013

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Love or Family?

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Mata aku dan matanya mula bertentangan. Iris berwarna brown itu memandang tajam ke arah aku dengan satu ukiran senyuman penuh makna.

Aku cuba berlagak tenang dan melemparkan pandangan ke arah Brian yang sedang bergurau bersama dengan Julia.

Dalam hati aku sudah mencarut ke atas Brian. Disebabkan Brian, aku dan Taehyung terpaksa bersemuka.

Bila imbas kembali dimana Brian mengajak Taehyung join kami, time tu aku rasa nak bertumbuk je dengan Brian.

Aku bukan apa. Aku cuma..

Entahlah.

Aku rasa seakan ada satu tamparan hebat apabila melihatnya. Lagi-lagi apabila melihat perubahannya yang agak ketara itu.

"Haih Taehyung. Kau dah terjatuh cinta dengan Juliet ke?" Mata aku mula beralih ke arah Brian. Seribu kerutan didahi mula muncul.

Apa benda sia?

Telinga aku dapat menangkap satu tawa sinis dari lelaki itu. Aku mengetap bibir dan mula memerhatikannya.

"Kalau aku cakap ye... kenapa?" Satu renungan penuh makna dan sinis dilemparkan kepada aku.

Lelaki itu menghirup vodka yang masih berbaki didalam cawannya.

Aku mula rasa tidak selesa. Aku mencapai handbag aku dan mula berdiri. Baru sahaja aku ingin beredar, Brian menghalang aku.

"Eh you nak pergi mana?"

"I nak balik." Baru sahaja kaki aku ingin melangkah semula, suara garau yang keluar dari mulut lelaki itu berjaya mematikan langkah aku.

"Kenapa? kau masih rasa jijik dengan aku lagi ke Juliet, hm?"

Aku mengetap bibir dan mengepalkan buku lima. Nafas aku menjadi berat dan tidak teratur.

Aku dapat rasakan dia mula berdiri dan menghampiri aku. Dia berhenti betul-betul dibelakang aku hingga rongga hidung aku dapat menangkap haruman honeydew darinya.

Lelaki itu mula merapati wajahnya pada telinga aku hingga aku dapat rasakan hembusan hangat darinya.

"Apa yang kau beritahu aku dulu... aku dah penuhi, sayang. Tattoo, duit.. semuanya aku dah lakukan." bisikinya.

"Cermin mata yang menghiasi wajah aku juga, aku sudah hapuskan." katanya lagi.

Aku memperkemaskan buku lima aku.

"Dan..."

Tiba-tiba sahaja lelaki itu memeluk aku dari belakang dan mula melemaskan wajahnya pada ceruk batang leher aku. Dia mula mencium seketika leher aku. Dan mula meninggalkan beberapa kesan berwarna merah keungguan.

Dapat aku dengar Brian dan lain mula bersorak penuh menganjing dibelakang kami.

Aku mengetap bibir dan mula menahan segala perasaan serta bisikan setan mula menghasut aku.

Taehyung menjarakkan sedikit wajahnya dan mula berkata.

"...aku juga sudah pandai untuk buatkan semua gadis gilakan aku. Termasuk kau.."

Fuck, Kim Taehyung.

"Tapi..." Taehyung mula memusingkan badan aku untuk menghadapnya.

Dia mula menjarakkan dirinya dari aku dan mula mencapai sebotol vodka lalu meneguknya.

Dia kemudian ketawa sinis dengan kuatnya sehingga membuatkan semua orang mula menumpukan perhatian ke arah kami.

Lidah aku ketika ini sumpah kelu nak mampos. Aku tidak dapat berfikir dengan lancar. Apa yang aku lakukan ketika ini, hanya menunggu tidakan seterusnya dari lelaki itu.

Taehyung mula merenung aku tajam.

Dia menapak kembali ke arah aku bersama dengan botol tersebut.

"Tapi sayangnya... perempuan macam kau ni, layak dijamah oleh anjing!"

Splash!

Vodka tersebut dicurah ke atas aku. Aku terbungkam dengan perbuatannya. Semua yang berada disitu mula berbisik sesama sendiri.

Ada yang mula merakam, ada yang mula mentertawakan aku. Dan juga ada yang mula mengherdik aku serta menghina aku.

Aku mula berang.

"What the fuck is wrong with you, hoe!"

"Kau marah? Sakit hati sebab aku hina kau?" Hujung bibirnya mula terjungkit sinis. Dia galak menyindir aku.

"Kau..." Aku menunding jari ke arahnya dengan pandangan tajam.

Baru sahaja aku ingin menampar mukanya, dia terlebih dahulu menangkap tangan aku.

Dia kemudian menarik aku untuk rapat dengannya lalu mencantumkan bibir kami dengan cara paksaan dan agresif.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Aku termenung jauh. Kejadian haritu mula kembali menerjah minda aku.

Aku menolak Taehyung jauh dari aku apabila lelaki itu mula melebihi batasnya.

Pap!

"Kau memang tak guna!"

Aku mula beredar dari situ dengan perasaan marah. Dari jauh dapat aku dengar lelaki itu menjerit, memberi amaran.

"Aku akan pastikan kau melutut dekat aku, Juliet! Dan aku akan pastikan Jungkook terima balasannya!"

"Sayang!" Aku tersedar dari lamunan aku dan mula mengerling ke arah Jungkook yang berada di bahagian pemandu.

Wajahnya jelas menunjukkan yang dia risau akan aku.

"Kau okay tak? Aku panggil kau dari tadi lagi, tapi kau tak menjawab. Bila aku panggil kau sayang baru nak toleh dekat aku. Ey. "

Aku mencebik dan memutakan biji mata aku.

"Dah sampai ke?" soal aku, menukar topik. Aku masih belum bersedia untuk memberitahu kejadian tersebut.

Aku yakin, kalau aku beritahu pasal kejadian itu ditambah amaran yang aku sendiri tak faham apa, mungkin sekarang ini juga Jungkook pergi mencari Taehyung.

"Dah.. jom keluar." Aku dan Jungkook keluar dari kereta audi miliknya. Mata aku melihat suasana rumah agam milik keluarga Jeon Jungkook.

Memang tak dinafikan. Jungkook sememangnya berasa dari keluarga yang kaya.

Buktinya, rumahnya sahaja 5 kali ganda besar dari rumah aku.

Jungkook menghulurkan tangannya pada aku. Aku mengerutkan dahi dan memandangnya pelik.

"Kau apahal?"

"Pegang tangan aku."

"Why?" soal aku dengan pandangan jijik. Tiba-tiba je mamat ni.

"Ish banyak tanyalah kau ni!" Jungkook mula mengenggam tangan aku dan mula menarik aku masuk ke dalam rumah agam tersebut.

Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah agam tersebut, aku sedikit terpersona dengan kehadiran para tetamu yang kelihatan semuanya kaya raya.

Sehinggakan aku terfikir, majlis apa ni?

Aku mengikuti langkah Jungkook yang mula melangkah ke arah sekumpulan lelaki yang sedang rancak berborak ditengah-tengah ruang rumah agam ini.

"Papa," Jungkook menegur salah seorang darinya.

Sekumpulan itu serentak menoleh ke arah aku. Salah seorang dari mereka yang memakai cermin mata itu mula tersenyum lebar ke arah Jungkook.

"Aigoo anak papa." Tuan Jeon mula memeluk Jungkook secara father-son hug.

Lantas selepas itu, Tuan Jeon memandang ke arah aku dengan pandangan hairan.

"Siapa ni?" soalnya.

Jungkook mula tersenyum lebar dan mula merangkul pinggang aku dengan mesra.

"Kenalkan, Juliet Kim. Girlfriend googie."

"Juliet?" Satu suara yang agak familiar mula menegur kami. Aku dan yang lain serentak menoleh ke arah empunya suara tersebut.

Dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat beberapa gerangan yang sedang menapak ke arah kami.

"P-papa?"

Ah shit.

Bala apa pula kalini?

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Suasana terasa janggal dan cambung. Pandangan aku hanya jatuh pada makanan yang berada didalam pinggan aku.

Suasana meja makan ini sumpah aku katakan, dah macam dekat majlis kematian.

Semuanya senyap semacam.

Selepas sahaja tetamu yang lain pulang, Tuan Jeon mengajak kami semua untuk makan malam.

Namun begitu, aku dapat rasakan aura kejahatan yang sedang memandang tajam ke arah aku.

Siapa lagi kalau bukan pandangan dari Lee Siumen dan Olivia Lee. Ah tidak lupa juga mama kepada Jungkook, Puan Jeon.

Mereka bertiga sememangnya tidak berpuas hati dengan aku.

Masih aku ingat bagaimana reaksi Olivia dan emaknya itu ketika Jungkook tolong menarikkan kerusi buat aku.

Papa yang duduk dihadapan aku juga, turut memandang ke arah aku. Dari pandangannya, aku tahu dia mahu katakan sesuatu. Namun tidak kesampaian.

"Ehem. Sunyi betul." Tuan Jeon mula memecahkan suasana dengan ketawa janggal.

Papa dan yang lain kecuali aku dan Jungkook juga mula ketawa janggal.

Dari ekor mata aku, dapat aku lihat Jungkook sekadar fokus pada makanannya dan dia langsung tidak menunjukkan riak wajah ingin menyertai perbualan mereka.

"So, Juliet.." Mata aku mula terarah ke arah Tuan Jeon. Kerutan didahi mula muncul.

Diikuti oleh Jungkook.

"Sejak bila kamu kenal dengan Jungkook?"

Baru sahaja aku ingin membuka mulut, Jungkook terlebih dahulu memotong.

"Dah lama. Tapi kami baru jalinkan hubungan selama 3 bulan lebih."

Mata papa terarah ke arah aku dengan lama. Dia mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa aku sedang menjalinkan hubungan dengan anak rakan kongsinya.

Aku juga sebenarnya terkejut apabila mengetahui bahawa Tuan Jeon itu merupakan rakan kongsi papa. Manakala Puan Jeon itu pula kawan baik kepada emaknya Olivia.

Kecil betul dunia ni.

"Lama juga tu.."

"Tak lama lagi, putuslah tu." Puan Jeon mula bersuara, sindir. Dia menyuap cebisan makanannya kedalam mulut dan memandang aku sinis.

"Mama!" Jungkook mula bersuara geram.

"Apa? Mama cakap benda betul. Mama tak suka perempuan sebelah kamu tu. Nak dibandingkan dia dengan Olivia, Olivia lagi better lah!"

Sakit pula hati aku apabila dibandingkan dengan olive oil tu!

Aku menggerakkan rahang aku.

"Puan kalau nak cakap buruk pasal anak saya--"

Belum sempat papa menghabiskan ayat dia, Puan Jeon tiba-tiba sahaja ketawa sakan.

"Anak?" soalnya dengan tawa yang masih berbaki.

"Bukan tak silap saya, kamu sudah buang Juliet dari keluarga ke?"

"Jeon Hobie!" Tuan Jeon mula menegur sikap Puan Jeon yang mula biadap.

"Apa? Saya cakap benda betul. Saya memang tak sukakan Juliet tu. Sudah terang lagi bersuluh perangai gila hartanya itu telah memakan diri. Keluarga sendiri pun, sudah buang dia. Memang terang-terang perangai dia ni buruk!"

Ewah makcik. KAU KENAPA?

Tuhan je tahu betapa aku rasa nak kasi penampar je dekat muka Puan Jeon itu.

Namun disebabkan aku masih hormat dia sebagai emak kepada Jungkook, aku simpan hasrat tersebut didalam hati.

"Mama ni dah kenapa?" Suara Jungkook mula naik seoktaf.

"Wah wah wah!" Puan Jeon mula menepuk tangan. Dia memandang ke arah aku dengan pandangan tidak percaya.

"Hebat ye kau ni Juliet. Sebabkan kau! Anak aku tinggikan suara dekat aku!"

Olivia dan Lee Siumen mula tersenyum sinis dalam diam.

Sumpah, aku tak tahan.

Aku mula berdiri dan memandang tajam ke arah Puan Jeon tajam.

"Kau fikir aku hamak sangat ke anak kau ni? Sudahlah noob. dapat keluarga pun noob."

Ok tak. Bukan itu yang aku katakan kepada Puan Jeon. Namun ini,

"Saya tak kisahlah puan nak cakap apa pun dekat saya. Apa yang saya nak puan tahu, anak puan ni sanggup lakukan apa sahaja demi saya. Jikalau diberi pilihan sama ada pilih saya atau puan, saya rasa dia akan pilih saya." hujung bibir aku mula terjungkit sinis.

Semua yang ada dimeja makan ini terkejut mendengar omongan aku.

"Kau sudah gila ke Juliet?" Olivia mula bersuara.

"Kau diam! Kau tak ada kena mengena dalam hal ini. Kau cuma orang luar yang hanya merampas kebahagian seseorang!"

Seakan ditampar oleh sesuatu, Olivia terdiam. Dia memandang penuh benci ke arah aku.

Aku mengerling ke arah Jungkook yang termati kata dengan kata-kata aku tadi.

"Kau memang gila." Puan Jeon mula bersuara lagi.

Aku ketawa persis psychopath dan mula melingkari tangan aku pada batang leher Jungkook. Satu ciuman dijatuhkan pada pipinya.

"Jadi Jungkook sayang.. aku nak kau buat pilihan. Pilih aku... atau keluarga kau?"

"Juliet!" amaran dari Papa aku endahkan. Fokus aku kini pada Jungkook.

Jungkook memandang aku dan Puan Jeon silih berganti.

"Googie sayang.. mama tahu googie tak akan membelakangi keluargakan sayang? Mama tahu googie tak akan buat keputusan bodoh untuk pilih dia berbanding keluarga." rayuan dari Puan Jeon membuatkan Jungkook memejam rapat matanya.

Jungkook kemudian mengeluh berat.

Dia mula menolak perlahan tubuh aku dan mula berdiri. Dia mula memerhatikan satu persatu wajah yang ada dimeja makan ni sehingga tumpuannya fokus ke arah Puan Jeon.

Puan Jeon sudah mula mengukirkan senyuman apabila dia menyangkakan bahawa anak kesayangannya itu bakal memilihnya.

"Mama..."

"Ye sayang? Mama tahu kamu pasti akan pilih--"

"Maafkan googie. Googie pilih Juliet berbanding keluarga."

I'm a winner, as always.

▄▄▄▄▄T B C▄▄▄▄

maaf hambar xkskkxks uhuk btw happy 10k views

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro