06 | Bukan Di Sini

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Naz, segak betul laki hang." Atirah memuji suami Nazliyana, iaitu Afiq.

Nazliyana muncung bibir. "Tapi, aku tengok muka dia tu, macam muka player ja. Cemana ni?"

"Eyh ko. Itu bukan muka player. Itu namanya, hensem tahap dedewa, you know?" Atirah menyebelahi Afiq. Itu manusia di bawah kategori hensem, macho lagi kacak, okey!

Nazliyana juling mata. Eyh..? Baru pagi tadi dia kutuk, cakap si Afiq orang tua 40 tahun, gigi tak ada bagai. Tengah hari ni, dah jadi hensem tahap dedewa? Eyh..?

Naz pandang sekeliling. Dilihatnya, tetamu bersilih ganti datang dan pulang. Akhirnya tetamu yang ditunggu tiba apabila, "Nazliyana!" Terdengar paduan suara kuat melaung.

Naz tersenyum lebar. Geng sekolah dah sampai!

"Selamat... pengantin baru..." Mereka berenam yang baru tiba menyanyikan lagu lagenda dendangan Allahyarhamah Biduanita Negara Saloma.

Nazliyana bersalaman dengan Fara, Ella, Dila dan Ada. Dia sekadar mock salute kepada Amir dan Arill.

"Naz... tak sangka dalam ramai-ramai geng kita, hang orang pertama kahwin. Terkejut gila weyh!" Fara berkata, lalu dipersetujui oleh yang lain.

"Yang penting sekarang, Naz... kali ni giliran hang pula untuk terkejut. Sebab... kami dah belikan hadiah untuk pengantin baru. Jengjeng..." Arill menghulurkan kotak segi empat berbalut dengan pembalut 'Happy Wedding Day' kepada Nazliyana.

Nazliyana mencapai hadiah itu dengan senyuman teragak-agak. "Susah-susah hampa jaa. Aku tak ada minta hadiah pun. Tapi, sebab hampa dah bagi ann, thank you so much..."

"Kakak-kakak sekalian, lambatnya sampai?" Diyana yang perasan kehadiran kawan-kawan kakaknya, datang bersalaman dengan mereka. Sempat dia berbual sebentar.

"Diyan masuk dulu. Ada benda nak kena buat. Kak... itu nak aku tolong bawa masuk dalam kaa, dak?"

Nazliyana pantas menghulur kotak hadiah di tangannya kepada Diyana.

Diyana menyambut huluran tersebut. Sempat dia menjemput kawan-kawan kakaknya untuk makan, sebelum dia berlalu pergi.

"Naz, laki hang-g-g-g..." Panjang Dila berkata. 'Hang' yang berharakat sebanyak empat, dibiar tergantung. Bapak ahh... hensem gila! Ini, kalau cakap laki dia pelakon pun, aku percaya!

Naz kerut dahi. Dah kenapanya dengan laki aku?

"Oh my!" Raut wajah Nazliyana jelas terkejut. Makhluk apakah ini? Serasa ada benda yang menjalar di pinggangnya dari belakang, membuatkan Nazliyana lipat maut memandang ke bahagian pinggang. Pandangannya cepat berubah ke arah bahu kanan. Akhirnya, pandangan Naz disapa oleh seraut wajah yang sedang tersenyum menyakat dirinya. Err... dia, mai dah?

Tangan Afiq melingkar di pinggang, memeluk Nazliyana dari belakang. Afiq tersengih sinis. Hari ni, aku betul-betul nak buli budak ni balik.

Nazliyana nyata tidak selesa dengan pelukan Afiq tersebut.

Tetamu di sekeliling, memandang mereka dengan sengihan. Siap ada bunyi bersiul lagi!

Afiq tak mampu membuang sengihan dari bibirnya. Nampak sangat bini aku ni bukan jenis yang suka peluk-peluk.

Nazliyana menampar tangan Afiq.

Afiq melepaskan pelukan.

"Tak malu kaa orang dok tengok tu?" marah Naz, agak berbisik.

"Tak... malu... pun." Afiq menjawab, juga berbisik. Tapi, jawapannya masih sahaja boleh didengari oleh kawan-kawan Naz.

Tersengih mereka yang mendengar. Arill dan Amir lantas bersalaman dengan Afiq.

"Hampa pi laa makan dulu. Dari tadi asyik sembang jaa." Suruh Nazliyana.

"Kak! Depa panggil masuk dalam."

Laungan dari Diyana di muka pintu rumah, berjaya buatkan Nazliyana tersenyum. Fuhh! Lega! Ada juga alasan nak lari dari dia ni! I is rasa berdebar bila dia ada dekat-dekat! Nebesss!

https://www.youtube.com/watch?v=xk5-Ob22iDY

Naz jungkit kening dua kali sebelum, "Tiba masa untukku pergi..." Nazliyana melagukan lagu Sofarz penuh dengan rasa bahagia. "Melangkah pergi, dari sini..." Dia tersenyum sambil melambai tangannya... sebagai tanda 'lambaian kebebasan'.

Senyuman gembira yang tak terkata juga dihadiahkan buat Afiq, atas 'kemenangan' dirinya yang berjaya larikan diri dari si suami.

"Kak! Cepatlah! Depa panggil masuk dalam! Sesi bergambar."

Luruh jantung Nazliyana. Mati senyuman di bibirnya setelah mendengar penghabis kata dari Diyana. Terkebil-kebil mata Naz. Tak gune betul! Baru aku nak rasa 'bebas'! Dan benda ni, lagi satu! Aku memang tak suka tangkap gambar! Tolonglah!

"Diyan! Aku tak suka laa tangkap gambaq. Tak maulah!" Nazliyana dengan muka cuak, pusingkan badan... ingin kembali kepada kawan-kawannya. "Aku nak teman depa makanlah..." Sempat dia memberi alasan.

Afiq tersengih sinis. Ooo... tak suka tangkap gambar erk? Well... ini peluang keemasan untuk aku buli dia.

Mati langkah Nazliyana yang sedang berjalan, apabila suaminya berhenti tepat di hadapannya.

"Jom..." Giliran Afiq pula tersenyum pada Naz. Tadi kau lambai, siap tersengih-sengih dekat aku, kan? "Tak terlintas di hati ini... untuk menyakiti, hatimu lagi..." Tapi, memang itu pun niat aku! Ha-haa... Afiq berjalan mengelilingi Nazliyana 360 darjah.

Nazliyana yang mendengar suara Afiq, terasa hatinya bagai ingin mencair. Sedapnya suara dia! Oh my!

"Kau tetap di hati..." Tangan kiri Afiq mendarat di dadanya, seriringan dengan lirik lagu nyanyiannya. "Tiada pengganti..." Afiq berhenti dari terus melangkah. Tangan kanannya menarik tubuh Nazliyana, menyebabkan tubuh si isteri automatik mendekat pada badannya.

Terdengar 'pewwit' dari penonton... terutamanya dari Amir dan Arill.

"Marilah kekasih... tempat kita, di pelamin..." Afiq Arash berjaya parodikan lagu Bukan Di Sini nyanyian dari kumpulan Sofaz. Dia menarik tangan Nazliyana dengan penuh gembira dan hensemnya ke dalam rumah.

"Naz nak teman depa makanlah!" Naz menampar tangan Afiq yang sedang mengheretnya.

"Naz! Kami sanggup kebuluq dari terlepas tengok sesi photoshoot hang doe!" jerit Atirah, lalu diikuti oleh kawan-kawannya yang lain.

"Hampa tak payah gedik! Pi makan!" marah Naz.

"Tak mau!" Tirah, Dila, Ada dan Fara menjawab serentak.

Revenge, is sweet. Ayte? Afiq, lagi sekali tersenyum. Tersenyum puas, lega, gembira dan bahagia. Inikah rasanya bila kahwin dengan gadis muda? Well... not bad. Thank you Allah for this jodoh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro