BAB 11 - TRAGEDY

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Malam itu.

Mereka sudah sampai ke rumah milik Arash. Arash hairan melihat rumahnya gelap. Pelik. Dia keluar dari kereta melihat pagar rumah depannya berkunci. Zafran turut keluar dari kereta tersebut.

"Kak Yana tak balik lagi ke?" Tanya Zafran mencari-cari kelibat manusia tetapi tiada seorang pun di dalam rumah.

"Belum. Sibuk kot," kata Arash yang berasa tidak sedap hati.

Dia terus mengambil barang -barang nya di bonet kereta dan membuka pintu pagar tersebut. Zafran berasa tidak sedap hati meninggalkan kawannya keseorangan.

"Aku teman kau lah sampai kakak kau balik," kata Zafran.

"Tak payah. Kau pergi balik," kata Zach.

Zafran tidak sangka Zach muncul waktu ini.

"Err.. ok, kunci pintu semua ni tau," pesan Zafran.

Zach hanya diam melihat Zafran masuk ke dalam perut kereta dan berlalu dari situ. Zach melihat jam di telefon pintarnya. 8 malam.

"Mana pulak kakak aku ni?" Tanya Zach perlahan sambil memandang sekeliling.

Gelap.

Setelah Zach menunggu lama di luar rumah. Zach bangun dari kerusi tersebut dan ingin masuk ke dalam rumah. Baru sahaja mahu masuk dia berasa kan ada yang memerhati pergerakannya. Zach mematikan langkahnya. Dia menoleh ke belakang.

Tiada apa.

Gelap.

Bulu roma nya mula menaik.

"Takkan hantu kot," detik hati Zach. Walaupun dia berani tetapi dia tetap takut pada benda ghaib.

Dia memandang sekali lagi ke belakang. Tiada apa pun. Zach mula rasa tidak sedap hati. Dia terus masuk ke dalam rumah. Dia mengunci pintu rumah.

Sambil dia mengunci, dia ternampak satu lembaga hitam di semak samun gelap hadapan rumahnya.

Zach terus menutup pintu rumahnya. Jantungnya berdegup laju. Dia melihat jam. 9 malam.

"Mana dia ni? Tak mesej apa pun. Call pun tak," kata Zach resah.

Zach cuba menghubungi Ariana. Tidak dapat.

-----------------------------------------------------------

ARIANA yang ketakutan berlari sepantas yang boleh. Terdapat luka di tapak tangan dan lutut Ariana. Ariana berlari menahan kesakitan. Sampai di rumah, Ariana mengunci rumah pagar hadapannya dan juga pintu rumahnya. Ariana tercungap-cungap mencari oksigen. Dia menarik nafas perlahan-lahan.

"Kak?" Suara dari arah belakang mengejutkan Ariana.

Ariana terkejut melihat Arash yang tidak tidur lagi.

"Ash.. nape tak tidur lagi? Kan kakak cakap setiap kali kakak lambat, tak perlu tunggu kakak," ucapnya sambil termengah-mengah.

Arash melangkah ke Ariana dengan raut wajah yang serius.

"Siapa buat ni?" Tanya dia dingin seraya memeriksa tangan dan lutut kakaknya.

"Z-zach?"

Zach memandang Ariana dengan dingin.

"A--Akak jatuh sebab gelap tak nampak."

"Zach bukan Ash kak, akak kenapa lambat? Akak lari dari siapa?" Dingin wajah Zach.

Ariana hanya mendiamkan diri.

"Kak ada sorok sesuatu yang Zach tak tahu ke?"

"Zach, tolong jangan bagitau Ash keadaan akak?" Pinta Ariana yang risau jika Arash tahu tentang keadaannya.

"Boleh. Kalau Kak bagitau apa yang terjadi."

"Akak...akak.." Ariana gugup hendak menceritakan.

"Kenapa kak?" Dingin Zach.

Ariana menutupkan matanya sebentar.

"Zach ingat tak masa kejadian ibu ayah?"

"Ingat."

Zach ingat lagi waktu itu, bagaimana  ibu bapa Arash dibunuh.

"Ash.. masa dia kecil waktu masuk kat hospital dia ada cakap yang dia mimpi raksasa mata merah. Akak mula ingat tu cuma mimpi sebab masa tu Ash masih dalam terkejut. Dia takut sangat masa tu. Lama- lama tu dia lupa dah."

"Pastu? " Tanya Zach.

"Lepastu, akak tak percaya apa yang Ash cakap, budak-budak dia banyak meracau kan..Then, akak nampak benda tu depan mata akak. Dato' Hamid. Akak rasa Ash ade nampak masa kejadian ibu ayah tu. Dato' Hamid tu akak tak rasa abang ayah kita. Dia lain macam bukan bapa saudara kita."

"Jap..nape kak ragu-ragu dengan Dato' Hamid," tanya Zach hairan.

"Ye lah sebab setiap kali bila Dato' Hamid dekat dengan akak, pegang tangan akak je akak rasa macam tak kena. Macam bukan abang ayah. Masuk rumah dia pun akak tak selesa."

Ariana memikir sejenak.

"Masa akak keluar dari rumah Dato' Hamid, Zach ada ke?" Tanya Ariana memandang ke arah Zach.

"Tak," jawab Zach sepatah, hati dia berasa tidak enak.

"Jadi, memang Iqbal lah dengan akak selama tu.."

"Selama apa?"

"Akak kena kejar dengan Dato' Hamid, tak, dia bukan manusia, binatang tu yang menyamar Dato' Hamid!"

"Binatang macam mana?" Tanya Zach ingin tahu, tangan digenggam kuat menahan kepala yang semakin berat.

"Dia macam harimau yang zaman dah pupus tu tapi besar."

Zach diam. Genggaman semakin kuat merenyuk seluarnya.

"Mata dia warna apa?"

"In-Indigo. Akak ingat lagi."

"Tak sama," kata Zach dalam hati teringat akan bayangan makhluk tadi di hadapan rumah.

"Tapi.. macam mana dia boleh hilang depan akak? Akak rasa macam ada tak kena."

Zach memandang wajah Ariana.

"Zach nak amik ubat."

Zach terus datang membawa kain basah dan ubat luka. Dia terus lap luka Ariana. Ariana menahan kesakitan.

"Zach.. akak minta maaf pasal sebelum ni."

Zach hanya diam. Dia sedang mengubati luka kakaknya.

"Jadi binatang sama kejar akak ke?"

"Tak. Ini lain, bulu dia putih. Dia kata akak diburu makhluk jahat. So, dia ajak akak pergi tempat dia."

Zach hanya diam.

"Sebab tu kita pindah banyak kali?" Tanya Zach.

Ariana hanya diam.

Setelah selesai mengubati, Zach bangun. Ariana terus mencapai tangan adiknya.

"Zach.. tolong jangan bagitau Ash ye."

Zach hanya mendiamkan diri.

"Kak rehat lah." Itu sahaja jawapan dari dia seraya berlalu dari situ.

Ariana yakin Zach tidak akan memberitahu Arash.

Zach masuk dan mengunci pintu biliknya.

"Aku dah penat," kata Zach sambil melihat cermin.

"Dah tiba masanya kau tunjukkan diri."

Zach merenung tajam dirinya di cermin. Seakan-akan sedang bercakap pada seseorang.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro