi yang terbaik buat mereka juga ❊-

Arah Mana Syurga



Sudu-sudu disusun di atas meja makan oleh ibu kepada dua orang anak itu. Televisyen yang sedang menyiarkan berita pagi tidak ditonton oleh sesiapa kerana terlalu sibuk menghidangkan sarapan pagi.

"Makan sarapan dulu, Solehah.." Ajak Puan Huang sambil menolong Han, untuk duduk di atas kerusi. Seluruh keluarga yang tinggal di Johor itu amat fasih berbahasa Melayu sepertimana Hanieya jangkakan. Cuma Puan Huang yang agak pelat dalam menyebut beberapa huruf.

"Saya kena pergi dulu, Puan Huang.." Jawab Hanieya, tangannya sudah mula menggalas beg yang berwarna hitam.

"Hanieya." Panggil Han, dengan suara yang tegas.

Hanieya memandang ke arah Han,

"Duduk. Makan."

Hanieya hanya mengangguk, takut dengan Li Xuan Han yang mungkin akan mencetuskan perbalahan jikalau dia tidak makan sarapan bersama dengan keluarga itu.

Puan Huang hanya tergelak, melihat telatah mereka berdua.

"Haa nah! Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Korean dan Nasi Goreng." Kata Xukun, sambil menyusun pinggan-pinggan nasi goreng yang dimasak olehnya. Saja mahu mengusik, padahal masak satu jenis nasi goreng saja.

Bunyi tapak kaki sedang turun dari tangga didengari.

Encik Cai, ayah Han dan Xukun, turun dengan wajah yang serius. Dia ialah seorang lelaki yang hidungnya tinggi, dagunya tajam dan bahunya lebar. Postur badannya membongkok, mungkin kerana umurnya. Cermin matanya yang berwarna coklat gelap dipakai.

"Morning, Solehah." Suaranya yang monotone membuatkan Hanieya sedikit gerun,

"Morning, uncle." Jawab Hanieya. Han mengangkat kening, kali pertama mendengar gadis itu bertutur dalam Bahasa Inggeris, walaupun hanya dua patah perkataan.

Encik Cai melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia duduk bersebelahan dengan isterinya, manakala Xukun dan Han duduk berhadapan dengan mereka.

Hanieya duduk di meja sebelah, bersama dengan tiga lagi kerusi yang kosong.

"Don't worry ya, Solehah. Makanan ni semua halal sebab-"

"Told her already." Han memotong ayat ayahnya dengan selamba.

"Solehah, you want to make a doa first before we eat? We can wait for you.."

Hanieya terharu. Dia tersenyum gembira dan mengangguk beberapa kali.

Hanieya menadah tangan, dan mula membaca doa makan.

Riak wajah Han tidak bertukar, tetap ketat seperti biasa.



Selesai sahaja bersarapan bersama dengan keluarga Han, tiba masanya untuk Hanieya pulang.

Dia mahu melawat ibunya di hospital buat kali terakhir, dan terus pulang ke Kuala Lumpur.

Tangan Puan Huang disalam oleh Hanieya dan dahi Hanieya dikucup oleh wanita yang berumur 41 tahun itu.

"Kau nak pergi hospital kan." Tanya Han.

"Ya." Jawab Hanieya dengan mudah. Tangannya sudah terletak di tombol pintu.

"Naik teksi?" Tanya Han buat kali kedua, sekarang dengan wajah yang lebih serius. Dia mula menyarung jaket berwarna hitam di badannya.

"Ha ah.."

Tiba-tiba, Xukun datang dengan memakai hoodie oversized berwarna kelabu dan seluar jeans berwarna biru cair.

Topi berwarna hitam dipakai oleh Han, dan tangannya sudah dipakaikan dengan jam 'Rolex'.

"Dah, jom aku hantar."

Hanieya mengeruk wajahnya. Apa masalah dengan lelaki bernama Li Xuan Han ini? Dia sendiri tidak faham.

Pintu itu ditarik oleh Xukun,

Oh Tuhan.

Apakah.

Kereta Kia Seltos berwarna merah terpacak di luar rumah. Kerusi roda Han ditolak oleh Xukun,

"Buat apa lagi tercegak kat sini. Cubalah bagi reaksi sikit. Menjerit ke. Menjakun ke. Ni tidak. Berdiri macam budak fail UPSR je." Sindir Han.

"JOM AKAK NAIKKK!" Jerit Xukun, yang sudah ada di dalam kereta,

"Woi! Siapa nak tolak aku masuk dalam kereta!" Han menepuk dahinya sendiri, Xukun cepat-cepat keluar menolak kerusi roda abangnya..

Hanieya hanya menggeleng.

Mahu tidak mahu, kena ikut juga.

Kalau ada senarai orang gila di dalam dunia ini, Hanieya Solehah pasti bahawa 2 nama makhluk itu akan disenaraikan.

Xukun sudah bersedia. Tangannya sudah terletak di stereng kereta, manakala Han sibuk membetulkan rambutnya di cermin sisi kereta.

Hanieya duduk di belakang, tidak mahu memulakan perbualan..

"Tadi doa makan. Sekarang doa kereta. Cepat baca." Kata Han yang sedang menunjuk telinganya sebagai tanda dia mahu mendengar Hanieya membaca doa naik kenderaan.

"Saya dah baca dalam hati." Kata Hanieya, matanya melekat di tingkap, melihat langit yang mula membiru kerana hujan yang lebat dari semalam.

Xukun memasang radio, dan nombor 105.3FM terpapar di skrin kecil radio itu..





Pintu kereta itu ditutup dengan perlahan-lahan, Hanieya melambaikan tangannya..

Tapi,

Xukun dan Han tiba-tiba memakai topeng muka berwarna hitam.

Hanieya mengeruk wajahnya, Xukun keluar dari kereta dan mengambil kerusi roda Han yang dilipat di dalam bonet kereta.

"Eh.. Awak ada appointment dengan doktor ya?" Tanya Hanieya, dengan perasaan ingin tahu.

"Ehhh! Takde! Nak melawat ibu akak lah! Mama siap masakkan lagi nasi goreng untuk ibu akak.."

Hanieya Solehah ternganga. Sudah-sudahlah. Melayan karenah dua beradik ini terasa seperti melayan 10 kanak-kanak kecil di taman permainan.

Kerusi roda Han ditolak ke pintu masuk hospital itu, Hanieya hanya menggeleng.

"Apa-apa je la.."


WAD NAEEM, TINGKAT 6.

Hanieya memberitahu nombor bilik wad ibunya. Han dari tadi asyik menundukkan kepala, takut bertembung dengan peminat AE19.

"Kejap ya, saya nak periksa mak saya kalau dia pakai tudung ke tak.."

Pintu bilik itu ditolak sambil memberi salam kepada Puan Hajah,

"Ok.. Boleh masuk.."



Ibu Hanieya Solehah memandang ke arah Han dan Xukun.

Atmosfera bertukar, suhu bilik terasa lebih sejuk dari sebelumnya, membuatkan perut Hanieya dipenuhi dengan rama-rama kerana perasaan gementar dan takut sedang bercampur baur.

"Siapa diorang nih? Kau buat part-time kerja pelacur pulak ke sekarang ni?"

Han seakan-akan tidak percaya dengan soalan yang ditanya oleh Puan Hajah.

"Ehh.. Takdelah, ibu. Mana ada! Diorang dua ni banyak tolong Solehah.." Hanieya tersenyum.

Dia sudah biasa.

Kalau jarum berkali-kali dicucuk di tempat yang sama, lama-lama tidak terasa lagi pedihnya.

"Anak perempuan makcik tak murah sangatlah."

Kata Han, mempertahankan maruah Hanieya Solehah.

Hanieya terbeliak, dia menggeleng-geleng kepalanya. Puan Hajah hanya menjeling mata.

"Nama dia Li Xuan Han, yang ni pula, adik dia. Nama dia, Xukun.." Kata Hanieya, sambil mengeluarkan sudu dan garpu dari beg bekalannya.

Xukun dari tadi hanya berdiam diri. Takut jikalau sekali dia membuka mulut, dia bakal mencetuskan sebuah peperangan. Kalau ikutkan hati, sudah lama diterkamnya Puan Hajah.

"Ibu makan ya? Hanieya suap nasi goreng ni."

Hanieya menarik kerusi berwarna biru pekat ke katil ibunya.

"Asyik-asyik nasi goreng, nasi goreng." Rungut Puan Hajah.

"Semalam kan Hanieya suap bubur ayam." Hanieya tersenyum rapi, namun sayu.

Han asyik menjeling dari tadi. Dia tidak suka dengan cara Hanieya Solehah diperlakukan oleh Puan Hajah.

"Umur kau berapa?" Tanya Puan Hajar secara tiba-tiba. Soalan itu ditujukan kepada Han.

"24." Jawab Han dengan mudah.

"Kau suka kat anak aku ke? Kurang ajar je dari tadi."

Han tersenyum sinis.


"Aku tak suka perempuan. Aku minat dekat lelaki je."







Serius.
Saya takut nak tulis the next chapter.
Assalamualaikum, Jazakallah' khair for reading, boleh tekan butang oyen, kalau lapar boleh komen 🤣

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro