19 | Tanda Tanya

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-❊ Jaga-jaga dengan lidahmu, ia lebih tajam berbanding dengan pedang, dan kau takkan pernah tahu sedalam mana pedang itu menusuk ke dalam hati seseorang ❊-

Arah Mana Syurga




"AH!" Jerit Han.

Terbangun teman lelakinya, Hide yang sudah lena tertidur di sebelah Han.

"Apa jerit-jerit ni?" Tanya Hide, dia menggeleng beberapa kali dan mula mengusap belakang Han.

"Takde apalah." Jawab Han, dia tidak mahu memulakan bicara.

Hide hanya mengeluh, kain selimut berwarna kelabu itu ditarik semula ke badannya.

'Asal aku mimpi Hanieya?'

'Tak baik aku mimpi dia macam tu.'

'Gila-gila. Dia bukannya murah.'

Lelaki itu menarik kerusi roda yang terletak di sebelah katilnya. Perlahan-lahan Han memindahkan badannya dari katil ke kerusi roda itu.

Dia menolak kerusinya ke arah pintu bilik, dan terus ke bilik Xukun.

SKRAKK!

Pintu itu tidak diketuk oleh Han,

Terkejut Xukun dibuatnya. Dia menjeling lalu matanya kembali melekat di skrin telefon.

"Kau chat dengan siapa?" Tanya Han. Tangannya mula menyelongkar beg sekolah adiknya yang berwarna hitam dengan selamba.

"Kau bawak majalah 'Playboy' pergi sekolah? Gila kau ni. Cubalah bawak banyak sikit."

Xukun tidak memberi perhatian kepada abangnya yang cuba untuk bersembang,

"Aku tarik karang headphone budak ni."

Xukun akhirnya menarik fon kepalanya dari telinga. Dia menoleh ke arah abangnya lalu mengeluh. Dengan selambanya masuk bilik orang, tak ketuk pintu, tak apa. Siapa tak naik angin?

"Tengah chat dengan Kak Solehah."

Terbeliak mata Han, dia terus menolak kerusi rodanya selaju yang mungkin ke meja belajar adiknya.

Badan Xukun ditolak dengan kuat, lantas, telefonnya dirampas dalam sekelip mata.

Dia mula membaca segala mesej yang dihantar oleh Xukun.

Xukun:
Akak, tolong ajar saya Bahasa Melayu. Saya tak pandai. Hahahaha.

Hanieya:
Ok, Xukun.

Xukun:





Ternganga Han dibuatnya. Dia ingatkan mereka sedang bersembang tentang perkara yang merepek ataupun sedang bercakap buruk tentang dirinya. iPhone XR itu diletakkan semula ke atas meja,

"Aku nak nombor dia."

"Sorry, gay boy. Kak Hanieya bagi nombor telefon bersebab. Satu, sebab dia nak order nasi goreng. Dua, sebab Kak Hanieya pandai semua subjek. Bukan macam abang. Pandai menyusahkan orang saja."

"Dan.. Nombor tiga ialah kerana.."

Han mula memberi pandangan maut ke arah Xukun,

"Kerana..?"

"Kerana... Mungkin dia bakal menjadi-"

PANG!

"Kau jangan nak mengada eh! Aku campak kau keluar tingkap!" Tengking Han.

"Apa abang nih?"

"Xukun nak cakap.."

"Mungkin dia bakal jadi kakak ipar Xukun!"

Han tersentak.

Dia faham maksud di sebalik ayat adiknya itu.

"Aku gay."

"Sudah-sudahlah."



Hanieya bekerja sebagai seorang pengasuh di Tadika Pantai Indah buat beberapa minggu sahaja sebelum dia pulang semula ke Kota Kuala Lumpur.

Dia mahu menambah sikit duit poket, akibat dia diberhentikan kerja buat sementara dan terpaksa menunggu kepulangan sahabatnya, Dara.

"KAK SOLEHAH! XUKUN NI! NASI GORENG DELIVERY!"

Hanieya sudah terdengar suara Xukun dari tempat makan di tadika itu. Matanya mencari suara milik remaja yang selalu meminta dirinya untuk mengajar subjek Bahasa Melayu,

"Kak Husna, saya pergi kejap ya." Terus, dia berlari ke pagar tadika.

"Haaa nah! Nasi goreng!" Xukun menghulur plastik berwarna putih. Hanieya mula mencari beg dompet di dalam poket jubahnya,

"Aippp! Tak payah bayar, kak! Puan Huang kata 'always free for my daughter.' Begitu."

Hanieya menggeleng, dia tetap mahu membayar.

"Hanieya."

Oh tidak.

Suara tegas yang amat dia kenali, membuatkan Hanieya mengangkat dagu dari mencari beg dompetnya,

"Rezeki tu kan. Ambil sajala." Tambah Han. Wajah seriusnya membuatkan Hanieya terus mengangguk beberapa kali. Dia terpaksa mengangkat bendera putih jikalau dia berdebat dengan Han.

Hide tidak dapat mengikut Han dan Xukun atas alasan hal yang tidak dapat dihalang.

"Kau buat apa Sabtu-Sabtu macam ni dekat tadika? Jaga anak hantu?" Han mengangkat kening. Tangannya dilipatkan, rapat ke dada.

"Jaga hati awak.. Hihihi." Xukun mencelah. Nasib baik suaranya seakan-akan sedang membisik.

Mahu saja kepalanya dihentak di dinding oleh Han.

"Ada gotong-royong. Nak hias sikit kelas budak-budak dekat sini.."

"SOLEHAH! TOLONG ANGKAT KOTAK-KOTAK KAT DEPAN TU!" Jerit seorang wanita.

Hanieya memandang ke arah 2 beradik itu, lalu tersengih.

"S-Saya boleh tolong Kakak Solehah!" Kata Xukun, dia melangkah ke hadapan.

"CEPAT SOLEHAH!"

Hanieya cepat-cepat menundukkan kepala dan berlari masuk ke dalam.

Xukun mula berjalan masuk ke dalam pagar tadika itu..

SKLAK!

Bajunya ditarik oleh Han.

"Kau nak pergi mana?" Soal Han.

"N-Nak pergi tolong Kak Hanieya..?" Jawab Xukun, dia mengeruk wajahnya. Nak pergi mana lagi?

Han tersenyum sinis. Mulalah tu mahu cari pasal dengan adiknya! 24 jam saling membuli!

"Siapa cepat. Dia dapat."

Ternganga dibuatnya Xukun! Han menarik baju adiknya dengan kuat, membuatkan remaja tingkatan 4 itu jatuh kebelakang.

Han menolak kerusi rodanya dengan laju, seakan-akan dalam acara sukan paralimpik.

Xukun apa lagi?

Dia pun menyahut cabaran abangnya!

"Hanieya, aku tolong. Meh-meh, berat tu.." Han menghulur tangan.

"Tak perlulah, Han.." Dia menggeleng sambil tersenyum.

Maka datanglah Xukun yang baru saja jatuh terduduk di atas lantai.

Bunyi nafasnya yang mula sesak akibat berlari, tiba-tiba sahaja mula menghulurkan kedua-dua tangannya.

"Meh, Kak Solehah!" Dia merampas kotak yang penutupnya berwarna biru cair.

"Eh, Xukun. Janganlah.."

"Tak baik tau halang saya buat pahala! Haaa!" Xukun mencebik.



Han dan Xukun mula memotong gambar-gambar haiwan untuk ditampal di dinding kelas itu.

Terdapat beberapa guru yang turut menyertai aktiviti gotong-royong membuatkan suasana lebih meriah. Nasib tiada siapa kenal siapa Li Xuan Han yang sebenarnya.

Ya lah.. Ada ke orang tua sanggup mendengar lagu rancak milik AE19?

"Terima kasih sebab tolong." Kata Hanieya sambil tangannya mencari gunting untuk memotong helaian kertas berwarna unggu. Senyuman masih tidak lari dari wajahnya yang kelihatan benar-benar letih.

"Kenapa akak kerja kat sini?"

"Xukun ingatkan Kak Solehah dah balik KL."

Hanieya mengambil beberapa saat untuk menjawab soalan itu,

"Kerja sini sekejap saja.. Minggu depan lepastu minggu lagi satu, In Shaa Allah, akak balik KL. Tapi sebelum balik KL tu.,"

Ayatnya tergantung.

"Hmm?" Han mula fokus dalam perbualan itu.

"Saya nak balik rumah ibu tiri saya dulu." Riak wajah Hanieya bertukar dalam masa satu saat.

Xukun mula teruja.

"Ibu akak yang pengacara tu kan?"

"Eee! Bestnya. Dah lah baik, suka tolong orang."

Hanieya hanya mengangguk perlahan-lahan namun tetap tersenyum. Dia asyik membetulkan handsock supaya pergelangan tangannya tidak kelihatan. Cara dia memotong bentuk badak sumbu di kertas berwarna ungu itu juga sudah terkeluar dari garisan.

Li Xuan Han mula memerhati, dia melihat refleks badan Hanieya selepas soalan itu ditanya.

Matanya melekat di tangan Hanieya.

Lebam.

Ya, kesan lebam.

"So, mak kau dah tahu ke kau nak balik?" Tanya Han dengan tenang walaupun terdapat banyak tanda tanya yang sedang bermain di dalam kepala.

"Belum lagi.."

"Dia mesti teruja kan bila dia dapat tahu akak nak balik? Dia pernah cakap dalam talkshow tu, yang dia rindu anak dengan dia!"

Terkedu Hanieya Solehah.

Tangannya berhenti dari memotong kertas warna yang ada di dalam genggaman.

Han mencubit peha adiknya di bawah meja, sebagai petanda untuk menutup mulutnya yang kuat bercakap.

"S-Saya nak pergi tolong dekat kelas sebelah. Sekejap ya.." Kerusi gadis itu ditolak kebelakang.

Hanieya keluar dari bilik yang kembali sunyi itu, meninggalkan Han dan Xukun.

"Bestnya jadi anak pengacara.." Kata Xukun sejenak sahaja Hanieya keluar dari kelas.


"And it must be fun for you to not see that she is actually suffering."






Terima kasih kerana membaca.
Jazakallah' khair for reading, dan boleh komen.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro