43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


MINGGU pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun berlalu. Semua pelajar tingkatan lima fokus terhadap peperiksaan yang bakal mereka hadapi lagi. Setiap kali pelajar tingkatan lima sedang belajar di dalam kelas tanpa guru, juniors yang membuat sekolah huru-hara terus ditengking dari tembok di hadapan kelas. Dan, salah seorangnya ialah...

"Oi, Botak! Diam boleh tak? Macam kanak-kanak ribena terencat akal je main kejar duduk. Aku tampar nanti, botak seumur hidup nanti kau!" Khairul menjeling budak di bawah. Raihan yang sedang bersandar di pintu kelas hanya ketawa melihat kemarahan Khairul sudah meletus.

Terus pelajar menengah bawah yang sedang menikmati waktu rehat mereka terdiam. Yang tidak kena marah pun terus bisu. Jangan main-main dengan abang Alpha. Tu belum Ketua Alpha keluar sebab sibuk bercinta...

"Nilah, sayang." Medina mempertahankan jawapan latihan subjek Kimia. Daniel pula masih menujuk jawapannya kepada Medina. Dua-dua tak nak mengalah. Alisya yang serabut dengan pertengkaran kecil mereka terus mencelah.

"Dua-dua salah." Alisya meletakkan buku latihan Medina dan Daniel ke atas meja selepas menyemak jawapan Kimia. Tercengang Medina dibuatnya malah Daniel hanya memandang tajam ke arah Alisya.

"Gaduh, tapi salah. Ni ha jawapannya." Alisya menghulur bukunya kepada Medina. Memandangkan Alisya sudah siap latihan, dia terus merehatkan mindanya dengan meletakkan kepala ke atas meja. Otak terlalu tepu untuk terima ilmu buat masa ini.

"Baby, betullah Isya buat tu," bisik Daniel lalu pantas meniru jawapan Alisya. Medina yang sedar akan hal itu turut melakukan perkara yang sama. Baguslah suami isteri tu, dua-dua meniru. Apalah nasib~

Azrina yang bersiar-siar di koridor lalu berjalan di hadapan kelas 5 Diamond terasa menggelegak hatinya apabila melihat kemesraan Medina dengan Daniel. Kakinya menghentak kuat ketika berjalan, jelingan kepada Medina sungguh tajam dan berapi.

"Tunggu kau!" Terus kakinya menghentak-hentak sambil berjalan masuk ke kelas. Raihan yang sedar akan Azrina sibuk menghentak kaki seperti kawad tersenyum sinis.

"Hentaklah kaki tu lagi. Jatuh terpeleot, aku gelak berguling je."

"HERGHHH!" Azrina menjeling lalu menghentak kakinya sekuat yang mungkin kerana terlalu geram dengan Raihan. Tanpa sempat dikawal, kasutnya terhentak senget lalu tidak seimbang dan...

Gedebuk!

Azrina sudah jatuh terduduk tengah jalan depan kelas 5 Ruby.

"Awwww!" Meraung Azrina dibuatnya sehingga satu koridor tingkatan lima bergema akibat jeritan Azrina.

"Haahhahahahahaahha aku baru je cakap. Alhamdulillah, kata-kata aku dimakbulkan!" Raihan ketawa berdekah sambil pegang perutnya. Seronok sangat mentertawakan Azrina itu. Pelajar lain turut mentertawakan Azrina dan ada juga yang berasa kasihan terhadap Azrina kerana mereka satu golongan diva.

"Mulut kau masin, bro." Khairul turut ketawa. Amarahnya terus hilang serta merta.

Tasha yang baru muncul di pintu belakang kelas 5 Diamond bersama Medina terus ketawa seperti Raihan. Medina hanya tersenyum mengejek. Azrina yang perasan akan senyuman Medina terasa dirinya kalah dengan Medina membuatkan dendam dia semakin kuat.

Azrina dibantu oleh Khayrene dan Puteri untuk bangun dari jatuh. Walaupun kakinya terseliuh sedikit, Azrina merenung tajam ke arah Medina seperti mahu menelan Medina hidup-hidup. Medina yang sedar akan hal itu hanya tersenyum sinis sahaja. Daniel pula sudah berdiri di sisi Medina sambil melihat situasi itu. Daniel tertanya-tanya apa yang sudah terjadi?

Kehadiran Daniel di sebelah Medina membuatkan Azrina bertambah benci terhadap Medina. Dia tidak boleh melakukan perkara buruk terhadap Medina di hadapan Alpha terutama sekali Daniel. Terus Azrina berjalan terhincut-hincut masuk ke dalam kelas 5 Ruby bersama rakan-rakan divanya.

"What's wrong with her?" soal Medina setelah Azrina sudah hilang ke dalam kelas 5 Ruby. Semua pelajar yang menyaksikan drama seminit Azrina sudah berlalu pergi.

"You know what?"

"What?" Medina menjungkitkan kening sambil memandang anak mata Daniel.

"She is crazy on me."

Raihan ketawa. Benar apa yang dikatakan oleh Daniel. Sejak tingkatan satu lagi, Azrina tergila-gilakan Daniel. Selalu hebahkan gosip bahawa dia dengan Daniel sudah bercinta namun sehingga kini tidak pernah dapat cinta Daniel. Quack quack quack!

"She looks funny when she is crazy on you," balas Medina dengan sengihan.

"But do you know that i'm crazy on you?" bisik Daniel dengan romantis. Pipi Medina berona merah akibat terkedu dengan bisikan suaminya.

"Kenapa crush aku tak pernah sweet macam Daniel?!" Tasha jerit kecil sambil hentak kaki masuk ke dalam kelas. Wajah Raihan dijeling tajam. Cemburu dengan hubungan Medina dan Daniel yang selalu penuh dengan romantis. Haish! Nak juga!

Raihan yang sedang minum air tersembur mendengar kata-kata Tasha. Nasib tak kena wajah Khairul kalau tidak basah muka Khairul dimandikan dengan air dari mulutnya.

"Crush kau dah merajuk tu. Pergi pujuk." Khairul menolak tubuh Raihan masuk ke dalam kelas. Raihan yang tidak bersedia hampir terjatuh lalu memusing badannya ke belakang menunjuk buku limanya ke arah Khairul. Tak guna.

Daniel mengenggam tangan Medina sekejap lalu lepaskan sebelum pelajar lain perasan akan hal itu. Lalu mereka berdua masuk ke dalam kelas dan sambung belajar. Segalanya telah pun ditontoni oleh seseorang.

"Mungkin aku buat silap pada awalnya, tapi itu tak bermaksud aku tak boleh memiliki kau," gumam seseorang lalu pergi.

***

BERITA yang digempar-gemparkan oleh pelajar tingkatan lima saat mendapat tahu bahawa pengetua akan bagi tiga hari untuk pelajar tingkatan lima meraikan detik-detik terakhir sebelum meninggalkan alam persekolahan. Yang menariknya hari ketiga membuatkan semua pelajar tingkatan lima tidak sabar iaitu Prom Night di dewan Orion iaitu dewan sekolah paling besar dan terlalu mewah untuk adakan acara seperti ini.

"Eeee aku tak sabarlah nak habis exam ni!" Tasha sudah mula aksi terujanya apabila berita tergempar itu heboh satu sekolah. Chicken chop di hadapannya dipotong dengan berhati-hati lalu menikmati dengan penuh selera.

Alisya hanya menggeleng kepala apabila melihat Tasha yang serupa orang tidak waras. Fish and chip terus dikunyah dengan perlahan.

"Samalah! Aku pun excited gila! Mesti banyak game yang gempak kan? Paling tak sabar prom night nanti. Eee nak dating dengan Khairul puas-puas lah!" Mia sudah mula berangan tentang Khairul pada malam prom night.

Alpha yang baru keluar dari bilik Alpha terus masuk ke Dewan Makan dan mencari gadis-gadis mereka. Setelah mendapat empat orang gadis yang kusyuk berbual sambil makan, mereka terus melangkah tanpa mempedulikan pandangan pelajar lain atau lebih tepat godaan. Rimas.

Baru saja Alpha mahu menyapa gadis mereka terus disapa oleh sekumpulan gadis cantik. Mereka mendekati Alpha dengan senyuman.

"Nanti you alls buat persembahan tak? I serious rindu nyanyian Alpha!" Maria mula bicara.

"Yeah, me too! Alpha pleaseee for our farewell!" Sokong seorang gadis tinggi lampai yang bernama Erika. Tangannya sudah mula menggedik menyentuh lengan Daniel. Fanatic.

"Eh, Alpha! Alpha!" Datang lagi sekumpulan gadis tingkatan empat pula. Mereka memberi pelbagai pucuk surat dan hadiah.

"Good luck SPM! Mesti you alls boleh jawab kan?"

"Maigod, nanti dah tak ada Alpha kat sekolah. Mesti sendu hidup kita without Alpha! Especially Raihan!"

Alpha sudah pening melihat sekumpulan pelajar gadis tingkatan empat dan lima yang mengelilingi mereka. Surat dan hadiah penuh di dalam pelukan akibat dipaksa terima tanpa rela. Serta merta keadaan di dalam Dewan Makan mula riuh kerana kehadiran Alpha disitu.

Medina melihat hampir semua pelajar gadis di dalam Dewan Makan menggerumuni di suatu tempat. Apa yang riuh sangat tu?

"Tu kenapa?" soal Alisya yang masih mengunyah makanannya. Medina hanya mengangkat bahu sebagai jawapan. Tak penting.

"Biasalah perempuan kat sekolah ni kan gila sikit kecuali kita yang masih waras duduk makan," celah Tasha. Medina menjungkitkan alisnya memandang Tasha.

"Macam salah je apa kau cakap tu. Pembetulan, kau tergolong dengan diorang sebab kau hampir gilakan Raihan. Hahahahaha." Tawa Alisya semakin kuat. Suka melihat wajah Tasha yang sudah cemberut itu.

"I love you, ALPHA!" Jeritan itu membuat keempat-empat gadis yang seronok menikmati makanan mereka menoleh ke arah kekecohan itu. Alpha? Mereka tak salah dengar kan?

"Oh my g-god!" Mia menghentak tangannya ke atas meja sambil berdiri. Maksudnya, Khairul di kelilingi gadis-gadis gika itu!

Tasha turut berdiri mencari wajah crush kesayangannya itu. Semoga masih suci lagi Raihan apabila kembali ke pangkuannya. Pelajar gadis di sekolah ini agak obses dengan Alpha. Ergh-

Alisya masih kaku di tempatnya. Dia pasti Harriz akan menjaga dirinya dengan baik. So, tak ada apa perlu dirisaukan, tiba-tiba...

"Aww, Harriz!" Seorang pelajar junior memeluk lengan Harriz. Berebut-rebut pelajar lain mendapatkan Alpha. Medina yang melihat Daniel dipegang sesuka hati oleh gadis lain terasa hatinya mula terbakar malah lebih berapi apabila melihat Daniel seakan redha diperlukan sebegitu. Tu suami aku bukan boyfriend korang! Aku tak nak poligami! ARGHHHH-

"TENGKU IZZ DANIEL!"


Promote :-
1. The Devil's Stare by nu3_jihah

2. COVID-19 by Hannaimagination

Support their story! 👆


So how this chapter?!
Even i kata i tumpukan kepada Hannah Nadhirah, tangan i degil nak update kat sini juga. 🙈💞

To unlock next chapter; do
120 votes | 30 comments

PLEASE SCROLL TO NEXT PART!
IMPORTANT ABOUT BADBOY!
I BEGGING YOU 😭❣️




To be continued...












Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro