1|Hari pertama

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Emma Watson As Aalia Qaisara
-------------------------------------------------

Hari pertama aku dimasukkan ke sekolah berasrama. Disebabkan keputusan PT3 aku yang terlebih elok, aku dimasukkan ke dalam sebuah sekolah berasrama yang agak terkenal di selatan tanah air. Jauh daripada keluarga di Kuala Lumpur. Bagus. Buat semak je pun kalau hadap muka diorang. Papa dan mama dah bahagia dengan kehidupan masing-masing. Aku cuma ada Mak Esah yang sentiasa support aku.

Teksi yang membawa aku ke sini pun dah berlalu. Ya, teksi. Tanpa, mama atau papa. Mereka sentiasa sibuk mencari kemewahan yang tak ke mana tu. Biarlah, aku dah biasa.

Langkah diatur ke pintu gerbang sekolah dengan menyorong sebuah luggage yang cukup besar dan sebuah baldi yang berisi toiletries. Cukuplah. Beratur kereta dari pelbagai jenama di luar pagar. Menghantar anak pulang ke asrama.

Aku terus ke pejabat asrama. Luggage diletakkan di luar. Aku membetulkan rambut yang dipotong pendek.

"Assalamualaikum, puan. "Sapaku. Terangkat wajah penyelia asrama yang kukira sudah berusia 50-an.
"Wa'alaikumussalam. Sila duduk. "
Aku melabuhkan punggung ke kerusi kayu. Boleh tahanlah dekorasinya walaupun kecil.

"Ya ada apa, cik?"
"Saya pelajar baru di sini. Saya disuruh pergi ke asrama dulu sebelum ke sekolah. "Jawabku. Jari runcing yang kujaga selama 15 tahun dibelek.

"Siapa nama? "Wanita itu membelek beberapa fail di belakangnya.
"Aalia Qaisara Ammer. "
"Ok. Sila isi borang ini dahulu. Pelajar.. "Panggil wanita itu kepada budak di belakang ku. Pelajar itu melangkah ke arah aku.

"Nanti awak teman pelajar ni ke sekolah. Dia pelajar baru di sini. "Arah wanita itu. Budak itu hanya mengangguk.

Aku mengambil borang itu dan mengisinya. Hanya pertanyaan yang sering diajukan di dalam borang.

"Pelajar. Awak berasal dari mana? "Ramah wanita itu bertanya.

"KL. "Pendek sahaja aku membalas. Borang sudah siap diisi diserahkan kepada wanita itu.

"Baiklah. Awak akan ditempatkan di Bilik Mawar di Blok Bunga. Sekarang awak boleh ke sekolah dahulu. Ikut pelajar tadi. "

Aku hanya mengangguk. Aku turuti langkah budak tadi.

"Hai, nama saya Adam Mikael. Boleh panggil saya Adam. "Ramah pelajar itu memperkenalkan dirinya.

"Qai. Qaisara. "

"Sedap nama. Saya Form 5. Awak? "

"Form 4."

"Oklah. Ini pejabat sekolah. Biasanya urusan pendaftaran awak kena jumpa GPK HEM, Puan Mariana. Ini biliknya. "Rafael mengetuk pintu sebuah bilik.

"Masuk. "Laung suara dari dalam. Aku dan Rafael masuk ke dalam bilik itu. Terlihat seorang wanita sedang membelek-belek sebuah fail setebal 3 inci.

"Ya, awak nak apa Adam? "
'Wow. Cikgu ni kenal Adam lah.'
"Cikgu. Ada pelajar baru masuk. Form 4." jelas Rafael. Sebaik sahaja Rafael usai berbicara, Puan Mariana mendongak melihat aku. Tajam anak matanya merenung aku. Kecut aku.

"Siapa nama? "
"Aalia Qaisara Ameer. "

Puan Mariana membelek sebuah fail lagi.
"Aalia Qaisara Binti Ameer? "Soalnya lagi. Aku hanya mengangguk.

"Isi borang ini. Mana dokumen penting? "Soalnya. Aku menyerahkan sebuah fail kertas yang terkandung sijil PT3,surat berhenti sekolah dan sijil-sijil yang lain. Puan Mariana mengambilnya pantas. Aku mengisi borang tersebut dengan pantas. Usai mengisi, segera aku menyerahkan kembali borang tersebut.

"Kelas 4 Alpha. Unit uniform, Rimap. Kelab Bahasa Melayu dan sukan hoki. No objection. "Aku akur. Rimap tu apa? Unit apa tu?

"Lagi satu, sekolah sini tidak membenarkan pelajar islam freehair. Maka, awak kena pakai tudung ke sekolah. "Terkejut aku. Apa? Seumur hidup aku tak pernah pakai tudung. Dan dia suruh aku pakai tudung masa umur aku 16 tahun. Hell no.

Pantas aku melangkah keluar dari bilik tersebut. Tergopoh-gapah Adam mengikut langkah aku. Aku pergi belakang sebuah blok yang agak tersorok sedikit. Baan disandarkan pada dinding.

'Apa dia fikir Hem boleh arah aku sesuka hati? No way man!! '

"Aalia. "
"QAI!!! PANGGIL AKU QAI. AKU BENCI NAMA AALIA. " Tengking aku kepada Adam. Tak memasal baran aku keluar. Terangkat sedikit bahu Adam.

"Ok. Sorry. Qai, kau ok? "Tanya Adam prihatin. Lantaklah. Terkeluar sedikit air mata yang selama ini aku tahan dari keluar dari tubir mata. Pantas kukesat.

"Ok. Kau blahlah. Aku ok. "Halau aku. Deras air mata aku mengalir ke pipi mulus aku. Tak larat aku nak kesat.

"Nope. Aku takkan tinggalkan kawan ku sesorang macam ni. "Kata Adam. Badannya juga disandarkan pada dinding. Di sebelahku.

"Luahkan semua. "Ujarnya.
"Nope. Kau cuma stranger bagi aku. Dah aku nak masuk dorm. Bawak aku balik ke hostel. "Arahku. Air mata pantas dikesat. Nafas panjang diambil.

"Adam... "Panggilku apabila Adam masih duduk.

"Sorry. Jom. "Aku turuti langkah Adam. Luggage yang ditinggalkan diambil sebelum ke Blok Bunga.

"Qai. Aku cuma boleh hantar kau sampai sini. Tapi kau boleh jumpa adik aku, Mawar. Dia sebaya kau. Tu pun dia. Panjang umur. "Adam memanggil Mawar yang berada di taman.

Mawar mendekati Adam.

"Abang. "Sapa Mawar. Wajahnya berkerut melihat aku.
"Mawar. Ni kawan abang. Namanya Qai. Qaisara. Tolong bawa dia ke Bilik Mawar. Dia sedorm dengan Mawar. "Adam menghulurkan baldi yang berisi barangan mandi milik aku kepada Mawar.

"Qai. Awak selamat dengan Mawar. Saya pergi dulu. Mawar, jaga Qai elok-elok. "Adam terus berlalu. Aku menyoroti langkah Adam.

"Qai? Mari kita masuk bilik. "Aku hanya mengangguk. Bilik Mawar yang boleh memuatkan 4 orang pelajar itu dibelek. Boleh tahan besar. Mawar meletakkan baldi aku di luar dorm.

"Adha, Ruby, kita ada kawan baru. Qai."Kata Mawar kepada dormmate yang lain. Adha dan Ruby melambai ke arah aku tanpa aku tahu mana satu Ruby atau Adha.

"Hai, Qai. Aku Adha. Ni Ruby. Glad to meet you. "Sapa Adha. Aku tersenyum sedikit. Luggage diletakkan di atas katil kosong.

"Kau kemaslah dulu. Nanti aku tunjuk Blok Bunga. Lepas tu kita pergi Taman Bunga. "Aku mengangguk.

Uniform sekolah dikeluarkan. Ada 3 pasang semuanya. Baju basahan juga dikeluarkan.

"Kau asal mana? Muka tak nampak macam budak sini? "Soal Mawar.
"KL. "Aku masih ralit mengemas baju.
"Oklah. Kau kemaslah dulu. Aku nak baring kejap. "

Telefon iPhone 8 Plus milikku disorok di dalam kocek luggage. Belum rasa nak jadi baik. Manakala Nokia 3310 diletakkan di atas meja belajar. Mp3 dan earphone juga.

"Mawar. Aku dah siap. "

--------------------------------------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro