21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KAKI mengorak langkah demi langkah. Persekitaran yang agak gelap. Bunyi jeritan manusia semakin kuat. Lagu latar belakang membuatkan tempat ini lagi menyeramkan. Satu makhluk melompat di belakang pintu.

Krekkk

Satu susuk tubuh berdiri hampir lalu mengilai kuat. Rambutnya yang sudah tidak sikat 10 tahun berterbangan. Kerasnya rambut. Gunalah sunsilk.

Setapak ke hadapan. Bunyi bayi nangis membuat bulu roma menegak. Genggaman tangan semakin dikuatkan. Rasa takut semakin menyelubungi diri.

"Daniel..."

"Apa?"

"Aku takut! Weh! Tolonglah!" Medina menggoncangkan lengan Daniel berkali-kali. Lalu, Medina melepaskan lengan Daniel kejap kerana ingin menggaru belakang tubuhnya.

Gelap.

'Sumpah! Aku menyesal mengajak Daniel masuk rumah hantu. Aku insaf!' bisik hati Medina.

"Daniel..."

Sepi.

"Hihihihi."

"Da... Daniel?"

Terketar-ketar tubuh Medina. Matanya sudah terpejam erat. Daniel tinggalkan aku?

"Daniel!"

Terasa geli di tangannya seperti rambut. MasyaAllah, apakah ini? Makhluk apa disebelah?

Medina terkumat kamit membaca surah. Entah surah apa yang dibaca. Medina cuba memberanikan diri dengan membuka mata perlahan-laham dan lihat di sebelah kanannya. Tarik nafas, hembus. Tarik...

"ARGHHHHH!" Medina terlihat satu wajah yang mengerikan lalu menjerit sambil berlari dan melanggar segala hantu palsu di hadapannya. Apabila ketakutan dan terkejut bergabung.

"Dee?"

"Daniel?"

Medina terus memeluk Daniel dari tepi. Erat. Daniel membalas pelukan dari Medina. Punyalah dia risau mencari Medina kerana tertinggal isterinya di belakang. Dari tadi dia berbual rupanya dia berkata seorang diri. Daniel mengeluh.

Daniel lihat jalan keluar hampir tiba tetapi Medina masih tidak mahu melepaskannya. Aduhai...

"Dee?"

"Hmm."

"Jomlah. Jalan keluar tak jauh saja lagi," kata Daniel sambil mengusap kepala Medina.

"Hihihihi."

"Arghh! Daniel! Lari!" Medina melepaskan pelukan lalu berlari sehingga keluar dari rumah hantu. Daniel terkejut lalu mendengus. Tak guna, dia tinggalkan aku.

***

BADAN dihempaskan ke atas katil. Medina baring terlentang. Penat. Daniel hanya menggeleng melihat Medina sudah terlentang atas katil lalu masuk ke bilik air.

Daniel membasuh mukanya apabila terasa berminyak. Pencuci muka diambil lalu menggosok perlahan.

Merenung dirinya di pantulan cermin. Daniel teringat ketika bermain permainan di fun fair. Medina kelihatan agak comel ketika memakai cekak telinga kucing. Kemudian, ketika main rollercoaster Medina kelihatan gembira. Senyuman dia...

Daniel menggeleng kepala apabila terasa dia terlalu teringatkan atau lebih kepada terangaukan Medina.

'Jangan angaukan dia,' desis hati Daniel.

Pintu tandas dibuka dari dalam. Daniel melihat, Medina sudah lena dengan baju tidak tukar. Kakinya melangkah ke arah balkoni.

Matanya tertumpu keindahan kota jalan raya disini. Keadaan yang tidak sibuk dan langit yang menceriakan hari. Kepalanya ligat berfikirkan sesuatu.

'Apa yang patut aku buat? Aku tidak tahu sama ada dia cintakan aku atau tidak...' getus hati Daniel.

Belakang tengkuk digosok perlahan. Keluhan entah kali ke berapa dilepaskan.

Buk!

"Bunyi apa tu?" Daniel terus masuk ke dalam.

Sekujur tubuh sudah jatuh terjelepok di atas lantai. Allah!

"Medina!" Daniel terus bercangkung di tepi Medina. Dengkuran halus kedengaran. Medina bergeliat lalu sambung lena. Daniel menepuk dahi.

Perlahan-lahan Daniel mencempung tubuh Medina dan letak di atas katil. Selimut tebal ditarik lalu menyelimuti tubuh isterinya. Kepala Medina diusap perlahan, usap sehinggalah mengusap pipi gebu Medina.

"Da... niel," gumam Medina perlahan.

Daniel memandang wajah Medina. Mengigau ke?

"Ja... ngan..."

"Ting... galkan aku."

Daniel mendengar sebutir demi sebutir perkataan yang meniti di bibir merah isterinya.

"Apa benda dia merepek ni? Gigalkan? Gigal tu apa?" Daniel hanya menggeleng kepala. Pelik... pelik.

Bunyi deringan telefon membuatkan Daniel kelam kabut mencari dan memgambil telefonnya.

Mama is calling...

"Helo." Daniel menjawab panggilan di balkoni tidak mahu menganggu lena Medina.

"Helo, Daniel. So how, okey tak? Dee okey? Everything okay?"

Daniel tersenyum mendengar soalan dari mamanya.

"Semuanya okey, mama. Dee pun okey sekarang dia tengah tidur sebab penat sangat..." jawab Daniel.

'Tapi Daniel yang tak okey,' bisik hati Daniel.

'Daniel buntu, ma. Daniel...' sambung hati Daniel.

"Good to hear that. Oh yeah, ni your sister nak cakap dengan Daniel," ujar mama.

"Okey."

Daniel sudah bersiap sedia untuk mendengar celoteh dan soalan dari adik perempuannya. Kenal sangat perangai adik perempuannya yang tak padan dengan umur 16 tahun itu.

"Bro!" sergah Tengku Izz Darliesha.

"Bro, bro! Salam mana salam?"

"Eh alim rupanya. Ingatkan kafir tadi. Hok hok hok!" sindir Darliesha.

"Ahhh!" Daniel buat gaya mencengkam dada.

"Sentap ke, beruk? Tu la perangai bad boy lagi. Huh..."

Daniel menggulingkan matanya ke atas. Menyampah pula dengar. Suka hati mak nenek aku la nak jadi bad boy ke apa. Bukannya aku jadi bad bi!

"Kau nak cakap apa? Straight to the point, please..." kata Daniel.

"Kak Dee macam mana? And bro, kau dah confess ke?" soal Darliesha dengan mengangkat keningnya.

Daniel diam. Kelu lidahnya untuk menjawab soalan dari Darliesha. Bukan apa... dia masih tidak bersedia. Takut...

"Helo? Kau pekak ke? Dah mati eh?" jerit Darliesha di hujung talian.

"Aku hidup lagi ni."

"So?"

"Err... erm... aku..." Daniel menggaru pipinya yang tidak gatal.

"Kau tak bagitahu kat Kak Dee lagi kan? I know you..." gumam Darliesha.

Darliesha mengeluh panjang. Susahnya nak suruh abangnya yang hati batu ni luahkan perasaan kepada isteri sendiri!

"Aku bukan apa, Sha. Aku takut. Kau bukannya berada di tempat aku," omel Daniel.

"Ya, memang. Tapi sampai bila kau nak macam ni, bro? Ni masa yang sangat sesuai untuk kau bagitahu dan jujur segalanya!"

"Aku tak bersedia lagi..."

"Habistu bila kau nak bersedia? Lepas SPM? Atau kau tunggu Kak Dee kena caras dengan orang lain dulu baru kau nak bersedia? Macam tu ke?" Darliesha sudah mencekak pinggangnya.

"Entahlah... aku tak tahu..."

"Tak tahu... tak tahu... Menyampahlah aku dengar perkataan tu. Kau ada dua pilihan je sekarang ni. Aku nak kau pilih," ujar Darliesha dengan kening terangkat.

"Hmm apa dia?"

"A... kau jujur segalanya kat dia sekarang atau B... kau tak perlu jujur tapi kau kena redha kalau isteri kau kena rampas dengan mana-mana lelaki," ungkap Darliesha dengan senyuman sinis.

"Sha! Pilihan apa ni? Tak logik!"

"Ahh kau kena pilih juga!"

"Tak nak!"

Daniel memicit pelipisnya.

"So, aku rasa pilihan kau B. Thank you, next!"

"Sha!"

"Werk!"

"Tengku Izz Darliesha!"

"Yes, bro?"

"Aku pilih C iaitu tidak buat apa-apa," jawab Daniel.

Darliesha mengeluh. Apa masalah otak udang abang dia ni?

Darliesha menguis kakinya di kolam manakala Daniel merenung keindahan kota.

"Sha..."

"Apa?"

"Daniel," Medina sudah bangkit dari lena sambil menggosok matanya perlahan. Daniel terus berpaling menghadap Medina.

"Kak Dee ke?" Suara Darliesha di corong telefon memeranjatkan Daniel.

Medina terus memeluk Daniel, kepalanya disandarkan pada dada Daniel. Daniel terkaku. Kelu. Suara Darliesha masih kedengaran.

"Sha, aku call nanti." Terus Daniel mematikan talian. Darliesha hanya menjawab okey.

Telefon dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Daniel membalas pelukan isterinya.

"Daniel..."

"Hmm?"

"Boleh kau janji dengan aku sesuatu?" Jari Medina ralit bermain hujung baju Daniel.

"Apa dia?"

"Jangan tinggalkan aku. Walauapapun yang berlaku, aku nak kau setia disisi aku," pinta Medina.

Medina merenung wajah Daniel. Daniel hanya senyap. Dia tidak pasti sama ada dia mampu menunaikan janji itu atau tidak.

"Dee... aku..."

"Kau tak pasti? Atau kau tak perlukan aku? Tak apa, aku faham. Abaikan permintaan gila aku tadi. Aku tahu, suatu hari nanti kita akan berpisah juga. Yalah, kau dan aku berkahwin pun sebab dipaksa kan? Kau kena paksa... aku pun sama. So yeah, aku tahu dan aku faham." Medina berkata lalu melangkah masuk ke dalam semula.

Daniel melepaskan keluhnya. Ya Allah...

Apa yang Medina cakap sebentar tadi tidak sama langsung yang ingin Daniel balas. Tidak sama. Medina sudah salah faham...

Kini, lebih rumit untuk Daniel meluahkan cintanya. Rumit yang membuatkan kepalanya semakin sakit berfikir.









To be continued...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro