BR 44

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

"Syera, Humaira, mana yang lain?" soal Bella sambil mencari dua orang lagi geng mereka.

"Tak siap solat lagi kot. Tanya aku buat apa? Bukan dengan kau ke tadi?" Syahira mengesot sedikit ke belakang memberi ruang kepada Bella yang ingin menyempit di antara dia dan Humaira.

"Oh, eh! Haha aku ingat dah siap sebab lepas solat tadi aku berlari pergi tandas dulu." Malas berfikir panjang, Bella turut menikmati roti Gardenia perisa vanila yang dibeli di kedai serbaneka tadi.

"Haahlah! Aku pun nak pergi tandas jap." Syahira cepat-cepat menyerahkan buku nota dan alat tulisnya kepada Bella untuk dijaga sementara dia ke tandas.

"Ish, gelojoh!" Bella mengerling ke arah Humaira yang masih suram sejak semalam. "Maira, kau ada bagitau tak pasal ehem ehem kau tu dekat Kaira dengan Syahira?" Setelah lama Bella simpan akhirnya dia luah juga apa yang bermain di mindanya.

Humaira melepaskan lelah yang terbuku di hatinya sebelum menjawab persoalan Bella. "Belum. Tak sempat."

Memang tidak dapat dinafikan yang semalam mereka banyak habiskan masa dengan berehat atau lebih tepat tidur. Mungkin penat dengan perjalanan pulang ke universiti termasuk ingin menyimpan tenaga untuk masuk belajar semula setelah seminggu berehat.

Belum sempat Bella membuka mulutnya lagi, Mia dan Kaira muncul.

"Dah-dah! Jom masuk. Dah pukul dua. Dah boleh masuk lab." Nota, alat tulis serta jubah makmal sudah siap tersedia dipegangan Kaira dan Mia.

Mereka berlima masuk bersama-sama setelah Syahira kembali dari tandas.

•••

Semua pelajar Biodiversiti yang hadir di makmal subjek Biokimia petang ini sudah berkumpul di dalam kumpulan makmal mereka. Menanti arahan sebelum melaksanakan eksperimen seperti biasa.

Mungkin disebabkan ketegasan para pensyarah ketika mengajar, para pelajar kelihatan tenang di meja.

Masing-masing mengunci mulut apabila seorang gadis muda seakan baya-baya mereka mengambil mikrofon dan bersuara.

"Assalamualaikum semua. Saya wakil Dr. Khairi yang tak dapat hadir petang ini sebab ada appointment clinic. Doctor say sorry for the inconvenience. So, he send me and two others at the back untuk guide korang untuk eksperimen Protein Determination. Without further due, you guys may start the experiment and any questions can asks us. Oh, ya! Boleh panggil saya Najihah. Yang lelaki berspek tu Zul dan sorang lagi abang kerinting, Akmal. Terima kasih."

"Sorry cik. Bila kena submit? Dokter ada bagi date tak?" soal Thinesh yang mewakili rakan-rakan yang juga mempunyai pertanyaan yang sama.

"Nasib baik awak ingatkan saya. Before 12.00 pm." Senyuman dihadiahkan sebelum Najihah meletakkan mikrofon itu ke atas meja semula.

Eksperimen kali ini mereka akan mengkaji protein menggunakan kaedah analisa asid amino dan 'Bradford Method'.

"Biar aku dengan Syera ambik apparatus dulu. Lepas tu baru Bella, Mia dengan Humaira ambik samples." kata Khaira sebelum bergerak stesen aparatus.

Tanpa dipinta, Humaira mengambil distilled water manakala Mia sudah menyediakan nota eksperimen dan sekeping kertas kajang untuk mencatat permerhatian dan keputusan eksperimen mereka.

Setelah beberapa ketika, meja mereka telah lengkap dengan keperluan untuk memulakan eksperimen. Untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa yang hanya tinggal tidak lebih dari tiga jam sahaja, mereka membahagikan tugas. Di mana, Mia dan Humaira melaksanakan analisa asid amino. Sementara itu, Bella dan Khaira melaksanakan Bradford Method. Syahira pula akan mencatat setiap yang berlaku dalam eksperimen mereka.

Petang itu terasa begitu sekejap apabila eksperimen yang mereka jalankan itu memerlukan pemerhatian dan ketelitian dalam setiap sukatan agar mereka mendapat keputusan eksperimen yang baik.

"Eee stress betullah kalau buat eksperimen biochem ni. Results selalu je tak cantik." rungut Humaira.

"Biasalah. Nak buat macam mana. Experiment memang selalu ada errorkan. Sebab tu patutnya kena buat banyak kali tapi kita mana cukup bahan dengan masa untuk semua tu. Asal faham dan dapat buat sikit-sikit tu okeylah." kata Khaira sekadar berbasa-basi.

"So, kita balik teruskan. Tak pergi mana-mana. Ke ada nak singgah beli makanan?" celah Bella.

"....."

Masing-masing diam mendengar pertanyaan Bella.

"Emm balik teruslah. Aku penat sikitlah harini. Kita beli makanan dekat area rumah jelah ye." cadang Khaira. Sungguh dia terasa lesu hari ini. Maklumlah sudah lama berehat, badan mudah terasa letih apabila diminta bekerja semula.

"Okey!"

Yang lain setuju sahaja dengan cadangan Khaira kerana fikiran mereka juga sudah melayang pulang ke katil masing-masing.

•••

"Weh, sabarlah. Tunggulah aku." Kelam-kabut Khaira mengunci pintu jerigi rumah sewa mereka. Seram bila ditinggalkan sendirian di hadapan rumah mereka yang gelap itu kerana lampu jalannya rosak. Kebetulan pula, kedai makan Nasi Lemak Hijau di hadapan rumah mereka tutup pula hari ini.

Syahira hanya mentertawakan Khaira yang tidak dipedulikan Bella, Mia dan Humaira yang sudah maju perlahan-lahan ke kedai makan Mak Leha Tomyam. Lapar sangatlah tu sebab masing-masing menahan lapar sehingga selesai solat isyak.

"Itu sahaja ke ordernya." Budak yang mengambil pesanan mereka memeriksa sekali lagi pesanan mereka agar tidak ada yang tertinggal.

"Emm betul-betul." balas Syahira dengan yakin setelah yang lain mengangguk tanda setuju.

Kali ini mereka memilih meja yang agak jauh daripada televisyen dan di penjuru kedai bagi mencipta suasana privasi berbanding sebelum-sebelum ini. Hal ini kerana mereka ada sesuatu yang hangat ingin dibincangkan.

"So, Humaira nyatakan apa masalah terbesar kau sekarang? Aku dah lama tunggu ni. Cepat cerita!" desak Syahira. Hatinya sudah menjerit-jerit ingin tahu apa yang ingin disampaikan Humaira sehingga membuatkan Humaira tidak tenteram sejak pulang daripada percutian midsem kali ini.

Humaira menarik nafas dalam sebelum memulakan bicara. "Janji yang semua akan control suara okey!"

Tangan kanan perlahan-lahan menyorong sesuatu ke tengah meja.

Sebentuk cincin emas belah rotan yang bertahktakan beberapa butir permata itu menjadi perhatian.

Mia dan Bella hanya berlagak seperti biasa kerana mereka sudah pun mengetahui akan hal yang akan dibincangkan. Berbeza pula dengan Syahira dan Khaira yang ibarat cacing kepanasan kerana cuba menahan rasa teruja menyelubungi diri mereka. Mereka berdua mengambil cincin tersebut untuk melihatnya dengan lebih jelas.

"Wow! Jangan cakap yang Humaira bertunanglah masa midsem?" Mata Syahira bersilih ganti memandang cincin dan Humaira.

"Emmm." Mahu tidak mahu je Humaira membalas.

"Eh, takda khabar berita, bercinta! Tup-tup tunang. Langsung tak nak kongsi dengan kita orang. Sampai hati." rajuk Khaira. Sedih bila hal begini, Humaira langsung tidak berkongsi apa-apa dengannya.

"Eh, bukan macam tulah Khaira. Mai-."

"Maira apa?"

"Op! Op! Sabar Khaira. Maira bukan tak nak cerita tapi dia sendiri pun baru je tahu. Dalam erti kata lain parent yang jodohkan." tenang Mia menjelaskan situasi utamanya setelah Humaira tidak henti-henti menggoncangkan tangannya.

"Dan masalahnya sekarang minah ni dia nak protes pertunangan dia dengan lari dari rumah." bisik Bella.

"Whats??!"

"Reaksi korang sama macam aku dengan Mia semalam." kata Bella sambil tertawa.

"Jangan main-main! Cuba cerita betul-betul." pinta Syahira yang masih samar-samar dengan apa yang berlaku.

Humaira menghelakan nafas berat sebelum mula membuka mulut dan mencerita perihal yang berlaku.

Ternyata ibu bapa Humaira memang sudah lama berura-ura mahu menjodohkan Humaira dengan anak bujang kawan mereka, Mikael. Sejak Humaira tamat sekolah menengah lagi namun Humaira mengabaikannya kerana dia menyangka itu hanyalah angan-angan orang tuanya sahaja. Malah, hal itu terkubur beberapa tahun kerana Mikael menyambung pelajaran ke luar negara.

Humaira sungguh tidak menyangka yang mereka akan segera mengikat dia dengan Mikael apabila Mikael pulang bercuti seketika tanpa meminta kata persetujuan daripada mereka berdua. Mahupun memperkenalkan mereka terlebih dahulu. Katanya sesi perkenalan boleh sahaja dilakukan sebagai pasangan tunang. Oleh dek kerana bengang yang amat sangat, Humaira terus melarikan diri tanda protes. Buntu dibuatnya!

"Okey! Jadi sekarang macam mana? Kita nak buat apa? Eh, Maira nak buat apa?" soal Khaira kembali setelah mendengar keseluruhan cerita. Riak wajah risaunya terserlah.

"Itu yang sekarang ini, Cik Humaira kita ini nak minta tolong pendapat dan jalan penyelesaian daripada kita semua. Gituww!" jelas Bella sekali lagi tujuan mereka berkumpul malam itu sehingga menolak tepi semua kerja kursus yang menanti.

"......."

"Emm berat jugak ni." Syahira menggosok-gosok dagunya. Acah-acah sedang memerah otak.

"Hoo. Serius sangat muka masing-masinadik-adik manis nih. Makang lu ni makanang da sampa ni."

"Haa bang! Air kosong saya tak sampai lagi." Kata Khaira. Muka bengangnya cuba disembunyikan. Air kosong pun lambat nak hantar gumam hati kecilnya.

"Hoo ye ye. Kejap ye."

Mereka berlima perlahan-lahan menikmati makanan di hadapan mereka mengisi perut yang sudah berkerongcong daripada tadi. Mungkin selepas makan mereka akan dapat berfikir dengan lebih baik.

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro