20 | Hilang Dan Jumpa

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-❊ Dilema, antara dia atau kamu, tapi yang pasti, Dia akan tetap membantu ❊-

Arah Mana Syurga




Tiga hari kemudian..

Pintu kaca itu dibuka secara automatik, wanita itu keluar sambil membawa 2 beg kitar semula. Haneiya Solehah membeli barang dapur untuk Anas dan Haiza. Tambahan lagi, tarikh akhir kelahiran anak sulung mereka berdua makin hampir.

Lantas, telefon pintar berjenama Huawei dikeluarkan oleh Hanieya. Dia mahu menghubungi perkhidmatan Grabcar.

"Hanieya? Is that you?"

Tangannya masih memegang telefon pintar tetapi kepalanya menoleh ke arah suara itu,

"Eh.. Assalamualaikum, Umar."

Hide tersenyum, dan lekas berlari ke arah Hanieya. Dia membuat jarak antara mereka berdua.

"Buat apa saja dekat sini?" tanya Hide, sambil tersenyum rapi menunjukkan lesung pipit yang menambahkan lagi kemanisan senyumannnya.

"Beli barang dapur." jawab Hanieya dengan suara yang perlahan dan hampir tenggelam kerana suara orang awam di pusat beli belah itu.

Hide mengangguk perlahan dengan mulutnya yang muncung.

"Umar balik guna kereta ya?" soal Hanieya. Matanya masih di skrin telefon manakala salah satu daripada beg kitar semulanya diletakkan di atas lantai. Mungkin agak biadap untuk melihat ke arah telefon sambil bersembang dengan orang lain, namun, Hanieya benar-benar mahu pulang secepat yang mungkin. Dia takut jikalau Haiza keseorangan di rumahnya.

"Ya. Tapi tunggu Hanieya balik dulu."

Hanieya mengangkat kening. Kenapa pula hendak tunggu dirinya pulang?

"Bukan a-apa! Takut apa-apa jadi kat Hanieya ke. Kan? Kan?" Hide tersengih.

Perbualan itu mulai kering.

Mereka berdua kembali mendiamkan diri. Pertemuan yang tidak dijangka membuatkan situasi itu terasa amat janggal.

Beberapa minit kemudian,

"K-Kenapa budak tu menangis?" Mata Hanieya beralih ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berdiri tidak jauh daripada mereka berdua.

Dia sedang memakai baju lengan panjang berwarna biru yang bercorakkan anak beruang dan seluar pendek berwarna biru pekat. Rambutnya disikat rapi, dan tangannya sedang mengelap air mata yang mengalir di pipi.

Hide mula berjalan ke arahnya, Hanieya meninggalkan kedua-dua beg kitar semulanya di atas lantai. Terdapat seorang pegawai keselamatan yang sedang berdiri berdekatan, jadi beg-beg itu dibiarkan dengan selamba.

"Saya tinggalkan beg-beg saya dekat sini, ya?" Pegawai berkulit hitam manis itu mengangguk.

Hide mula mencangkung dan tangannya diletakkan di atas bahu kecil kanak-kanak lelaki itu.

"Kenapa ni adik?"

Budak lelaki itu sedang menangis teresak-esak, tangannya yang kecil mula menolak tangan Hide ketepi kerana ketakutan.

"Hai, adik.."

"Nama akak, Hanieya Solehah."

"Adik nak panggil akak, Akak Hani, Akak Hanieya, Akak Solehah pun boleh."

Suaranya tenang, tetapi lembut. Dia sedang cuba sedaya upaya untuk memujuk kanak-kanak itu supaya membuka suaranya.

"Adik dengar ya."

"Akak tak ada lolipop! Haa."

"Akak tak nak bawa adik masuk van ke apa ke,"

"Akak nak tolong adik."

"Kesian adik, kenapa menangis?"

"Akak risau tau tengok adik menangis tadi.."

Tangan Hanieya perlahan-lahan mengusap kepala si kecil itu. Badan kecilnya menggeletar bukan kerana suhu, tapi kerana ketakutan.

"Adik h-hilang.. Ibu.. Ibu t-tak ada.." Suara kecil milik anak lelaki itu didengari jelas.

Mata Hanieya memberi sekilas pandangan ke arah pegawai keselamatan yang hanya berdiri di tepi pintu masuk pusat beli-belah. Beg kitar semula boleh pula dia jaga, anak orang hilang depan mata, takkan dia tak nampak?

"Nama adik apa?" Soal Hanieya Solehah, sekarang dengan suara yang tegas dek kerana pegawai keselamatan yang langsung tidak berbuat apa.

"T-Thaqif..."

"Ok, Thaqif jangan nangis, ya? Akak cari ibu Thaqif ya?"

"Ok.. Thaqif janji tak nangis.."

Thaqif mengangguk perlahan-lahan.

Dia mula memeluk Hanieya Solehah sambil menangis tersedu-sedu. Dalam masa sesaat, perjanjiannya yang tidak mahu menangis itu sudah dimungkiri.

Dia langsung tidak mahu melepaskan badannya dari pelukan itu. Tangan kecilnya tergantung di leher bahu Hanieya.

"Tak silap saya, kaunter perkhidmatan dekat ground floor." kata lelaki yang sibuk melihat keadaan pusat beli belah itu. Hide memerhati keadaan sekeliling.

"Thaqif boleh bagitahu abang, ibu Thaqif pakai baju warna apa..?"

Thaqif melihat wajah Hanieya, dia mahu memastikan Hide bukannya seorang penculik.

"Abang tu tak jahat.. Nama dia Umar." Jelas Hanieya, dia mula mengelap air mata Thaqif.

"I-Ibu pakai colour hijau, seluar dia warna jeans. Rambut ibu pendek, warna coklat."

Warna jeans. Mana ada warna jeans. Hanieya tertawa kecil lalu mengangguk, dia mula mengucup dahi Thaqif. Dari tadi tangisannya tidak reda-reda.

Hanieya berdiri dari posisinya, tetapi tangannya tidak terlepas dari genggaman Thaqif.

"Kakak... Nak up, up..."

Thaqif menghulur kedua-dua tangannya. Dia mahu Hanieya mendukung badannya yang kecil.

"Biar Abang Umar angkat Thaqif ya? Kak Hanieya penat.." pujuk Hide, dia sudah membuka tangan. Doktor haiwan yang sebaya umurnya dengan si Han, agak terkejut dengan permintaan Thaqif. Dah besar pun, mahu didukung lagi?

(Hide ialah seorang doktor haiwan! 😊)

Thaqif mencebik seketika.

Dasar anak manja!

Dia hanya mengangguk perlahan-lahan, lalu badan kecilnya diangkat oleh Hide,

"Hanieya, beg barang dapur awak tu?"

Hanieya berlari ke arah 2 beg kitar semula itu, lalu beg-beg itu diangkat. Dia berterima kasih kepada pegawai keselamatan.

Mereka mula berjalan masuk ke dalam pusat membeli-belah itu dan terdapat beberapa mata yang sudah melihat ke arah Hanieya, Hide dan Thaqif.

Mereka bertiga nampak seperti sebuah keluarga yang kecil. Dengan wajah Hide yang sekali imbas, ada irasnya seperti seorang artis Korea. Thaqif pula kelihatan seperti benar-benar mengikut bentuk muka Hanieya.

"Are you Kak Solehah's husband, Abang Umar?" tanya Thaqif secara tiba-tiba. Dia fasih berbahasa Inggeris pada umur yang muda.

Hanieya dan Hide saling memandang, akhirnya mereka berdua tergelak.

Pipi Hanieya menjadi merah padam, bibirnya cepat-cepat beristighfar untuk mengawal perasaannya.

"Tak adalah.."





Pekerja kaunter itu mula menekan butang 'on' mikrofon,

"Kepada penjaga Thaqif Al-Rayyan, saya ulang, kepada penjaga Thaqif Al-Rayyan, sila tampil di kaunter perkhidmatan pelanggan, tingkat 2, berhadapan dengan Butik Khadijah."

Hanieya menarik nafas lega. Mereka bertiga duduk di atas kerusi-kerusi yang ada, bersebelahan dengan kaunter itu. Hide duduk di hujung kerusi yang berwarna jingga, manakala Hanieya dan Thaqif sedang duduk di kerusi kayu.

Tangan kecil dan gebu milik Thaqif diletakkan di atas tapak tangan Hanieya.

"Comelnya tangan Thaqif." Hanieya mula bermain dengan jari-jari kecil itu.

"Kakak.. Ibu.. Ibu.." Thaqif menunjuk ke arah perempuan yang rambutnya aras bahu dan memakai baju lengan panjang berwarna hijau cair.

"THAQIF!!" Jerit ibunya, dia berlari ke arah kanak-kanak lelaki yang hampir terjatuh sewaktu berlari.

Mereka berdua saling berpelukan.

"I am so sorry okay, Thaqif? Ibu tak perasan pun.. I was being so clumsy, and i didn't even realize..."

"I-I am.."

Ibunya mula menangis. Ibu mana yang tidak menitiskan air mata bila anaknya hilang? Satu minit sekalipun kalau anaknya hilang dari pandangan, mesti perasaan ragu-ragu sudah muncul di dalam diri.

"Kak Solehah. Abang Umar.."

Hide datang, mendekati Thaqif dan ibunya dengan senyuman.

"Terima kasih! Terima kasih!" Hide dan Hanieya hanya mengangguk malu. Jam tangan Hanieya ditilik, masa sedang berlalu.

Badan Hanieya dipeluk erat oleh wanita itu,

"Macam mana saya nak balas jasa kamu berdua?"

"D-Do you guys want to eat?"

"N-No, its fine!" Cadangan itu ditolak dengan baik oleh Hide. Lelaki itu tahu Hanieya perlu pulang. Ikutkan selera, memang dia lapar. Namun, Hanieya lebih penting dari seleranya.

Thaqif dan ibunya, Puan Mai, pulang selepas beberapa minit bersembang dengan Hanieya dan Hide.

Dia memberikan RM200, kerana telah menolong anak lelakinya.


"Terima kasih, Umar, sebab banyak tolong saya harini.."

"Umar datang sini buat apa je sebernanya?" Tanya Hanieya.

"Makan.." Bohong. Dia datang kerana mahu membeli buku milik penulis kegemarannya, namun, stok buku itu masih belum tiba di kedai buku yang dia pergi.

Jantung Hide sudah mula berdebar, degupan jantungnya semakin laju.

"Erk.. Hanieya. You looked.. so.. motherly just now."

Hanieya hanya tersenyum,

"Ma Shaa Allah." Mereka berdua mula bertentang mata buat sementara waktu sahaja,

"Moga Allah beri awak hidayah, Umar."


KECHAK!
Gambar mereka berdua ditangkap.






maaf, saya team umar.
jazakallah' khair for reading dan boleh komen.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro