20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KELUARGA Medina serta Daniel menghantar Medina dan Daniel ke KLIA.

"Jaga diri elok-elok bila kat sana nanti," pesan Mommy.

"Okey!" balas Medina lalu memeluk tubuh Mommynya.

"Jaga Dee ya, Daniel? Dia ni sekejap je dah hilang dari pandangan. Suka merayau sendirian," kata Daddy.

"Okey, Daddy!"

"Baby jangan nakal-nakal kat sana. Daniel, kalau dia ni nakal sangat, call Ayyan atau Aydan," ujar Rayyan sambil mencubit pipi gebu Medina.

"Ish abang Ayyan ni! Dee bukan budak kecil lagi tau!" omel Medina.

"Bagi Ayyan, Dee ni masih baby tau!"

Medina muncung. Ergh!

"Dah la, kang merajuk budak ni. Kau pujuk eh?" sampuk Raydan.

"Sejak bila kau baik ni? Selama ni kau la yang suka buat dia merajuk." Rayyan meluku kepala adik kembarnya.

Raydan mendengus. Tak guna punya abang!

"Dah dah, eh kamu berdua ni. Jangan usik Dee lagi...," ujar Mommy Medina.

"Sekali sekala, mommy. Tak salah kan?" kata Rayyan.

"Yalah."

Kedengaran pengumuman ke Melbourne sudah tiba.

"Baiklah, rasanya kitaorang dah kena gerak ni," ujar Daniel.

"Assalamualaikum, bye Mommy Daddy!" Medina menyalami kedua ibu bapanya diikuti dengan Daniel. Kemudian, Medina mencium pipi kedua abang kembarnya.

"Bye, brothers!"

Rayyan dan Raydan tersenyum melihat adik bongsu mereka seperti kanak-kanak ribena.

"Macam manalah Daniel boleh tahan dengan perangai Baby tu," gumam Raydan. Rayyan tersengih. Nasiblah nak...

***

SETELAH tiba di lapangan terbang, Daniel menolak troli dan mencari pekerja Daddy yang akan mengambil mereka di lapangan terbang.

Medina dengan sisa ngantuknya memeluk lengan Daniel.

"Hmm... mana pekerja Daddy?" soal Medina.

"Entahlah. Daddy kata dia tunggu kat pintu utama. Kau tak kenal ke muka pekerja Daddy tu?"

"Hmm tak."

"Hello. Mr Daniel and Miss Medina?" sapa seorang lelaki yang tinggi dan berkulit cerah.

"Oh hello. You...?"

"Sorry, just call me Faiz."

"Malaysian?" soal Daniel meminta kepastian.

"Ya. Malaysian."

"Lah cakap melayu jelah," kata Daniel.

"Hahaha maaf. Mari saya bawa ke kereta," ujar Faiz lalu memanggil beberapa orang lagi untuk membawa barang milik Daniel dan Medina.

"Daniel..."

"Hmm?"

"Aku laparlah..." adu Medina sambil mengenggam tangan Daniel.

"Bukan kau baru makan dalam flight ke tadi?"

"Itu tadi. Sekarang ni aku lapar," kata Medina sambil masuk ke dalam kereta.

"Yalah. Nanti kita singgah makan dulu," balas Daniel.

"Thank you."

"Faiz, pergi kedai makan dulu eh. Ada dugong lapar ni," perli Daniel.

Buk!

Satu tumbukan tepat pada perut Daniel. Daniel menahan kesakitan. Faiz hanya menahan tawa.

"Jaga mulut tu eh. Dah la, kalau dah sampai nanti kejut aku tau!" Medina melentokkan kepalanya di cermin tingkap kereta.

Daniel yang melihat isterinya sudah terlena terus menarik kepala Medina dan baring di atas bahunya.

Seusai tiba, Faiz keluar dari kereta atas arahan Daniel. Daniel mahu privasi untuk kejut Medina.

"Dee..."

Sepi.

"Dee bangun," kejut Daniel.

"Tengku Medina Iris!"

"Hmm... apa?"

"Bangun dah sampai. Kau kata lapar kan tadi," ujar Daniel.

Medina mencelikkan matanya. Terkejut apabila melihat dia memeluk tubuh Daniel.

"Sorry peluk," ungkap Medina lalu sambung lena di atas dada Daniel.

Daniel menghela nafas. Dalam kiraan satu, dua, tiga!

Cupp!

Terus bangun Medina. Tangan terus memegang bibirnya. Apa yang singgaj di bibirnya tadi?

"Da... niel?"

"Apa? Jom!"

Daniel terus meluru keluar dari kereta manakala Medina terkaku di dalam kereta.



***



"HUWAA! Besarnya rumah Daddy kat sini! Kenapa tak pernah tahu ada rumah kat sini eh?!" jerit Medina apabila masuk ke Villa milik Daddynya.

"Daniel!"

"Ya?"

"Sini jap!"

Daniel melangkah ke arah Medina dengan muka terpaksa. Lalu, Daniel duduk di atas katil bersebelahan dengan Medina.

Medina senyum melihat Daniel lalu baring atas riba Daniel. Eh kenapa?!

Daniel tercengang manakala Medina terus memejamkan matanya.

"Aku nak rasa nikmat macam ni. Manalah tahu suatu hari nanti, aku tak rasa macam ni lagi. So, cuti kali ni aku nak gunakan betul-betul!" kata Medina perlahan.

"Kita tak tahu masa depan kita, kan?" gumam Medina.

Daniel tersenyum lalu mengusap kepala Medina perlahan dan lembut. Tak lama kemudian, Medina terlena atas riba Daniel. Daniel terus mengangkat tubuh Medina dan baring dengan elok di atas katil.

Daniel baring secara mengiring menghadap Medina.

"Aku sayang kau," bisik Daniel.

"Selamanya..."

Daniel mengucup dahi Medina perlahan-lahan.



***


"DANIEL!"

Medina berlari ke arah Daniel lalu peluk.

"Cepatlah! Aku nak naik rollercoaster tu!" kata Medina sambil menarik lengan sasa Daniel.

"Ya sabarlah. Tak ke mana pun rollercoaster tu," ujar Daniel.

Daniel terus bayar tiket masuk manakala Medina sudah berlari ke tempat duduk. Daniel menggeleng melihat telatah Medina.

"Daniel! Cepat duduk!"

Daniel duduk di sebelah Medina dan pakai tali keselamatan yang sudah disediakan.

"Arghhh!!!!" jerit Medina teruja apabila rollercoaster mula bergerak semakin laju.

Medina mengawangkan tangannya ke udara lalu ketawa gembira. Lalu, Medina menarik tangan Daniel dan peluk.

"Daniel..." panggil Medina perlahan.

Keadaan yang bingit dengan suara penumpang lain, membuatkan Daniel tidak dengar.

"Aku sayang kau." Medina mengucapkan kata-kata itu sambil mengenggam tangan Daniel.

Daniel menoleh ke arah Medina dan senyum. Medina membalas senyuman dan sambung keterujaannya.

'Aku harap, suatu hari nanti aku dapat luahkan perasaan sebenar aku terhadap kau,' bisik hati Medina.

"Yeay! Dah habis!"

Daniel memimpin tangan Medina agar tidak hilang. Medina ni lain sikit bila masuk kawasan permainan macam ni.

Daniel beratur untuk belikan air minuman. Tekaknya sudah haus.

"Daniel..."

"Ya?"

"Aku nak pergi sana jap. Boleh tak?" pinta Medina sambil memeluk kejap lengan sasa Daniel.

"Pergilah. Tapi jangan jauh-jauh. Datang balik ke sini. Okey?"

"Okey! Sayang kau!" Medina cium pipi Daniel sekilas lalu berlari ke arah suatu kedai. Daniel kaku.

Setelah membeli air minuman, Daniel menanti Medina di tempat yang dia kata sebentar tadi.

Tiba-tiba pandangannya jadi gelap. Ada sepasang tangan menutup kedua matanya.

"Cakk!"

Medina ketawa.

"Ish Dee!"

"Hahaha sorry. Nah! Pakai ni eh?" Medina memakaikan scarf telinga kucing di kepala Daniel dan dia turut memakainya juga.

"Comel la!" puji Medina.

Daniel tayang muka rela. Bad boy apa ni weh?

Medina tangkap gambar Daniel lalu hantar kepada Daniel.

"Buat apa send kat aku?"

"Pinjam phone kejap, boleh?"

"Nak buat apa?"

"Adalah."

Daniel terpaksa menyerahkan telefon bimbitnya kepada Medina. Medina tersenyum lalu membuat sesuatu.

"Okay done!"

"Kau buat apa?"

"Adalah. Nak air!"

"Nah!"

"Eh satu saja air?" soal Medina pelik. Ke kongsi ke?

Daniel hanya hulurkan sahaja.

"Satu air dua straw. Kita kongsi." Daniel beritahu lalu memimpin tangan Medina dan duduk di sebuah bangku.

Medina sedut air. Daniel turut menyedut air bersama-sama.

"Hmmm! Daniel! Jangan habiskan air!" Medina memukul lengan Daniel. Daniel ketawa lepas.

"Ish!"

Tanpa Medina sedar, Daniel curi-curi menangkap gambarnya. Medina khayal dengan keadaan sekeliling.

"Daniel, lepas ni kita masuk rumah hantu nak? Macam best je kat situ!" omel Medina.

"Tak nak aku. Kau masuk seorang je eh?" balas Daniel.

"Heh! Kau takut eh?"

"Tak ada masa aku nak takut!"

"Elelele, kau takut kan? Jujur jelah!"

"Aku tak takut!" balas Daniel dingin.

"Kalau tak takut, aku cabar kau masuk dengan aku!"

"Okey fine! Ke kau yang takut, huh?" balas Daniel dengan senyuman sinis.

Medina telan liur. Err... kantoi ke?

"Dah jom!"

"Pergi mana?" tanya Medina.

"Pergi dating la, sayang. Sayang tak nak dating dengan baby ke?" lembut sahaja suara Daniel berkata di telinga Medina.

"Aa... apa? Sa... sayang? Ba... by?" tergagap Medina.

"Yalah, sayang tu kau. Baby tu aku." Daniel menahan senyum saat berkata begitu.

"Apakah? Eww! Kau baby? Baby ke babi?"

"Amboi mulut! Kalah mulut aku!"

"Ceh! Kau tu mulut longkang bin loji. Mulut aku manis!" kata Medina.

Daniel menjuling matanya ke atas. Menyampah pula dengar.

"Jomlah, kata nak pergi rumah hantu kau tu," ujar Daniel lalu menarik tangan Medina. Medina hanya mengekorinya sahaja.
















To be continued...








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro