18 | Menangkap Nafas

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-❊ You have to keep breaking your heart until it opens ❊-

Rumi



Hari-hari yang datang selepas mendengar berita bahawa kontraknya bakal ditamatkan, dilalui oleh Han dengan perasaan yang amat berat.

Enam hari sudah berlalu, dan kesemua memorinya bersama dengan AE19 masih berputar di dalam kepala.

Li Xuan Han mengharapkan supaya Tuhan akan menghantar dirinya perkara yang boleh membuatkan dirinya gembira sebelum dia menamatkan kontrak.

Dan Tuhan mendengar akan permintaannya.



"Kau balik jalan kaki ke hari ni, Kun?" Tanya kawan Xukun, Ariq yang sedang meletakkan bekas pensilnya ke dalam beg sekolah.

"Ya, asal?" Xukun berjalan ke pintu keluar kelas.

"Aku kena ambil adik aku dekat sekolah rendah hari ni. Teman boleh?"

Xukun hanya mengangguk.

Perjalanan ke sekolah rendah itu hanya mengambil masa 7 minit.

Tiba sahaja di hadapan sekolah, Xukun disuruh untuk menunggu di pagar sekolah yang dipenuhi dengan kanak-kanak.

"Jap eh. Aku panggil adik aku."

"Ya." Jawab Xukun, mudah. Dia mula melonggarkan tali lehernya,

Matanya mula melihat keadaan sekolah rendah itu.

"Ya, ya.. Betul tu.." Telinga Xukun terdengar suara yang pernah dia dengari sebelum ini,

Matanya mula mencari mana datangnya suara itu...

'E-Eh..' Bisik Xukun. Terbeliak dibuatnya mata lelaki itu kerana,

Hanieya Solehah sedang berdiri di hadapan Tadika Pantai Indah.

"Kak Solehah? Dia buat apa dekat sini? Bukannya dah balik KL ke?" Dia cepat-cepat menyorok di sebalik tembok besar.

Murid-murid yang sedang menunggu ibu bapa mereka, hanya memerhati Xukun dari jauh. Aneh pula abang pengawas ni. Dah lah tinggi lampai, ingat orang tak boleh nampak ke?

"Assalamulaikum, bye, Aqash! Bye, Uqasha!"

Kelihatan seperti Hanieya sibuk memegang tangan seorang budak lelaki, manakala tangan kanannya sibuk dilambaikan ke arah kanak-kanak yang sedang meninggalkan tadika itu.

Bahunya diletakkan dengan kain bercorak bintang berwarna biru kelabu yang kelihatan seperti kain bayi.

Dia sedang memakai blouse berwarna biru cair dan tudung sarung berwarna merah jambu pastel,

Tiba-tiba, Hanieya melihat ke arah remaja lelaki yang ternyata sedang cuba menyorok di sebalik tembok,

Hanieya tertawa kecil.

"Adik Xukun, buat apa tercegak dekat situ?"

Xukun ternganga.

"Ehehehe..." Tersipu-sipu malu pula si Xukun.

"Kunnn! Jomm!"

Laung Ariq, tetapi laungan itu berhenti sejenak sahaja dia melihat Xukun sedang sibuk bersembang dengan gadis yang berumur 21 tahun itu,

Ariq dan adiknya, Adara, berjalan ke arah mereka berdua..

"Assalamualaikum.." Ariq memberi salam kepada Hanieya,

"Waalaikumussalam.." Jawab Hanieya.

Xukun dapat bersembang bersama dengan kakak kesayangannya buat sebentar kerana kesempitan masa. Dia harus pulang ke rumah kerana dia telah berjanji untuk keluar bersama dengan Puan Huang ke pasar pada pukul 5.

Ketika perjalanan pulang ke rumah,

"Comel lah kakak tu." Puji Ariq sambil tersenyum sinis. Adara mengangguk tanda setuju. Beg Hello Kitty yang disandang, jatuh melalai di bahagian bahunya.

"Kau dah ada Jisaa, Blackred. Apa lagi kau nak? Semua bias aku, kau ambil. Dah-dah lah tu!"




"Serius! Adik tak tipu!" Xukun mengangkat tangannya seperti dia sedang membaca rukun negara.

"Eh kau ni. Dia dah balik KL la." Kata Han. Tangannya menyelak helaian muka surat buku komik yang baru dibeli.

"Lantak abang la. Tak nak percaya sudah. Adik nak sambung baca fanfic Blackred Laisa." Xukun memberi jelingan, dan mula berjalan lenggang-lenggok ala-ala Saloma di dalam filem PRamlee.

Han menoleh ke arah adiknya, dan mengeruk wajahnya buat beberapa saat. Buku komik yang sibuk dibaca sebentar tadi, dibiarkan.

"Han. Don't."

"Han. No. Don't." Bisik hati Han.

"Ah. Shit. Here we go again."



Keesokkan Harinya..

Xukun keluar dari tandas dapur sambil mengelap rambutnya menggunakan tuala berwarna hijau. Keluar-keluar saja, matanya melihat ke arah Han yang sedang sibuk meminum kopi di meja kedai makan itu. Mentang-mentang, Encik Cai sudah upgrade tangga rumah supaya lebih mudah untuk anak sulungnya turun ke ruang tamu..

"Eh. Awal kau bangun, bang." Xukun mendekati abangnya yang tidak menghiraukan persoalan adiknya.

"Nak tengok keindahan pagi tanpa manusia." Sindir Han, tenang.

"Iyalah kau." Xukun tersengih, dan berlari menaiki anak tangga.

"Daddy hantar kau pergi sekolah kan?"

Xukun berhenti di anak tangga yang ke 4, "Ha ah."

Wajahnya dari tadi tidak lekang dari senyuman, dia mula berlari naik ke atas.

Han menggelengkan kepala. Ada-ada saja.


Tepat pada pukul 2.30 petang, Han dan Hide menunggu kepulangan Xukun dari sekolah.

Xukun keluar dari pagar, tali leher berwarna biru yang dipakai kemas pagi tadi, entah hilang ke mana. Rambutnya sudah serabai.

Hanya satu tali begnya yang tersangkut di bahu kanannya,

Keluar-keluar sahaja dari sekolah itu, matanya terus melekat ke nombor plat kereta berwarna merah,

'Aik.. Adakah itu kereta abangku?'

'Gakk! Gak mungkin! Takkanlah dia nak ambil aku dari sekolah!'

Han mengeluh di dalam kereta. Apa lagi budak ni? Buta ke! Kereta abang sendiri pun dah tak kenal?

"Mamat ni kang.. Aku lah!"

Xukun fokus ke arah 2 manusia yang ada di dalam kereta itu, Han juga membuat tenungan mata bersama adiknya selama 10 saat.

DUM!

Han menunjukkan jari tengah ke arah Xukun. Sikapnya masih belum berubah.

'Maka, benar. Dia memang abang aku.' Bisik hati Xukun, dia menjeling.

Hide hanya bergelak sakan di sebelah Han.

Xukun mendekati kereta itu, dan cuba membuka pintu kereta.

"Bukaklah anak setan!" Marah Xukun. Tingkap kereta diturunkan,

"Mana dia?" Soal Han, matanya dibesarkan. Memang jelas bahawa dia sedang teruja.

Xukun tersenyum sinis.

"Eh..tanya-tanya pula! Kan you ada teman lelaki!" Gurau Xukun.

"No la. Just wanna visit her. Thats all." Jelas Hide, tangannya terletak tetap di atas stereng kereta.

"Untuk pengetahuan para anak-anak gay sekalian, ini Sekolah Menengah Pantai Indah. Sekolah Rendah dan Tadika Pantai Indah dekat depan sana tu!" Tengking Xukun tidak menghiraukan orang sekeliling yang sedang melihat ke arah kereta Han dari tadi.

"Keep it down lah bodoh!" Han mula mencarut.

"Masuk cepat!"

"Hekeleh! Dia yang kunci pintu!" Bentak Xukun, tangannya masih berada di tingkap kereta yang sudah diturunkan.

Han membuat muka nakal. Jari telunjuknya menekan butang naikkan tingkap,

Xukun ternganga, jarinya hampir tersekat di tingkap itu, tinggi harapan untuk makan nasi ayam tanpa jari!

"OKAY!"

"Haaa cepat. Kau bebel macam kau ada 9 anak."

"Aamiin. Tu kan sebuah doa. Aku nak 9 anak."

5 minit kemudian,

Kereta itu berhenti di hadapan Sekolah Rendah Pantai Indah yang digabungkan dengan tadika.

Han mula menurunkan tingkap keretanya, sekolah rendah itu sudah kosong kerana kesemua murid pulang pada pukul 1:30.

"Mana dia-"

Ayat itu dibiarkan tanpa noktah.

Hanieya Solehah kelihatan baru sahaja keluar dari bangunan tadika itu,

Di sebalik dinding yang dihiaskan dengan lukisan warna-warni itu, Hanieya berjalan sambil mendukung seorang bayi.

Secara jujurnya, nafas Han berhenti buat sebentar.

PAM!

Pintu kereta itu dihempas, Xukun dan Hide sudah berjalan keluar, berlari ke arah Hanieya.

Mereka meninggalkan Han keseorangan di dalam kereta.

"Bapak ah! Kalau aku boleh jalan, dah lama aku keluar dulu!" Bentak Han. Dia mula membuat wajah sedih.

"Hai, Solehah!" Hide berjalan sambil melambaikan tangannya.

Hanieya agak terkejut dengan kedatangan mereka, tetapi dia juga sudah tahu bahawa Xukun bersekolah di sekolah menengah yang sama.

Maka, peluangnya amat tinggi untuk bertembung bersama dengan Xukun, abangnya atau Hide sendiri.

"Assalamualaikum, Umar.."

Hanieya sedang mendukung anak sulung kepada seorang guru di sekolah rendah itu bernama Aisyah. Bayi perempuan itu langsung tidak menangis, dia dipakaikan baju berwarna kuning, bercorakkan floral. Matanya sepet, pipinya yang gebu membuatkan Hide hampir mahu mencubit pipinya. Rambutnya juga dipakaikan dengan cekak yang disulam oleh ibunya sendiri.

"Hello, baby..!" Hide mengusap kepala bayi itu, sementara Xukun asyik memerhati bayi itu dari jauh kerana tidak pasti tangannya bersih atau tidak.

Manakala, si Han..

Yang sedang menanggung nasib sambil menggigit bibirnya di dalam kereta.

"AHH! AKU PUN NAK MAIN DENGAN BABY TU!" Jerit Han di dalam kereta.

"Umur dia berapa, Solehah?" Tanya Hide dengan intonasi yang perlahan.

"6 bulan.."

Pipi Hanieya bertukar menjadi merah padam, dia melangkah kebelakang, jauh dari Hide.

"S-Sorry, Solehah.. I didn't mean-"

"Eh takpela.." Hanieya tersenyum, tangan kecil milik bayi itu cuba memeluk bahu Hanieya yang lebar.

BAM! BAM!

Tingkap kereta itu diketuk beberapa kali, menunjukkan Han yang sedang mendekatkan wajahnya di tingkap kereta.

"Lah nyahh! Aku lupa ada sorang lagi manusia dalam kereta tu!" Xukun dan Hide berlari semula ke kereta,

Mereka kembali beberapa minit kemudian, dengan seorang lelaki yang berkerusi roda.

Han memandang ke arah Hanieya, dia mula menggaru lehernya yang tidak gatal..

"Hai. Hai, Hanieya." Kata Han, kekok.

"Hai, Han." Balas Hanieya dengan tenang.

"N-Nak."

"Hm?" Hanieya mengangkat kening.

"N-Nak.." Suara Han makin perlahan.

BAM! Kepala Han diketuk oleh Xukun,

"Nak! Nak! Kau nak apa! Nak makan? Nak Hanieya?" Terjah remaja yang berumur 16 tahun itu.

"N-NAK BABY!" Disebabkan terlalu terkejut, Han menjerit secara tiba-tiba.

Bayi itu seperti Han tetapi versi seorang bayi. Langsung tiada perasaan sewaktu Han menjerit ke arahnya.

Muka bayi itu seperti malas mahu melayan karenah manusia.

"YA AMPUN ABANGKU! KAU NAK BABY? DENGAN SIAPA?" Xukun tergelak terbahak-bahak, Hide sudah memuncungkan mulutnya kerana agak cemburu.

"B-Bukan! Nak dukung baby.." Jelas Han.

"Aisyah.. Aisyah, boleh tak dia dukung awak?" Tanya Hanieya.

Seperti biasa. Bayi yang bernama Aisyah itu tidak memberi sebarang reaksi. Matanya mengecil, seakan-akan sedang memberi pandangan maut kepada Han.

Aisyah menggeleng.

"AHAHA! PATUTLAH KAU GAY! BABY PUN REJECT KAU! AHAHA!"

Jikalau Han masih boleh berjalan, tamat sudah kisah hidup Xukun.

"Hanieya. Nah." Han menghulur plastik yang berwarna merah,

Sebenarnya, Han bangun awal pagi semata-mata hanya mahu memasak Nasi Ayam Pedas buat Hanieya.

Xukun ternganga, sama juga Hide.

"Wah.. Terima kasih, Han. Mesti sedap kan, Aisyah.?" Hanieya tersenyum. Dia menunjuk plastik yang beriisikan dengan nasi ayam itu ke arah Aisyah, Aisyah menggeleng buat kali kedua.

Hilang sudah sikap cool dan ego milik Li Xuan Han.

Manakala si Hide pula, dia cepat-cepat mencari sesuatu yang boleh diberi kepada Hanieya. Poket seluarnya diraba, dan akhirnya dia mendapat satu coklat bar Cadbury.

"Nah, Solehah.. Happy eating! Makan banyak-banyak.." Hide kelihatan teruja mahu melihat reaksi Hanieya,

"Wahh.. Terima kasih, Umar."

Bayi yang riak wajahnya sudah mula menukar mengambil coklat itu dari tangan Hide.

Xukun dari tadi hanya ternganga.

Begnya sudah diselongkar, semua poketnya sudah diraba. Hanya keluar nyamuk dan beberapa photocard kumpulan Blackred.

Dia buntu.

Takkan mahu bagi saki-bagi nuggets yang dibeli di kantin pagi tadi!

"Sorry, Kak Solehah.. T-Tapi! Saya ada hadiah!"

"Eh takpelah, adik." Kata Hanieya, yang jarinya sedang diisap oleh Aisyah,

"Hadiah saya ni kak, bukan kaleng-kaleng. Hadiahnya ialah, berselfie dengan saya!"

"Funfact, saya ni murid popular dekat sekolah. Maklumlah, saya ni hensem, pandai masak, adik artis..."

Sklak!

Kolar baju Xukun ditarik oleh Hide,

"Dah-dah lah tu, Xukun.." Kata Hide, sambil menarik Xukun ke kereta semula..

"KAKAKK! NOO!"

Hanieya dari belakang hanya tergelak dan Aisyah yang dari tadi kelihatan mahu menikam semua orang.

Xukun dan Hide sudah masuk ke dalam kereta.

"M-Makan tau, budak hentai.."

"M-Makan banyak-banyak.."

"Nanti hilang stres." Tambah Han.

Matanya tidak mahu bertembung dengan mata Hanieya. Namun, gagal juga di akhir cerita.

Dia mula merenung wajah Hanieya selama 10 saat.

"Han, lets go!" Panggil Hide dari kereta.

Dia berhenti merenung, Han melempang wajahnya dengan kuat. Nasib baik Hanieya sedang sibuk dengan Aisyah, dia tidak perasan bahawa Han sedang merenung wajahnya sebentar tadi.

"Hanieya." Suara Han kembali tegas.

"Ya?"

"Bye."

Han mula menolak kerusi rodanya ke arah kereta dengan kelajuan maksima.

"Waa." Jerit Aisyah ke arah Han.

Kepala Han menoleh ke belakang semula,

Hanieya sedang tersenyum sambil melambaikan tangan kanannya..

Hanya Tuhan tahu betapa sukarnya dia untuk menangkap nafas.

Dadanya terasa sesak,

"Bye, Hanieya."

"Take care."

Maka, pertemuan antara 3 lelaki itu dengan Hanieya tamat di situ.

Tetapi salah seorang daripadanya mengharapkan yang dia akan bertemu dengan Hanieya sekali lagi.


Satu persoalan yang kekal tidak terjawab,
mengapa Hanieya bekerja di tadika itu?




Assalamuaikum.

Jazakallah' khair for reading1:D

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro