Part 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kiri? Tiada. Kanan? Tiada juga. Depan? Of course tiada. Belakang? Yes! Tiada. So, tunggu apa lagi. Lari lah. Lari sampai masuk ke dalam kedai bunga. Nampak je kelibat Zara. Aku terus meluru ke arah dia dengan nafas tercungap-cungap. Sampai naik pelik Zara dibuatnya tengok keadaan aku.

" Kau dah kenapa?"

Aku tarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya dengan rasa tenang. Barulah aku tengok Zara.

" Kau tolong aku boleh tak?"

" About?"

" Nanti. Kalau si mamat beku tu. I mean Si Syamel tu datang cari aku. Kau cakap aku tak masuk kerja hari ni. Emergency case. Plase?"

Terkelip-kelip Zara tengok aku. Aku dah buat muka penuh mengharap agar dia faham.

" Tak payah. Dia dah ada dalam pejabat pun. Tengah tunggu kau."

Lepas tu Zara terus ketawa. Aku yang dengar merengus kasar. Cepatnya dia datang! Aku baru masuk kerja. Hampeh punya laki! Yang Zara ni pun satu. Gelak punya besar. Aku luku juga kepala dia.

" Buat apa dia masuk dalam? Kau bukan kata orang asing tak boleh masuk?"

Terjenguk-jenguk juga aku ke dalam pejabat. Tak nampak pun dia. Aku tarik tangan Zara agar jauh daripada pejabat.

" Kau kena tolong aku juga. Dia mesti takkan nampak aku kan? Sebab aku tak lalu situ. So, kau bagi je la apa-apa alasan asalkan aku tak jumpa dia hari ni. Or nak senang kau cakap aku tak masuk lagi. Got it?"

Zara tersengih. Then dia menjongket kening lantas tuding jari ke belakang aku. Apa? Kenapa buat macam tu? Perlahan-lahan aku toleh ke belakang dan terus aku terkejung dekat situ. Dia! But how?

" Kau ingat kau boleh lari dari aku?" Soalnya dengan senyuman sinis.

Aku garu keningku perlahan. Sengihan diberikan. Zara dah berlalu dengan senyuman lucu. Ish! Mamat ni!

" Awak nak apa?" Soalku malas.

" Ikut aku."

" Tak nak."

" Aku kata ikut tu ikut je la." Dia mula tak puas hati.

" Nak buat apa? Saya tengah kerja ni!" Aku bentak juga dengan tak puas hati.

" Aku dah minta izin Zara. Sekarang jom ikut aku."

Belum sempat aku nak mengelak, lengan aku yang berlapik ni ditarik terlebih dahulu sampai ke arah keretanya. Aku hanya mampu diam. Nak melawan rasa tak berani sebab muka dia jadi tegang. Erk! Aku lebih rela kalau muka dia beku dari tegang. Bila dia buka pintu, aku masuk dan duduk diam-diam.

Aku sempat kerling ke arah dia yang tengah bersedia nak drive tu.

" Awak nak bawa saya ke mana?" Aku beranikan diri tanya.

" Jauh dari sini. Jauh dari Daniel dan Datin Yuhaira."

Tercengang aku bila dia cakap macam tu. Terus aku toleh ke arah dia dengan renungan geram.

" Turunkan saya! Awak dah gila ke?"

" Aku atau kau? Kenapa kau tak cakap yang orang tua tu datang serang kau? Sampai kau sakit. Kenapa?" Marahnya.

Aku terkedu. Mana dia tahu? Ya Allah. Aku tak pernah beritahu sesiapa pun.

" Kenapa kau degil sangat? Macam mana kalau dia cederakan kau lebih teruk? Ha?!"

Dia nampak bengang. Membuatkan aku takut nak menjawab. Jadi, aku hanya tunduk dan diamkan diri saja. Biarlah dia nak bawa aku ke mana pun. Yang penting kemarahan dia akan beransur.

" Aku bukan nak marah tapi aku Cuma risaukan kau."

Aku tersenyum hambar. Nampaknya suara dia dah kembali biasa.

" Saya tak perlukan belas kasihan orang."

" See!"

Terdengar keluhan kasar daripada dia.

" Mana awak tahu fasal ni?"

" Tu tak penting. Yang penting aku nak bawa kau jauh dari sini. Dari menghadap muka manusia yang tahu nak kecilkan martabat orang je."

Ish! Dia ni serius ke apa?

" Serius sikit boleh tak? Awak nak bawa saya ke mana?"

Tiba-tiba dia diam. Radio pula dia buka. Sengaja nak mengelak la tu. Macam aku tak tahu.

" Kau tidur dulu. Nanti bila sampai aku gerak."

Kecik besar kecik besar je aku tengok dia saat ini. Sabar Iqa. Sabar. Kalau dia buat tak baik, tahulah apa yang aku akan buat nanti. Sekarang tidur dulu. Huh! Sakit hati.

**

" Iqa. Bangun. Iqa!"

Terpisat-pisat aku bangun bila rasa badan aku digoncang kuat. Aku tengok sekeliling. Eh! Dekat mana ni? Rumah siapa ni? Aku kerling dia yang sudah keluar daripada kereta. Mahu tak mahu, aku keluar juga dan tengok sekeliling.

" Ini vila family aku."

Aku tersentak. What? What he  said just now? Vila! Terbuntang mata aku tengok papan tanda yang tertulis Vila Sentosa. Dan aku baru perasan tempat ni agak tinggi. Atas bukit! What?

" Kita dekat mana ni?" Soalku pelik.

Aku jalan ke arah jalan. Memang jauh daripada bunyi bising bandar. Memang ini betul-betul atas bukit dalam hutan. Ya. Itu betul.

" Jangan risau. Kita tak jauh pun. Dekat Bukit Sentosa Selangor."

Aku terlopong bila dengar dia sebut perkataan 'Selangor'. What?

" Tak jauh awak kata?!"

Aku mula ambil phone dalam beg. Ala. Bateri tak ada pula. Aduh! Dia ni pun satu. Kenapa bawa aku ke sini?

" Jom ikut aku."

Dia berlalu ke depan meninggalkan aku terpinga-pinga. Nak aku masuk? Ikut dia? logik?

" Jangan risau! Bukan kita dua je dekat sini!" Laungnya bila dia perasan aku masih tak berganjak.

Huh! Dia ni! Suka naikkan darah aku. suka hati je bawa aku ke sini. aku pun satu. Lena punya lama. Baik jangan tidur je tadi. Tengok dia nak bawa aku ke mana. Kan dah sampai sini. sabar jela.

" Cepat!!" Dia marah dah.

" Yela!"

Cepat-cepat aku kejar langkah dia yang sudah jauh ke hadapan. Dan aku betul-betul berdiri belakang dia. Belum sempat dia nak buka pintu. Ada sebuah kereta masuk ke halaman vila. Aku toleh dan tersentak saat melihat penumpang yang baru keluar daripada kereta.

" Mak? Ayah?"

Terkejut gila bila orang tua aku turut ada dekat sini. Okay. What's happen?

" Jom masuk."

Dengan keadaan yang terpinga-pinga aku ikut je langkah Syamel sampai ke ruang tamu vila tersebut. Sekali lagi aku dikejutkan bila ternampak family Syamel. Means, Warda, bakal suami Warda, Datin Syiha dan Datuk Shahrizam turut ada dekat sini! Ya Allah! Apa ni?

" Ha Mel! Sampai pun kamu."

Termangu-mangu aku melihat mereka yang sedang tersenyum ke arah aku. Bila aku tengok Syamel. Dia hanya berlagak biasa. Dengan wajah beku dia tu. Saat aku rasa nak lari, nampak mak dan ayah masuk ke dalam. Tak lupa juga dua orang adik aku tu. okay. Aku makin tak faham.

" Mel. Kamu tak cakap dekat Iqa ke?"

Aku nampak dia tersengih dan melirik matanya ke arah aku bersama dengan senyuman sinis. Aku hanya terdiam. Lagi aku tak faham.

" Ye. Mel nak beritahu la ni. Jom ikut aku."

Entah kenapa, bila lengan aku ditarik, aku ikut je. Tak membentak sama sekali. Mak dan ayah pun nampak happy. Apa kena ni?

Bila dah sampai ke luar vila. Barulah aku tarik semula lengan aku dan tengok dia inginkan jawapan. Dia masih dengan wajah beku dia. kedua-dua tangan dia dimasukkan ke dalam kocek seluar.

" Aku nak kau lupakan segala perkara yang menyakitkan hati kau. Aku nak kau lupakan kesakitan kau tu. Tolong jangan ingat benda yang lama berlalu. Just enjoy di sini. Sebab ini percutian kita. Family holiday. Okay faham?"

Ternganga aku tengok dia saat ini. Amboi. Alasan. Macam tak logik.

" Tak faham." Balasku senada.

" Tak faham sudah. Jom masuk. Nanti kita akan makan dekat sini."

Dia memusingkan badannya ke belakang. bersedia nak masuk dan tinggalkan aku. Ya Allah! Stress aku dengan mamat seorang ni. sabar Iqa.

Baru kaki aku nak melangkah, aku terdengar satu deruman kereta masuk ke halaman rumah. Bila aku menoleh, aku terkedu.

" Mel. Termasuk dia ke?" Soalku tanpa menoleh ke arah Syamel.

Syamel berdiri sebelah aku. Aku tengok insan yang baru turun daripada kereta itu dengan senyuman pahit. Ini ke maksud dia lupakan? Apa ni Mel?

" Tak."

Tiba-tiba dia berdiri depan mata aku. Menghalang aku daripada melihat lelaki itu.

" Kalau aku ajak dia, tak ada motif dah kau dekat sini. Sebab motif utama aku nak kau lupakan dia. aku tak tahu macam mana dia boleh ada dekat sini. Trust me."

Dan kata-kata dia yang berbaur pujukan itu berjaya membuatkan aku membuat anggukan kecil dan tersenyum. Mak. Dia betul-betul sayangkan Iqa ke?

**

Other's POV

Jika lihat pada keadaan sekarang, memang jelas sangat reaksi tidak puas hati pada riak wajah Syamel. Memang sangat-sangat tidak puas hati. Bengang. Tapi Daniel kelihatan bersahaja. Malah dia lebih suka melihat Syamel sakit hati macam tu.

" Apa kau buat dekat sini?"

Sekarang hanya mereka berdua dekat halaman vila. Syamel tak nak buat bising dalam rumah. Yang pasti dia perlu tahu dari mana Daniel tahu mereka semua ada dekat sini.

" Of course la nak bercuti. Takkan nak kerja pula kan?" Jawabnya angkuh.

Syamel mengepal penumbuk. Kalau ikutkan hati, dah lama muka depan dia tu jadi mangsa.

" Aku tanya kau betul-betul. Kau buat apa dekat sini? Dan dari mana kau tahu kami ada dekat sini?"

Daniel tertawa sinis. Sukanya hati dia tengok Syamel sekarang. Marah la lagi marah.

" Perlu ke?"

Syamel meraup wajahnya kasar. Ya Allah. Berilah aku kesabaran yang tinggi. Tengok wajah Iqa tadi pun dah merentap hati dia. Dia tak suka bila Iqa sedih. Dan semuanya sebab si lelaki tak guna depan mata aku ni!!

" Well. Aku kan dah bagi amaran dekat kau sebelum ni. Aku takkan lepaskan dia dekat kau senang macam tu je. So, ini lah tujuan aku dekat sini. Puas?"

Seorang tersenyum penuh sinis. Seorang lagi berusaha menahan kesabaran.

" Aku takkan benarkan kau sesekali rapat dengan dia. Even tengok dia pun! Kau cari fasal dengan aku? Kau tunggu akibatnya nanti."

Terus dia ajukan langkah masuk ke dalam vila. Makin lama dia layan si Daniel tu. Makin panas hati dia dan makin dia tak boleh sabar. Silap-silap dibunuh juga si Daniel tu. Huh!

End Other's POV

**

" Hai akak."

Sedang elok aku duduk santai di ruang tamu, Warda datang menyapa. Aku cari family dia yang lain. Tapi tak ada. Maybe dekat dapur or dekat luar. Aku tersenyum ke arah Warda yang sentiasa murah dengan senyuman itu.

" Ye Warda."

" Seronok tak datang sini?"

Aku membuat anggukan kecil. Seronok juga. Sebab jauh daripada kesibukan bandar. Rasa aman damai je dekat sini. Memang ini tempat yang sesuai untuk rasa ketenangan. Cuma yang spoil bila si Daniel tu ada.

" Kan? Semua ni rancangan abang."

Sebut je fasal abang dia membuatkan aku nak tahu semuanya yang terjadi.

"Warda. Tell me everything. Fasal semua ni. please." Rayuku dan dia Cuma tersenyum.

" Sebenarnya, semalam abang cakap dekat kami satu family. Katanya nak holiday. Tapi tu bukan point utama. Point utamanya, abang cakap dekat kami dia nak happykan seseorang ni. katanya dia nak seseorang ni just forget everything about the past. So, jadi la macam ni. fasal family akak tu, semalam abang yang maklumkan. Mujur dorang setuju."

Aku tersengih. Tak sangka sampai sejauh ni dia rancang. Buat semuanya demi aku?

" Boleh pula family akak ngam dengan family Warda?"

Itu yang aku pelik. Macam dah lama kenal.

" Oh. Mak akak tak story kat akak erk?"

Aku mula rasa aneh.

" Story?"

" Ya. Kebetulan sangat bila abang sebut siapa mak akak. Mama Warda terus kenal. Dan kebetulan juga mereka berdua merupakan kawan lama yang dah lama terpisah. Kebetulan kan?"

Aku terlopong besar. Seriously what? Daebak! Mak tak story pun. Tunggu la malam nanti. Aku tanya. Kehkeh.

" Untuk pengetahuan akak juga, kita semua akan stay satu malam dekat sini tau?"

Aku terkejut lagi. what? Stay sini?

" Akak tak bawa baju la Warda." Aku mulalah rasa serabut. Semua ni mamat tu punya fasal. Bukan nak cakap awal-awal.

" Sebab tu Warda kata akak kena percayakan abang. mak akak dah bawa semua kelengkapan akak. Don't worry kayh?"

Aku tersengih sambil tergaru kening. Hampeh punya Syamel. Sejauh tu?

" Tapi yang tak bestnya bila mamat berlagak sombong tu ada sekali."

Warda memuncungkan bibirnya ke arah pintu. Tersembul wajah yang jatuhkan sedikit rasa keterujaan aku bila melihatnya. Siapa lagi kalau bukan si Daniel tu.

" Siapa entah jemput dia ke sini. Hancur pelan nak gembirakan akak."

Aku tahan senyum. Kelakar tengok reaksi Warda yang geram tu.

" Bukan abang Warda yang jemput?" Ujiku.

" Buat apa abang nak jemput dia sedangkan dia yang buat akak sedih. Abang anti dah dengan dia tu. memang lama dah abang sabar. Dari dulu lagi dia asyik cari fasal dengan abang. Asyik ungkit yang bukan salah abang. memang kami semua geram dengan dia kak."

Aku Cuma tersenyum. Tak tahu nak cakap apa. Melainkan hanya diam.

" Hai guys."

Tu. Dia datang dah. Menempek depan kami dua. Warda memang dah meluat. Siap toleh ke arah lain lagi. Aku pula tengok dia dengan renungan kosong.

" Nak join boleh?" Soalnya mesra.

Aku rasa nak termuntah tengok gaya dia sekarang. Warda? Awal-awal dah bangun.

" Warda nak ke dapur dulu. Akak nak ikut tak? Tengok mama kita masak."

Aku rasa Warda nak umpan aku agar lari dari dia ni. Okay! Bagus! Sayang kau Warda.

" boleh juga. Jom."

Tapi tak sempat aku nak bangun. Daniel bersuara terlebih dahulu.

" Aku nak cakap sikit dengan kau. Boleh?"

Aku tengok Warda. Dia pun tengok aku. Tak tahu nak bagi jawapan apa sedangkan aku tak nak. Selagi boleh elak aku akan elak. Aku masih tak boleh lupakan perbuatan dia tempoh hari even aku dah maafkan dia. Macam mana ni?

" Tak payah. Kau Cuma berhak cakap dengan aku."

Muncul Syamel dengan wajah tegangnya. Aku dan Warda dah menarik senyum.

" korang pergi dapur. Tolong apa yang patut."

Cepat-cepat Warda tarik tangan aku agar berlalu dari situ. Perasaan aku? Lega! Rasa macam Syamel tu penyelamat aku. Terima kasih Syamel.

**

Pejam celik pejam celik. Haish. Kenapa tak boleh tidur ni? Dah pukul 1 pagi pun. Warda pun dah nyenyak tidur. Aku? Masih terbeliak tengok syiling. Huargh! Stress aku. Maybe perlu minum susu or keluar ambil angin kejap. Ya. Itu betul.

Perlahan-lahan aku turun daripada katil. Tak nak ganggu Warda. Aku sarungkan tudung dan keluar daripada bilik. Keadaan sekeliling gelap. Kecuali cahaya lampu daripada dapur. Maybe sengaja dibiarkan terbuka.

Aku menapak turun perlahan dari tingkat atas dan menuju ke arah dapur. Sangat perlahan sampai bunyi cicak pun boleh dengar. Haha. Tapi hati aku tersentak bila terdengar sesuatu dekat dapur.

Ya Allah. Bunyi apa tu? Ada orang kot. Intai tengok. Jalan punya jalan dan intai sikit ke arah dapur. Aku hanya menjongket bahu. Tak ada orang pun. Aku je perasan lebih.

" Kau buat apa dekat dapur ni?"

" Opocot mak kau!!"

Terkejut beruk aku bila Si Syamel ni berdiri belakang aku. Dengan wajah beku dia tu. Huish! Kus semangat! Dia memang suka tengok aku mati kejung ke apa?

" Awak ni kan!" geram aku.

Tapi dia selamba je pergi ke peti ais dan ambil buah. Erk! Pagi buta ni makan buat? Daebak! Sah dia pun tak boleh tidur.

" Jangan tidur lewat sangat. Nanti ada orang kacau."

Tanpa mengendahkan aku, dia berjalan straight sampai naik ke tangga untuk ke bilik. Aku tengok sampai dia hilang dari pandangan aku. Ish! Dia ni! suka takutkan aku.

Aku toleh kiri kanan. Tak ada kot. Perasaan aku je tu. Si Syamel tu kan suka kejutkan orang macam aku ni. Huh!

" Minum air cepat-cepat then masuk tidur."

Aku baru nak capai gelas dekat rak, dan masa ini juga telinga aku mendengar orang menapak ke arah aku. Ya Allah. Siapa tu?

" Mel. Awak jangan main-main dengan saya."

Tak jadi aku nak ambil gelas bila dia tak balas kata-kata aku. cepat-cepat aku toleh ke belakang dan bulu roma aku terus meremang saat melihat insan yang sedang berada depan mata aku sekarang ni. dengan senyuman jahatnya tu.

" Hai sayang. Nak ke mana?"

Aku nak lari. Nak elak. Tapi dia lebih cepat halang jalan aku.

" Kau nak apa Daniel? Tolonglah."

Sekali lagi aku nak lalu, tapi dia tetap menghalang sampai kedua-dua lengan aku berjaya direntapnya kuat.

" Sayang tak boleh pergi mana-mana. Sayang kena ikut abang malam ni. ye?"

Ya Allah! Lindungi aku! Tolong! Syamel tolong!


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro