chapter 38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Awak bila nak balik?" Tanya Firzana pada Aiman.

"Amboi, cepatnya menghalau saya.. kenapa? Tak suka saya duduk sini ke?"  Kata Aiman.

"Bukanlah, awak tu duduk sini lama lama tak de kerja ke kat KL." Kata Firzana pula. Dekat office tu takkan tak ada kerja kut.

"Ada.. tapi yang kat sini lagi penting " kata Aiman dengan senyuman.

"Apa yang pentingnya? awak ada projek ke kat sini?" Tanya Firzana polos.

"Awaklah yang penting tuh."

Firzana mengerutkan dahinya. Is this a pickuplined?

"Mengarut je tau." Kata Firzana sambil memandang sawah padi dihadapannya.

"Firzana." Panggil Aiman dengan suara yang perlahan.

"Erm."

"Awak tak nak kahwin dengan saya ke?" Tanya Aiman dengan nada yang kecewa.

"Kenapa awak tanya macam tu." Sejak bila aku kata aku tak nak kahwin dengan dia.

"Sebab awak macam nak tak nak je bila saya lamar awak hari tu." Kata Aiman.

"Itu apa yang awak sangka...bukan nya saya tak nak terima cuma saya masa tu masih terkejut.  Saya tau awak ajak saya kahwin sebab nak lindungi saya. Tapi bukan je masih terlalu awal untuk kita? Kita bercinta tak sampai sebulan and awak dah ajak saya kahwin." Terang Firzana panjang.

"Kan lebih indah kalau bercinta lepas berkahwin." Kata Aiman dengan suara yang.... hermm a little bit sexy but not to much. You know what i mean?

Firzana memandang wajah Aiman. "Iya tapi..." Firzana kesian melihat Aiman yang setia menanti jawapan yang keluar dari mulut Firzana.

"Fine." Kata Firzana. Aiman membuat wajah tanda tanya.

"Bila family awak nak masuk meminang?" Tanya Firzana.

"Hah?"

"Kata nak kahwin dengan saya.. kenapa? Dah ubah fikiran ke? Kalau dah ubah tak pe." Firzana bangun dari beranda itu dan berura ura mahu masuk kedalam rumah.

"Minggu depan!" Jerit Aiman bila Firzana sudah jauh dari dia.

Firzana terhenti. Dia membulatkan matanya kemudian dia berpaling pada Aiman.

"Minggu depan?"

🤔🤔🤔🤔🤔🤔🤔🤔🤔🤔🤔

"Ada apa hajat Dato Kamal dan Datin Qamariah datang ke rumah saya yang kecil ni?" Tanya Encik Zairi.

"Pak Daud ada ladang biri biri,
Pemburu menembak tapi tersasar,
Dari jauh kami datang kemari,
Kerana kami ada hajat yang besar." Kata Dato Kamal dengan senyuman.

Encik Zairi tersenyum, kalau pantun ni dah tau dah apa hajat dia.

"Singgah dikedai laksa nyonya,
Apakah hajatnya?"balas Encik Zairi

"Cantik memanjat pohon Ara,
Nampaknya cantik berseri laman,
Besar hajat kami tak terkira,
Hendak memetik bunga ditaman."

"Budak budak main sehingga senja,
Balik kerumah dengan comot sebadan,
Kami ibu bapa setuju sahaja,
Tapi kenalah tanya tuan badan."

Mereka tergelak kecil lalu memandang Firzana. Firzana yang sedar dia diperhati oleh orang ramai terus menundukkan kepalanya sambil menahan senyuman. Lalu terus mengangguk perlahan lahan. Acah acah perempuan melayu terakhir. Malu kucing-kucing.

"Alhamdullilah."

"Bilanya tarikh akad nikahnya."

😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶

"Selamat pengantin baru... semoga ke anak cucu bahgia..."

"Woi senyaplah." Firzana membaling bantal kecil kemuka Anis.

"Kau ni, aku nak happy happy pun kau tak suka. Aehh lusa kau nak kahwin tau." Kata Anis. Orang nak happy happy dia dah nak kahwin boleh pulak baling bantai busuk dia ni kat aku.

"Aku yang nak kahwin tapi kau pula terlebih happy."  Kata Firzana.

"Haihh aku happy lah sebab my best friend nak kahwin." Kata Anis lagi.

"Haa iya lah tuh." Kata Firzana lalu dia memjuligkan matanya keatas.

"Kau tak happy ke?" Tanya Anis pada Firzana.

"Happy je."

"Macam tak je. Aiman paksa kau kahwin dengan dia aeh?" Tanya Anis lagi.

"Aeh! Taklah." Kata Firzana.

"Habis tu?"

"Aku happy je tapi entahlah... mungkin aku nervous kut." Kata Firzana dengab senyuman nipis.

"Laaa dont be nervous... aku ada." Kata Anis lalu dia memeluk Firzana. Firzana tersenyum nipis lagi.

'Aku rasa tak sedap hati.'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro