44

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"TENGKU IZZ DANIEL!"

Satu Dewan Makan terus sunyi sepi malah bunyi cengkerik pun tidak kedengaran. Semua terkejut dan kaku di tempat masing-masing. Pekerja di Dewan Makan turut berdiri kaku akibat jeritan itu. Mia, Tasha dan Alisya yang berdiri memandang Medina yang sedang menggengam buku limanya erat. Terasa aura bad girl berasap keluar dari diri Medina.

Alpha memandang keempat-empat gadis mereka yang bermasam muka terutama sekali Medina. Peminat-peminat Alpha mencari pemilik jeritan itu lalu terpandang Medina yang berubah seperti Maleficent. Botol air mineral yang berbaki suku digenggam oleh Medina dengan kuat sehingga pecah dan melimpah air mengalir.

Medina berjalan ke arah Alpha diikuti rakan-rakannya yang lain. Tiba sahaja di hadapan peminat Alpha, Medina tersenyum sinis lalu berkata, "Dasar bodoh." Satu jelingan tajam bak helang dihadiahkan untuk para peminat Alpha serta ahli Alpha terutama Daniel.

Gulp!

Air liur yang ditelan oleh Daniel terasa kelat. Junior yang sedang memegang lengannya terus ditepis kasar. Medina terus berlalu pergi keluar dari Dewan Makan.

"Sampah."

"Miang."

"Gila!"

Usai berkata sebegitu tiga sahabat Medina turut mengekori langkah Medina yang sudah jauh di hadapan. Wajah ahli Alpha langsung tidak dilihat. Benci, geram dan lain-lain!

"What's wrong with them?" omel salah seorang peminat Alpha.

"Biasalah dengki. Bitches."

Alpha yang dengar kata-kata dari peminat mereka terasa berbahang saja rasa. Tiada adab!

"Korang boleh berambus tak? Rimas aku dengan sekumpulan orang gila."

"Tu ah, gatal. Tak ada rasa malu ke dalam diri tu? Tak ada maruah eh?" Sokong Raihan. Daniel hanya tersenyum sinis. Terus kumpulan peminat Alpha terkedu.

"Apa berkumpul ni? Kalau nak makan, cepat. Masa rehat tinggal sepuluh minit aje. Bersurai!" Firman selaku Ketua Pengawas membubarkan kumpulan peminat Alpha. Tanpa berkata apa-apa Alpha terus melangkah pergi dengan perasaan sebal dan risau.

Satu sahaja niat di hati setiap ahli Alpha iaitu misi memujuk gadis kesayangan mereka! Jika tidak, bumi akan terbalik akan amukan mereka! Lagi-lagi ketua sekumpulan gadis itu tidak lain tidak bukan Tengku Medina Iris.

"Mampuslah aku!" Khairul memicit pelipisnya. Tidak pernah rasa begini dengan Mia. Dia sudahlah tidak reti bab memujuk. Hatinya beku sangat.

"Bukan kau je. Kitaorang pun," ujar Harriz seraya menyerabutkan rambutnya. Satu keluhan dilepaskan dengan kasar. Raihan hanya senyap malah sedang berfikir cara untuk memujuk crush dia iaitu Tasha.

"Tapi aku rasa... Daniel lagi teruk." Harriz menjeling Daniel di sebelahnya.

"Itu memanglah. Medina kan? Tak dengar dia menjerit tadi? Aku harap kau kuat, bro." Raihan menepuk bahu Daniel perlahan memberi semangat. Semoga tabah menjalani ujian gadis.

***

KES di Dewan Makan dua minggu lepas masih berlarutan sehingga hari ini iaitu hari terakhir menduduki peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia. Ahli Alpha sudah bingung kerana semua jalan mereka untuk pujuk gadis-gadis menemukan jalan buntu. Dua minggu mereka tidak bertegur sapa malah mereka terlalu sibuk fokus terhadap peperiksaan.

Daniel lagilah teruk. Di rumah, Medina dingin sedingin iceberg di Antartika malah siap pindah bilik ke bilik lama Daniel iaitu bilik kedua. Hampir setiap malam Daniel meracau memikirkan tentang isteri tercintanya.

Alpha lepak di bilik studio mereka selepas tamat sahaja peperiksaan. Mereka ingin meraikan hari terakhir mereka sebagai kumpulan Alpha di sekolah ini. Di dalam bilik inilah penuh dengan kenangan. Masih ingat lagi saat Alpha Band famous pada usia mereka 14 tahun. Pengetua yang kagum terus sediakan satu bilik khas untuk Alpha agar boleh berlatih yang terbaik untuk sekolah mereka dalam bidang muzik.

Selepas ini, mereka tidak akan tahu apa yang bakal berlaku terhadap bilik ini. Entah akan jadi stor atau jadi bilik terbiar. Kerana pihak sekolah langsung tidak memerlukan sebarang stor atau bilik khas memandangkan semua sudah mengcukupi.

"I will miss you, wall!" Raihan mencium dinding bilik itu lalu peluk sambil mengangkat kakinya. Huwaaa!

Khairul yang melihat telatah Raihan hanya menggeleng kepalanya perlahan. Memanglah sedih tapi Raihan ini terlaly over. Menyampah pula tengok!

"Okay guys. Stop it. Ni semua tak penting. Yang penting dua minggu Isya tak cakap dengan aku. DUA MINGGU!" Harriz menekankan perkataan dua minggu. Frust. Tidak tahu bagaimana mahu memujuk hati Alisya.

"Bukan kau sorang je, bro. Aku pun." Khairul memejamkan matanya lalu bersandar pada sofa. Sakit kepalanya. Bayangan Mia mula muncul di mindanya. Terasa rindu akan celoteh gadis comel itu. Hurm.

"Niel, takkan kau langsung tak dapat pujuk? Duduk satu rumah kan? Serius?" Raihan menyoal Daniel yang hanya berdiam sejak tadi. Daniel membalas dengan anggukan perlahan.

Khairul mencengkam rambutnya seraya berkata, "Aku dah buntu. How nak pujuk diorang semua ni? Aku bukan pandai pujuk. I'm not a material boyfriend yang semua gadis impikan! I'm a bad boy, man!"

Harriz mengangguk kepalanya perlahan tanda sokong akan penyataan yang dikatakan oleh Khairul. Mereka bad boy bukan girly boyfriend yang semua anak dara impikan! Alpha terserlah dengan perangai nakal, gila, berlagak, poyo dan seangkatan dengannya.

"Agree, but..."

Semua menoleh ke arah Daniel yang sedang meneguk air coca cola di penjuru sofa.

"... kalau tak pujuk. Nak hadap kedinginan diorang? Korang tak apalah. Aku dengan Dee dah kahwin," sambung Daniel perlahan dan mendatar. Adal betul juga yang dikatakan oleh Daniel. Haih...

"Aku ada plan!" Setelah beberapa minit mereka termenung, Raihan mengejutkan mereka dengan riak teruja. Raihan tersengih-sengih menayang barisan giginya yang cantik. Ahli Alpha yang lain berkerut melihat Raihan yang agak.... Pelik?

"Plan apa?"




***






"GIRLS!"

"Yes, Tasha?" Mia membalas.

"Nak beli baju apa untuk tiga hari tu? Aku buntu lah!" Tasha menguis nasi di dalam pinggannya menggunakan sudu. Kini, mereka berada di sebuah restoran yang terletak di dalam sebuah pusat beli-belah Kuala Lumpur.

"Buat apa nak beli baju untuk tiga hari? Cukuplah beli untuk Prom Night tu," jawab Alisya lalu satu sudu spaghetti bolognese ke dalam mulutnya. Hurm sedap!

"Entah kau ni."

"Hehehe manalah aku tahu. Nak cari baju sukan pula satu hal. Korang pakai jenama apa? Adidas? Nike? Or..."

"Adidas jelah, girls. Warna hitam okey?" Medina memberi cadangan. Kalau sukan, dia lebih gemar guna Adidas dan warna hitam atau putih. Tetapi, memandangkan mereka akan jalani pelbagai aktiviti lebih memilih warna hitam agar tidak cepat kotor.

Alisya dan Mia hanya mengangguk setuju. Mereka tidak peduli tentang baju sukan atau apa. Di dalam kepala mereka kini memikirkan dress untuk majlis Prom Night.

"Tapi tak akan indah malam tu tanpa dia..." Tasha mencebik bibirnya yang berwarna merah jambu itu. Ketiga-tiga gadis yang sedang mengunyah makan terasa kelat apabila menelan kunyahan itu. Hurm.

"Tak perlu fikir pasal diorang. Malam tu kita je enjoy, okey? Diorang pun sekarang bukannya kisah pasal kita," omel Medina dengan senyuman senget. Jauh di lubuk hatinya, dia rindu belaian Daniel namun tembok ego dan amarahnya terlalu tinggi. Dia masih marahkan akan hal dua minggu lalu!

Terus Tasha, Mia dan Alisya tersenyum manis apabila mendengar kata-kata Medina. Peduli apa? Enjoy tanpa Alpha pun okey juga!

"So girls, tunggu apa lagi? Makan cepat and shop-pp-pinggg!" Mia menjerit girang tanpa mempedulikan pelanggan lain yang memandang dirinya.

Pada hari itu, keempat-empat orang gadis bergembira membeli belah tak ingat dunia. Dah habis peperiksaan lah katakan! Enjoy!











Promote
Saudade by eyyytwieso
(support her!)




What's up?!
Raihan ada plan apa tu??
Gosh!

2 minggu berdingin kau.
Hang rasaaaa?!

To unlock next chapter, do;
40 comments | 110 votes








To be continued...












Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro