10 | Kuala Lumpur

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nazliyana tergopoh-gopoh menyarung kakinya masuk ke sandal hitam yang bertali juga hitam.

"Kakak, cepatlah! Hang ni lembab, macam siput!" Diyana melaung dari dalam kereta, memarahi kakaknya.

Nazliyana mencebik. Orang sakit perutlah! Nak menghadapi perjalanan panjang, kenalah kosongkan usus besar siap-siap! Nanti tak kalut nak berhenti RNR memanjang!

"Naz, pintu rumah dah kunci kaa dak lagi?" Puan Siti menyoal Nazliyana yang merupakan orang terakhir keluar dari rumah.

Nazliyana menyeluk tangan ke dalam poket baju kurung biru lautnya. Keychain yang tergantung beberapa anak kunci ditarik keluar, lantas pintu rumah dikunci. "Dah kunci, emak..." Naz memaling tubuh ke arah halaman rumah.

Enam buah kereta menyapa pandangan Nazliyana. Dia tersenyum bahagia. Ada kereta Perdana, Abang Shah... Kereta Kembara, Kak Selma... Kereta Spectra, Kak Rina... Kereta Saga, Kak Ila... Kereta Satria, Abang Aman... Kereta terakhir iaitu kereta Mazda, Arash.

Emak dengan pak naik kereta dengan Kak Selma je. Tak bawa kereta Honda Civic pak pun. Tapi yang pasti, semua 6 biji kereta itu penuh dengan penumpang! Ahli keluarga ramai is another level of happiness guys... yang merasai je yang akan memahami.

"Kakak!" Diyana melaung memanggil Nazliyana lagi sekali. Beza umur antara Naz dan Diyana yang cuma 3 tahun membuatkan hubungan mereka berdua sangat akrab.

"Yes! Im coming." Nazliyana berlari anak menuju ke kereta Mazda RX8. Kereta yang sangat unik pada pendapat Naz sendiri.

Pintu kereta itu, bukan biasa-biasa. Pintu kiri kanannya dah macam gaya pintu almari je. Tidak cukup dengan itu... Afiq juga sudah modified pintu depan kereta dengan memasang pintu 'lambo'. Pintu lambo ialah pintu yang jenis tolak naik ke atas (secara vertikal). Bukan jenis tarik ke depan secara horizontal seperti biasa.

Interior kereta pun hensem gila. Satu je kurang kereta ni... kurang tempat duduk. Tempat duduk belakang memang dikhaskan untuk dua orang penumpang semata... sebab ada penghalang di tengah-tengah dalam kereta yang berfungsi sebagai tempat letak tangan merangkap tempat letak air.

Sejurus Nazliyana tiba di sisi kereta, "Naz, kami gerak dulu. Satgi kita jumpa balik dekat perhentian Sungai Perak." Kak Selma memberitahu Naz.

"Okey..." Pendek Nazliyana menjawab. Tiba-tiba, pintu penumpang bersebelahan pemandu, terbuka dengan sendiri. Eyh? Automatik ke?

"Masuklah..." Suara Afiq dari dalam kereta, kedengaran memanggil Nazliyana.

Oh... dia... Naz masuk ke dalam, lantas tangan kirinya menarik tutup pintu kereta.

Enjin kereta sudah panas. Lama sangat menunggu Naz sampai tadi.

Satu demi satu kereta terlihat meninggalkan kawasan halaman rumah. Hilang kesemuanya dari pandangan, Afiq masih juga belum memulakan pemanduan.

"Arash... cepatlah sikit. Nanti kita kena tinggai, tak tahu nak ikut jalan mana." Nazliyana memarahi Afiq yang sedang melihat cermin pandang belakang.

Afiq sedang membetulkan anak rambutnya. Dia jungkit kening sesaat. "Kita nak pergi resort abah I, kan? Takkanlah I tak tahu jalan nak pergi sana, you think?" Afiq jungkit kening pada Naz.

Nazliyana tersengih kerang busuk. Betul juga, kan? Okey fine, saya yang bersalah.

"Kikiki... lawak la uda cik ni..." Firza dan Diyana di kerusi penumpang belakang ketawakan Nazliyana. Firza dan Diyana ialah emak dan anak saudara yang sama umur. Jadi, mereka berdua sangat akrab. Lagi seorang ahli mereka ialah Ara. Tapi, disebabkan kereta Arash dah tak muat, Ara terpaksa naik kereta ayahnya sahaja.

Afiq menarik tali pinggang keselamatannya. Mata Afiq singgah pada wajah Nazliyana di sebelah, yang juga sedang perhatikan wajah Afiq.

Sebaik saja anak mata mereka bertemu, Naz larikan pandangannya ke hadapan. Jantung Naz tiba-tiba berdegup pantas. Dah bersiap-siap gini... nampak hensem juga laki aku ni sebenarnya, kan?

"Do you need my hand?" Afiq menyoal Nazliyana. Dia ingin memastikan sama ada isterinya itu perlukan sebarang pertolongan dari dirinya atau tidak.

Huh? Nazliyana pandang ke arah Afiq dengan riak muka pelik. Apa ke pelik sangat ayat dia? Do I need his hand? Tapi... aku kan dah ada tangan sendiri. Boleh pula dia offer tangan dia dekat aku? Apakah ini? Kedai sparepart? Tak, kan?

Memandangkan tiada jawapan yang diterimanya dari si isteri... Afiq melepas pegangan tali pinggangnya. Dia kemudian mendekatkan badannya kepada Nazliyana.

Diyana dan Firza di belakang, terkedu seketika. Fiewww... dapat tengok aksi pengantin baru beramah mesra, live! Inikah rasanya setelah berjumpa pemilik tulang rusuk yang bengkok. Hamba juga mahu merasa begini. Budak depan sorang ni kan! Tak reti ke nak mesra-mesra? Kiss-lah at least pipi suami dia! Please! Macam tengok drama je ni! Berdebar-debar jantung hati!

Tapak tangan Nazliyana menahan badan Afiq dari terus mendekatinya "What... what you try to... do... Arash?" Tergagap Nazliyana menyoal Afiq. Jantung aku macam nak lompat keluar dah ni! Dahlah hensem! Wangi pula tu bau perfume dia! Ya Allah! Save your servant, from her husband! Please! Please!

Afiq pandang wajah Nazliyana seketika, sebelum sengihnya mula terukir di bibir. Sedap je kamu panggil saya Arash, kan? Ini yang buatkan saya makin terasa nak mengusik kamu. "I... try to..." Afiq menjawab lambat-lambat.

Tangan Afiq yang tadinya ingin dibawa ke bahagian atas sisi pintu kereta, dibawa pula turun ke tempat duduk Nazliyana. Mukanya didekatkan lagi ke muka Nazliyana. Sengih nakalnya langsung tak lekang dari bibir. Hujung bibirnya digigit, seksi.

Refleks, Naz pejamkan matanya. Muka dipalingkan ke sebelah kanan. Tangan kanannya pula pantas ingin dihulur ke kawasan penumpang belakang... ingin meminta dirinya diselamatkan sama ada oleh Firza mahupun Diyana.

Namun, bukan itu takdir seorang Nazliyana. Tanpa dia pinta, tanpa dia sedar, rupanya tangannya telah melanggar tangan Afiq yang memaut kerusi tempat duduk Nazliyana sendiri.

Perlanggaran oleh tangan Naz telah menyebabkan tangan kanan Afiq hilang tempat pegangan. Hal itu membuatkan badan Afiq terus terdorong ke hadapan. Bibir Afiq menyapa pipi kiri Nazliyana.

Terkejut dengan ciuman Afiq, mata Nazliyana terus terbuka luas. Wajah polos Diyana dan Firza menyapa pandangannya. Alamak! Malunya! Apakah ini? Mengapakah ini terjadi? Di hadapan budak berdua yang suka membahan aku? Berdosakah aku panggil suamiku dengan nama Arash? Bersalahkah aku?

Afiq terkaku. Aku... kiss pipi dia? Really?

Tiga saat kemudian, Nazliyana menolak badan Afiq perlahan... cuba menjauhkan tubuh itu dari badannya. Wangi...

"Sorry. Actually, I try to reach this just now." Afiq yang juga terkedu, menunjukkan hook tali pinggang keselamatan yang dicapainya tadi.

Sudah menjadi kebiasaan para penumpang kereta Afiq... tidak menjumpai hook tersebut. Orang akan mencari hook tali pinggang di bahagian atas seperti kebiasaannya. Padahal, hook itu ada di bawah kerusi. Tak sempat lagi nak repair tali pinggang kereta. Niat di hatinya tadi cuma ingin menolong si isteri. Tak sangka pula, jadi... benda lain.

"Owh, okey." Nazliyana mencapai lalu memasang tali pinggang yang dihulur oleh Afiq.

Afiq betulkan duduk lantas memakai tali pinggangnya sendiri. Relaks Afiq... relaks. Benda kecil je tu. Kiss dekat pipi je. Takkanlah benda macam tu pun boleh buatkan Naz tak sudi berkawan dengan aku... kan? So, relaks.

Muzik intro lagu Creed yang bertajuk Six Feet From the Edge(One Last Breath) berlagu tiba-tiba.

Tiga pasang mata terarah pada Naz.

Nazliyana mencapai Sony Ericsson di dalam poket baju kurungnya. Nama 'Kak Ila' terpamir di skrin telefon. Dia berdeham dua kali. "Assalamualaikum." Nazliyana memberi salam setelah butang 'jawab' ditekan.

"Waalaikumussalam. Hampa ada mana? Kami dah masuk lebuhraya, tapi tak nampak pun kereta hampa." Laila menyoal, risau.

Dari rumah Nazliyana menuju ke tol lebuhraya utara-selatan cuma perlukan masa antara 5 ke 10 minit sahaja.

"Err... ada hal sikit tadi. Kami nak gerak dahlah ni." Naz menjawab dengan sengih bersalah.

"Laa... baru nak gerak? Dari tadi hampa buat apa?" Terdengar suara Ila, nyaring. Orang dah berkurun masuk lebuhraya! Depa baru nak bergerak?

Mata Nazliyana membulat. Teringat kejadian yang berlaku seminit lalu. "Hee... kami gerak, sekarang juga! Jangan risau. Okey, bubbye... assalamualaikum..." Cepat Nazliyana mematikan panggilan. Kalau tak, banyak je soalan yang aku terima. Tapi masalah besarnya, aku ni haa yang tak ada jawapan nak diberi! Nak jawab apa? Kena kiss dengan Arash? Memang taklah!

"Bismillahirrahmanirrahim..." Kaki kiri Afiq menekan pedal brek... tangan kiri pula menarik gear ke 'D'... brek tangan dibawa turun... brek kaki dilepaskan sedikit demi sedikit... pedal minyak ditekan dan kereta pun mula meluncur. Lindungilah perjalanan kami, agar semuanya selamat tiba ke destinasi. Allahumma aameen...

Nazliyana, Diyana dan Iza tersenyum sendiri. Kuala Lumpur, here we come!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro