13 | Selamat Pengantin Baru, Again

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

https://www.youtube.com/watch?v=SqYjG8SEEpo

Selangkah Afiq dan Nazliyana menjejak masuk ke dalam dewan... lagu Selamat Pengantin Baru yang dinyanyikan oleh Allahyarhamah Biduanita Saloma mulai berlagu dari corong speaker.

Selamat pengantin baru
Selamat berbahgia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Mereka berdua berjalan beriringan memasuki dewan itu sambil berkepit tangan. Sekali lagi, Naz terpaksa menyarung kasut tumit setinggi 5 inci.

Kelihatannya, sudah ramai tetamu yang tiba. Kebanyakan tetamu adalah kenalan dari dunia perniagaan Encik Zuhairi. Memandangkan Encik Zuhairi adalah anak tunggal, manakala Puan Wahidah hanya mempunyai dua orang adik beradik... jadi, tidak terlalu ramai ahli keluarga mereka yang ada.

Rakan sekerja, kawan sekolah serta teman seuniversiti Afiq juga ada yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan sahabat mereka itu.

Malam ini, sekali lagi... Diyana dan Aizanky menjalankan watak sebagai pengapit pengantin. Aizanky segak berbaju suit manakala Diyana cantik bergaun labuh. Sedondon mereka berdua memakai pakaian berwarna coklat gelap bersama.

Sepanjang perjalanan dari pintu masuk dewan untuk naik ke pelaminan di hujung sana, jantung Nazliyana seakan tidak mampu bekerja secara normal. Berdebar... takut, dan tidak selesa dengan semua pandangan yang terfokus pada dirinya dan Afiq.

Hidup mestilah rukun
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu
Oh oh oh oh

Malam ini, seperti Aizanky dan Diyana... pasangan pengantin iaitu Afiq dan Nazliyana juga berpakaian ala-ala barat. Sepasang tuxedo hitam tersarung segak di badan Afiq. Manakala gaun labuh berwarna kelabu lembut, bermanik dan berkerawang pula menghiasi tubuh Nazliyana. Tudung selendang yang juga berona kekelabuan terlilit kemas menutupi kepalanya.

Setibanya pengantin di pelaminan, acara dimulai dengan bacaan doa oleh pengaturcara majlis.

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi merenjis kedua mempelai dan bergambar... dimulakan oleh ibu abah Afiq, kemudian emak pak Nazliyana, lalu diteruskan pula dengan sanak saudara dan sahabat handai Afiq.

Acara makan beradab pula ambil alih setelah itu. Hanya seperti kebiasaan kenduri kahwin yang lainnya.

"Uda cik... selamat pengantin baru, again." Azlin, Nurin, Ara dan Zaem mengucap pada Nazliyana serentak. Untuk pengetahuan semua, buat masa sekarang... Nazliyana mempunyai 15 orang anak saudara.

"Akak... angah panggil." Wani tiba-tiba datang menerpa.

Nazliyana yang baru sahaja ingin berbual bersama anak-anak saudaranya, terpaksa menunda sesi perbicaraan tersebut.

Setelah minta pamit dari gadis berempat itu, Wani segera menarik tangan Nazliyana lalu diselit di celahan tangannya. Bukan dia tak tahu, Naz sangat tidak gemar memakai kasut tumit tinggi. Setelah melambai, mereka berdua mula melangkah.

"Ada apa?" Nazliyana menyoal Wani sewaktu mereka sedang berjalan beriringan.

"Angah nak kenalkan akak dekat kawan-kawan dia. Tak silap Wani, kawan dari zaman sekolah angah... rasanya?"

Nazliyana mengangguk faham. Awal tadi, dia sudahpun bertemu dengan rakan-rakan sekerja dan rakan universiti Afiq. Jadi, giliran rakan sekolahlah pula gamaknya.

Tak sampai 20 tapak mereka melangkah, Nazliyana tiba di sekelompok para jejaka. Jejaka terhangat di pasaran, mungkin? Shiuuu... indah belaka ciptaan Allah. Subhanallah.

"Angah... suri hati kamu dah sampai..." Wani tersenyum. Nazliyana yang berkepit tangan dengan Wani dari awal tadi, diserahkan kepada Afiq.

Afiq mencapai tangan kanan Nazliyana yang dihulur Wani. Tapak tangan Nazliyana digenggam erat.

Nazliyana mengukir senyum pada rakan-rakan Afiq.

"Amboi Fiq. Tunjuk je? Tak nak kenalkan ke?" Kawan Afiq yang memakai baju kemeja biru gelap, menyoal.

"Nak kenalkanlah ni. Ini... orang rumah aku, Nazliyana. Naz, ini..."

"Hai. I Lukman. Panggil Man." Kawan Afiq yang berbaju kemeja hijau gelap, pantas memotong kata-kata Afiq.

Nazliyana mengangguk kepalanya sambil tersenyum kecil.

Satu per satu rakan-rakan Afiq kemudiannya, mula memperkenalkan diri mereka masing-masing. Ada empat orang kesemuanya. Bermula dari Lukman, kemudian Haris, Fendi dan yang terakhir, Zafran.

"Naz... you muda 11 tahun dari kita orang, kan?" soal Haris.

"Iya," Nazliyana mengangguk.

"Apa yang you suka sangat dekat Afiq sampai you setuju nak kahwin dengan dia? Dahlah dia tua baaanyak dari you, hensem pun lebih kureng je, otak pula tak berapa nak centre. Cemana you..."

"Amboi-amboi. Sedap mengata? Tuan badan depan kau ni. Kau tak makan kenduri, makan buku lima aku kang..." Afiq menghentikan kata-kata Haris bersama segaris senyuman sinis.

"Bini aku umur 18 tahun. Kau tanya dia, apa je pun jawapan dia boleh bagi dekat kau. Tanya je aku sendiri... kenapa aku kahwin dengan budak lepasan SPM?"

"Sebab, aku nak anak banyak-banyak."

"Kahwin dengan orang rumah muda, aku ada laa banyak masa nak 'usahakan' anak dengan dia."

"Kalau ada rezeki, in shaa Allah, ramai anak-anak aku nanti."

"Aku akan cuba sebaik mungkin." Jawab Afiq dengan sengih. Sengaja nak sakat Nazliyana sebenarnya.

Di setiap 'titik' kata-kata Afiq, berjaya bulatkan mata Nazliyana secara berperingkat. Seriusly? Dia cakap macam tuu... dekat kawan-kawan dia?

"Oh, gitu... nak suruh ibu I tolong carikan jodoh lepasan SPM jugalah..." Zafran membalas.

"Hotak kau! Bini kau dekat rumah tengah pantang 44 hari tuu, kau nak letak mana?" soal Fendi.

"Itu... letak dekat... lah rumah isteri tua..." Zafran menjawab dengan nyanyian.

https://www.youtube.com/watch?v=48WcvSJ_s0c

"Kalau dua-dua merajuk, hai..! Ana kahwin tiga..!" Zafran, Fendi, Lukman dan Haris berganding suara bagi menyanyikan lagu Madu Tiga hasil ciptaan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Afiq menggeleng kepalanya, sambil tersenyum.

Nazliyana yang menjadi penonton setia dari tadi, turut sama tersenyum. Boleh tahan weng juga kawan-kawan Afiq ni.

Nazliyana berdiri betul-betul di bahagian tengah, menghadap ke tilam. Kakinya sudah menyentuh birai katil tersebut. Kedua-dua tangannya pula didepakan, gaya cerita Titanic. Dia kemudian melayangkan badannya jatuh, gaya free falling ke atas tilam king size yang empuk itu.

"Penatnya..." Nazliyana mengumam sewaktu wajahnya dibenam pada tilam katil. Penat, penat! Sakit pinggang! Sakit badan! Lenguh pipi, asyik senyum ja!

"Tolong bersopan sikit, boleh?" Suara Afiq menyapa gegendang telinga Nazliyana. Dia baru keluar dari bilik air.

"Alaa... malasnya..." Naz sempat merengek terlebih dahulu. Lima saat kemudian, badannya dipusing 180 darjah. Pandangannya kini disapa oleh siling bilik. Aduh... rasa macam nak terbang dah ni. Mata... ku sudah bagai tiada berdaya...

Dengan mata yang rapat tertutup, badannya dipusing ke kiri dan ke kanan. Nazliyana berusaha menarik turun comforter yang tertindih di bawah badannya. Selesai menarik comforter dari bawah badan, kain yang sehelai itu ditarik pula ke atas badan... menutupi dari hujung kaki hingga ke dadanya.

"Naz, sana sikit. I nak tidur juga ni." Afiq menolak bahu Nazliyana perlahan, ke arah kiri katil. Nazliyana sekadar memalingkan tubuhnya ke sebelah kiri, dia kini tidur mengiring. Matanya sudah tertutup. Dah tak mampu nak buka dah rasanya ni.

Tilam bergerak, ke atas dan ke bawah apabila Afiq cuba membetulkan posisi badannya setelah berbaring. Dia mencuba untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa. Lampu katil dipadam. Cahaya dari bilik mandi dirasakan sudah cukup untuk menemani tidur malam mereka berdua.

Afiq menarik comforter bagi menyelimuti tubuhnya. "Goodnight, assalamualaikum." Dia mengucap sebelum menutup matanya. Terdengar bunyi mengumam dari Nazliyana, menjawab salam.

Afiq tersenyum lelah. Ya Allah... Kau lindungilah aku dan isteriku dalam lindungan-Mu, Allahumma aameen...

Setelah membaca doa tidur, mata Afiq sedikit demi sedikit mulai tertutup. Dia akhirnya memasuki alam di bawah sedar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro