chapter 39

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" kenapa pengantin tak sampai lagi?" Tanya Tok Kadi.

"Sekejap ya tok kadi saya cuba telefon mereka." Kata Encik Zairi.

"Baik baik." Encik Zairi menjauhi Tok kadi dan mengeluarkan telefon pintarnya.

Setelah beberapa kali menelefon, panggilan tidak dijawab.

Datin Qamariah yang tidak senang duduk juga disitu tidak berhenti menelefon anaknya. Anaknya itu degil nak datang sorang sorang. Naik sama sama tak nak.

Encik Zairi bergerak ke bilik dimana Firzana sedang berada. Encik Zairi mengetuk dulu pintu bilik Firzana sebelum membukanya.

"Abah.."

"Zana cuba kamu call si Aiman tu, abah call dia diorang tak dapat dapat." Kata Encik Zairi. Firizana mengangguk. Dalam hatinya sudah berdebar debar.

Hasilnya tetap sama, panggilan dari Firzana juga tidak dijawab.

Tiba tiba ada seorang lelaki yang termegah megah masuk kedalam rumah Firzana.

"Pak cik.. hah..hah..." kata Lelaki itu sambil menghirup oksigen.

"Kenapa ni? Sabar dulu.." kata Encik Zairi.

"Pe...pengantin lelaki." Kata Lelaki itu menjeda ayat nya.

"Pengantin lelaki? Kenapa dengan Aiman?"

"Aiman.. Aiman Accident!!"  Jerit lelaki itu. Firzana yang terdengar dari dalam bilik terus bangun dan keluar dari biliknya.

"A..apa?"

👰👰👰👰👰👰👰👰👰👰

Firzana berlari sepanjang laluan dihospital itu. Dengan baju kahwin yang belum ditukar, Firzana gagah membuka langkahnya dengan laju ke bilik kecemasan.

Sampai sahaja didepan pintu bilik Kecemasan. Doktor dan nurse nurse keluar dari bilik itu.

"Dok..doktor macam mana dengan tunang saya?" Tanya Firzana dengan cemas.

"Cik ni tunang kepada Encik Aiman ke?" Tanya Doktor itu.

Firzana mengangguk laju.

"Alhamdulillah Encik Aiman sudah  keluar dari zon krisis, hentakkan yang kuat dikepala menyebabkan Encik Aiman masih tidak sedarkan diri. Saya minta supaya cik banyakkan bersabar ya." Kata Doktor itu sebelum pergi dari situ.

"Ya Allah." Firzana terduduk diatas lantai.

Tiba tiba datang Datin Qamariah datang memeluk Firzana dari belakang.

"Maafkan Ummi zana, sepatutnya Umi tak bagi dia pergi sorang sorang." Kata Datin Qamariah.

"Ummi.. kenapa dengan Aiman Ummi? Kenapa sampai masuk ICU?" Tanya Firzana sambil menahan tangisan.

"Aiman kena langgar dengan lori semasa dalam perjalanan. Allah maha adil, dia berikan Aiman peluang lagi." Kata datin Qamariah.

Firzana hanya mampu menahan sebak. 'Ya Allah, kau sembuhkanlah Aiman.'

😿😿😿😿😿😿😿😿😿

Seminggu kemudian.

"Aiman.. bangun lah,  sampai bila awak nak baring kat sini? Saya... saya rindukan awak." Kata Firzana sambil melihat wajah Aiman yang pucat lesu.

"Aiman.. dah seminggu majlis kita dibatalkan. Bangun lah dan kahwin dengan saya. Awak kata awak nak jaga saya, awak nak lindungi saya, bangun lah Aiman, I need you." Kata Firzana sebelum dia mengelap air matanya.

"Zana.." panggil Datin Qamariah.

"Ummi"

"Zana bawa banyak sabar ya, zana doa banyak banyak supaya Aiman cepat bangun. Mudahan mudahan Aiman cepat sembuh." Kata Datin Qamariah. Dia juga tudak putus putus berdoa supaya anak lelakinya bangun. Sedih hati ibu melihat anaknya terbaring lesu diatas katil dengan wayar yang banyak.

"Ummi, Zana nak pergi solat Zohor dulu." Kata Zana.

🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗

Dalam perjalan ke surau, Firzana melihat sepasang suami isteri yang sedang menunggu giliran. Firzana tersenyum.

Firzana terus memgambil wudhuk dan solat hajat dan zohor.

Firzana singgah dikantin Hospital untuk membeli makanan sebelum pergi ke bilik Aiman.

Sampai sahaja didepan bilik Aiman, Firzana terkejut melihat Aiman diatas katil.

Aiman mengalihkan pandangannya pada Firzana. Datin Qamariah disitu pula tidak lekang senyuman dibibir.

"Ai..Aiman,  awak dah sedar.." kata Firzana lalu dia meluru masuk kedalam bilik dan bergerak ke arah Aiman.

"Aiman..." Firzana menyentuh wajah Aiman sambil tersenyum. Tiba tiba tangannya ditepis oleh Aiman.

Senyuman dibibir terus hilang.

"Aiman?" Tanya Firzana keliru.

Aiman melihat wajah Datin Qamariah kemudian dia melihat wajah Firzana dengan wajah yang buntu.

"Aiman?" Panggil Firzana sekali lagi.

"Kau siapa? Kenapa sentuh sentuh aku ni?" Kata Aiman.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro