BAB 12 - SHE LOST

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ZAFRAN dan Arash belajar bersama selama seminggu. Peperiksaan sudah dekat tidak lama lagi. Mereka belajar dan menghabiskan waktu bersama di dalam bilik Arash. Ariana ada di rumah pada waktu itu. Dia cuti kerana tidak berapa sihat. Jadi, Zoe yang urus semua hal di kedai makan tersebut. Zoe faham keadaan Ariana sekarang. Dia menyuruh Ariana untuk berehat dahulu.

Di dunia Sakti pula. (Dunia dimensi)

Sang putih kembali kampung halamannya.

"Bagaimana? Kamu sudah jumpa dia?" Tanya Raja Putih.

"Sudah. Tetapi aku tidak jumpa tempat tinggalnya, ini kerana kuasa tersebut melindunginya, jadi aku tidak tahu jejaknya sekarang," kata Sang putih.

"Tidak mengapa, kamu berehat lah Sang Putih."

Istana Raja Kala.

Kas menghadap Raja Kala.

"Maafkan aku, Tuan. Gagal jumpa budak itu."

Raja Kala sangat marah, dia membawa keluarga Kas untuk di bunuh. Kas gelisah terus mengatakan dalam ketakutan.

"Aku rasa Tuan, dia menggunakan kuasa itu melindunginya, aku tidak jumpa jejak dia Tuan, tolong bagi aku masa, tolong tuan.. aku mohon.." pinta Kas.

"KAU JANGAN BALIK SELAGI KAU TIDAK JUMPA DIA!! JIKA KAU BALIK DENGAN TANGAN KOSONG, AKAN AKU BUNUH KELUARGA MU INI!!" Marah Raja Kala.

---------------------------------------------------------

Zafran dan Arash selesai menjawab peperiksaan akhir mereka. Zafran kelihatan penat selepas menjawab soalan peperiksaan tersebut. Arash yang melihatnya hanya menggeleng. Ujian bagi Arash sangat dapat dijawab dengan baik setelah lama dia belajar.

"Kau tak pe ah ade V tolong kau jawab math, aku math dah pusing dah, lupa formula lagi ahhh," rungut Zafran.

"Kau tu pun budak pandai jugak kat kelas, mana tahu kau dapat keputusan yang kau tak sangka," kata Arash memberi semangat.

"Jom, aku belanja kau minum bubble tea," kata Arash.

Zafran terus bersemangat mendengar bubble tea itu. Mana tidaknya, air viral yang tidak pernah membosankan apabila minum. Bagi semangat ada lah. Zafran terus bersetuju dan berjalan bersama Arash. Dia sudah memberitahu pemandunya, dia akan menelefon apabila ingin di ambil.

4 petang.

Arash sudah sampai ke rumahnya. Dia melihat pintu pagar dibiar terbuka. Arash memanggil kakaknya. Tapi tiada yang menyambut. Arash mencari di bilik kakaknya, tiada orang. Dia mencari di setiap tempat tiada pun.

Setahu Arash kakak nya ada kerja hari ni tetapi dia kata akan balik awal. Hairan. sepatutnya, dia sudah balik. Arash terus menukar pakaian dan terus mengunci pintu. Dia terus pergi ke kedai makan kakaknya. Waktu itu, Zoe ada di gerai tersebut.

"Kak Jo, kak Yana ada?" Tanya Arash.

"Kak Yana? Dia dah balik awal dah tadi," kata Zoe ketika itu yang tidak terlalu sibuk. Hanya duduk di kaunter bayaran sahaja.

"Pukul berapa dia balik?"

"Pukul 2 macam tu lah. Kenapa dia tak de kat rumah ke?"tanya Zoe.

Arash menilik jam, sudah pukul 4 petang. Wajah nya menjadi serius.

"Takde," kata Zach yang muncul.

Zoe sedar Zach muncul.

"Pintu terbuka macam tu je.. takkan kak Yana keluar macam tu pulak?" Dingin Zach.

Zoe mula panik.

"Kita cari jom lah." Zoe mula mengambil barang-barangnya. Zoe menyuruh stafnya untuk menjaga kedai makan. Jika dia lewat, kunci kedai makan di amanahkan kepada Izzati, stafnya yang sudah lama bekerja di situ.

Zoe dan Zach mula mencari Ariana di serata tempat. Zoe ada beritahu Zach bahawa Ariana berasa tidak sedap badan sebelum balik. Sehingga larut malam, mereka tidak menjumpai kelibat Ariana. Zach ingin membuat laporan polis. Tapi, Zoe bilang kena tunggu 24 jam baru boleh membuat laporan polis.

Zach terus pulang ke rumahnya. Zoe sudah pulang kerana risau akan adik-adiknya. Dia minta Zach untuk update kan situasi jika ada apa-apa berlaku. Zafran waktu itu sudah sampai ke rumah Arash. Dia mulai risau keadaan kakak Arash yang menghilang.

"Zach, kau tidur rumah aku lah, dah lewat malam ni."

"Tak payah, aku tidur sini je."

"Kalau apa-apa jadi kat kau macam mana?"

"Aku boleh jaga diri aku sendiri lah!" Bentak Zach.

"Aku tak cakap pasal keselamatan kau! Aku cakap pasal kesihatan kau!Nanti kau sakit siapa nak tolong?!" Marah Zafran buat pertama kalinya terhadap Zach.

Zach hanya diam. Selama ni kakaknya yang menguruskan sakitnya. Dia terus masuk ke dalam rumah.

"Hah? Nak pergi mana pulak tu?" Laung Zafran.

"Aku nak kemas baju lah! Kang tak jadi aku pergi rumah kau!" Dingin Zach.

Rumah sudah pun dikunci Zach. Mereka terus menaiki kenderaan Zafran. Zach hanya diam sepanjang jalan.

-----------------------------------------------------------

Di rumah penthouse Zafran.

Zafran menunjukkan bilik kepada Zach.

"Kalau ada (personaliti) yang tak selesa, bilik lain ada tu. Banyak bilik memang tak guna. Kau boleh lah duduk mana," kata Zafran.

[Memang ada sahaja bilik lain di rumah Arash, kakaknya Ariana pernah buat renovasi di rumah, untuk Arash selesa].

Zach hanya diam dan terus masuk ke bilik tersebut. Zafran sudah memberitahu papanya hal itu. Esok dia dan Arash akan membuat laporan polis kehilangan kakaknya Ariana.

Esoknya.

Zafran mengajak Arash untuk bersarapan tetapi Arash menolak.

"Ash makan lah sikit..perut kau kosong tu.."

"Ash? Ash?" panggil Zafran di hadapan pintu bilik Arash.

Zafran membuka pintu bilik Arash. Dia melihat Arash terbaring di atas lantai. Zafran bergegas mendapatkan Arash. Pergelangan tangan Arash ada luka hirisan.

Arash dalam keadaan lemah.

Zafran menyuruh bibiknya menelefon ambulance.

Di hospital, Arash tersedar dan bangun dalam keadaan lemah.

"Eh kau tak sihat lagi ni, kau tak makan dari pagi lagi.." resah Zafran.

Arash tidak pedulikan kata -kata Zafran lalu mencabut jarum di tangannya. Kaki Arash ketika itu sangat lemah, dia terjatuh dan tidak boleh berdiri sendiri. Zafran terus memanggil nurse.

Nurse terus sampai dan mengangkat Arash. Arash ingin melepaskan dirinya, tetapi ditahan nurse tersebut.

Zach muncul dan mengamuk. Zafran hanya melihat dari jauh. Dia berasa sedih dengan keadaan Arash. Nurse terus menyuntik ubat tidur di leher remaja itu.

Doktor yang memeriksa Arash tadi keluar dari bilik Arash dan memberitahu bahawa Arash akan ditahan di wad sementara waktu. Dia bertanya Zafran tentang penyakit Arash. Zafran beritahu Arash hanya mempunyai ubatnya sahaja. Cuma, untuk psikiatri belum lagi. Doktor menasihati Zafran supaya mengajak Arash jumpa pakar psikiatri yang boleh merawat Arash. Zafran hanya mengangguk sahaja.

Zafran masuk ke dalam bilik wad Arash. Dia memandang Arash yang  sedang tidur. Zafran tidak sempat membuat laporan polis lagi kerana keadaan Arash yang terpaksa dikejarkan ke hospital.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro