05 | Baraka Allahu Lakuma

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aizanky memasuki kereta Mazda Sport RX8 milik Afiq. Dia akan memandu kereta dari masjid ke rumah kenduri pihak perempuan.

Diyana pula ambil tempat di sebelah Aizanky. Dia akan menjadi pengapit untuk kakaknya hari ini.

Afiq dan Nazliyana, bagaikan pasangan raja dan permaisuri, bersemayam di singgahsana belakang, berduaan.

Untuk memudahkan majlis, pihak perempuan tak akan melakukan perarakan menyambut rombongan lelaki tiba. Sebaliknya, mereka akan berarak bersama-sama sahaja.

Mereka parkir kereta jauh sedikit dari kawasan rumah kenduri. Ahli keluarga lain yang di rumah telah dimaklumkan mengenai ketibaan mereka.

Turun je dari kereta, meriah terdengar suasana. Ada yang bergelak ketawa, ada yang melaung kuat memberi arahan pada ahli rombongan. Ada juga yang berebut-rebut nak tolong bawa hantaran pilihan.

Sudah pukul 12.15 minit tengah hari. Bahang panas amat terasa. Diyana lap peluh yang mula memutik di dahi Nazliyana. Afiq sekadar bersembang dengan Aizanky.

"Diyana... Aizan..." Wahidah datang membawa dua kaki payung berwarna teal, lalu diserahkan kepada pengapit berdua.

Dua minit berlalu, "Eyh pengantin. Tunggu apa lagi? Cepatlah kepit tangan. Kita nak bergerak dah ni." Wani memberi arahan.

Wani ialah adik bongsu Afiq, merangkap jurugambar rasmi pada hari ini. Statusnya baru sahaja ditambah menjadi 'adik ipar Nazliyana' sebentar tadi.

Nazliyana diam membatu. Kepit... tangan? Macam... pasangan kekasih? Err...

Afiq memandang Nazliyana yang berdiri tak jauh dari dirinya. Dia berjalan menghampiri Naz, lalu tangan kirinya diangkat sedikit, memberi ruang untuk Nazliyana menyelit tangannya.

Nak tak nak, Naz terpaksa akur. Seram sejuk guys!

Perarakan pengantin diiringi bunyi paluan kompang dari set speaker. "Mengumumkan, ketibaan pasangan mempelai yang kita raikan, Nazliyana Nadwah Binti Azizan dan pasangannya, Afiq Arash Bin Zuhairi."

Pastinya, mata para tetamu ligat memerhati sekeliling, mencari kelibat pasangan pengantin.

Nazliyana memaut lengan Afiq kukuh. Dah dua kali dia rasa macam nak terjatuh. Sungguh! Nazliyana rasa macam nak lari sembunyi je sekarang! Takut ada, malu pun ada! Ikut hati, aku pakai sandal juga kang satgi!

Afiq di sisi Naz mencuba untuk mengawal riak wajahnya agar terlihat setenang mungkin.

Setibanya mereka di hadapan DJ Zabidi, iaitu abang ipar Nazliyana sendiri... mereka diarahkan untuk berhenti seketika untuk sesi bacaan doa.

"Bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah penentu segala rezeki, takdir dan jodoh. Kami bermohon, Engkau kurniakanlah kebahagiaan kepada pasangan mempelai ini."

"Kurniakanlah juga kesabaran serta kekentalan hati kepada mereka dalam menempuh kehidupan yang baru. Kurniakanlah mereka zuriat keturunan yang soleh dan solehah."

"Baraka Allahu lakuma wa baraka 'alaikuma, wa jama'ah baina kuma fee khair. Mudah-mudahan Allah memberkati pasangan mempelai, dan semoga Allah himpunkan kamu berdua suami isteri dalam amal kebajikan."

"Allahumma aameen..." Bacaan doa diaminkan bersama-sama.

"Sekarang, diminta agar pasangan pengantin ke meja makan, untuk bersantap. Rombongan dari pihak lelaki juga dijemput makan bersama. Dulang hantaran, boleh serah ke dalam rumah."

Terlihat ahli rombongan menyerahkan hantaran kepada mereka-mereka yang berdiri di pintu rumah.

"Mana yang nak ambil gambar dengan pengantin, dimohon bersabar menunggu. Kesian pengantin, lapar. Silalah, makan dahulu ya..."

Acara makan beradab berlangsung. Lagu Baraka Allahu Lakuma dari Maher Zain berkumandang dari set speaker.

https://www.youtube.com/watch?v=mHpTdsBbYRM

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together

We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Nazliyana cuba memaniskan wajahnya dengan senyuman. Senyum kambing semata. Walaupun perutnya awal tadi berasa lapar, namun disebabkan rasa cuak jalan berkepit tangan dengan Afiq tadi, terus menghilangkan selera makannya.

Lain pula dengan Afiq. Salah satu menu istimewa untuk pengantin iaitu udang galah masak lada sos tiram yang tak pernah dirasanya, berjaya memikat selera makannya. Memang sedap habis!

Let's raise our hands and make du'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

"Fiq... suaplah Naz..." Satu suara sumbang memberi arahan. Suara siapa lagi kalau bukan suara, Aizanky.

Nazliyana yang sedang menunduk untuk memeriksa kondisi kasut tumit tingginya pada waktu itu... terus mengangkat wajah ke hadapan lalu dibawa ke sebelah kanan, memandang Afiq.

Afiq muka tak berperasaan, namun tiga saat kemudian, bibirnya mengukir sengih nakal. Semuanya gara-gara terpandangkan mata Nazliyana yang membulat besar. Budak ni cuak sebab orang suruh suaplah tu!

Tangan kanan Afiq menjemput sesuap nasi dari pinggannya, lalu dibawa ke mulut Nazliyana. "Say aaa..." Senyum lebar menghiasi wajah Afiq.

Nazliyana berasa teragak-agak. Perlu ke buat aksi-aksi romantik ni semua? Tak perlu, kan!

Para jurugambar... rasmi dan tidak rasmi di sekeliling meja dah bersedia dengan kamera masing-masing.

Nazliyana telan liur pahit. Rasanya, ini kali pertama seorang lelaki yang 'bukan ahli keluarga' akan suapkan aku makanan, macam ni. Tapi... dia, suami aku. Jadi, dia, ahli keluarga aku jugalah, kan? Dengan berat hati, Nazliyana akhirnya membuka mulutnya untuk disuap oleh Afiq.

Barakaallahhu lakuma
Wa baraka 'alaikuma
Wa jama'a baina kuma fii khair
Barakallahhu lakuma
Wa baraka 'alaikuma
Wa jama'a baina kuma fii khair

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro