22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


SEJAK pada hari itu, Medina sudah berubah menjadi seperti dahulu. Dingin dengan Daniel. Daniel juga ikut kepalanya sahaja. Gaduh, gaduh dan gaduh. Tak penat ke?

Kini, rehat sedang berlangsung... semua pelajar tingkatan 4 dan 5 sedang makan di kantin dan berehat di foyer. Medina pula duduk di dalam kelas, malas mahu turun rehat.

Kepala diletakkan atas meja. Kepalanya sakit akibat memikirkan hubungannya dengan Daniel. Keluhan dilepaskan.

"Dee?" tegur satu suara.

Medina mengangkat kepalanya. Aduh, apa dia nak?

Syed Firman.

"Apa?" soal Medina lalu memandang ke tempat lain. Medina rasa janggal berdua-duaan bersama Firman di dalam kelas ini. Aduhai~

"Aku nak cakap sesuatu..."

"Cakap ajelah. Apa benda?" soal Medina kasar.

"Aku... aku..."

"Kau apa?!"

Firman menarik nafas lalu menghembus. Medina menyampah. Cakap sajalah.

"Aku..."

Bang!

Pintu kelas dihentak kuat dari luar. Muncul beberapa orang pelajar lelaki. Raihan, Khairul, Harriz dan Daniel. Daniel akhir sekali masuk ke kelas.

Medina memandang ke tempat lain apabila matanya bertembung dengan sepasang mata hazel milik Daniel.

"Kau buat kat sini?" soal Khairul.

"Aku ada benda nak cakap dengan Medina. Kau orang tak perlu nak sibuk!" balas Firman.

"Medina milik kitaorang, so apa-apa kau cakap kat dia... kitaorang perlu tahu juga," sampuk Raihan.

Firman merengus lalu berlalu keluar dari kelas 5 Diamond.

"Dee..." panggil Harriz.

Medina segera mengangkat punggungnya. Dia tidak betah lama-lama disini.

Langkah Medina terhenti saat satu tangan menarik lengannya kuat sehingga terduduk di atas kerusi. Medina memandang Raihan yang selamba menariknya.

"Nak apa?" soal Medina malas.

"Petang ni singgah bilik Alpha."

"Untuk apa? Aku malaslah..."

"Kau masih pengurus kitaorang," ujar Khairul mendatar.

"The heck?! Pergi mampus!" Medina terus melarikan diri. Ahli Alpha mengeluh. Daniel hanya diam membeku.

***

RUNGUTAN yang meniti di bibir Medina tidak henti. Pelbagai cemuhan dilepaskan seorang diri. Gazebo yang tersedia di laman sekolah dia duduk.

"Ergh!"

Medina mencampak batu-batu kecil ke dalam kolam ikan. Lantaklah!

"Hahaha guys look, siapa kat sini..." Satu suara memecahkan kesunyian di laman tersebut.

"Eh, budak perampaslah!" tawa Khayrene kawan kepada Azrina.

Ketiga-tiga gadis ala diva itu mendekati Medina yang duduk seorang diri. Medina menghela nafas. Lepas satu-satu bala datang.

Ni bala dari pelusuk mana pula?

"Kau!" Azrina menunjal dahi Medina kasar.

"Aku tak habis lagi dengan kau. Kau fikir aku akan diam ke?" Sambung Azrina.

"Nak apa?" soal Medina malas.

"Hohoho kau tanya aku nak apa? Seriously, Medina? Are you dumb?!"

"She's dumb girl. Tak sedar diri. New student dah berlagak macam old student," sampuk Amalia.

Medina menahan geram. Ah! Medina bukan jenis senyap bila dibuli sebegini.

"Straight to the point. Kau nak apa?"

"Simple. Aku nak Tengku Izz Daniel."

"Then? Take it! Apa kena mengena dengan aku?" lawan Medina.

Azrina nak Daniel? Ambil la. He is nothing to me. Never!

'But he is your husband,' bisik hati Medina.

"Tapi kau penghalang! Kau sengaja rapat dengan Alpha! Kau ingat aku buta ke?" Azrina menolak tubuh Medina.

Khayrene dan Amalia hanya tersenyum sinis.

"Look, Medina. Benda mudah... stay away from Daniel... urgh i mean stay away from Alpha. You are nothing to them." Azrina menjeling dengan senyuman sinis.

Benci. Sakit matanya apabila melihat Medina rapat bersama Alpha lagi-lagi dengan Daniel.

"Kau nak Daniel?" tanya Medina.

Senyuman nakal dan jahat muka terukir di wajah Medina.

Azrina, Khayrene dan Amalia hanya menjungkitkan kening mereka.

"Usaha sendiri. I'm nothing to Alpha? Sure? I think i'm like a diamond to them. Hohoho. So, dear... usaha lebih lagi. Okey?" Medina senyum manis lalu melangkah pergi.

Satu langkah.

Dua langkah.

Tig...

"ARGHH!"

Jeritan Medina bergema. Medina sudah jatuh ke dalam kolam ikan. Habis kotor baju uniformnya.

Azrina berang. Matanya bak helang yang berapi.

"Kau nak main-main dengan aku? Let's start this game, bitch!" Azrina menyepak kaki Medina.

Medina terasa pinggangnya sakit sangat. Kepalanya yang terhentak di batu kolam tersebut terasa sengal. Air kolam yang jernih mula bertukar merah. Ikan-ikan yang hidup dalam kolam itu mula berenang ke sana ke sini.

"Arghh!"

Khayrene tersengih. Amalia hanya menayang muka beku.

"Beli cermin besar, cerminkan diri kau. Jangan nak over diva kat Star Highschool ni. Kau ingat kau import dari London, akan ramai suka kau? Lol!" Khayrene berkata dengan sinis.

"Let's go girls! Biar dia mati kat sini!" Azrina melangkah pergi.

Ketiga-tiga gadis tersebut meninggalkan Medina yang berada dalam kesakitan.

Medina yang terasa pandangannya semakin kabur. Kabur sangat.

Bayangan figura beberapa orang kelihatan kabur. Siapakah?

"To... long!"

"Dee!"

Pandangan Medina menjadi gelap.



***


"ALLAHU AKBAR!"

Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Kedengaran azan berkumandang.

'Aku dah mati ke?'

'Eh! Itu azan subuh...' bisik hati Medina.

Medina cuba bangun. Tangannya meraba di ruang sebelah. Terasa bantal peluknya keras.

Eh keras?

Medina menoleh ke sebelah. Daniel!

"Auch!" Medina memegang kepalanya yang sakit. Pinggangnya juga turut terasa sengal.

"Dee?"

Medina menjatuhkan kepalanya kembali ke atas bantal. Sakit. Kepalanya diraba, terasa ada balutan di kepala.

"Dee, okey tak ni?"

Daniel dengan muka bimbang terus membuka lampu bilik. Tangannya memegang kepala isterinya.

"Argh! Sakit!"

"Shhh, tahan sikit. Okey? Aku ada ni. Genggam jer aku." Daniel menenangkan Medina.

"Sakit! Daniel, sakit!" Medina mencengkam bahu Daniel. Apa yang berlaku sebenarnya? Medina tak mampu ingat.

"Calm down, Dee. I know its hurts. Its okay, i'm here... sayang." Daniel menukar balutan kepala Medina.

Medina terdiam. Sayang?

Setelah selesai menukar balutan, Daniel mengurut pinggang Medina.

"Apa dah jadi?" soal Medina.

"Tak ada apa."

"Just tell me the truth, Daniel!"

"Kau kena buli dengan Azrina. Kau lupa?"

"Azrina?"

"Yeah. Medina." Nada suara Daniel bertukar serius.

"Hmm?"

"Hanya aku sahaja boleh buli kau. Remember that. I'm your bad boy." Daniel berkata mendatar. Serius.

Entah kenapa, Medina terasa geli hati.

Kelihatan Daniel ingin menuruni katil.

"Kau nak pergi mana?" soal Medina.

"Mandi. Solat. Kenapa? Nak ikut?" Senyuman nakal tersungging di bubir Daniel.

Pipi Medina mula merona merah bak tomato yang masih segar.

"Gila!"

"Alalala nak ikut cakap. Aku on jer. Jomlah..." Daniel merapati Medina semula.

"Ish, Daniel! Stay away from me!"

"Never."

"Daniel! Jangan dekat!"

Lagi Medina larang, lagi Daniel mendekat.

"Da..."

"Shhh." Daniel memeluk kepala Medina perlahan.

"Jangan buat aku risau lagi. Tengok kau pengsan dengan kepala berdarah dan tak sedarkan diri hampir satu hari dah buat aku sakit jantung. Dee, jaga diri kau tu," bisik Daniel.

Medina mengunci mulutnya. Kepalanya yang tersandar di dada Daniel hanya mendengar bunyi sesuatu.

"Aku..."

Kata-kata Daniel tergantung.

"Suka kau."

Medina cuba menghadam kata-kata tersebut. Dengan sekelip mata, Medina dalam dukungan Daniel.

"Argh! Daniel!"

"Aku mandikan kau. Kau dahlah sakit." Wajah beku Daniel tayang.

Wajah beku atau wajah malu? Pipi merah Daniel tak boleh disorokkan. Ahaks! Comel!

Medina menyimpan senyuman. Tadi dia terdengar satu bunyi ketika Daniel memeluknya. Bunyi... dup dap dup dap dup dap dup dap. Degupan jantung Daniel laju sangat.

••••


Hai, author nak promote beberapa stories. Meh...

Rossy Letters by _Aisywa

1. Gadis Hazel Mr. Bad Boy - gadishazel

2. That Boy - aimii_aqilah

3.My fate - little__zxtul

4. Adawiyah Humairah - IkaSyafiqah1

5. Lifeless dan Diari Abang - JoonBelle

6. Dia Milik Aku - biellabellas

7. Mikayla Zainab- cikqueenoftypo_

8. My Brother, My Mafia - icechrystal

9. My BFF Story - naerisya

10. Princess Ariana - qarimah

11. The Life's - SeunVibes

Bacalah, jangan tengok jer. Haha, anything pm tepi naa~












To be continued...















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro