012

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Karma is real?

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Sumpah chapter ni cliche tahap gaban.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Olivia menuruni satu persatu anak tangga. Rumah agam yang sunyi ini membuatkan dia berdecit perlahan.

Papa tirinya mungkin berada di pejabat. Sejak Juliet keluar dari rumah ini, papanya itu sering menghabiskan masa di pejabat.

Pernah sekali itu, dia langsung tidak pulang ke rumah. Walaupun mamanya tidak kisah, tapi dia kisah. Dirinya terasa terpinggir apabila Tuan Kim berperangai sebegitu.

Ye, dia cuma anak tiri. Tapi dia sudah sayangkan Tuan Kim seperti ayah kandungnya sendiri. Sejak kecil, dia sebenarnya tidak memiliki kasih sayang seorang ayah kerana ayah kandungnya meninggal ketika beliau didalam perjalanan ke Singapore. Kapal terbang yang dinaiki oleh ayahnya terhempas akibat hilang kawalan. Ketika itu, Olivia baru sahaja berusia 3 tahun.

Jiwanya memberontak mahukan kasih sayang seorang ayah. Dia cemburu melihat rakan-rakannya sentiasa meluangkan masa bersama ayah mereka. Dia makan hati. Terutama apabila matanya melihat betapa bahagianya Juliet bersama Tuan Kim.

Dia benci melihat apa yang dimiliki oleh Juliet. Dia benci melihat senyuman manis yang terbit dari belahan bibir Juliet.

Hatinya puas apabila melihat keluarga Juliet porak peranda disebabkan mamanya. Lagi puas apabila melihat mama milik Juliet mula kemurungan dan berubah menjadi manusia paling teruk dibumi.

Hatinya juga puas apabila melihat senyuman mula terhapus dibibirnya milik sang Juliet.

Bertambah puas apabila dia mendengar berita akan kematian mama Juliet disebabkan bunuh diri kerana tertekan dengan isu keluarga mereka. Hatinya bersorak riang apabila mamanya tekad mengahwini Tuan Kim. Seronok betul hidupnya apabila dapat tinggal dirumah agam ini dan melihat Juliet suffer seorang diri.

Masih dia ingat, betapa gembira hatinya apabila melihat Juliet dimarahi oleh Tuan Kim.

Namun perasaan gembira itu sekadar penghiasan sahaja. Disebalik kegembiraan yang dirasai olehnya, terselit rasa kesunyian dihati.

Olivia melangkah menghampiri meja makan. Puan Lee yang perasan akan kehadiran puteri kesayangannya itu.

"Good morning, my beautiful daugther."

Olivia hanya tersenyum pendek dan mula melabuhkan punggung di atas kerusi. Dia mencapai sekeping roti bakar dan nutella.

"Mama tak pergi persatuan ke hari ni?" soal Olivia sambil mengunyah roti tersebut.

Kebiasaannya, orang tua ini pasti awal pagi sudah tiada dirumah kerana mengikuti persatuan mak-mak datin di perumahan mereka ini.

Puan Lee tersenyum. "Tak. Kejap lagi mama nak jumpa kawan mama untuk bincangkan majlis dia sabtu ni."

"Oh." jawab Olivia sepatah. Dia tidak berminat untuk bertanya lebih lanjut. Lantaklah mama dia nak buat apa.

"Kamu tak nak tanya ke majlis apa?"

Olivia menoleh ke arah Puan Lee dengan kerutan didahi.

"Kenapa pula Oli kena tanya?"

Puan Lee tersenyum lebar. Matanya bersinar ketika bertentangan dengan mata Olivia.

"Majlis ni penting untuk kamu tahu."

"Apa mama merepek ni? Mama jangan buat agenda cliche nak satukan Oli dengan memana anak kawan mama eh. Oli tak suka dan Oli tak akan pernah setuju."

Terhapus terus senyuman diwajah Puan Lee. Dia mencemberutkan wajah dan menahan sabar dengan kata-kata anaknya itu.

"Ala anak kawan mama ni okay apa. Kacak pun kacak. Apa yang paling penting, dia tu waris tunggal tau dalam keluarga dia. Lagipun, kamu mesti kenal dia sapa. Sebab dia tu pun satu kolej dengan kamu je."

Kunyahan dimulut Olivia terhenti. Dia mengecilkan matanya ke arah mamanya.

"Siapa?"

"Kalau tak silap mama, nama dia Jeon Jungkook."

Mamaku sayang lagi gojes

Don't forget your promise,
my googie.

Sabtu ni.

Kalau kamu tak datang...

siaplah kamu.

mama kerat 21 awek kamu tu
lepastu masak rendang time
raya nanti!

ye.
googie tak lupa.

Tapi googie bawa
Juliet sekali tau.

incase kalau mama nak
jodohkan googie dengan
memana anak kawan
mama tu, atleast googie
boleh kasi alasan yang googie
dah ada makwe🙈

ey budak ni!

aku tampor kang
terhapus terus corona
dekat dunia ni.

fineeee!

Jungkook mengeluh perlahan. Dia hampir terlupa akan majlis yang bakal berlangsung sabtu ini. Lelaki itu kemudian menoleh ke arah Juliet yang sedang melakukan yoga dengan teknik kapotasana dihadapan TV.

Dia yang berada di meja makan itu ketawa kecil apabila melihat gadis itu melakukan beberapa aksi yoga yang kadang-kadang mencuitkan hati apabila gadis itu merungut badannya sakit.

Baru sahaja lelaki itu ingin menyambung semula menyiapkan assignment, tiba-tiba sahaja Juliet bersuara.

"gguk," wajah gadis itu kelihatan sedih. Berkerut dahi Jungkook dibuatnya.

"Why? Tulang kau terpatah ke tadi?" Dia mula cemas apabila melihat wajah Juliet sebegitu. Namun dalam cemas dia, sempat lagi dia bergurau. Tampor kang.

Juliet berdecit, menyampah.

"Bukan lah! Aku cuma nak bagitahu yang malam ini kawan aku ada buat parti dekat rumah dia."

Sebelah kening Jungkook mula terangkat tinggi.

"Boleh. Tapi aku kena ikut." katanya lalu matanya kembali memandang ke arah skrin laptopnya.

"Alaaaaa kau niiiii! Kali ni kasilah aku have fun sensorang. Penatlah asyik kena kongkong je." Juliet mula mendengus tidak puas hati. Dia mula naik menyampah apabila makin hari Jungkook makin mengongkongnya.

"Bahayalah, Juliet. Kau tu perempuan. Buatnya ada sesuatu terjadi dekat sana macam mana? Tak akan lepas dah terjadi sesuatu yang buruk baru kau nak menyesal?"

Juliet menjeling kasar ke arah Jungkook. Sumpah dia rasa nak tumbuk je muka Jungkook sekarang ini. Hatinya sakit apabila Jungkook melayannya seperti budak kecil.

"Aku dah besarlah. Aku tahu jaga diri aku sendiri!" Juliet mula menghentak kaki geram dan mula tempat itu lalu menuju ke biliknya.

BAM!

Pintu dihempas sekuat hatinya oleh Juliet, tanda dia marah dan merajuk.

Jungkook mengeluh berat dan mula memicit pelipisnya.

Sekarang ini, dia mula pening memikirkan cara untuk ubah perangai Juliet itu. Rasa menyesal pula dulu pernah over confident dihadapan Jimin dengan mamanya.

Sekarang tengoklah.

Takpe Jungkook.

Mana boleh mengalah. Mana boleh berserah.

Jangan cepat sangat give up.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Tok! Tok!

"Juliet..." Laungan nama dari Jungkook itu, aku endahkan.

Lagu Eight by iu ft suga yang baru keluar semalam dikuatkan.

"SO ARE YOU HAPPY NOWWW!!" sengaja aku terpekik terlolong sebegitu untuk memberitahu bahawa aku masih lagi merajuk dengannya.

Aku mencampak bantal ke bawah dan mula duduk bersila. Seteghe aku dapat pakwe macam Jungkook ni.

Menyesal pula aku terima dia sebagai boyfriend aku. Tak sangkalah mamat ni jenis suka mengongkong.

"Juliet bukalah pintu ni. Aku ada beli mcd untuk dinner."

Aku memekakkan telinga dan mula scroll down instagram aku sehingga tiada lagi bunyi suara Jungkook diluar bilik aku.

Ciet. Awallah mamat ni putus asa--

Sedang aku memaki Jungkook yang tak pandai memujuk itu, tiba-tiba sahaja aku dapat notification kakaotalk dari seseorang.

Jeon Jungkook

Juliet save me

I've been feeling so alone

I keep waiting for you but you never come

Is this in my head? I don't know what to think

I knelt to the ground and pulled out a ring

And said "Marry me Juliet"

You'll never have to be alone

I love you and that's all I really know

I talked to your dad, go pick out a white dress

It's a love story baby just say "Yes"

No.

:"(
Janganlah merajuk

Aku minta maaf.

Aku tak berniat pun
nak kongkong kau

aku cuma nak protect
kau, tu je.

Fine.

Kalau kau nak pergi, boleh

Tapi dengan syarat.

Kau janji dengan aku yang
kau akan jaga diri kau sebaik
yang mungkin.

Janji dengan aku yang kau tak
akan lakukan hubungan seksual
dengan mana-mana lelaki.

Janji dengan aku yang kau akan
balik sebelum pukul 2 pagi.

Syarat yang terakhir, sabtu ni
teman aku hadir ke majlis
family aku.

Aku berdecit menyampah apabila lelaki itu memberikan syarat-syarat yang agak annoying. Syarat yang terakhir tu mungkin aku boleh patuhi. Tapi syarat yang lain tu, susah sikit.

Namun tidak mengapa, janji dia dah bagi aku kebebasan untuk malam ini.

Aku mula membalas chat miliknya.

Jeon Jungkook

Thanks baby gguk

Aku percayakan kau,
my Juliet.

So untuk tebus kesalahan
aku, aku benarkan kau guna
kereta aku untuk harini.

Aku berfikir sejenak. Jungkook ada lima buah kereta. Kebiasaannya lelaki itu hanya membawa Hyundai sahaja. Lagi empat buah yang lain itu, sekadar hiasan. Maklumlah, kereta mahal. Sayang nak guna.

Kalau tu kereta aku, dah lama aku show off dekat semua orang. Ha riak.

Jeon Jungkook

Bugatti La Voiture Noire?

Fine

Aku tersenyum lebar dan mula bersorak teruja. Gila gempak! aku dapat durian runtuh siot.

Siapa je tak suka bila dapat bawa kereta mahal itu.

Lepas ni bolehlah aku show
off dekat semua orang. MUHAHA.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Musik bingit itu langsung tidak menganggu telinga aku. Aku meneguk titisan terakhir vodka tersebut.

"Babe," Seorang lelaki yang aku kenali sebagai Brian mula melabuhkan punggung disebelah aku. Dia menjatuhkan lengannya pada bahu aku dan mula mencium sekilas bibir aku.

Aku hanya membiarkan perbuatan lelaki itu. Itu sudah jadi kebiasaan buat aku dan Brian jikalau kami bertemu.

"Lama I tak nampak you dekat mana-mana party. Harini baru nampak batang hidung you." ujar Brian. Dia kemudian meneguk wine miliknya.

"I bukan taknak datang. Tapi ada someone yang kongkong I. Dia halang I dari datang tempat macam ni. Rimas I dibuatnya." rungut aku.

Siapa lagi kalau bukan Jungkook? Meluat aku dibuatnya.

"Who?" Kerutan mula muncul didahi milik Brian.

"My boyfriend." Jawab aku acuh tak acuh.

Brian tersedak.

"Wait. You ada boyfriend?" Soal Brian dengan mata terbutang luas.

Aku mengeluh dan mengangguk malas. Aku menuangkan vodka ke dalam cawan aku dan mula meniknatinya. Sambil itu, mata aku mula meliar ; melihat bagaimana orang lain bergembira di parti yang diadakan di rumah Brian ini.

Sehinggalah mata aku tertumpu ke arah seseorang yang hampir membuatkan cawan aku terjatuh.

Mata aku terbutang luas. Manakala jantung aku mula berdegup kencang dengan hebatnya.

Sumpah aku tidak menyangka aku akan melihatnya dia di sini. Serius, aku tergamam seketika.

"T-- Taehyung?"

▄▄▄▄▄T B C▄▄▄▄▄

HA AKU DAH BUAT ROMEO YANG KORANG NAKKAN TU EYY tapi aku buat version juliet djskksjs

AND UAHAHAH FINALLY MUNCUL PUN TAE

maaf weh kalau chapter sebelum ni aku emotional terlebih dkskksks time tu aku tkde mood plus anxiety aku macam anat je.

SORRY TAU!

Janji tak buat lagi dah :"c

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro