11 | Sampin

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Bro!"

Afiq terdorong setapak ke depan dek sergahan dan tolakan di bahu kirinya oleh si Aizanky.

"Apa bro-bro? Assalamualaikum." Afiq menjawab dengan muka tak beriak. Aizanky, kalau tak bagi salam, tak sah!

Bibir Aizanky muncung ke hadapan. Kena lagi dengan Afiq. "Waalaikumsalam..." Aizanky menjawab ringkas.

Mereka berdua diam seketika bagi menghayati kesunyian yang menjengah.

Sekarang, jam baru menunjukkan pukul 9 pagi. Namun begitu, badan Afiq sudahpun segak tersarung sepasang baju melayu songket dwi warna... gandingan warna biru muda dan keemasan sebagai warna coraknya.

Sebenarnya, majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada malam ini bermula pukul 8.30 malam. Tapi, pasangan pengantin tengah bersiap dan bertacap pagi-pagi begini sebab... nak tangkap gambar kahwin dengan baju yang khas dipilih oleh Wani.

Lokasi penggambaran berdasarkan apa yang diberitahu oleh Wani si fashion designer merangkap jurugambar pada hari ini... ialah di dalam bilik utama suite Afiq dan Nazliyana. Mereka berdua telah diberi sebuah suite. Ada dua buah bilik di dalamnya, iaitu bilik utama dan bilik kedua.

Setelah selesai bergambar dalam bilik utama, baru mereka akan bergambar di luar pula untuk sesi outdoor photography. Tetapi, hanya di sekitar kawasan resort sahaja.

Encik Zuhairi, iaitu ayah Afiq sendiri telahpun memberi arahan kepada para pekerjanya untuk tidak menerima sebarang tempahan selama lima hari ini... bersempena majlis resepsi Afiq dan Nazliyana.

"Dude... apesal aku tengok kau... pelik semacam je?" Aizanky menyoal Afiq. Dia duduk di birai almari solek, sambil perhatikan Afiq yang sedang bertungkus-lumus ingin memakai sampinnya.

"Seriusly, aku benci sampin! Mana Akmal?" Afiq papar riak muka geram. Akmal ni pun satu! Dari tadi tak sampai-sampai lagi!

"Sini aku tolong." Aizanky tawarkan perkhidmatan pertolongan dari dirinya. Dia melangkah ke arah Afiq. Tangannya mencapai hujung sampin Afiq. Badannya kemudian dibongkokkan.

"Itulah... sebagai seorang lelaki sejati, kita perlulah belajar seni-seni memakai sampin. Baru senang kalau-kalau nak pakai... especially masa kahwin gini. Ini tak. Bila aku ceramah pasal kahwin je, kau cakap aku gatal bagai." Sambil Aizanky membetulkan sampin Afiq, sempat dia memberi ceramah panjang.

Mata Afiq memandang ke atas, menghadap siling bilik. Malas nak layan. Malas... malas...

"Cemana bini kau? Okey?" Aizanky menyoal.

Afiq tersenyum segaris setelah terbayangkan wajah isterinya. Nazliyana? "Dia... okey. So far, aku rasa aku boleh hidup dengan dia. Cuma..."

Aizanky panggung kepala memandang Afiq. "Cuma?" Pantas dia menyoal sebelum tangan dan matanya kembali fokus membetulkan sampin sepupunya itu.

Aizanky yang berusia 24 tahun menjadikan beza umur antara mereka berdua ialah, 5 tahun. Akmal, iaitu adik kepada Afiq pula baru berusia 22 tahun.

"Aku rasa dia macam tak bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri."

"Sila jelaskan dengan lebih lanjut."

"En... tah... lah? Tapi, kau sendiri pun tahu, dia baru umur 18 tahun. Muda 11 tahun kot dari aku. She seems like... too childlish... in my eyes?" Afiq kerutkan dahinya.

"Aahah... childlish? So, kau dengan dia dah spend a night together-together-together ke belum ni?" Aizanky tersengih mengusik.

"Soalan sensitif. Mohon jangan tanya." Afiq menggeleng kepala sebelum dia tersenyum sendiri. Pandangannya hanya memandang ke hadapan. Satu sengihan cuba untuk menumpang di bibirnya kini, setelah teringatkan isterinya yang kebudak-budakkan.

"Oookey... you gave me your best answer, still. Apa kes der? Kahwin dah seminggu, tapi masih anak teruna ibu." Aizanky tertawa kecil.

"Aku tak nak paksa dia. Kan aku dah cakap, dia macam belum bersedia untuk galas tanggungjawab yang lebih besar. Sampai sekarang, aku tengok dia... dia macam takut-takut je lagi dengan aku."

"Sebab itulah, aku nak dia biasakan diri dulu dengan status 'isteri' yang dia pegang sekarang. Aku nak dia rasa selesa dulu berkawan dengan aku." Afiq menutur, serius.

"So, korang baru nak 'berkawan' lah, erk? Asal? Kau ingat ini apa? In-the-making-of Mujhse Dosti Karoge ke?" Aizanky menyoal dengan segaris senyuman. Badan yang membongkok tadi, diluruskan kembali. Tangannya mencekak pinggang. Macam nak patah pinggang aku! Asal aku membongkok actually? Apesal aku tak duduk je tadi? Aizanky! Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian, tiada gunanya.

Afiq tak menjawab soalan dari Aizanky. Dia sekadar tersenyum kecil. Mujhse Dosti Karoge pun boleh... sudi tak, jadi kawan saya? Dehkunga sochunga kal parso kuchh kahunga... saya tengok dulu, saya fikir dulu, esok ke lusa, saya bagi jawapannya. Lamanyalah aku tak layan cerita Hindustan!

https://www.youtube.com/watch?v=gV1_DOF8YTY

"Okeylah bro. Kerja aku dah siap. Aku blah dulu." Aizanky minta diri. Kakinya mula melangkah ingin keluar dari bilik utama. Bibirnya mengukir sengih jahat. Maafkan hamba wahai kekanda...

Tiga saat kemudian... "Woi! Zan! Apa kau buat dekat sampin aku ni? Badut sarkas betulkan kau!" Laungan Afiq gamat menguasai biliknya setelah dia melihat pantulan dirinya sendiri dalam cermin meja solek.

Aizanky gelak kuat sambil percepat langkahnya keluar dari situ. Nasib kaulah Fiq! Aku pandai pakai sampin dekat diri sendiri je. Pakaikan sampin dekat orang, is another level of professionalism. Bukan taraf-taraf aku yang itu.

"Angah... kenapa Abang Aizan gelak macam orang gila?" soal Wani. Dia baru berselisih bahu dengan Aizanky di depan pintu bilik. Wani sebenarnya dari tadi menemani Nazliyana bertacap dan bersiap di bilik sebelah.

Sejurus pandangan Wani disapa oleh keadaan sampin abangnya yang aneh, dia tergelak kecil. "Asal pelik sangat angah pakai sampin tu?" Dia mula melangkah, ingin menghampiri abangnya.

"Cousin Wani punya kerjalah. Dah jadi macam orang gila je angah pakai benda alah ni." Afiq merungut.

Wani menggeleng kepala. "Cousin Wani tu, best friend angah, kan?" Wani menyoal bersama seukir senyuman sindir.

Afiq pamer muka bosan. Dia leraikan ikatan 'pelik' sampin di pinggangnya. Sampin itu kemudian dibaling ke kerusi meja solek. Memang taklah aku berjaya pakai sampin ni sendiri!

"Wani... mana..." Nazliyana yang baru menolak pintu bilik, terhenti kata-katanya setelah melihat badan Afiq yang kini tersarung baju Melayu songket. Salivanya ditelan. Ya ampun... laki aku... hensem, kacak, segak dan bergaya. Peti ais mana? Peti ais? Nak campak hati masuk freezer! Beku kembali please!

Begitu juga keadaannya dengan Afiq. Dia juga terkesima seketika setelah terpandangkan Nazliyana, yang sedang memakai kebarung songket... yang sama warna dengannya.

"Eherm-eherm... perlukan privasi ke? Kalau betul perlu, Wani nak minta diri. Tapi... Wani nak pesanlah. Jangan ganas sangat. Kang, nak kena makeup lagi sekali, naya je. Baju tuu, jangan bagi kedut sangat. Nanti orang tanya, kenapa baju photoshoot kedut-kedut, kome berdua nak jawab apa? Hasil sesi memadu kasih?" Wani memberi pesanan bersama sengihan lebar.

Afiq tersenyum mendengar kata-kata Wani. Tak padan dengan umur 15 tahun! Dah pandai mengusik orang budak ni! Tangan Afiq meluku kepala Wani satu das.

"Aduh!" Wani mengaduh. Tangan kanannya menggosok kepala bagi mengurangkan rasa pedih yang terasa. Manakala tangannya yang lagi sebelah menampar lengan Afiq, kuat. "Angah ni!"

Afiq tersenyum nipis.

Wajah Nazliyana yang sudahpun dipakaikan dengan pemerah pipi, makin merona merah dengan pemerah pipi semulajadi... iaitu sel darah merah, yang menyerbu ke muka. Adik ipar aku ni... sama je macam adik aku sendiri! Suka sangat nak membahan! Padanlah! Budak-budak tahun 1998 memang macam ni ke semuanya?

Nazliyana melangkah masuk, mendekati Wani. "Wani... mana jam tangan akak?" Nazliyana menyoal risau. Jam itu ialah hadiah hari jadinya yang diberi oleh Atirah, empat tahun lepas.

"Ada Wani simpan dalam beg Wani. Kitakan nak tangkap gambar kejap lagi. So, tak boleh pakai jam. Tak professional gambar nanti. Esok ke, Wani pulangkanlah balik dekat akak. Okey?" Wani membuat tanda 'okey' dengan jari tangan kanannya.

Ting tong...

Tiga pasang mata berpandangan sesama sendiri setelah mendengar bunyi loceng utama suite.

"Wani pergi tengok siapa." Dia lantas keluar dari bilik, meninggalkan Nazliyana dan abangnya berdua-duaan.

Afiq mendekati lantas melabuhkan duduknya di pinggir katil. Setelah duduk, dia menepuk tilam di sebelah kirinya, mengisyaratkan supaya Nazliyana duduk di sebelahnya. "Come..."

Nak tak nak, Nazliyana melangkah jua. Dia melabuhkan duduknya di sisi kiri Afiq, dengan jarak antara mereka berdua ialah sejengkal. Strong heart! Strong heart! Lee Seung Gi! Gumiho!

Pandangan Afiq dihalakan ke wajah Nazliyana yang terlalu jarang ditacap tebal. Biasanya, Naz ialah seorang gadis yang simple. Sangat, simple. Nak keluar pergi jalan-jalan, memang tak perlu tunggu dia bersiap lama-lama. 5 minit, dah boleh keluar. Tapi itulah... kadang-kadang, tudung pun dia dah tak iron. Cemana cerita?

Nazliyana berasa tak senang hati apabila dirinya diperhati oleh Afiq tanpa henti. "Arash... tak payahlah tengok macam tu..." Naz bersuara perlahan. Aku resah gelisah ni. Aku rasa, hati aku... dah jadi macam budak gatal je sejak-sejak kahwin ni. Kan? Asal kau, hati! Cepat sangat berubah arah!

"Kenapa pula?" Afiq menyoal, bersama sengihan kecil.

...
(bersambung)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro