3|Outing Pertama

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Qaisara... "Panggil Mak Esah. Mematikan lamunan aku. Tak sedar teksi sudah tiba di mall. Dengan baju outing sekolah dan converse berwarna hitam,aku melangkah masuk ke dalam mall.

Kaki dituju je ruangan pakaian sekolah. Mak Esah yang lebih tahu akan tudung disuruh memilih tudung untukku.

"Qaisara. Cuba try tudung ni. "Mak Esah menghulurkan tudung sekolah bersaiz M kepadaku. Tanpa banyak kata, aku menyarung. Macam mana aku pun tak tahu. Mak Esah mengajar aku cara memakainya. Susah betul. Tudung pun ada cara nak pakai.

Lastly, Mak Esah pilih 3 helai tudung putih sekolah bersaiz M ,3 helai tudung hitam dan sepasang telekung berwarna putih bersulam benang perak. Cukuplah. Kat sekolah je aku pakai tudung.

"Qaisara. Cikgu cakap rambut Qaisara ni kena hitamkan balik. Tak sesuai untuk pelajar sekolah rambut perang macam ni. "Nasihat Mak Esah. Aku hanya turutkan.

Aura Spa and Saloon kutuju. Perkhidmatan menghitamkan rambut kupilih. Usai menghitamkan rambut, aku meminta untuk ke sauna dan melakukan sedikit massage. Mak Esah hanya menurut.

Hampir 2 jam aku di spa akhirnya aku keluar. Pembayaran dilakukan dengan kad kredit aku. Aku tahu Mak Esah tak mampu nak bayar untuk aku. Apatah lagi harga rawatan tadi mencecah 4 angka.

"Mak, Qaisara nak makanlah. Jom kita pergi food court. "Walaupun Mak Esah hanya memakai baju kurung bercorak bunga besar dan tudung sarung namun aku tak malu. Kerana dialah insan yang sentiasa di sisiku dikala aku kesepian.

Food court dituju. Fish and chips serta fresh orange menjadi pilihan. Loya tekak aku makan makanan orang kampung. Lidah aku sudah sebati dengan western food. Mak Esah pula memilih untuk menikmati Nasi Goreng Kampung dan Teh O suam.

"Qaisara. Mama cakap dia tak dapat nak datang sebab dia busy. Nanti petang pun dia kena pergi ke Beijing. Papa pula outstation kat London. Jadi, Mak Esah yang datang. Qaisara tak marah kan? "Tanya Mak Esah.

"Tak apalah, Mak Esah. Qaisara dah biasa hidup sesorang. Biarlah diorang buat hal diorang. Qaisara tak nak kacau. "Balasku. Memang aku dah biasa hidup seorang diri. Apatah lagi,tiada teman yang ingin berkawan dengan aku.

"Mak Esah bila balik KL? "
"Malam nanti. Mak Esah dah beli tiket bas. Gerak pukul 10 nanti. Sekarang baru pukul 5.30."Terang Mak Esah.
"Qaisara cepat habiskan makanan. Pukul 6 nanati kena ada kat sekolah. "Aku mengangguk. Potongan ikan salmon itu susah tidak menarik perhatian aku. Dibiarkan di atas meja. Fresh orange disedut perlahan. Ada baki 3/4 . Ditinggalkan.

Aku mengajak Mak Esah segera pulang. Terkocoh-kocoh Mak Esah menghabiskan makanan. Perlu ke? Biar jelah makanan tu kat situ. Kan aku dah bayar. Kita boleh buat apa je kita nak dengan makanan tu.

Teksi ditahan sebelum meluncur laju ke sekolah aku.

"Qaisara. Jaga diri elok-elok . Mak Esah sayang Qaisara. "Aku mengangguk. Pelukan erat diberikan.

Kaki dibawa ke pos pengawal. Lapor diri. Kad outing diserahkan. Langkah dituju ke bilik warden.

Tok. Tok. Tok.

Terjengul wajah gadis berusia 20-an. Berpakaian seksi. Amboi.

"Cikgu. Saya dah balik. Nah, kad outing. "Ujarku seraya berlalu masuk ke dorm. Meninggalkan gadis tadi yang menjerit-jerit nama aku. Ada aku kisah.

Tubuh dihempaskan di atas bed. Beg kertas yang berisi tudung dicampak. Tak tahu ke mana.

"Qai. Kau dah balik? Pergilah mandi. Pukul 7 nanti kita pergi surau. Solat berjemaah. Aku, Adha dan Ruby nak makan dulu. Bye. "Aku tak ambil endah. Mata berasa kuyu. Dan aku berada di alam fantasi.

****
"Aalia. Kau datang pun. Dah lama kau tak datang. "Sapa Mikael. Aku berpusing mencari suara itu. Rindunya aku pada suara itu. Lelaki yang bertopeng itu mendekati aku. Berpakaian kemas seperti biasa.

"Mikael.. "Jeritku. Pantas aku berlari mendapatkannya. Tubuhnya kupeluk erat.

"Aalia.. "Laung Mikael juga. Dirangkul erat pinggang Aalia.

"Mana kau pergi, wahai kekasihku?"soal Mikael.
"Aku cuma pergi ke dunia nyata. Maafkan aku, kekasihku. "Jawabku.
"Siapa yang kau ketemu di dunia nyata samapai kau tidak mahu bertemu denganku lagi, wahai Aaliaku? "
"Aku ketemu seorang insan yang oalaing kubenci. Aku tidak mahu bertemu dengannya kelak. Nescaya akan ku patahkan tulang belulangnya . Sungguh menyakitkan hati. "

"Jangan begitu. Aku disini ada untuk menceriakanmu. Mari aku bawamu ke istana cinta kita yang telah lama kau tinggalkan."ajak Mikael. Aku hanya turuti. Dengan menggunakan kuda bersayap berwarna putih, aku terbang bersama Mikael ke istana kami.

****

"Qai. Qai. Bangun. "Terpisat -pisat aku membuka mata. Aku di mana?

"Qai. Kenapa tak mandi lagi? Dah pergi mandi. Dah pukul 6.45 petang. Kejap lagi nak ke surau. "Dengan mamai, aku mengambil tuala dan melangkah ke bilik air.

****

"Aalia. Inilah istana cinta kita. Mari masuk menjengah. Ada kejutan untukmu. "Ujar Mikael. Aku teruja. Belum pun kaki kuda menjejak tanah, aku sudah melompat. Aduh, jatuh berguling aku.

"Aalia. Hati-hati dengan langkahmu. Mari aku rawati. "Mikael merawat luka di tubuhku. Dengan kuasa healing yang ada padanya, lukaku sudah pulih. Bersyukur.

Langkah dituju masuk ke dalam istana. Sungguh megah istana cintaku. Lambang kasih sayang Mikael terhadapku.

****

"Qaisara. Cepat. Adam sudah ke sini. Sah pukul 7.15 ni. "Jerit Mawar. Pantas aku menjirus badanku. Tak sedar, aku kembali bertemu Mikael. Mandi kerbau jelah. Pantas aku keluar dari bilik air. Dengan berkemban. Alah, Mawar je pun.

Pap

ADAM!!!

Matanya tajam melihat aku. Mawar sudah tiada. Hanya aku dan Adam sahaja.

"Ehem. Aku nak tukar baju. Boleh keluar. "Ujarku. Pantas Adam memalingkan wajahnya. Ditutup pintu dormku. Fuhh, mujur.

"Aku bagi kau masa 5 minit je tukar baju. Laung Adam dari luar. Pantas aku menyambar baju kurung yang berwarna hijau emerald yang bersulam benang emas. Pakaian rasmi asrama. Tudung hitam yang dibeli tadi disarung. Aku akur dengan arahan Mak Esah. Tanpa solekan mahupun bedak, aku melangkah keluar. Adam masih setia menunggu. Wajahnya memandang kepekatan senja. Laungan azan sudah bergema.

"Adam. "Panggilku. Adam berpaling. Terkedu sebentar dia. What the hell?
"Dah, jom. "
"Mana telekung? "
"Aku period." Jawabku. Padahal tak pun. Sengaja.
"Ok. "
Adam di hadapan. Aku di belakang. Kami berjalan ke surau. Bersama.

----------------------------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro