14 | Welcome Home!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nazliyana automatik menelan liur setelah kereta yang dipandu Afiq berhenti di hadapan pintu garaj rumah. Mak aih, rumah! Macam dalam movie siyh! Besar habis rumah ni.

Afiq menekan butang 'buka' pada alat kawalan pintu garaj itu. Pintu garaj terbuka, lantas kereta Mazda RX8 biru gelap miliknya meluncur masuk ke dalam kawasan perkarangan rumah.

Mata Nazliyana tak berhenti melilau, memerhati sekeliling. Dari pintu garaj... nak ke hadapan pintu rumah, berjarak lebih kurang 300 meter. Kiri kanan jalan dipenuhi rumput elok terjaga. Pokok-pokok bunga menghiasi kawasan itu.

"Ini... rumah Arash?" Nazliyana menyoal polos.

"Hmm... rumah ibu... rumah abah... rumah I... rumah you juga."

Setibanya di tempat letak kereta tidak jauh dari pintu rumah, enjin kereta dimatikan. "Jom turun..." Afiq mengajak.

Afiq dan Nazliyana membuka tali pinggang keselamatan masing-masing.

Naz melangkah keluar dari kereta dengan lafas basmallah yang hanya mampu berkumandang di dalam hati dan gerak bibir.

"Ibu..!" Terdengar satu suara melaung kuat.

Pantas, pandangan Nazliyana dan Afiq terhala ke arah pintu rumah.

Wani di muka pintu rumah sedang tersenyum lebar. "Ibu! Akak dengan angah dah sampai ni!" Wani melaung lagi sekali ke dalam rumah, kuat.

Afiq menggeleng kepala melihat Wani yang terlebih gembira menyambut kakak iparnya, yang pertama kali menjejak kaki ke rumah mereka.

Nazliyana sekadar tersenyum.

But kereta dibuka oleh Afiq. Dua buah bagasi... satu miliknya dan satu lagi milik Nazliyana dibawa keluar lalu diletakkan ke atas lantai.

Wani menyarung sandal yang tersedia di depan pintu rumah. Dia berlari anak menghampiri Nazliyana. "Akak... welcome home!" Wani buat gaya 'selamat datang' dengan mendepakan tangannya. Dia kemudian menyalami dan memeluk Nazliyana dan Afiq.

Beberapa ketika kemudian...

Puan Wahidah dan Encik Zuhairi mulai kelihatan di muka pintu rumah. "Afiq, Naz, jom masuk... lama betul bersembang dekat luar tu. Afiq, ibu ada masak sambal tumis udang. Naz, ibu ada masak laksa. Jom makan sama-sama." Puan Wahidah memanggil mereka berdua.

Nazliyana dan Afiq melangkah mendekati lalu bersalaman dengan ibu bapa Afiq. Sempat mereka bertukar khabar.

Wani berjalan dari kereta, menuju ke pintu rumah. Tangannya mengheret dua buah bagasi. Nasib baik dua-dua bagasi beroda... senang je kerja aku jadi bell boy harini... err... bell girl, of course.

"Eyh Wani... akak boleh bawa sendiri bagasi akak..." Nazliyana terkejut melihat Wani sedang mengheret bagasi miliknya.

"Takpe akak, ringan je ni. Wani boleh tolong bawa..." Wani berkata sambil tersenyum.

Mereka bertiga masuk ke dalam rumah. Lantas, Puan Wahidah dan Encik Zuhairi mengajak anak-anak mereka makan tengah hari bersama. Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.

Bagasi Afiq dan Nazliyana diletak dan ditinggal sekadar di tepi pintu rumah sahaja. Wani berlari anak menuju ke meja makan.

Afiq dan Encik Zuhairi memilih untuk makan nasi.

Nazliyana, Wani dan Puan Wahidah pula lebih memilih untuk makan Laksa Utara sebagai makanan tengah hari mereka.

Di meja makan...

"Mana Akmal?" soal Afiq pada ibunya, Puan Wahidah.

"Dia ada kelas. Tapi... memandangkan harini hari Selasa, kejap lagi sampailah dia tu. Selalunya, dia balik awal kalau hari Selasa. Kelas sampai pukul 12 je harini."

Seraya itu, "Assalamualaikum..." Akmal yang baru memasuki rumah memberi salam.

Semua yang di dalam rumah menjawab salamnya serentak, "Waalaikumsalam..."

"Kan ibu dah cakap. Panjang umur dia, in shaa Allah. Akmal... sini... lunch sekali, come..." Puan Wahidah memanggil Akmal.

Akmal menapak ke meja makan. Awal tadi, dia dah nampak kereta Afiq di tempat parkir kereta. Jadi, dia sudah tahu akan ada angah dan 'kakak' ipar yang lebih muda dari dirinya di dalam rumah. Setelah bersalaman dengan Afiq, Akmal lantas duduk. Dia kemudian menyendok nasi ke dalam pinggan.

Nazliyana yang melihat Akmal, tersengih kecil.

"Kenapa akak senyum tengok acik? Muka acik nerd sangat eyh?" Wani menyoal.

Nazliyana terkedu tiga saat. "Eyh... bukanlah! Tak... tapi... itulah, susah betul nak jumpa lelaki yang suka makan laksa, kan?" Nazliyana tersengih bak kerang busuk.

"Betul, betul. Abah, angah dengan acik... semua tak suka sangat makan laksa. Wani dengan ibu je hantu laksa dalam rumah ni." Wani menjawab, menyokong kata-kata Nazliyana.

"Dah tambah lagi seoranglah nampaknya hantu laksa dalam rumah ni..." Afiq menyelit. Senyuman terukir dibibirnya sedang matanya melihat ke arah Nazliyana.

"Huu... tiga lawan tiga doe!" Wani baru perasan bahawasanya tiga lelaki berpinggankan nasi, manakala tiga perempuan bermangkukkan laksa. "Kalau ada kak long, mesti laksa dah menang sekarang!" Wani berkata lagi.

Nazliyana mengunyah lalu menelan laksa yang berada di dalam mulutnya. Kak long... kenapa kak long ni, misteri sangat erk? Arash tak pernah bercakap pasal dia. Dan kak long pula, tak pernah sekalipun munculkan dirinya.

Nazliyana tahu bahawa Afiq mempunyai seorang kakak yang dipanggil 'kak long'. Tetapi, Naz sendiri tak pernah melihat kak long tersebut. Kedua-dua majlis perkahwinan Nazliyana dan Afiq, kak long tidak menghadirkan dirinya.

Misteri.

Selesai sahaja makan tengah hari, mereka semua duduk bersahaja di ruang tamu rumah.

Puan Wahidah duduk di sebelah Encik Zuhairi. Manakala Nazliyana pula duduk diapit oleh Wani dan Afiq. Akmal sudah minta diri tadi, ingin berehat sekejap katanya.

"Berapa lama kamu tidur sini, Afiq?" soal Puan Wahidah.

Nazliyana kerut dahi. 'Tidur sini'? Dah kenapa... 'tidur sini'? Emangnya, Afiq ada tempat tidur lain, dekat memana lagi ke?

Afiq tak terus menjawab. Lima saat kemudian, "Dua malam rasanya," jawab Afiq pendek.

"Eyh! Sekejapnya? Tak boleh lama lagi ke?" soal Puan Wahidah, bersama riak muka muram.

"Ibunya pun... diorang nak pergi bulan madulah gamaknya tuu..." Celah Encik Zuhairi.

Buntang mata Nazliyana mendengar perkataan 'bulan madu'. Abah Afiq, sebut 'bulan madu', di khalayak umum? Rasanya, dah tahu dah sekarang, dari mana Afiq dapat genetik 'sebegitu rupa'... genetik tak malu berbicara mesra di khalayak ramai.

"Oh... gitu..." Jawab Puan Wahidah bersama dengan sebuah senyuman mekar.

"Angah nak pergi bulan madu dekat mana?" soal Wani riang gembira. Jangan jawab dekat awan biru bagai!

Nazliyana telan liur. Eyh! Diorang ni, memang semuanya suka berbincang pasal benda ni di depan orang ramai ke? Ke, aku je yang kuno, yang rasakan bahawa 'bulan madu' itu, ialah satu topik yang sensitif? Tak ke?

"Awan biru... atas pelangi..." Afiq menjawab dengan sengih mengusik. Dilihat Afiq, isterinya sedang memandang cawan air di atas meja berhadapan duduk mereka. Sudah mulai memerah mukanya itu.

Nazliyana telan liur. Pandangan dibawa memandang ke kakinya pula. Ternampak sahaja kaki Afiq, dia kembali teringatkan peristiwa di resort dahulu. Malu betul aku!

Tak semena-mena, Afiq merangkul pinggang Nazliyana, mendekat ke tubuhnya sendiri.

Membulat matanya. Makin merah pula wajah Nazliyana, bak udang kena bakar. Ya ampun! Memang spesis tak tahu malu betul laki aku ni!

"Angah! Asyik bagi jawapan tu je. Tak cool langsung!" marah Wani.

"Not cool for you, but it's great for me. Isteri I suka lagu. Dia suka menyanyi. So, song lyrics is a super great way for me to catch her memories. Sweettt... memories."

Tidak tahan mendengar kata-kata Afiq, Nazliyana menampar lengan suaminya, kuat. "Malulah... stop it..." Nazliyana berkata, perlahan.

Sempat Afiq mengaduh kecil. Dia lantas tersenyum kecil.

"Ibunya... nak pergi honeymoon tak? Jomlah kita pergi honeymoon juga..." ajak Encik Zuhairi.

Puan Wahidah tersenyum. Ada-ada je abahnya ni... "Abahnya plan nak pergi mana?"

"Abah rasa-rasa... nak pergi Pulau Pangkor. Afiq, kamu pergi honeymoon dekat Pangkor ke, tak?" soal Encik Zuhairi.

"Tak, rasanya..." Jawab Afiq, pendek.

"Baguslah... abah tak nak kita honeymoon sekali. Nanti ibu kamu ni, asyik ajak abah pergi jumpa kamu je. Tak honeymoon-lah jawabnya kita berdua."

"Setuju." Afiq tersenyum.

"Abahnya..." Puan Wahidah menjeling sambil memuncungkan bibirnya. Tahu-tahu je dia, kalau kitorang bercuti sekali, aku nak luangkan masa dengan anak dan menantu baru aku tuu.

Nazliyana memandang ibu dan bapa mertuanya dengan raut wajah tidak percaya. Fuhhh... ini, kalau cerita dekat anak-anak menakan aku, jatuh rahang diorang kalau tahu ibu abah Arash romantik tahap gaban gini! Jiwa muda guys!

"Wani nak ikut!"

"Honeymoon, pergi berdua je dengan pasangan. Kamu, duduk rumah." Tolak Encik Zuhairi.

"Abah... sampainya hati!"

"Ibunya... kita nak pergi honeymoon berapa hari?" soal Encik Zuhairi kepada Puan Wahidah.

"Lamalah sikit. Bolehlah ibu cuti memasak. Wani... kamu masak sendiri. Tak pun, ajak je acik makan luar." Puan Wahidah pula membalas.

Mulut Wani terbuka, bagai terjatuh rahangnya. "Ibu abah serius ke ni nak pergi bercuti? Nak tinggal Wani? Seriously?" soal Wani, tidak percaya. Berkerut dahinya.

"Serius. Titik. Jomlah ibunya... kita naik atas dulu, baring-baring, pikir-pikir... kita nak pergi mana sebenarnya... berapa hari actually..." Encik Zuhairi bangun dari duduk, lantas menarik tangan isterinya.

Wani memandang Nazliyana. Jelas wajahnya yang masam dan kesedihan.

"Jangan ngada. Angah baru kahwin. Jangan perasan. Memang taklah angah bawa kau pergi honeymoon. Pergi ajak acik dengan Bu Yati." Afiq bangun dari duduknya. Tangan Nazliyana ditarik.

Bu Yati yang dimaksudkan Afiq ialah pembantu rumah mereka. Tapi, Bu Yati sedang bercuti dua minggu sekarang. Dia pulang ke Indonesia, menghadiri majlis kahwin keponakan (anak saudaranya) di sana.

Nazliyana terbangun dari duduk apabila tangannya ditarik oleh Afiq. Namun, matanya masih melihat ke arah Wani yang terlihat sedang berduka cita.

"Angah... please... sekali ni je..."

"No, is no Wani..."

"Kejam!"

"Thanks..." Afiq mengenyit matanya pada Wani. Dia lantas mengheret Nazliyana menuju ke tingkat atas... ke kamarnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro