Part 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Daniel. Lepas. Tolong!"

Aku cuba untuk menjerit meminta pertolongan sambil lepaskan pegangan. Tapi dia lebih pantas menekup mulutku dengan lengannya sambil tidak melepaskan langsung kedua-dua lengan aku. Aku mula rasa takut.

" Aku takkan sesekali lepaskan kau kali ni."

Cara dia cakap memang amat menggerunkan aku. Matanya tu, Ya Allah. Aku makin takut. Dengan senyuman yang penuh kejahatan. Apa perlu aku buat ni?

" Le...pas....erhhhhh..."

Aku cuba meronta-ronta. Walaupun mulutku diketup tapi aku masih boleh bercakap. Aku kena tarik perhatian sesiapa dekat atas.

" Jangan jerit sayang. Nanti sayang lebih sakit."

Tiba-tiba tubuhku ditolak kuat sehingga ke dinding. Aku memejamkan mataku bila terasa sakit dekat belakang. Bila aku buka mata, aku terus tersentak bila tubuhnya mula mendekat ke arah aku. Wajahnya pun makin dekat sampai aku dapat rasa deruan nafasnya yang tidak terkawal itu.

" Malam ni kau milik aku. Haha."

Aku kena buat sesuatu. Aku tak nak jadi mangsa nafsu dia! Mel! Tolong!

" Lepas!" Aku menjerit lantas menggigit lengan dia yang menekup mulut aku itu.

" Ouch!"

Bila dah berjaya lepas, aku meronta-ronta pula lepaskan kedua-dua tangan aku. Tapi tidak semudah itu bila dia merenung aku dengan tajam. Air mataku mula mengalir. Tolong. Aku takut. Ya Allah!

" Tak guna kau Iqa!"

Pantas dia cuba mendekatkan wajahnya ke arah aku. Aku cepat-cepat toleh ke kiri dan cuba menolak tubuh dia. Tapi masalahnya aku tak kuat.

" Tolong! Mel! Tolong!"

Aku menjerit sekuat hati. Biar semua orang dengar. Dan dia nampak tak puas hati. Serentak itu dia menarik kedua-dua lengan aku keluar daripada dapur dan menuju ke pintu dapur yang sudah terbuka. Bila masa terbuka?

Sekali lagi badanku diheret jauh daripada kawasan vila. Kakiku mula menggeletar.

" Tolong!!!"

Aku toleh ke belakang. Berharap Syamel akan datang. Ya Allah! Bantu aku!

" Kau diam!"

" Argh!"

Aku jatuh tersungkur depan dia bila kepala aku dipukul kuat oleh sesuatu. Bila aku cari kelibat Daniel. Aku tersentak saat dia memegang ranting pokok. Dengan tangan menggeletar aku menyentuh kepalaku. Bila aku tengok tangan aku, ternyata ada darah. Makin aku takut. Makin deras air mata yang mengalir.

" Sekarang kau milik aku!"

Makin dia cuba mendekat, makin aku mengundur ke belakang sampai akhirnya aku terperangkap bila aku tersandar pada batang pokok. Aku tengok dia dengan rasa menggigil.

" Hahaha. Kau ingat kau boleh lari? Rasakan!"

Tiba-tiba tangan dia merentap tudung aku sampai ternampak rambut-rambut aku. Aku cuba tendang kaki dia. Tapi dia lebih kuat. Bila aku cuba nak lari, dia pantas duduk atas kedua-dua lutut aku.

Tangannya nak menerkam aku. Bila aku nak melawan, pipi aku jadi mangsa. Dua-dua pula tu sampai aku dah terbaring lesu. Tak mampu untuk melawan lagi. dan kali ni aku harap sangat Allah akan hadirkan seseorang untuk selamatkan aku.

" You will be mine."

Bisikan itu menakutkan aku dan bila bibirnya makin hampir menyentuh leher aku, terdengar pula ada seseorang yang menjerit.

" Woi! Binatang kau!"

Tubuh Daniel ditarik ke belakang dan serentak itu wajah Daniel ditumbuk bertalu-talu oleh si penyelamat tu. Tak cukup dengan itu, bila Daniel tersungkur, perutnya pula jadi mangsa tumbukan. Bertalu-talu sampai si Daniel tu menjadi lesu dan sudah tidak mampu bangun.

" Iqa. Kau okay?"

Aku melihat Syamel dengan senyuman hambar. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

" Pakai ni."

Dia tanggalkan jaket dia dan sarungkan pada kepalaku. Dia menutup rambutku yang sudah terdedah itu. Tubuhku pula pantas dicempung. Bila aku rasa nak melawan dia terus menggelengkan kepalanya.

" Kali ni boleh tak kau jangan degil." Tegasnya.

Aku Cuma diam dan memejamkan mata. Terasa letih.

" Kau memang binatang Daniel! Kau memang binatang!!!"

Aku kerling keadaan Daniel. Dan serentak itu aku teringat akan perbuatan dia pada aku. Air mataku kembali mengalir sampai akhirnya aku terus tidak sedarkan diri.

" Iqa! Iqa!"

**

Other's POV

Tubuh Iqa yang terbaring lesu itu dipandang mereka dengan penuh rasa simpati. Fasal kejadian semalam tu semua orang dah tahu dan orang yang paling sedih tentulah family Iqa. Syamel yang melihat keadaan Iqa mengeluh kecil. Dia rasa ralat sebab lambat selamatkan Iqa.

Sebenarnya malam semalam memang dia ada terdengar suara orang meminta tolong. Tapi dia abaikan sebab dia ingat orang nak main-main. Yala. Dalam kawasan bukit dan jauh daripada bandar ni kan? Mestila ada orang nak kacau.

Tapi bila dia kerap sangat dengar suara orang meminta tolong. Dia rasa tak sedap hati. Serentak itu dia terfikir fasal Iqa yang ada dekat dapur. Sebab itu, dia terus capai jaket dan turun ke bawah.

Yang mengejutkan dia lagi bila pintu dapur terbuka, lagilah dia rasa sesuatu. Cepat-cepat dia keluar dan cuba mencari suara orang. Bila dah nampak dari jauh apa yang terjadi pada Iqa. Tunggu apa lagi. Memang kenalah si Daniel tu.

" Mel. Kita keluar dulu." Ajak Datin Syiha.

Syamel hanya terdiam. Dia biarkan Warda dan mamanya keluar dulu. Lepas tu dia tengok mak dan ayah Iqa.

" Pakcik. Makcik. Maafkan saya. Saya hampir hancurkan maruah Iqa. Saya lambat selamatkan dia." Pohonnya dengan rasa serba salah.

Mak dan ayah Iqa tersenyum hambar melihat Syamel.

" Kamu dah selamatkan dia pun Mel. Terima kasih ye? Kalau kamu tak ada. Makcik tak tahu lah."

Syamel tersenyum pahit. Lepas itu barulah dia keluar daripada situ dan menuju ke ruang tamu di mana semua familinya berkumpul di situ termasuk binatang tu.

" Ma. Pa. Mel dah buat keputusan."

Syamel merenung tajam ke arah Daniel yang sedang tunduk ke bawah itu. Berserta senyuman sinisnya itu.

" Keputusan apa Mel?" Soal Datuk Shahrizam ingin tahu.

" Mel akan lapor polis fasal hal ni. Mel takkan sesekali lepaskan dia. Sebab dia! Iqa hampir kena rogol!" Bentak Syamel dengan hati yang panas.

Semua yang dengar keputusan Syamel terkejut. Tapi tidak lama bila Datuk Shahrizam dan Datin Syiha macam setuju. Cuma masalahnya adalah mama Daniel. Dia kelihatan sangat tidak puas hati.

Daniel pula nampaknya sudah hilang kata. Sesekali dia mengusap pipinya yang bengkak kerana tumbukan Syamel semalam.

" Mel. Tolong. Jangan lapor polis. Tolong Mel. Takkan Mel sanggup tengok sepupu Mel meringkuk dalam penjara?" Datin Yuhaira cuba memujuk. Merayu agar anak dia tidak dimasukkan ke dalam penjara.

" Sanggup. Sebab Mel lebih rela dia masuk penjara daripada maruah Iqa jadi mangsa!" Sekali lagi Syamel membentak. Berang dia dengan maklong dia tu. Asyik bela anak dia je. salah anak dia tu tak tengok pula.

" Mel. Tolonglah. Dia tak sengaja. Mesti dia ikutkan kata hati sangat."

Syamel tertawa sinis. Tajam dia melihat ke arah Daniel yang sudah menikus itu.

" Ikut kata hati? Maklong kata dia ikut kata hati? Apa yang maklong cuba nak katakan ni?!" Jerkah Syamel sampai buatkan Datin Yuhaira terkejut besar.

" Mel. Sabar." Datuk Shahrizam cuba menenangkan Syamel daripada terus rasa marah.

" Mel tak boleh sabar dengan orang macam ni pa. Dah terang lagi bersuluh salah anak dia. Masih nak dibela? Tak faham sungguh la!"

Syamel ambil tempat sebelah Warda. Kepalanya dipicit perlahan. Fikirannya berserabut. Warda yang melihat tersenyum hambar. Bahu abangnya diusap perlahan.

" Yala. Ikutkan kata hati. Mesti perempuan tu yang ajak sama. Tu yang macam tu kan?" Selamba Datin Yuhaira kata begitu dengan wajahnya yang meluat itu.

Syamel yang mendengar terus bara. Warda yang melihat terus menggelengkan kepalanya. Maklong. Maklong. Maklong dah cucuk sarang tebuan sebenarnya ni. Habislah maklong kalau abang mengamuk.

" What do you said?"

Syamel kembali bangun dan mendekati Datin Yuhaira dengan pandangan yang penuh kemarahan. Datin Yuhaira yang melihat terus terdiam. Rasa takut tengok anak buah dia yang sangat marah itu. Macam dah nak meletup pun.

" Kenapa diam?! Cakap lah balik apa yang maklong kata tadi!" Syamel menjerkah lagi.

Dia toleh pula ke arah Daniel yang masih mendiamkan diri itu. Dia rasa macam nak bagi penumbuk lagi dekat binatang depan dia ni.

" Hei binatang! Baik kau cakap terus terang! Kenapa kau sanggup buat dia macam tu?"

Daniel tersentak bila Syamel ajukan soalan pada dia. Dia langsung tak berani bertentang mata dengan Syamel. Dia dah sedar silap dia. Dia rasa bodoh dan rasa menyesal buat Iqa macam tu semalam. Tapi semuanya dah terlambat Daniel. Terlambat!

" Mama. Bukan salah Iqa. Tapi Daniel. Daniel terlalu inginkan Iqa sampai sanggup buat dia macam tu." ujar Daniel terus terang.

Dan ternyata jawapan itu memuaskan hati semua orang kecuali Datin Yuhaira. Dia rasa ralat bila anak dia sanggup conteng arang pada wajah dia.

" See? Dah dengar sendiri kan? So, jangan suka hati je maki hamun anak orang! Baru ada harta banyak sikit dah angkuh sombong. Ingat harta ni boleh bawa mati ke?!"

Warda tersenyum sinis bila melihat wajah maklongnya itu terkesan dengan kata-kata abang. Padan muka! Tu la. Berlagak sombong sangat sebelum ni. Bila anak buat salah baru nak sentap!

" Paklong. Mel minta maaf. Tapi Mel terpaksa buat sesuatu supaya dia tak ganggu hidup Iqa lagi." Lembut Syamel merayu pada paklongnya tu.

Sebab dia tahu paklong bukan macam maklong. Bukan macam Daniel. Paklong sangat baik Cuma dia tak bernasib baik sebab dapat isteri dan anak macam tu.

Datuk Ihsan yang mendengar rayuan Syamel tersenyum hambar. Dia tiba-tiba bangun dan berdiri depan Daniel. Wajahnya memang nampak tenang. Sampai orang sekelilingnya tak tahu apa tindakan dia seterusnya.

" Daniel. Bangun." Arahnya lembut.

Daniel tersentak tapi dia tetap akur pada arahan papanya itu. Elok je dia berdiri, tiba-tiba pipinya ditampar kuat. Sampai dia terjatuh semula ke sofa. Semua orang yang melihat adegan itu terkedu sama sekali.

" Aku tak sangka kau sanggup buat anak dara orang macam ni! Selama ni aku bersabar. Sabar dengan sikap kau. Dengan sikap mama kau. Tapi ini balasan korang terhadap aku!"

Datuk Ihsan dah tak nampak tenang. Wajahnya menunjukkan dia sangat-sangat marah. Dia toleh pula pada Datin Yuhaira yang sudah kecut perut itu.

" Abang tak sangka Aira berubah sampai macam ni sekali. Kalau bukan sebab Aira, anak kita dah lama berkahwin dengan Iqa. Dan bukan sebab Aira Daniel tak jadi macam ni!"

Datin Yuhaira tengok muka suaminya dengan rasa tak percaya.

" Salah Aira? Salah Aira abang kata?"

" Yes! Sebab harta! Sebab pangkat! Awak sanggup hancurkan kebahagiaan anak kita! Abang tengok betapa sengsaranya hidup dia selepas awak pisahkan dia dengan Iqa. Dia derita! Tapi apa yang awak tahu Aira? Awak Cuma tahu harta, harta dan harta!"

Jerkahan Datuk Ihsan membuatkan semua orang terkedu. Tapi ada benar juga kata Datuk Ihsan itu. Syamel menarik senyuman sinis. Akhirnya, ini lah yang Mel nak paklong.

" Mel. Paklong ikut je apa yang kamu nak buat. Paklong serahkan segala-galanya pada kamu."

Syamel hanya tersenyum lantas memeluk paklongnya itu dengan rasa simpati. Datuk Ihsan tersenyum. Dia meleraikan pelukan dan keluar daripada situ.

" Biar papa pergi pujuk paklong kamu tu."

Datuk Shahrizam bangun dan mengejar langkah Datuk Ihsan. Tinggallah mereka berlima di situ. Syamel sudah menarik senyuman sinis. Kuasa dah terletak pada tangan dia.

" Saya akan buat report. Saya tak kira."

Datin Yuhaira menggeleng laju. Dia tak nak anaknya dipenjarakan. Dan sebab itu dia terus melutut depan Syamel. Daniel, Warda dan Datin Syiha terkejut melihat perbuatan Datin Yuhaira kecuali Syamel. Syamel dah dapat jangka.

" Mel. Tolong. Maklong merayu sangat pada kamu. Jangan buat report. Okay. Maklong janji lepas ni Daniel takkan ganggu hidup kamu berdua lagi. Maklong akan bawa dia ke luar negara. Stay sana. Itu janji maklong asalkan kamu tak masukkan dia ke dalam penjara. Tolong Mel."

Datin Yuhaira merayu bersungguh-sungguh sampai Daniel terasa sebak melihat mamanya sanggup melutut deminya.

" Kau tak nak cakap apa-apa?"

Tiba-tiba soalan diaju pada Daniel. Daniel tersenyum kelat dan dia turut ikut langkah mamanya itu dengan melutut depan Mel. Syamel yang melihat tersenyum puas.

" Aku tahu aku salah. Aku minta maaf. Aku janji akan pergi jauh dari sini. takkan ganggu hidup korang lagi." Daniel merayu.

Syamel menarik nafas dalam. Tak salah beri peluang kedua kan? Semua manusia boleh berubah.

" Boleh. Tapi dengan satu syarat."

Datin Yuhaira dan Daniel terus bangun dan berdiri depan Syamel dengan rasa lega.

" Apa syaratnya?" Soal maklongnya itu dengan senyuman lega.

" Maklong dengan anak maklong ni pergi minta maaf pada Iqa personally." Tegas Syamel sambil tak lepas pandang pada mereka berdua.

" Tapi kenapa maklong?" Nampaknya Datin Yuhaira tidak puas hati.

" Jangan ingat Mel tak tahu maklong pergi serang Iqa dekat kedai dia dan cederakan dia. Maklong ingat Mel bodoh? Mel dah dengar segala-galanya."

Datin Yuhaira terus rasa kecut perut. Daniel yang mendengar pula rasa tak percaya dengan perbuatan mamanya itu.

" What? Mama buat macam tu dekat Iqa?"

Syamel tertawa sinis.

" Tapi perbuatan kau lebih teruk. So jangan nak tuding jari kat orang lain. Satu je yang aku nak korang buat. Minta maaf pada Iqa! Selagi Iqa tak maafkan korang! Selagi itu aku takkan lepaskan maklong dan kau."

Malas nak menghadap wajah-wajah yang mencederakan Iqa itu, dia ajukan kakinya ke luar rumah. Dia perlu tenangkan fikiran kejap. Dan paling penting dia perlu lupakan kejadian semalam. Argh!

**

" Lepas! Lepaskan aku!"

Tersedar Syamel daripada lenanya selepas mendengar jeritan itu. Dia toleh ke arah bilik Iqa. Yang pasti itu suara Iqa. Cepat-cepat dia bangun dan buka pintu bilik. Laju dia meluru ke arah Iqa yang sedang meracau-racau itu. Warda yang cuba menenangkan Iqa pun tidak berjaya.

" Kenapa ni Warda?"

" Tak tahu. Tiba-tiba akak meracau."

Syamel mengoncangkan kedua-dua bahu Iqa dengan kuat.

" Iqa! Iqa! Bangun! Kau selamat!"

" Lepas! Lepas!"

Syamel geram bila Iqa masih tidak bangun. Mahu tak mahu, dia tampar pipi Iqa. Tapi perlahan je. Kalau kuat marah pula mak ayah dia.

" iqa! Aku cakap bangun!"

Terus Iqa buka mata dia dengan nafas yang tercungap-cungap. Bila dia tengok wajah Warda dan Syamel terus dia hamburkan tangis. Warda yang melihat rasa kasihan dan sedih. Ditarik tubuh Iqa ke dalam pelukannya.

Syamel yang melihat tersandar pada dinding. Hati dia pedih melihat tangisan Iqa. Tak mahu ganggu, dia laju meluru ke luar bilik dan duduk di sofa. Wajahnya diraup perlahan.

" Maafkan aku Iqa. Aku gagal. Aku lambat. Maafkan aku."

Terasa ada air mata nak mengalir keluar, pantas saja diseka. Dia tak nak orang tengok dia dalam keadaan lemah. Tak mahu layan perasaan, dia baring pada sofa. Baru saja dia nak lelapkan mata, bahunya disentuh seseorang.

" Abang."

Warda tersenyum kecil melihat keadaan abangnya itu. Syamel tak jadi tidur bila Warda ada. Dia kembali duduk dan mengajak Warda duduk disebelahnya.

" Iqa macam mana?" Soal Mel ingin tahu.

" Dia dah tidur balik masa dia menangis. Abang. sedih saya tengok akak Iqa. Dia nampak sengsara tadi. Mesti dia teringat apa jadi semalam." Luah Warda sayu.

Syamel terdiam. Melihat wajah sayu Warda itu, tahulah yang dia perlu buat sesuatu agar adik kesayangan dia kembali ceria. Dipaut kedua-dua bahu Warda sampai Warda jadi pelik.

" Akak Iqa akan okay. Percaya cakap abang. Yang tak okay adik abang ni. Monyok je."

Hidung Warda pula jadi mangsa cuitan Syamel. Terlepa tawa kecil Warda melihat Syamel.

" Warda okay je la."

" Kan cantik senyum macam tu. Ni baru adik abang."

Syamel pandang ke depan. Warda kerling abang dia dengan senyuman.

" Abang. Jangan lepaskan dia. Warda tahu abang dah cintakan dia. Kan?"

Syamel hanya mendiamkan diri. Angguk pun tak. Geleng pun tak. Sebab dia pun tak tahu.

" Diam tanda setuju."

Warda bangun berdiri.

" Warda masuk dulu. Fikir baik-baik tau. Kali ni Warda yakin, Kak Iqa jodoh abang."

Barulah Warda berlalu selepas berkata demikian, Syamel yang mendengar terus memejamkan matanya. Terbayang wajah Iqa yang tengah tersenyum, geram, marah dan sedih. Semuanya bermain-main dalam fikirannya.

Bila dia buka matanya semula, dia ternampak pula wajah Iqa yang ketakutan. Dia tersenyum kelat.

" Aku tak boleh janji. Tapi aku akan cuba lindungi kau. Sebab aku sayang kau Iqa."


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro