04 | Nazliyana Nadwah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sorry, saya... Akmal. Afiq Akmal. Saya adik kepada angah, Afiq Arash. Dia yang suruh saya buat macam ni! Sorry..." Akmal meminta maaf pada Nazliyana. Free je aku jadi pendusta kata-kata harini! Depan masjid pula tuu!

Tak termampu Nazliyana untuk membalas kata-kata Akmal. Aku nak buat apa sekarang? Larikan diri? Tak dapat lari balik rumah, lari belakang masjid pun, jadilah.

Afiq tersengih segaris. Jadi, inilah Nazliyana Nadwah? Macam nak gelak je tengok muka cuak budak ni. Dalam surat, bukan main lagi ugut aku bagai. Dekat luar... rasanya tak berani manapun budaknya.

"Nak kena introduce formal ke?" Afiq meminta pendapat. Aizanky mengangguk setuju.

"Assalamualaikum... hai..." Afiq menutur.

Nazliyana masih tak mampu untuk beranikan dirinya dari mengubah pandangan yang memandang pokok mangga di kejauhan sana.

"Look... at me... when I'm talking."

Nazliyana tersentak. Terkejut mendengar suara dingin Afiq. Seram! Perlahan-lahan, dia akhirnya berjaya juga membawa pandangannya ke wajah Afiq. Air liur berpasir ditelan.

"Hai. Saya, Afiq Arash Zuhairi..." Afiq melangkah setapak ke depan, mendekat pada Nazliyana.

Nazliyana automatik cuba menapak ke belakang, namun badannya sudah pun tersandar pada badan kereta.

Afiq tersengih sendiri. Dia bongkokkan badannya, lalu wajahnya didekatkan ke muka Naz. "Your... official... future... husband..." Perkataan-perkataan itu disebut satu persatu, dengan amat jelas. Lalu dia tersenyum sinis pada Naz.

Mata mereka bertentang. Naz cuba menelan saliva, namun tekaknya terasa kering. Dia ni... betul-betul bakal suami aku ke? Boleh tak, kalau minta Pak Cik Zuhairi dengan Mak Cik Wahidah tukar ja pengantin lelaki? Akmal is a super good candidate though! 100%, better!

"In about a few minutes from now... me-you... hubby-wifey..." Afiq Arash menambah, sengaja nak takutkan Nazliyana yang jelas terlihat cuak benar.

Afiq berpaling, lalu terus melangkah ke perkarangan masjid, meninggalkan Nazliyana terkedu terbisu. Aizanky dan Akmal mengikut jejak si pengantin lelaki.

"Kak... itu baru betul, bakal abang ipar idaman aku." Diyana tersenyum.

Naz mencebik. Tapi, itulah jenis manusia yang aku sangat takut! See? Aura dia dah macam suhu level-level peti ais! Tahap beku!

Encik Azizan, Puan Siti, Puan Wahidah dan Encik Zuhairi... ibu bapa kepada pasangan pengantin terlihat sedang berbual mesra di pintu masjid.

Nazliyana mengatur langkah ke arah mereka. Tak sekalipun lengan Diyana dilepaskan. Asyik nak terjatuh je bila berjalan. Semuanya disebabkan kasut tumit tinggi inilah! Kasut yang memang aku tak pernah suka, tak pernah aku rasa selesa sewaktu memakainya.

Sejurus tiba, tangan Puan Wahidah disalami Nazliyana dan Diyana. Sempat mereka berbual kecil, sebelum diarahkan oleh pegawai masjid untuk masuk ke dalam. Pegawai yang dimaksudkan ialah, abang Nazliyana sendiri... iaitu imam masjid qariah mereka.

Sejurus semua tetamu masuk ke dalam masjid, Amar si imam muda... mengarahkan Nazliyana untuk duduk di hadapannya. Bersebelahan Afiq Arash.

Naz sekadar menurut. Jantungnya bekerja kuat, mengepam darah ke otak. Oksigen, oksigen. Sabar Naz. Rabbi yassir walaa tu'assir... rabbi tammin bilkhair. Sekeping hatinya dipujuk untuk bertenang.

"Okey, memandangkan semua yang berkeperluan dah ada, dah cukup... jadi boleh dahlah kan, kita mula majlis?" Amar bertanya, dan diiyakan oleh seisi masjid.

"Assalamualaikum semua..." Kedengaran salam diberi Amar bersambut baik, "Waalaikumsalam..." oleh para hadirin.

"Berkumpulnya kita semua hari ini, ialah untuk sesi akad nikah pasangan pengantin, Afiq Arash Bin Zuhairi, dengan Nazliyana Nadwah Binti Azizan, iaitu adik saya sendiri."

"Sebelum kita teruskan majlis... saya nak minta pasangan pengantin pandang muka... pandang mata bakal isteri, bakal suami." Pinta Amar.

Terdengar suara ahli-ahli rombongan berbicara sesama sendiri. Tak kurang, ada juga yang tersenyum-senyum.

Afiq tersengih. Lalu dia memandang ke sebelah kirinya. Terlihat Nazliyana yang masih menunduk, memandang lantai.

Nazliyana mencebik. Apakah ini? Malulah aku!

"Yana... tengok muka bakal laki hang." Arah Amar.

Nazliyana pandang ke wajah abangnya, "Ish... tak payahlah!" Marah Naz perlahan.

Tertawa para tetamu melihat telatahnya.

"Tak payah apanya? Sunat tengok muka bakal pasangan sebelum akad nikah. Cepat, tengok. Hang tak tengok, duduklah hang sini sampai bila-bila. Nak?" Ugut Amar pula.

Nazliyana mencebik. Fine... fine. Matanya dibawa sekilas memandang ke muka Afiq. "Okey, dah." Dia memandang Amar kembali.

Afiq terkedu. Ayte? Macam kilat je dia pandang aku? Tak sempat perasan apa-apa, tetiba dah hilang?

Amar geleng kepala. Yana... Yana... "Tu bukan tengok. Yang tu, hang CURI tengok. Orang bagi peluang kat hang ni untuk tengok dia. Perhati elok-elok. Aku kira, 5 saat. Pandang dalam mata pasangan, 5 saat."

Bakal mempelai akhirnya akur.

"Satu..."

Mata Naz... warna coklat keemasan. Cantik.

Mata Afiq agak kekelabuan. Macam pak! Okey! Jangan pandang lelama! Takut!

"Dua..."

Hidung Naz... tak berapa tinggi. Kecil je. Hahaa... comel.

Hidung Afiq... ya ampun! Tingginya! Ini memang betul hidung tinggi! Sombong ke tak... itu tak pasti.

"Tiga..."

Mulut Naz... ya Allah! Kecilnya! Geram je aku tengok! Comel sangat!

Mulut Afiq... hmm... biasa je? Nak cakap merah, tak sangat. Tapi, warnanya tak berapa gelap. Mungkin, bukan perokok tegar? Mung... kin?

"Empat..."

Cantik juga Nazliyana ni. Comel je muka.

Muka Afiq, macam hensem. Tapi, scary...

"Lima. Okey dah... so, hampa yakin nak kahwin?"

Soalan Amar dijawab sekadar dengan senyuman oleh pasangan pengantin.

"Jadi... nak kahwin, kenalah test dulu. Tak lulus ujian, tak jadi saya nak uruskan majlis ni. Cemana Afiq? Berani dak?" soal Amar pada Afiq.

Afiq membalas dengan senyuman kelat, lalu "In shaa Allah..." dia berkata.

"Nasib baik dia jawab in shaa Allah. Kalau kata dia jawab, 'boleh, boleh', saya ingat nak bagi soalan susah sikit. Sebab dia jawab 'in shaa Allah', saya bagi soalan senang jaa." Amar tersenyum pada Afiq.

"Macam yang kita tahu... solat ialah tiang, pasak hidup seorang mukmin dalam sehari-hari. Dan surah al-Fatihah ialah salah satu daripada 5 rukun qauli dalam bacaan solat. Rukun qauli maksudnya... bacaan kita tuu, perlu didengari oleh telinga kita sendiri, tetapi, tidak pula ianya terlalu kuat sehingga mengganggu orang yang di sebelah."

"Syarat sah rukun qauli ni pula... kita kena jaga makhraj huruf, tasydid dan bacaan kita dengan teliti. Hak setiap huruf, hak setiap ayat, pastikan semuanya dapat hak masing-masing dalam kita menjaga bacaan kita tuu." Jelas Amar.

"Jadi Afiq... saya nak minta, tolong baca surah al-Fatihah... macam yang kamu baca dalam solat. Boleh?"

"In shaa Allah. Saya, cuba." Afiq menjawab, dengan senyum gementar.

Afiq berdeham terlebih dahulu. Kemudian, dia melafas ta'awuz, lantas diikuti surah al-Fatihah sendiri, yang diawali oleh basmallah.

Terkesima, terpukau, terpesona juga Nazliyana mendengar suara Afiq mengalunkan al-Fatihah. Merdu...
Bacaan dari Afiq berakhir dengan baik, pada pendapat Nazliyana.

"Alhamdulillah. Tak dak kesalahan besar pada bacaan Afiq. Sebutannya, makhrajnya, tasydidnya baik. Tajwid pun, alhamdulillah baik. Yang kita dengar Afiq baca tadi, dia washalkan bacaan ayat pertama, kedua dan ketiganya sekaligus, kan? Washal al-Fatihah dalam solat, hukumnya adalah harus. Jadi, betul. Tak ada kesalahan di situ."

"Cumanya, Rasulullah S.A.W membaca al-Fatihah secara waqaf kesemua ayatnya. Jadi, adalah afdal untuk kita membaca al-Fatihah secara waqaf sewaktu dalam solat. Alhamdulillah... Afiq... lulus dah test. Ready dah kaa ni, nak kahwin?" Amar tersenyum lebar pada Afiq.

Afiq hanya tersenyum kecil, tanpa sebarang jawapan.

Dan...

"Aku nikahkan engkau Afiq Arash Bin Zuhairi dengan anakku, Nazliyana Nadwah Binti Azizan dengan mas kahwinnya seribu ringgit, tunai." Ijab dilafaz.

"Aku terima nikahnya Nazliyana Nadwah Binti Azizan dengan mas kahwinnya, seribu ringgit, tunai..." Qabul membalas.

"Sah..."
"Sah..."
"Alhamdulillah..."

Termeterai perjanjian mereka berdua pada tengah hari itu bersama selafaz akad nikah.

https://www.youtube.com/watch?v=Ehm4HLnr-FQ

It's a new dawn
Its a new day
Its a new life
For me~
And I'm feeling good~

Afiq tersenyum lega. Alhamdulillah. Ya Allah... aku percaya, perancangan Kau adalah yang terbaik untuk aku. Aku yakin, Nazliyana ialah jodoh yang sudah Kau tuliskan di Luh Mahfuz-Mu untuk diriku. Maka aku bermohon, peliharalah masjid kami... permudahkanlah urusan kami berdua suami isteri, sabarkanlah hati kami, bimbinglah jiwa kami ya Allah dalam menempuh fasa hidup baru ini. Allahumma aameen...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro