17 | Kehadiran Yang Tidak Dijemput

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-❊ Sabar, sabar, sabar.
Perkataan yang sama diulang setiap kali diuji, dan sesukar mana ujian yang diberi, jalan penyelesaiannya tetap sama setiap kali, sabar ❊-

Arah Mana Syurga



Setengah jam kemudian, tiba masanya untuk mereka pulang. Sudu dan garpu sudah disimpan ke dalam beg bekalan.

Puan Hajah sudah lena dibuai mimpi selepas disuapkan nasi goreng yang dibawa oleh Xukun.

Hanieya tersenyum melihat ibunya yang sudah tidur. Hatinya tenang, dibuai rasa kasih sayang. Jauh di hatinya, tetap ada rasa sayang buat si ibu. Dia tidak layak membenci ibunya sendiri. Sesiapapun tidak layak.

"Ayah kau mana?" soal Han.

"Cerai."

Satu patah perkataan itu sudah cukup menimbulkan perasaan menyesal di dalam diri Han kerana menanyakan soalan itu.

"Ah. I see." Han cuba membaiki situasi, namun gagal kerana,

"Habistu, ayah akak kahwin balik ke dengan orang lain?" tanya Xukun.

Han mengeluh.

'Bodoh rupanya adik aku ni.' bisik hati Han.

"Erm... Xukun pernah tengok rancangan 'A Talk About Yesterday' tak?" tanya Hanieya, tenang.

"Eh. Mama minat lah talkshow tu. Dekat Astro Prima ke Astro Ria eh? Yang selalu sembang tentang artis lah, apa lah.." Jawab Xukun, tangannya dilipat rapat ke dada.

"Pengacara dalam rancangan tu, ibu tiri Hanieya."

Han hanya mendiamkan diri, dia cuba untuk tidak memberi sebarang reaksi. Padahal di dalam hatinya, dia amat terkejut dengan apa yang dia sedang dengar. Xukun hanya mengangguk dengan wajah yang teruja selepas mendapat tahu bahawa ibu Hanieya ialah seorang pengacara yang agak popular.

BITT! Telefon pintar Han berdering. Panggilan itu diangkat dengan pantas,

"Hm?"

"Im at the same hospital."

"Yeah. I dekat tingkat 6, bilik 12."

"Melawat mak Hanieya."

"Really?"

"Okay."

Panggilan itu ditamatkan dengan senyuman di wajahnya.

"Hide datang ambil aku. Korang balik je. Xukun, bagitahu mama yang abang balik lambat hari ni."

Xukun menjeling. Dari hari pertama lagi Han memperkenalkan Hide kepada keluarganya, dia benci akan Hide tanpa sebarang sebab.

"Ya lah. Kak Solehah ikut Xukun kan?" Hanieya menggeleng.

"Adik akak ambil akak pukul dua nanti. Kamu berdua balik lah dulu." jelas Hanieya, dia tidak mahu meletakkan beban kepada dua beradik itu lagi.

Xukun mencebik. Bibirnya kalah dengan bibir itik.

Tok! Tok!

Tiba-tiba sahaja, pintu bilik wad itu diketuk. Hanieya mengeruk wajahnya, siapa pula yang datang kali ini?

Xukun membuka pintu itu dengan perlahan-lahan.

Hide.

"Awalnya kau sampai." kata Xukun dengan lagak kurang selesa kerana kedatangan lelaki itu. Kedatangannya tidak sama sekali dijemput.

"Ah.. Hide dekat depan hospital ni je. Ada kedai makan dekat sana.."

Lelaki yang sedang memakai jaket berwarna kelabu itu tersenyum.

"Hai, Solehah.." Hide melambaikan tangan. Dia mula berjalan ke arah Han, yang dari tadi teruja dengan kedatangan Hide.

"Oklah, kak Solehah. Kami.. erk.. bertiga balik dulu."

Hanieya Solehah mengangguk perlahan-lahan dan mengucapkan terima kasih.



Hong Kong

Musik video rasmi lagu terbaru AE19 bersama Farouk Tahir, dikeluarkan pada hari yang sama AE19 membuat persembahan di Hong Kong.

Muzik video itu mencapai rekod terbaru buat kejayaan AE19, 150 juta penonton di aplikasi Youtube hanya dalam masa 24 jam, dan lagu yang paling banyak pendengar di aplikasi Spotify.

Dan, salah satu sebab mengapa muzik video itu berjaya menarik perhatian orang ramai ialah kerana idea yang dihasilkan oleh Hanieya Solehah sendiri.

Dara menunggu AE19 untuk turun dari pentas, sambil membantu staf-staf membersihkan bilik rehat AE19.

Beberapa minit kemudian, suara Lay dan Jun boleh didengari dari jauh.

Mereka semua masuk ke dalam bilik rehat itu dengan badan yang berpeluh.

X9 terus mengambil botol air yang ada di atas meja, manakala ahli-ahli yang lain sudah melabuhkan punggung di atas sofa.

Tetapi,

Zhao sibuk dengan telefon pintarnya.

Skrinnya menunjukkan muzik video terbaru kumpulannya.

Tiba-tiba, Zhao menghampiri badan Dara yang sedang sibuk bersembang dengan salah seorang staf,

"Dara. I want to talk with you..about the new MV.."

Dara menoleh ke arah Zhao, dan mengangguk dengan laju. Mereka berdua berdiri di sudut bilik rehat itu,



"Me and my group members have been hoping to tell you this..."

"We actually think that recently, your ideas for our music videos are.."

"Bad."



Dara cuba mengetatkan wajahnya, dia cuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan perasaannya.





"Bukan sebab MV dengan Farouk tu je. Tapi masa you bagitahu idea you untuk MV 'The Path To You' tu pun, i dah rasa idea you dah teruk." Zhao menelan air liurnya sebelum meneruskan perbualan,

"And we actually think that Hanieya, has a bigger potential to be the new music video director."

"Her ideas... are way more impressive than yours.."

"I am sorry, Dara."



Hati Dara mulai retak dengan perlahan. Sebelum ini, semua kerja yang dihasilkan oleh dirinya sendiri, mendapat pujian oleh orang ramai.

Akan tetapi, sejak kedatangan Hanieya Solehah di EPN Records, semua kejayaan Dara, sedikit demi sedikit, dirampas oleh Hanieya.

Maka, perasaan cemburu kian tumbuh di dalam dirinya Dara.

Sehinggakan, dia berasa menyesal kerana memberi Hanieya peluang untuk bekerja di EPN Records..

"And Dara, Dylan actually agreed on this."









Hanieya menolong Haiza, isteri kepada adiknya, Anas, menyusun barangan bayi di dalam beg yang bersaiz besar dan berwarna unggu pekat..

Tangan Haiza asyik mengusap perutnya yang kian membesar.

"Bila dia lahir kan, akak.."

"Patut ke saya bagitahu dia tentang perkara yang sebenar?"

Hanieya tersenyum.

"Kenapa Haiza takut nak bagitahu anak Haiza perkara yang sebenar?" Tanya Hanieya, yang sedang sibuk menyusun lampin-lampin bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi..

"Saya tak nak menipu, tapi saya tak nak juga bagitahu yang dia anak haram.. tapi saya tahu, satu hari nanti, dia akan tanya juga. Saya takut juga kalau dia jadi macam saya."

Hanieya Solehah berhenti daripada menyusun lampin-lampin itu, dan terus memegang tangan Haiza,

"Awak berani, Haiza."

"Awak sanggup jaga anak awak, awak simpan dia baik-baik."

"Memang betul, awak buat dosa."

"Tapi,"

"Sebaik-baik pendosa ialah pendosa yang bertaubat."

Sepertimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

كُلُّ بَنِيْ آدَمَ خَطَّاءٌوَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ

'Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.'

"Awak apa yang awak dah buat, dan bagi akak, perkara tu dah cukup bagus."

"Ada orang lari dari tanggungjawab dia, tapi Haiza rela."

"Tuhan jaga aib awak."

"Dan perkara tu dah cukup indah."

"Biar Allah saja tahu kisah silam awak. Akak pasti anak awak pun akan faham."

"Didik anak elok-elok."

"Bagi dia genggam agama elok-elok."

"Allah sayang adik, okay?"

"Jaga Anas dan anak awak nanti."

Gadis yang berumur 18 tahun itu, mengangguk perlahan-lahan.

Anas juga sudah pulang dari kedai runcit. Dia memberikan senyuman yang manis sejenak sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah itu..

"Kaklong, maaflah. Adik tak tahu nak masakkan apa.. itu sebab adik-"

"Takpelah, Anas. Simpanlah duit tu elok-elok. Nanti akak tambah lagi."



Imbas Kembali..

A Man With Feelings
Aafiyah..
Did i do something wrong?
Awak tak jawab mesej-mesej saya kebelakangan ni.
Saya ada buat awak terasa hati ke?

A Man With Feelings
I really miss you :((
By the way, me and that boy are now in relationship!!
Thank you, Aafiyah.
This won't happened if it is not because of you:)

seen

Imbas Kembali Tamat..

Han dan Hide sibuk menonton televisyen di bilik hotel.

"Solehah okay?" Tanya Hide, sambil kepalanya diletakkan di bahu Han.

"Elok je." Jawab Han, matanya kekal di skrin televisyen.

"Ibu dia.. okay?"

Akhirnya, Han menoleh ke kanan, bertembung mata dengan teman lelakinya,

"Ok je." Jawab Han dengan suara yang agak perlahan.

"Kenapa banyak tanya ni?" Jeling Han, sambil menghirup saki-baki air Coca-Cola yang dibeli oleh Hide.

"Cemburu ke awak?"

Han mengangguk, sebagai jawapan bagi persoalan yang ditanya oleh Hide.

Lantas, pipi Han dikucup oleh bibir Hide.

Bipp!

Telefon pintar Han yang terletak di atas meja bergetar kerana notifikasi yang masuk.

Badan Hide ditolak ketepi, tangannya mengambil telefon pintar itu dengan pantas,

Skrin itu menunjukkan mesej dari lelaki yang Han amat kenali,

Dylan:
Hai, Han.

Dylan:
Have some bad news.

Dylan:
Ada peminat dah dapat gambar kau.

Dylan:
So so so sorry to say this, Han.

Tapi, aku dah buat kata akhir untuk tamatkan kontrak kau dalam masa 2 ke 3 minggu.








Tu lah tu.
Dah kata dah.
Tu lah.
Ha buat lagi.
(#NakCariGaduh)

Assalamualaikum, Jazakallah' khair for reading. Boleh tekan butang oren!

Boleh komen🥰❤️.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro