BR 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

"Ara! Mia! Cepat siap. Emir ngang umi dia sampa doh ni." laung nek wan setelah melihat kereta Honda Civic hitam yang dipandu Emir memasuki perkarangan rumahnya.

Nek wan menanti ketibaan dua orang itu di beranda rumahnya.

"Assalamualaikum Mak Mek Ah." Ucap Puan Masyitah.

"Hoo, marilah naik dulu. Nek doh buat air. Mari minung-minung dulu." Pelawa nek wan.

Puan Masyitah dan Emir akur akan pelawaan nek wan itu.

Setelah beberapa ketika, mereka berbual di ruang tamu barulah dua gadis sunti itu keluar dari bilik mereka. Kedua-duanya sudah siap berpakaian rapi.

"Emir pergi tolong masukkan beg Ara dengan Mia dalam bonet."

Mia dan Bella mengekori Emir ke kereta untuk meletakkan beg mereka berdua.

"Ara, jaga diri elok-elok. Jangang nakal. Belajo beto-beto." pesan nek wan sebaik sahaja Bella mencium tangannya. Pipi dan dahi Bella dikucup penuh kasih oleh nek wan. Tubuh Bella juga dipeluk kejap.

"Mia pung sama ye." Nek wan sudah tidak mampu berkata-kata. Air matanya mulai gugur. Dia mengulangi perbuatan yang sama terhadap Mia biarpun Mia bukanlah cucu kandungnya tetapi dia sudah mengenali Mia sejak kecil lagi. Kasihnya sudah lama melimpah buat Mia.

Bella dan Mia juga tidak dapat meluahkan kata-kata apabila mereka juga menahan sebak yang sama. Meninggalkan nek wan di usianya yang semakin meningkat, amat memilukan. Ditambah pula dengan nek wan yang tinggal di kampung sendirian merisaukan hati mereka. Puas kali diajak tinggal bersama namun nek wan menolak kerana hati tuanya tidak mahu meninggalkan rumah kesayangannya. Begitulah orang tua memang selalu keras hatinya.

"Kami pergi dulu ya nek. Nanti Ara dengan Mia datang lawat nek wan lagi." ujar Bella sebelum dia dan Mia masuk ke tempat duduk penumpang kereta milik Emir itu.

"Bye-bye nek. Hati-hati!" ucap Mia pula sambil melambaikan tangannya.

Tak banyak yang mereka bualkan sepanjang perjalanan dari Kampung Setiu ke Kuala Terengganu yang hanya mengambil masa satu jam lebih itu. Hanya Puan Masyitah sahaja yang banyak menyoal Mia dan Bella mengenai perihal pelajaran dan aktiviti mereka sepanjang berada di Terengganu.

Selama berada di dalam kereta itu, Mia sedikit kegelisahan setiap kali dia dan Emir berlaga anak mata melalui cermin pandang belakang kereta. Mujur sahaja Bella tidak perasan kerana dia rajin menjawab pertanyaan Puan Masyitah.

Lega Mia apabila kereta yang dinaiki itu telah pun selamat sampai di hadapan rumah sewanya.

"Emir, apa tunggu lagi tu. pergi tolong keluarkan beg." arah Puan Masyitah apabila Emir masih tidak bergerak daripada tempat duduknya.

"Ya, umi."

Mia dan Bella tersenyum mendengar respon Emir terhadap uminya.

"Mia sini kejap."

"Ada apa achik Sitah." Mia mendekati Puan Masyitah yang berada di dalam kereta. Mia membongkokkan sedikit tubuh agar matanya selari dengan Puan Masyitah.

Puan Masyitah membelai pipi Mia dengan kedua-dua tangannya. Sungguh Mia terkejut dengan tindakan Puan Masyitah tetapi tidak pula Mia menghalang. Dia hanya kaku tidak tahu hendak berbuat apa.

"Mia jaga diri ya."

Mia hanya mengangguk dan tersenyum. Kelu lidahnya hendak menutur kata. Sudahnya Mia berlagak seperti tiada apa yang berlaku lalu membantu Bella mengangkat beg.

"Arghh sedihnya dah balik sini semula! Nak cuti lagi!" jerit Bella sebaik sahaja dia menghempaskan tubuh ke atas katil miliknya.

"Itulah. Rasa tak puas lagi duduk kampung dengan nek wan."

"Hah, balik pun!" sergah Humaira yang muncul di muka pintu bilik mereka.

"Arghhh!" Bergema rumah sewa itu dengan jeritan Mia dan Bella.

Humaira tidak dapat menahan ketawanya setelah melihat reaksi terkejut Mia dan Bella. Mujur yang dicampak oleh mereka hanyalah bantal. Kalau benda keras mahu cedera ni!

"Weh, bila kau balik? Asal bergelap je dalam rumah?" marah Bella. "Ni betul-betul kau ke Humaira? Bukan jelmaan atau yang menyerupai eh?" sambung Bella lagi. Suaranya jelas ketakutan. Perlahan-lahan Bella mendekati katil Mia.

Humaira menekan punat lampu bilik mereka agar cahaya menerangi bilik itu dan setiap wajah yang ada di dalam bilik.

"Akulah ni Humaira yang cantik. Aku baru sampai juga tadi dalam dua jam yang lalu gitu." Humaira berbaring di atas katil Syahira yang kosong.

"Mimpi apa kau balik awal ni? Selalu paling lewat?" sangsi Bella lagi.

"Haah Maira. Awal balik. Ada apa-apa berlaku ke?" soal Mia pula.

Humaira mencebikan mukanya yang sedang menahan rasa mahu menangis dan berlari memeluk lengan Mia.

"Korang! Aku tak nak kahwin!"

"Hah?" Terkejut beruk Mia dan Bella mendengar kata Humaira yang seakan tidak rela itu. Drama apa pulak kali ni!

"Cuba cakap betul-betul. Manalah kita orang nak faham kalau kau main cerita tengah-tengah macam ni?" arah Bella yang geram dengan penceritaan Humaira yang tidak lengkap itu.

"Mummy dengan daddy aku tulah. Tiba-tiba aku balik cuti midsem ni kan... Dorang kan... Ermm dia orang—" Humaira bercerita ragu-ragu.

"Eh, perempuan ni. Cerita betul-betul la. Sejak bila gagap pulak ni?"

"Eh, Bell! Sabarlah, bagi Maira ruang nak cakap."

"Hurmm..." Humaira menggumam jeritannya.

Mia dan Bella masih menanti bait-bait seterusnya dengan sabar meskipun mereka berdebar-debar menanti kebenaran yang bakal terbongkar.

"Dia orang nak tunangkan aku dengan anak kawan dia orang! Aku tak nak!" Humaira meluahkan ketidakinginan yang bersarang di hatinya sebelum kembali menyambung jeritan batinnya dengan menekup bantal ke mukanya.

"Whats?"

"Seriuslah?"

Sehati sejiwa pula soalan Mia dan Bella ini. Serius sahaja muka mereka memandang Humaira.

Namun wajah serius Bella tidak bertahan lama sebelum dia meledakkan ketawanya.

"Weh, seriuslah! Ada lagi ye zaman sekarang mak bapak jodohkan anak. Tapi yang lagi penting dah macam drama je cerita kau ni." kata Bella sambil menghabiskan ketawa yang masih bersisa.

"Janganlah main-main Bell! Aku serius ni tapi betullah apa yang kau cakap tu. Ni aku balik awal pun sebab aku protes tak nak tunang. Aku lari dari rumah ni." Masam sahaja muka Humaira. Jelas dia tidak bersetuju dengan cadangan mummy dan daddynya.

"Ish, siot drama TV3 pukul 7 ni! Anak orang kaya yang dijodohkan. Mula-mula tak mahu, lepas tu penuh dengan konflik but it's a happy ending when you guys fall in love with each other. Agak-agak ada perampas tak dalam hubungan korang nanti?" Bibir Bella mengukir senyuman paling manis sambil membayangkan Humaira yang menjadi heroin di dalam drama fantasinya.

"Eh, kenapa lari? Bincanglah elok-elok. Sian mummy dengan daddy risaukan Maira kalau tiba-tiba hilangkan diri." Mia cuba mendamaikan Humaira dengan ibu bapanya.

"Macam mana nak bincang Mia? Parent dah setuju sesama dia orang je. Tak bincang dengan kita orang pun. Alik-alik tahu dah tunang! Siapa tak sakit hati!" rengek Humaira tiba-tiba. Mujur dia tidak meraung kuat-kuat bila mengenangkan hatinya yang sakit parah itu.

Semakin kuat ketawa Bella beiringan dengan rengekan Humaira. Ikutkan Mia mahu juga tertawa tetapi ditahan kerana mahu menjaga hati Humaira yang sedang berduka. Lucu!

"Bella!" geram melihat Bella yang tidak henti-henti mentertawakannya. Humaira menepuk-nepuk bahu Bella.

"Eh, kejap! Jadi Maira sekarang ni tunangan orang ke macam mana?" Mia meminta kepastian. Keliru sekejap dia dengan kata-kata Humaira tadi.

Kini mata Bella dan Mia tertumpu kepada heroin drama mereka itu.

Humaira menggaru kepala yang tidak gatal. Mukanya resah ingin menjawab.

Dalam ketidakrelaan Humaira menunjukkan cincin belah rotan yang tersarung di jari manisnya.

Terbeliak mata dua gadis di hadapannya.

"Oh my god. Seriously?" Sungguh Bella tidak percaya apa yang dilihatnya.

Jari Humaira ditarik rapat agar mereka dapat melihat cincin tersebut.

"Cabut boleh tak?" pinta Bella.

Mikael

"Nama tunang kau Mikael eh?" Soal Bella lagi.

"Entah." Humaira turut melihat nama yang terukir di cincin tunangnya.

"Dah tu macam mana ni?"

"Ish, entahlah Mia! Tak boleh nak pikir sekarang. Sakit hati."

"Kalau macam tu nanti kita bincang ramai-ramai ya. Sekarang kita relax-relax dulu. Settlekan apa-apa yang patut."

Mia hanya membiarkan Humaira berbaring di katilnya sementara dia mengemas beg pakaiannya. Begitu juga Bella yang kembali ke katilnya. Harap mereka berempat dapat membantu Humaira menyelesaikan konflik yang dihadapinya dengan baik nanti.

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro