Part 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku melihat sekeliling. Ternyata aku masih ada dalam vila ni. Perlahan-lahan aku bangun duduk. Terasa sakit dekat kepala. Aku sentuh belakang kepala aku. Ternyata berbalut. Aku kerling jam. Dah pukul 8 pagi. Aku terlepas Subuh. Ya Allah. Maafkan hamba.

" Akak dah bangun?"

Muncul Warda bersama dengan dulang makanan di tangannya. Aku terdiam sampai Warda duduk depan mata aku. Dulang makanan tadi diletakkan di meja sisi katil. Dia mencapai segelas air dan hulurkan padaku. Aku sambut dan minum seteguk kemudian hulurkan semula pada Warda.

Selepas itu, dia hulurkan aku semangkuk bubur pula. Aku tersenyum kelat. Aku tiada selera nak makan. Bubur? Aku tak berapa minat sangat.

" Kenapa kak? Makan sikit kak. Lepas tu baru boleh makan ubat. Kalau tak macam mana nak sembuh."

Bila Warda suakan sudu pada mulutku. Aku membuat gelengan kecil.

" Akak tak ada selera la dik. Akak tak makan bubur. Tekak akak tak ngam dengan bubur." Jujurku lantas tersenyum hambar.

" Tapi akak kena makan sikit. Cakap dekat Warda. Akak nak makan apa?"

Aku menggelengkan kepalaku lagi. Aku tak nak menyusahkan sesiapa pun.

" Warda. Mana family akak? Dorang dah balik ke?"

" Dah. Pagi tadi. Sebab kena hantar adik-adik akak ke sekolah. Nanti petang mak akak datang."

" Kalau macam tu akak nak balik jugalah. Buat apa akak duduk sini lagi? Akak dah okay."

Cepat-cepat aku turunkan kaki pada lantai. Dengan tenaga yang ada, aku bangun dan melangkah kecil. Tapi makin aku melangkah, kepala aku jadi sakit. Pandangan aku kabur. Serentak itu aku teringat semula bayangan Daniel yang cuba memperkosa aku.

" Ya Allah!"

Sebab itu, kaki aku jadi lemah dan aku terjatuh kerana tak dapat berdiri. Warda datang menghampiri dengan riak bimbang.

" Akak okay tak? Akak sakit dekat kepala ke?"

Aku tunduk sambil pegang kepala yang berbalut. Rasa sakit saat ingat semula sejarah hitam itu. Serentak itu air mataku mengalir ke pipi.

" Akak. Kenapa ni?"

Aku capai lengan Warda. Tajam aku tengok dia.

" Bawa akak lari dari sini. Akak nak lari daripada lelaki durjana tu. Tolong akak!"

Tergesa-gesa aku merangkak ke arah katil. Aku capai tudung yang tersidai di kepala katil. Aku sarungkan dan cuba kembali berdiri.

" Akak!"

Tapi aku terjatuh lagi. Mujur Warda sempat tahan. Kenapa dengan aku ni? Tolonglah kuat sikit!

" Tepi Warda. Akak nak lari. Akak nak balik!"

Tangan Warda aku tepis. Aku gagahkan kaki aku melangkah ke arah pintu. Walaupun perlahan, walaupun rasa sakit dekat kepala dan badan. Tapi aku kuatkan semangat sampai tangan aku berjaya memulas tombol pintu.

Cuma, saat aku buka pintu. Terpampang tubuh seorang lelaki sekali gus membuatkan aku terundur ke belakang semula. Kaki aku kembali menggeletar. Tangan aku menggigil. Dan aku tak sempat berbuat apa-apa bila aku bagai merelakan diri terjatuh duduk sekali lagi.

" Akak! Ya Allah!"

Warda mendekat dan paut tubuh aku kuat. Aku tengok kaki itu yang makin dekat. Pantas aku menggelengkan kepalaku.

" Pergi! Pergi kau! Jangan dekat!"

Erat aku pejamkan mata dan kuat aku pegang lengan Warda. Takut. Ya aku sangat takut. Tu Daniel kan? Jangan! Jangan apa-apakan aku.

" Hei. Iqa. Aku ni Syamel. Jangan risau. Kau selamat."

Aku tutup kedua-dua telinga aku.

" Tak! Aku tak percaya! Pergi! Jangan apa-apakan aku! Pergi!!!!"

Tangisan aku pecah dan aku memeluk Warda dengan erat. Aku takut. Sangat takut. Tolonglah. Lepaskan aku.

" Abang. Baik abang keluar dulu."

" Nanti apa-apa inform abang. Abang keluar dulu."

Bila aku rasa lelaki yang aku tak tahu siapa itu keluar, barulah aku beranikan diri buka mata dan toleh ke arah pintu. Lemah aku melihat Warda.

" Akak. Jangan risau. Daniel tak ada dekat sini. Akak selamat. Selagi Warda dan abang ada. Akak selamat."

Warda. Maafkan akak. Akak banyak menyusahkan orang.

" Tadi tu abang Syamel kak. Bukan Daniel. Dia yang banyak tolong akak."

Syamel? Dia yang selamatkan aku. Tapi aku jerkah dia tadi. Ya Allah! Kejamnya aku. kenapa aku jadi macam ni?

" Warda. Maafkan akak."

Belum sempat aku nak berkata lagi, pandanganku mula jadi kabur dan terus kelam. Akhirnya aku pengsan dalam dakapan Warda.

**

Aku tersedar saat terdengar suara orang mengaji. Terpisat-pisat aku cuba mengenal pasti siapa yang mengaji. Aku bangun duduk. Kepala aku raba. Mujur ada tudung. Aku perhati lagi dua orang yang tengah mengaji di bawah.

Aku dengar sampai mereka habis mengaji. Saat mereka berdua menoleh, aku terkelu. Ternyata Syamel dan Warda. Aku perhati sampai mereka duduk depan mata aku. Warda duduk sebelah aku. Syamel pula hanya berdiri sebelah Warda.

" Akak dah okay?"

Aku Cuma mengangguk saat disoal Warda.

" Alhamdulillah. Baguslah kalau kau dah okay. Lepas ni rehat. Jangan gatal nak keluar lagi. Kalau kau betul-betul sihat, baru aku hantar kau balik." Suara Syamel.

Aku pandang Warda.

" Warda dah solat Zuhur ke?"

Warda kerling Syamel dan membuat anggukan kecil. Aku tersenyum kelat.

" Akak nak solat. Tolong akak?" Pintaku lembut.

Warda tersenyum dan membuat anggukan kecil.

" Boleh."

" Abang tunggu dekat luar."

Bila Syamel berlalu keluar, aku capai tangan Warda.

" Kenapa kak?"

" Lepas ni, boleh tak akak nak cakap dengan abang kamu?"

" Mestilah boleh. Jom Warda tolong akak ke tandas."

" Okay."

**

Sekarang aku terasa kekok. Nak tengok dia pun tak berani. Hanya tunduk daripada tadi. Mujur Warda ada dekat dapur. Tinggalkan kami berdua dekat ruang tamu. Sebenarnya aku tertanya-tanya dari tadi. Mana yang lain? Maybe dah balik KL. Yala. Hari ni kan hari Isnin.

" Iqa."

Aku terdongak ke arah dia saat dia bersuara. Dia memandang ke luar pintu. Tak sikit pun kerling ke arah aku.

" Mel. Ma..maafkan saya." Pohonku dengan rasa bersalah ya amat.

" Kau buat aku risau Iqa. Kau buat jantung aku nak terkeluar bila tengok keadaan kau."

Tiba-tiba dia toleh ke arah aku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan. Yang pasti riak muka dia dah tak beku. Riak wajah dia macam risau. Marah pun mungkin ada.

" Saya tahu saya salah. Maafkan saya. Maaf sebab berkasar dengan awak tadi. Saya ingatkan..."

" Dia dah balik KL. Kau jangan risau. Aku takkan benarkan dia dekat dengan kau lagi. Tak lama lagi dia akan pergi dari sini." Pintas Syamel tanpa sempat aku habiskan kata-kata aku.

Aku termangu saat dia melihat aku. Buatkan aku rasa makin kecil depan dia.

" Sa..saya nak ucap terima kasih. Kalau awak tak ada. Saya tak tahu apa akan jadi pada saya." Ucapku ikhlas.

" Aku takkan maafkan diri aku kalau aku terlambat selamatkan kau."

Aku tersenyum kecil. sedikit sebanyak aku terasa disayangi.

" Terima kasih Mel. Saya terhutang budi dengan awak."

Hati aku terus tersentak. Macam ada sesuatu hinggap dekat hati aku sampai bibir aku rasa nak senyum je. Apa sebabnya? Sebabnya bila Syamel tersenyum ke arah aku. Bukan lagi senyuman sinis or senyuman sindir. Tapi senyuman manis dia macam sebelum ni. Ya Allah. Perasaan apakah ini?

" Dan terima kasih juga sebab kembalikan Iqa pada aku."

Berkerut dahi aku saat dia kata macam tu.

" Kenapa? Saya bukan Iqa ke sebelum ni?" Soalku polos.

" Maksud aku tolong jangan ingat lagi peristiwa hitam tu. Aku ada. Trust me."

Auw. Kenapa aku rasa macam dipanah cinta ni? Cis! Poyo je kau ni Iqa. Kembali pada realiti please.

" Saya cuba."

Bibirku mengukir senyuman. Kan bagus kalau dia sentiasa senyum macam ni. Alahai.

**

Other's POV

" Mel."

Dia mengerling sekilas ke arah Iqa lantas kembali fokus pada pemanduannya. Cermin belakang dikerling sekilas. Warda sudah tertidur. Matanya juga mencari kereta family dia. Ada dekat belakang. baguslah. Ingatkan tertinggal tadi.

" Kenapa?"

Iqa tertunduk memandang jarinya. Dia rasa segan sangat bila duduk sebelah Syamel. Kalau ikutkan hati nak je duduk belakang. Tapi orang sebelah ni la berkeras nak aku duduk sebelah dia. Poyo je dia tu.

" Kejap lagi hantar saya terus ke kedai. Mesti Zara marah sebab dah berapa hari saya tak pergi kerja." Maklumnya sekali gus ambil phone dia yang ada dalam beg.

Tapi dahinya terus ditepuk. Terlupa. Bateri handpone habis. Lupa nak cas. Tapi charger tak bawa. Haih. Apa lah nasib.

Tiba-tiba Syamel menghulurkan telefon bimbitnya pada Iqa. Iqa yang melihat terkejut seketika. Tak faham apa tujuannya.

" Aku tahu phone kau bateri habis. So, kau guna phone aku dulu. Cakap dekat Zara yang kau dah on the way balik." Arah Syamel tanpa memandang ke arah Iqa.

Iqa tersengih serba salah. Dia capai juga phone Syamel tapi dia buntu. Kosong. Sebab apa? Weh! Mana aku reti pakai Iphone. Kalau phone biasa bolehlah. Aku pun pakai phone Samsung. Aku mana pandai pakai phone canggih-canggih ni. Alahai. Macam mana nak tekan ni?

Okay. Button on dekat tepi. Okay. Berjaya dibuka. But, ada password. Iqa mengerling ke arah Syamel yang tekun bawa kereta tu.

" Password?" Iqa tanya perlahan. Takut menganggu.

" I love you."

Iqa terkedu. Erk. Apa dia kata tadi? Boleh ulang sekali lagi tak?

" I love you. Tu password."

Tersipu-sipu dan terpinga-pinga Iqa dibuatnya saat Syamel cakap macam tu. sampai dia rasa kelam kabut. Erk! I love you? Kenapa la buat password macam tu?

" Kau jangan perasan aku kata dekat kau. Tu password okay." Ujar Syamel selamba.

Iqa hanya diam. Buat-buat biasa sedangkan jantung makin laju mengepam darah. Gila! Kalau jadi kenyataan tak ke aku pengsan juga dekat sini.

Syamel sempat kerling ke arah Iqa sekilas. Dia rasa nak ketawa tengok reaksi Iqa. Ya Allah! Aku ni boleh buat kerja gila. Ada patut cakap itu password. Hahaha. Kejap lagi mesti dia akan geram.

Iqa cuba masukkan password yang Syamel katakan tadi. Tapi dua kali cuba tak boleh juga. Eh! Betul ke tak password ni?

" Tak boleh pun. Awak cakap la betul-betul."

" Betul la. Mesti ada orang tukar ni. Try I miss you pula."

Nak tersembur Iqa jadinya bila dengar perkataan I miss you pula. Pipi pun rasanya jadi merah jambu apa? Syamel pula Cuma berlagak biasa. Sedangkan dalam hati dah gelak besar. Kejam kau Mel!

" I miss you. Cuba tu."

Terketar-ketar Iqa tulis I miss you tu dekat password. Tapi? TAK BOLEH! Aku kena tipu ke apa ni? Okay. Sabar Iqa sabar.

" Mel...." Meleret Iqa panggil Syamel. Tahan sabar.

Syamel tersengih dalam diam. Berjaya buat dia geram. Haha.

" Okay la. Okay la. Jujur. Password tu nama penuh kau."

Kali ni Iqa tergamam pula. Nama aku? Serius? Cepat-cepat aku tulis nama penuh aku. Afiqah Insyirah. And you know what? He's right. Dia memang letak nama aku. But why?

" Because I want remember your name. Always."

Okay. Iqa terus buat-buat taip message tanpa hiraukan Syamel. Gagah tekan perlahan-lahan sebab tak faham Iphone ni macam mana. Yang penting jangan layan Syamel. Yes! Jangan layan!

Syamel tersengih lagi. Dia malu ke? Hehehe. Sorry Iqa. Hobi aku sekarang adalah kacau kau. Jangan harap kau akan terlepas dari tangan aku lagi lepas ni. Even sesaat pun.

**

" Dah sampai."

Iqa tersedar daripada lamunan dan melihat sekeliling. Tak sedar dah sampai dekat kedai Zara. Cepat-cepat dia buka tali pinggang kereta dan keluar daripada kereta. Diikuti dengan Syamel. Warda masih tidur. Letih sangat la tu.

Iqa melangkah ke arah bonet kereta. Beg diambil. Pergi tak ada beg. Balik ada beg. Mesti Zara pelik. Selepas itu, tergesa-gesa dia masuk ke dalam kedai tanpa menghiraukan Syamel.

" Zara!" Panggil Iqa saat nampak Zara dekat meja kaunter.

Zara yang nampak Iqa pantas mendekati Iqa. Tubuh Iqa dipeluk erat. Selepas itu wajah Iqa dibelek habis sampai naik rimas Iqa.

" Kau ni dah kenapa?" Soal Iqa hairan.

" Kau dah okay kan? Tak sakit dekat mana-mana kan?"

" Asal kau soal aku macam tu?"

" Mel cakap dekat aku yang kau terjatuh. Kepala kau cedera. Kau main apa sampai terjatuh terkena pokok?"

Iqa terkedu. Syamel tak cakap dekat Zara fasal Daniel nak perkosa aku. Tapi dia. Okay. Mulalah rasa nak nangis. Terharu rasa. Aku kerling sekilas ke arah Syamel yang sudah masuk ke dalam kedai.

" She's fine. Don't worry Zara. Aku dah jaga dia sebaik mungkin." Jawab Syamel bila Iqa masih berdiam diri.

Zara menghembus nafas lega.

" Nasib baik. Actually aku dah tahu kau pergi bercuti. Mel yang cakap. So aku tak anggap kau ponteng."

Iqa tersenyum. Nasibnya baik dapat kawan macam Zara.

" Kau better balik rumah dulu. Hari ni kau masih cuti. Esok baru kau datang kerja." Sambung Zara lagi dengan senyuman kecil.

" Baik pula hati kau apply cuti aku banyak hari?"

Iqa tersenyum sinis.

" Sebab orang kesayangan kau tu ada. So aku tak risau."

Terbuntang mata Iqa saat Zara sebut macam tu. Syamel dah tersenyum sinis. Suka sebenarnya bila Zara bagi gelaran macam tu.

" Mana ada. Dah aku balik dulu. see you tomorrow."

Cepat-cepat dia keluar daripada kedai dan menuju ke perhentian bas. Tak nak la tumpang Syamel. Malu. Dah la tadi kena usik. Apalah nasib. Tapi makin laju langkah dia, makin laju juga orang belakang ekori dia. sampai naik penat dia dibuatnya. Mujur dah sampai. Mujur tak jauh.

" Iqa!"

Tiba-tiba lengan Iqa direntap. Sekali gus membuatkan Iqa teringat semula kenangan hitam tu. Dan terus dia menjerit gara-gara ketakutan.

" Lepas! Lepas! Jangan apa-apa kan aku!"

Iqa menggigil ketakutan. Dia menutup mata dan telinganya dengan erat. Syamel yang melihat mengetap bibir. Rasa bersalah sebab rentap tangan dia tadi. Kau sedar tak apa yang kau dah buat Syamel! Kau dah takutkan dia! dah la dia masih trauma! Shit!

" Iqa. Aku ni. Syamel! Maaf sebab buat kau macam tu tadi. But, trust me. I won't hurt you."

Syamel cuba memujuk. Dengar suara Syamel yang lembut itu membuatkan Iqa membuka matanya dan menjatuhkan semula tangannya ke bawah. Dia cuba mencerna wajah Syamel. Bila dia dah kenal pasti, barulah dia rasa lega dan dia terus terduduk dengan rasa sedih.

Syamel mengeluh kecil. Dia ambil tempat di sebelah Iqa. Teragak-agak nak cakap sebab semua ni bermula daripada dia.

" I'm sorry Iqa. Aku janji takkan buat macam tadi lagi. Aku tahu kau masih trauma."

Iqa tersenyum hambar. Bila rasa ada air mata nak mengalir, pantas diseka. Dia menoleh melihat Syamel dengan rasa bersalah.

" Saya yang patut minta maaf sebab libatkan awak. Maaf sebab saya takutkan awak sekali. Sepatutnya saya tak samakan awak macam dia."

" No. kau tak salah. Jangan risau. Aku faham perasaan kau. Sekarang ikut aku balik. Aku dah janji pada diri aku akan lindungi kau. Please jangan lari dari aku lagi."

Iqa memandang riak wajah Syamel yang bersungguh-sungguh itu. perlahan-lahan dia membuat anggukan dan serentak itu air matanya mengalir ke pipi.

" Terima kasih Syamel. Awak terlalu baik."

Tapi aku tak sebaik yang kau sangkakan. Bisik hati Syamel lantas menarik senyuman hambar buat Iqa.

#So how? Comment please!!!!!#

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro