2|Perhimpuanan Pertama

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Francisco Lachowski As Adam Mikael
----------------------------------------------------------

Dengan berani, aku menyarung baju kurung sekolah. Rambut yang diperangkan dikemaskan sedikit. Mujur pendek. Puas menilik, aku mengambil beg sekolah jenama Converse. Kasut sekolah jenama Everlast disarung. Siap.

"Qai. "Panggil Mawar. Aku menoleh. Smirk.
"Jom sarapan. Nanti perut kosong, susah."ajak Mawar. Adha dan Ruby menyusul. Aku menurut.

Sebaik sampai di dewan makan, ramai orang melihat aku. Fikir aku goyang, Ah. Ni Qai lah. Qai tak pernah goyang dengan oranglah. Ramai yang beratur untuk mengambil makanan. Kaunter untuk lelaki dan perempuan dipisahkan. Baguslah. Aku pun semak tengok ramai sangat lelaki. Buat sakit hati.

"Qai, nanti aku nak jumpa. "Ujar Adam yang dari arah bertentangan. Aku buat tak endah. Lepas makan,aku pantas membawa langkah ke sekolah.

Pap.

Ada tangan yang menyambar aku. What the hell? Aku melepaskan tangan itu.
Adam! Wajahnya jelas tegang.

"Susah ke kau nak ikut peraturan sekolah? "Marah Adam.
"Apa masalah kau ni? Aku nak pergi sekolah lah. Let me go!! "Jerkah aku.
"No. Aku nak kau pakai tudung. Cuma kat sekolah ngan asrama je. Susah ke? Kat luar tu kau nak freehair ke suka hati kaulah. Ni kawasan sekolah. Ikut peraturan sekolah. "Ujar Adam. Aku tersenyum sumbing.
"Tak nak. Aku tak suka pakai tudung. Kau siapa nak halang aku? "Sengaja aku menuang minyak kepada api.
"Aalia Qaisara Ameer!! Heh.. Kau ni!! "Tak terkata Adam dibuatnya. Puas hati aku.
"Rileks. Aku dah biasa kena denda. Sekarang ini, kau pergi berambus. Wow, Ketua Pemimpin Murid. "Sinis aku. Tag nama di dada dikerling sedikit.

"Fine! Aku tak nak kisah pasal kau lagi. Lantak kaulah. "Adam terus berlalu meninggalkan aku.

"Fikir aku takut. " Aku membetulkan baju yang berkedut. Hari ini adalah perhimpunan pertama bagi tahun 2017. Tak sabar nak tengok muka cikgu yang akan mencari pasal dengan aku.

Aku mencari barisan Tingkatan 4. Macam mana aku tahu? Mawar yang tarik aku. Memang adik-beradik suka tarik orang ke?
Perhimpunan dimulai dengan nyanyian lagu sekolah dan lagu negeri. Aku hanya diam tak berkutik. Tak tahu lagu, nak buat macam mana? Lagu The Weekends tahulah.
Seterusnya, bacaan doa oleh seorang pengawas lelaki. Sungguh lunak namun belum cukup untuk melembutkan hati aku. Bacaan ikrar oleh Adam pula menyusul. Annoying lah tengok muka Adam lelama. Macam nak kena tumbuk.

Sebaik sahaja ucapan daripada Pengetua, perhimpunan pun berakhir. Bagus. Aku pun dah kebas nak duduk lama-lama. Namun, pelajar tingkatan satu dan empat perlu tunggu sebentar untuk sesi orientasi. Malasnya. Semaklah. Macam aku baru masuk sekolah je.

"Pelajar. Awak yang freehair tu. Mari sini sekejap. "Panggil seorang cikgu. Aku menoleh. Serasanya cuma aku je yang freehair. Lagipun, sini tiada chinese or indian. Not even one.

Dengan malas, aku melangkah ke cikgu itu. "Kenapa tak pakai tudung? Suka tayang rambut? "Soal cikgu itu.

"Suka hati saya la nak pakai tudung ke tak? Apa masalah cikgu? Cikgu bukan sesapa nak arah saya. "Kataku. Berani. Mencerlung tajam cikgu itu melihat aku.

"Baik. Awak tak nak ikut cakap saya? Saya akan laporkan kat mak bapak awak. "Ugut cikgu itu. What? Benda kecil kut. Selama ni tak da siapa mampu ubah keputusan aku kecuali Mak Esah. Tapi Mak Eah tak ada kat sini. Si, I can do anything I want.

"Laporlah. Fikir aku takut. "Ujarku.
"Baik. Awak tunggu nanti. "

Cikgu itu melangkah pergi. Takutnya....

***

"Aalia Qaisara Ameer, sila pergi ke pejabat dengan segera. "Umum seorang wanita dari pejabat. Aku yang berada di dalam makmal fizik melangkah keluar. Menuju ke pejabat.

What? Mak Esah?

Aku pantas memeluk tubuh Mak Esah. Rindunya aku pada insan yang sentiasa di sisiku. Mak Esah membalas rangkulanku. Dieratkan pelukan kami.

"Qaisara. Kenapa tak dengar cakap cikgu? Pakai tudung eh, sayang. "Pinta Mak Esah. Aku mengangguk laju. Tak sanggup untuk melihat wajahnya yang sugul. Pasti jauh dia datang dari KL ke Johor.

Puan Mariana dari tadi melihat adegan berpelukan kami dengan wajah jijik.

"Puan, saya nak minta izin bawa anak saya keluar sebentar. Nak belikan tudung untuk dia. Boleh eh? "Pinta Mak Esah. Puan Mariana menggeleng.

"Kalau ikut prosedur sekolah, pelajar tidak dibenarkan keluar sebelum waktu pulang. Pukul 3 nanti baru boleh puan bawa anak puan keluar. Setelah sesi persekolahan selesai. "Terang Puan Mariana.

"Baiklah. Pukul 3 ,saya datang lagi. "Putus Mak Esah.
"Tapi, mak bak stay mana? Lama lagi? "Soalku.

"Takpe. Mak dah besar. Mak keluar kejap. Nanti pukul 3, mak datang balik. Sekarang, Qaisara balik kelas. Belajar elok-elok. "Kata Mak Esah. Aku menurut. Langkah diatur semula ke kelas.

Pukul 10 pagi. Waktu rehat. Tapi aku tak rasa lapar pun. So, aku ambil keputusan untuk melepak di belakang blok yang semalam aku pergi.

"Qai? "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro